Wednesday, March 17, 2010

Once Upon A Time .


hatta , ada 6 orang puteri jelita iaitu puteri aja , puteri aisyah , puteri kudy , puteri dyja , puteri wani & puteri kieza . mereka hidup bahagia di istana siputt babi . setiap pagi , mereka bangun lewat . tetapi mereka tidak lewat untuk ke balairung untuk menghadap raja harun . selepas semua puteri2 itu bersiram & berpakaian molek cantik mereka akan bersantap di dewan santapan bersama sama .

setiap pagi juga , puteri2 ini akan bermain satu permainan iaitu 'telur' . permainan ini hanya dimainkan oleh 4 orang puteri sahaja kerana 2 orang puteri yang lain sibuk menguruskan hal istana . sepanjang hari , puteri2 ini mempunyai tugas masing2 . pada waktu petang baru mereka semua berkesempatan bertemu . apabila bertemu , ada saja yang diceritakan . lucu sekali .

pada waktu malam pula , mereka akan duduk satu meja dan berbincang hal istana , putera2 negara lain & macam2 lagi . selepas perbincangan , mereka akan bersantap dan pulang ke istana siputt babi . di istana , mereka akan bersiap2 untuk beradu .

di penghujung cerita ini , mereka hidup bahagia bersama , walaupun terdapat 2 orang manusia yang cemburu dengan kecantikan mereka dan sering merampas harta & mengawal kehidupan mereka .

tamat .



No comments:

Post a Comment