Saturday, December 31, 2011

Happy Birthday to FARAH (:

29/12/2011 lepas Birthday aku . Tapi tak sambut pun , FIRST TIME tak sambut tau ! Dapat wish daripada kawan terdekat je , TERMA KASIH ye . Tahun depan jangan lupa wish lagi , tapi ade jugak kawan terdekat aku yang tak wish , sob sob sob aku ):

Takpe lah , maybe dia busy kot . Btw , aku harap umur aku dah 18 nih , makin matang la sikit , takde dah budak-budak lagi (tapi aku rasa aku dah matang kot , kawan aku je kata aku macam budak kecik , terkinja sana terkinja sini ==' )

Lots Of Love ,

Saturday, December 24, 2011

Aku Nak Gemuk .

Hello Guys ,
Perempuan kalau ditanya , 'kau nak gemuk ke nak kurus?' mesti diorang jawab nak kurus , tapi bagi aku kalau orang tanya , aku nak GEMUK , tapi tak gemuk sangat , just berisi . Tak best doe kalau kurus , aku nak badan berisi =='

Okay , aku cakap macam nih sebab aku nih keding macam papan , HAHAHAHA . Nak badan berisi ? MAKAN laaa banyak-banyak , makan vitamin jugak . Okay ah , kalau korang ada cara lain nak gemukkan badan bagi tau laa ea (:
Lots Of Love ,

Tuesday, December 20, 2011

POLISAS Sem 2

Heys Guys (:
Hari nih aku daftar Kamsis (asrama) , hari pertama je dah macam hape , geram aku dengan AJK kamsis nih , buat kerja macam hape . Lepas tuh dah laa dapat bilik kipas rosak ==' terpaksa aku berpanas satu sem nih . Bila bagi tau kat AJK banyak lah alasan yang diorang kasi . Tapi , nasib baik dapat roommate yang sekepala , takde laa banyak masalah nanti .

Oh ye , Khamis nih lepas daftar Modul , aku nak balik Johor semula , ada barang tertinggal lagi . Cuai betul , Farah Farah ~

Saturday, December 17, 2011

Going Back To Kuantan .

Isnin nih tiket bas aku nak balik Kuantan , tapi aku tak packing beg lagi . Haishh , kang kelam kabut dah susah . Dah lah naik bas , malam nih laa baru aku packing . So , bermakna lepas nih aku dah mula kelas balik . Tak sabar nak jumpa budak kelas , rindu gila dengan diorang .

But , I will miss my family too . My naughty little brothers , aww , I will miss them a lot . Hari Isnin tuh aku balik rumah budak bilik aku dulu , Nurlynn Marlissa . Hari Selasa aku dah masuk Kamsis , lepas tuh hari Khamis , 22hb daftar modul untuk kelas . Aku harap dapat budak bilik yang okay macam dulu , boleh sekepala . Next sem nih Lisaa & The Twins dah tak duduk kamsis , so boring laa nanti ==' .

 Rasa macam kejap je dah 3 minggu aku cuti , okay laa . Update sampai sini jee . Dah balik Kuantan nanti aku jarang online dah sebab Notebook aku wayar dia putus adik aku kerjakan . Have a great day guys (:

#iloveyousomuchIfwat
Lots Of Love ,

Thursday, December 15, 2011

I Done It For You

Heyy Peeps ,
Today I wanna talk about my BFF , Wani . She thought I like her Boyfie . No I'm not ! She is my BFF , no way I'm gonna steal her Boyfie . To me , she is more important than her Boyfie even though her Boyfie is also my BFF . huh =='


So , i decided to unfriend her Boyfie from my Facebook . I do it because of her , to satisfy her so she won't take it wrong . I'm crying while typing this :'(

 Lots Of Love ,

Wednesday, December 14, 2011

LDR

Okay , sekarang kat FB aku dah banyak mengarut pasal Long Distance Relationship , haa ~ Ntah laa , Kakak dengan Amal dah 4 tahun couple . Sekarang kakak kat New Zealand , aku tengok dia dengan Amal okay je . Haih =='

Bestnya jadi diorang (:
Lots Of Love ,

Tuesday, December 13, 2011

Bidang Fotografi .

Hello again (:
Sekarang nih aku nak cakap pasal minat aku dalam bidang fotografi . Kawan-kawan aku yang kat Kuantan semua ingat aku mula minat bidang fotografi nih sejak aku kenal Ifwat . NO ! Tuh salah . Sebenarnya , aku memang minat gila bidang nih dari aku sekolah rendah lagi sampai la sekarang nih . Masa isi permohonan Universiti dulu , aku ada mohon bidang fotografi nih sebagai pilihan pertama , tapi takde rezeki , aku dapat 'Civil Engineering' . Tapi takpe lah , sebab aku minat Civil gak .

Mungkin sebab minat tuh memang dah sebati dalam darah aku sebab baba dulu pun masa muda-muda memang terjebak dalam bidang fotografi , tapi sekadar suka-suka . Kalau serius dah lama baba famous , HAHAHA . Masa kat Melaka dulu , camera Jemz yang jadi mangsa lepas gian aku , haha . So , aku banyak belajar dari Jemz jugak pasal fotografi nih .

 Lots Of Love ,

Monday, December 12, 2011

Result Final Exam

Hello Peeps (:
Okay , malam nih aku nak cakap-cakap pasal result Final Exam aku . Well , pointer aku tak berapa nak membanggakan , yelaa , belajar main-main , pointer yang aku dapat pun main-main la =='

Tapi aku bersyukur , sebab takde subjek yang kena carry untuk sem depan . Masa final exam tuh aku mana belajar sangat , banyak online je . Kawan ku cakap , 'okay laa pointer kau tuh , sebab kau tak belajar pun dapat  macam tuh , kalau kau belajar mesti dapat 3.5 keatas' . Tuh yang dia cakap , nak kata menyesal , tak pun sebab aku memang dah expect dapat result macam tuh . Berapa pointer aku ? Malas la nak bagi tau , kawan-kawan terdekat je tau (:

So , lepas nih (konon-kononnya) aku nak belajar laa , tebus balik kesilapan masa Sem 1 .

Lots Of Love ,


Sunday, December 11, 2011

Sehari Bersama Wani & Jemz

Okay , baru hari nih aku dapat update blog , sebab semalam balik kampung .

Hari nih nak cakap-cakap pasal 'Keluar Ke Melaka Dengan Wani & Jemz' . Hehe , Untung pengetahuan semua , diorang nih adalah kawan baik aku , kawan susah senang yang terbaik aku pernah kenal . Diorang satu sekolah dengan aku masa aku sekolah kat Melaka dulu .

Okay , cite dia macam nih , kitorang dah plan nak keluar sama dari minggu lepas lagi . Pagi sabtu lepas dalam pukul 9 , Jemz mesej aku kata dia baru gerak dari JB . Sebenarnya Jemz yang amik aku dari rumah nak ke Melaka . Sementara nk tunggu dia sampai , aku siap-siap laa . Pastu bagi direction nak ke rumah aku , dalam pukul 12 dia sampai rumah . Alhamdulillah , sampai jugak dia kat umah aku , first time tuh ~ haha . pastu minta izin baba nak bawak aku keluar terus gerak pergi Melaka nak amik Wani pulak .

Sampai Melaka , amik wani kat Melaka Sentral . Lepas tuh terus gerak pergi Dataran Pahlawan (DP) , konon-konon nak tengok wayang , cite Ombak Rindu . Tapi aku kempunan lagi nak tengok sebab wayang full ~ haih ==' . Last-last tengok Twilight je , masuk nih dah 2 kali aku tengok twilight , tiket pukul 2.10 , HAHA . Aku dengan Jemz dah tengok dah , Wani je belum . Bagi laa chance dia tengok , tapi yang geramnya , Wani dah tengok Ombak Rindu . HAHA ,

Wayang habis dalam pukul 4 , lepas tuh lapar kan , Wani suggest pergi makan kat Nasi Lemak Antarabangsa kat DP . Kitorang orite je sebab Jemz nak belanja kan , HAHA . Lepas makan , sementara nak tunggu adik wani dengan pakwe dia habis wayang , kitorang pegi jalan-jalan dulu . Jemz cari gelang kaki untuk wani , aku dengan wani pergi window shopping je . Pastu lepak kat waterfall kat bawah Mahkota Parade tuh , aku belanja Wani marshmallow , dia nak sangat . Oh ya , lupa lak . Aku terserempak dengan budak bilik aku kat Poli tuh . Nama dia Lisa , dia kua dengan pakwe dia nama Abu . Abu datang dari Kuantan sebab nak dating dengan Lisa . Sweet kan kan (:

Dalam pukul 6 lebih gerak balik . Hantar Wani dengan adik dia balik dulu , sebab diorang tak boleh balik lambat . Rasa sedih lak bila tengok Wani nak balik dah , yela , dah la jarang dapat jumpa dia . Rindu sangat ~ Wani hadiahkan aku Pashmina untuk birthday aku hujung tahun nih , cantik sangat . Lepas tuh baru Jemz hantar aku balik , dalam pukul 7.30 sampai rumah . Lepas tuh siapkan beg , nak balik kampung . Ahh , seronok gila aku hari sabtu tuh sebab dapat lepak dengan diorang . Bila laa dapat jumpa diorang lagi ea .

Okay , sampai sini je aku tulis sebab kalau panjnag-panjang nanti bosan nak baca kan . Thank you soo much Jemz & Wani for the great Saturday (:
Gambar boleh tengok di SINI .
ilyguyssoomuch <3

Lots Of Love ,
FARAH

Saturday, December 10, 2011

Give Me my Own Life

Kenapa aku tak boleh nak keluar dengan kawan aku 'sendirian' . Maksudnya tanpa ditemani ahli keluarga . Heyy , aku dah besar laaaa . Bagi laaa kehidupan aku sendiri =='

I want my own life , takkan nak tunggu sampai aku dah kahwin nanti baru diorang nak kasi life aku sendiri . Hurmm ,

Aku tau laa diorang buat nih sebab nak jaga aku , tapi agak-agak lah , aku nak keluar dengan budak sekolah aku je . Lagipun dah lama tak jumpa diorang . Spoil mood satu hari nih , nak keluar pun tak boleh nak enjoy .

Thursday, December 08, 2011

Thanks Guys

Okay , di sini aku nak ucap terima kasih sangat-sangat dekat follower-follower aku sebab sudi membalas respons aku kat Page untuk Blogger kat FB . hehe ,

Terima kasih jugak sebab sudi follow blog yang tak seberapa nih (:

Lots Of Love ,
FARAH

MalayMoviesFull

Heyy guys , aku nak share satu blog nih . kat blog nih korang boleh download drama-drama terkini & filem-filem terkini . So , rajin-rajin kan diri singgah di sini yea MalayMoviesFull .

Budak Kecik nih sape ? Nak dengar sila pause dulu lagu kat tepi tuh .

Semua orang dah mula cakap-cakap pasal budak kecik nih , siapa dia ek ? Sebenarnya aku pun tak tau sangat , saje share pasal dia (:

 First Video (Awan Yang Terpilu) Aku pun tak boleh bawak .

Second Video (Takkan Berpaling Darimu)


So , apa pendapat korang ?




Birthday Boy

Okay , macam biasa lah , pagi-pagi mama dah kejut suruh jaga adik-adik , sebab mama nak pergi kerja . Hari-hari buat benda yang sama , bangun , online (hehe) , jaga adik-adik , masak untuk diorang (diorang kena makan sebab budak kecik kan , aku tak makan pun takpe ,asalkan diorang makan) .

Oh ya , hari nih Birthday adik kawan aku (Aja) , nama budak kecik tuh Ruzaini Sharif , tapi panggil dia Aso . Budak kecik nih sama sekolah dengan aku , tapi Junior aku la dulu . Hari nih Birthday dia & last paper dia untuk SPM , huhu . Terbaik ~  pukul 12.08 minit malam tadi , aku terus call dia , haha . Excited nak wish untuk dia . Aku tanya dia dah kena campak dalam kolam belum , dia cakap belum . hahaha . Campak dalam kolam nih sebenarnya adat kat asrama aku dulu , sape hari jadi dia hari tuh memang kena lah campak dalam kolam ikan yang air bau busuk tuh , eeeii . Tapi untuk budak lelaki je laa , perempuan tak kena . Nasib baik =='

Okay then , done posting (:


Lots Of Love , 
FARAH

Awake - Secondhand Serenade

With every appearance by you
Blinding my eyes, I can hardly remember
The last time I felt like I do
You're an angel disguised

And you're lying real still
But your heartbeat is fast just like mine
And the movie's long over
That's three that have passed, one more's fine

Will you stay awake for me?
I don't wanna miss anything
I don't wanna miss anything

I will share the air I breathe
I'll give you my heart on a string
I just don't wanna miss anything

I'm trying real hard not to shake
I'm biting my tongue but I'm feeling alive
And with every breath that I take I feel like I've won
You're my key to survival

And if it's a hero you want
I can save you, just stay here
Your whispers are priceless
Your presence is too so please stay here

Will you stay awake for me?
I don't wanna miss anything
I don't wanna miss anything

I will share the air I breathe
I'll give you my heart on a string
I just don't wanna miss anything

Say my name, I just want to hear you
Say my name, so I know it's true
You're changing me, you?re changing me
You showed me how to live, so just say, so just say

That you'll stay awake for me
I don't wanna miss anything
I don't wanna miss anything

I will share the air I breathe
I'll give you my heart on a string
I just don't wanna miss anything

Wednesday, December 07, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #mengantuk

nak tidur dari tengahari sampai petang lah .

Monday, December 05, 2011

Aqmar Haziq/Cicak/Cacing Kerawit

Kenapa kita mesti asyik gaduh je setiap kali cuba nak berkomunikasi . Aku cuba nak berbaik dengan kau , kau je yang asyik salah faham . Dan asyik aku je yang mintak maaf , dari dulu lagi .


Lepas nih aku taknak lah cakap dengan kau lagi kalau kau rasa kata-kata aku macam memerli kau . Sumpah , sikit pun aku takde niat nak perli kau .

Lots Of Love ,
FARAH

Kulit Sensitif

Kenapa la aku ada kulit kaki yang sensitif . Garu sikit bila kena gigit nyamuk , dah luka . Tangan nih pun satu , dah tau kulit tuh sensitif , jangan la gatal nak garu . hishhh .

Harap-harap dia baik sebelum aku masuk belajar balik .

Sunday, December 04, 2011

Think Positively

Ifwat , aku rindu kau lah . Kita dah jarang text kan , aku dah rasa lain dah . Tapi aku taknak lah fikir bukan-bukan . Sebab aku tau kau kerja , sebab tuh kau jarang mesej aku kan . Aku faham , aku taknak jadi girlfriend yang tak faham kau . 

Tapi kalau kau tak text aku sebab kau dah ada girlfriend lain , takpe laa . Aku tunggu je kau lepaskan aku walaupun aku TAKNAK . Sorry kalau aku cakap macam nih buat kau sakit hati , tapi aku lagi sakit hati kalau kau buat aku macam tuh . 

Aku sayang kau lagi tau , sayang sangat-sangat .

Lots Of Love ,
FARAH


OneMalaysian Social Networking .

After blogwalking today , i found this KLIK in one of my follower blog . Weird doe . Macam Facebook je .Kalau korang rajin sign up la . HAHA ,

Saturday, December 03, 2011

Hello December

Sekarang dah masuk bulan Disember , bermakna Birthday aku dah dekat . Birthday aku 29 Disember nih . Lambat kan kan kan . Aku bukan nak cakap pasal birthday pun hari nih sebenarnya , HEHE .

Tak lama lagi Poli nak mula belajar balik dah , aku tak sedia pape lagi nih . Rasa macam kejap je aku nak masuk Semester 2 , belajar pun main-main lagi . Okay , sem 2 nih aku promise nak fokus betul-betul , kalau tak , aku suruh Ifwat marah , hehe . Kata nak dapat pointer 4.0 . Ingat senang ke wey ? Tapi senang je nak dapat kalau serius belajar kan (:

Okay then , done posting . thank you for reading (:
Lots Of Love ,
FARAH

Friday, December 02, 2011

New edited blog (:

Okay , aku dah siap meng-edit blog nih . hehe ,

All thanks to her , Cik Lyssa .

Tuto nih berguna sangat kepada siapa-siapa yang tak reti nak men-cantikkan blog dia .

Thursday, December 01, 2011

Filem Hot

Sekarang nih semua orang tengah gila pasal filem Ombak Rindu . Aku je yang kempunan tak dapat tengok =='

Takde orang ke yang nak bawak aku pergi tengok wayang wey ?

Wednesday, November 30, 2011

Dapat Kamsis

Alhamdulillah aku dapat kamsis untuk sem depan . tak payah laa kusut kepala aku nak cari rumah sewa untuk sem depan .

Tak sia-sia aku buat surat rayuan last minute & pakai testpad je pulak tuh . Fuhh , memang rezeki aku kot . Terima Kasih Busu (felo Kamsis) *felo nih macam warden laa .

Tuesday, November 22, 2011

Cuti Sem & Harimau Muda

Okay , sekarang nih dah nak habis semester 1 . Budak bilik aku sorang-sorang berasnur balik negeri masing-masing . Sedih pulak bila tengok diorang balik naik mak ayah diorang . Aku balik naik bas , Baba Mama tak boleh amik sebab sibuk & jauh . haih =="

Masa Form 5 pun aku balik naik bas jugak , padahal masa tuh aku sekolah kat Melaka je . Dalam kepala tengah fikir nih macam mana nak sumbat barang-barang dalam almari tuh weyy . Takut tak muat je , HAHA . Nasib baik ada 2 beg besar , pandai-pandai lah aku masukkan .

So sekarang nih cuma tinggal 2 orang je dalam bilik , Lisaa & aku . Takpe-takpe sampai hari khamis nih je , pastu balik Johor dah . Oh ya , sebut hari khamis , hari khamis nanti last paper aku , Engineering Survey . Haisshh , tak bukak buku lagi nih wey , bajet macam dah pandai je . haha ,

Semalam aku dengan budak kelas aku semangat tengok perlawanan bola sepak , Malaysia vs Indonesia . Punya lah semangat sampai pukul 7.30 petang dah tercongok depan Tv kat Cafe Abang Jimmy , padahal bola mula pukul 8.30 malam . HAHA , tapi takpe , semangat punya pasal lah kan . Kawan aku lagi semangat , tapi semangat Khairul Fahmi Che Mat sebab dia pakai baju Kelantan . Yelaa , sebab dia orang Kelantan . HAHA , awal-awal perlawanan aku tengok Indonesia main kasar & diorang main kencang gilaa sampai macam nak semput aku tengok pemain Malaysia . Tapi awal-awal lagi Indonesia dah sumbat satu gol . Hadoi , menjerit kitorang kat Cafe tuh . hahaha ,

Kitorang kat Cafe tuh semua dah cuak gelisah sebab Malaysia dah kena tinggal 1 gol . Tapi minit ke berapa ntah aku tak perasan , tuah nak menyebelahi Malaysia , Alhamdulillah dapat 1 gol . Waaa ~ memang lagi kuat laa suara kitorang menjerit , HAHA . Seri 1 sama sampai separuh masa kedua . Lepas tuh sambung lagi , masih seri lagi sampai tamat masa tambahan 3 minit . Haishh , dalam hati aku nih dah cuak , tapi aku percaya Malaysia boleh menang . Lepas tuh keputusan di buat , tambah lagi 30 minit . Pemain Malaysia memang dah buat sehabis tenaga diorang tapi takde gol lagi . Last-last penentu penalti je , semua orang taruh harapan tinggi kat Khairul Fahmi nih . Tappi akhirnya , Malaysia menang jugak lepas sepakkan penalti terakhir dari ketua pasukan Bardul . Fuhh , kitorang apa lagi , satu kamsis bergegar agaknya dengan suara kitorang semua , tak padan dengan perempuan . HAHA .

Tak sia-sia aku tunggu depan Tv dari pukul 7.30 , hahahaha . Tapi ramai jugak yang kutuk si Fakri . Aku rasa tak patut Fakri tuh kena kutuk sebab kalau bukan tandukkan dia masa Malaysia lawan Myanmar , Malaysia tak dapat masuk Final kan kan . So , kesimpulannya , semua pemain Malaysia dah buat yag terbaik nak pertahankan pingat Emas .

p/s- Lupa lak nak amik gambar masa tengah tengok bola , semangat punya pasal , semua lupa , HAHA .

Monday, November 21, 2011

Ombak Rindu


Aku nak tengok filem nih sangat-sangat laa wey . Sayang , nak tengok cerita nih dengan awak , tapi tengah cuti . Tak dapat jumpa awak .

Lots of Love ,
FARAH


Saturday, November 19, 2011

Novel

sejak akhir-akhir nih aku dah mula baca novel balik . Dulu ada laa baca , tapi dah berhenti . Tapi bila dah jumpa novel yang best-best , aku tergerak nak baca balik . Hari tuh aku ada baca novel yang buat aku menangis sebab jalan cerita dia sama dengan jalan cerita cinta aku . Sedih doe , nama novel tuh Teman Serumah . Bila tengok balik muka depan buku tuh memang nampak tak menarik , tapi isi dalam dia tuh , fuuuyyoohh , BEST . Sebab tuh orang cakap , 'Don't judge book by it's cover' kan kan .

Sekarang nih aku tengah dalam proses menghabiskan novel lain , tajuk dia Cinta 3 Suku . Banyak lagi , tak sampai tengah novel pun . hehe , okay laa , aku nak sambung baca novel nih .

Lots of Love ,
FARAH

Wednesday, November 16, 2011

awak ~

Awak macam dah bosan kawan dengan saya . takpe laa kalau awak taknak kawan dengan saya lagi . okay , byee .

sob sob laa ;"(

Monday, November 14, 2011

First Day Final Exam

atas sebab keserabutan menjawab soalan engineering science hari nih , aku buat keputusan keluar dewan exam awal , sebab buat ape duduk lama2 kalau dah siap jawab & aku terasa macam budak SPM tadi , HAHA . Aku orang first keluar tuh , konon-konon boleh jawab semua soalan . haishh ,

Tapi , takpe lah , kita tunggu je la keputusan akhir semester nanti .

Sunday, November 13, 2011

Thanks

semalam tension sangat sampai rasa nak hempas hp kat dinding , tapi tak jadi sebab fikir nanti takde hp leceh lak . Lepas tuh tulis surat macam luahkan perasaaan sampai nangis-nangis , pastu sambung nangis dalam almari . Lisaa balik dari bandar (keluar dgn kawan dia) baca surat yang aku tulis tuh , pastu dia macam tau je aku nangis dalam almari , dia buka pintu almari . Aku tanya Lisaa , mana tau aku kat dalam almari , Lisaa cakap "kau sokmo nangis dalam almari" . hehe , bila aku tengok muka Lisaa terus berhenti menangis , tak tau apesal . Thanks Lisaa for everything (:

Friday, November 11, 2011

hasil kaji selidik (takde kerja)

bulan 2 sampai akhir bulan5 couple dengan A , lepas putus akhir bulan 5 , tak smpai seminggu dah jumpa orang lain , si B pulak . Couple dengan si B 2 bulan je , lepas tuh putus . Lepas putus , 2 hari kemudian si D , iaitu aku pulak yang jumpa dia , haishh . macam berturut-turut pulak kisah cinta dia nih . oh ya , masa dia tengah couple dengan si A , dalam masa yang sama dia berskandal dengan di C .

i don't know what to think right now .

Sunday, November 06, 2011

I want to go home ~

tinggal 3 minggu je aku kat Kuantan & aku tak sabar nak balik sebab aku memang tak tahan nak duduk sini lama-lama . Final exam pun tak lama je lagi . Aku cuba nak study , tapi tak masuk kepala laa . haishh ~

ouh ya , bulan nih dah masuk bulan November . Kejap je kan .

Emm , nak cakap something laa .
D , aku tau kau tak suka aku . aku nampak dari cara kau pandang aku , cara kau bercakap dengan aku . tak sama macam dulu , masa kita mula-mula kenal . tapi aku sedar , kau berubah macam tuh pun atas kesilapan aku sendiri . takpe laa , semester depan kau dah tak jumpa aku lagi dah dan aku pun takkan susahkan kau lagi . walaupun kau selalu cerita pasal benda yang sweet BF kau buat hari-hari , BF kau cakap tuh cakap nih , aku dengar je . tapi bila aku cerita pasal BF aku , kau macam buat tak dengar je kan . lepas tuh aku dah malas nak cerita apa-apa kat kau . aku harap kau gembira lah dengan life kau lepas nih .


lots of love ,
FARAH

Friday, October 28, 2011

2 Year Anniversary

Happy 2 YearAnniversary my dear Blog . Sebenarnya 2 tahun tuh genap bulan Julai lepas , aku terlupa , baru teringat hari nih . HAHA , tak sangka tahun nih dah 2 tahun umur blog aku . blog nih laa yang jadi tempat aku luahkan segala masalah yang ada dalam kepala nih (:
ily , MUAH MUAH MUAH :*

haha , BODO .


benda nih dah lama , bulan 9 . tapi geram pulak baca . BODO .
haha ,

Thursday, October 27, 2011

bby sayang saya nih .

thank you for completing my life sayang <3
i curik gamba u yang comeeel sangat nih.
ilysm ifwat . MUAH MUAH MUAH :*

Monday, October 24, 2011

serabut ah

why i felt soo stupid right now , urghh ! ah serabut serabut .
kalaulah aku boleh undurkan masa :"(
tapi aku bukan TUHAN .

Friday, October 14, 2011

"Unfriend You" - GREYSON CHANCE


I really thought you were the one
It was over before it begun
It's so hard for me to walk away
But I know I can't stay

You're beautiful and crazy too
Maybe that's why I fell into you
Even though you would pretend to be
You were never with me

So it's over yeah we're through, so I'm a unfriend you
You're the best liar ever knew, so I'll unfriend you
Cause I should have known, right from the start
I'm deleting you right from my heart
Yeah it's over, my last move is to unfriend you

I thought in time that you could change
And my time and love would heal the pain
And I didn't want this day to come
But now all I feel is numb

So it's over yeah we're through, so I'm a unfriend you
You're the best liar ever knew, so I'm a unfriend you
Cause I should have known, right from the start
I'm deleting you right from my heart
Yeah it's over, my last move is to unfriend you

You come on to everybody
Everybody all the time
You give up to anybody
What I thought was only mine

Oh oh oh
Oh oh oh
Oooooooh

So it's over yeah we're through, so I'm a unfriend you
You're the best I ever knew, so I'm a unfriend you
'Cause I should have known, right from the start
That you didn't have a human heart
Yeah it's over my last move is to unfriend you
Unfriend you

Yeah yeah yeah yeah
Woah ohh
Oh oh oh
Oh oh oh
So I'm a unfriend you
Oh oh oh
Oh oh oh
So I'm a unfriend you

Monday, September 26, 2011

Final Exam

Jadual final exam dah keluar . Adoi , cuak laa .
  • 14/11/2011 8.30a.m - 10.30a.m ENGINEERING SCIENCE
  • 16.11/2011 8.30a.m - 10.30a.m ENGINEERING MATHEMATIC
  • 17/11/2011 2.30p.m - 4.30p.m CONSTRUCTION MATERIAL AND APPLICATION
  • 24/11/2011 8.30a.m - 10.30a.m ENGINEERING SURVEY

takpe-takpe , yang penting study laa . walaupun assignment & test ntah ke mana semua . haha ,

Thursday, September 15, 2011

my heart is crying like hell right now ~

Public Speaking & POLISAS

setalah agak lama aku tak buat entri baru , baaru sekarang aku dapat post . Macam kawan kawan aku yang lain gak , sibuk dengan assignment(yeke) , test , lab report dan blah blah blah .

sebenarnya semalam aku ada 'public speaking' . stupid public speaking . urghh , aku terlupa gila pasal benda tuh , pastu sehari sebelum tuh baru aku print speech aku . memang takde masa langsung nak hafal , stress satu hari . pastu bila turn aku , macam hape je , cakap meleret leret sampai diorang semua bosan . haha , MALU dol . dah laa tak hafal , pastu meleret leret . balik rasa macam nak nangis . aku dah kecewakan lecturer English aku . lepas nih memang aku tak nak laa duduk depan masa kelas English , malu dengan Madam .

cerita lain pulak . sejak kebelakangan nih , aku dah makin hilang fokus nak belajar . i don't know why . tapi lepas dengar PA aku , Cik Haslinda , nasihat kitorang satu kelas , tiba tiba rasa macam sentap gila . baru aku tersedar balik niat sebenar aku datang POLISAS nih . NAK BELAJAR . aku nak kejar title IR tuh & insyaAllah aku dapat kalau aku stay fokus dengan niat aku tuh . Amin ,

Saturday, August 27, 2011

you ,

Baru 8 jam berlalu & aku dah mula rindu dia gila vavi . Nak balik Kuantan balik boleh tak ? hurmm :"(

Kalau lah masa boleh dicepatkan mesti best kan kan kan ? Seminggu je .

Muhammad Ifwat Fatihi Burhanuddin , imissyousoomuch :"(

Tuesday, August 23, 2011

aishit .

can't you understand how much I hate her . Urghh ~

Manusia lagi .

okay , sampai sekarang masih ada hamba Allah yang tak puas hati dengan aku . Alaa , apa masalahnya , aku rasa sejak masuk polisas nih , aku dah jarang buat orang sakit hati & cakap lepas .

Tapi , aku dah tak kisah dah kalau ada orang yang tak puas hati dengan aku . I love myself the way it is <3
Tak suka aku jangan kawan dengan aku atau buat-buat kawan dengan aku . suka hati korang nak kutuk belakang ke , terserempak dengan aku kat polisas nak kutuk depan-depan/tunggu aku lepas dari pandangan baru jerit kuat2 dari belakang kata aku macam-macam .

people like that i call 'shitpeople' because everytime they talk about me , they eat shit . haha , i actually don't understand what i write about 'shitpeople' .

Friday, August 19, 2011

stupid massage , menyesal baca .

aja , it is already fall into pieces . aku dah penat nak cantum balik . aku rasa , baik buat masa nih aku biar je dia pecah . bila aku rasa dah bersedia nak cantum balik , aku pergi cari gam gajah , biar dia kuat sikit , takde laa senang pecah .

am i doing the right decision ?

Wednesday, August 17, 2011

Tired

sumpah aku dah penat dengan semua nih . rasa macam nak berhenti , tapi tak boleh .

Sunday, August 14, 2011

Cakap tak serupa bikin

rasa macam shit gila bila aku baca post aku yang lama . nak study , dapat 4flat konon . tapi bila dah dapat assignment , ntah kemana perginya . aku ke utara , assignment ke selatan . bagus betul .
pasal status lagi macam shit gila . kata taknak buka pintu hati dah konon2nye . tapi , lain jadinya . lemah betul hati aku nih . nanti bila dah bahagia , tiba-tiba bersepai lak hati sendiri , mau tak susah .



*i need someone to guide my heart , love my heart & accept my heart the way it is .

Saturday, August 13, 2011

dugaan kedua untuk tahun nih

okay , sekarang aku memang tengah kusut , berbelah bahagi . ape aku dah buat nih ? urghh !
nak menyesal macam dah terlambat pulak . oomaagadd ! aku tak pasti keputusan aku kali nih betul ke tak . sebab tahun nih , kalau betul benda tuh jadi , akan jadi dugaan aku yang kedua laa .

do give strength to my HEART ,
don't let it fall into pieces again ,
otherwise it won't be able to use for the third time .


Friday, August 12, 2011

akibat takde kerja

woi , aku tga blushing gila nihh !

Thursday, August 04, 2011

berangan je aku nih

okay , sekarang aku dah gedik-gedik nak cari boy yang rambut curly , muka mix chinese . comel tuhh ~ haaaaaa . ada ke budak macam tuh kat POLISAS nih ? kalau ada aku manusia paling bertuah dapat dia . hahahahahaha ~

okay laa , sebenarnya takde kerja nak buat nih . saje update blog , duduk sebelah HAWA (classmate) . byee ~

Monday, August 01, 2011

dugaan puasa pertama

hari nih hari pertama puasa , aku awal-awal dah kena dugaan , pehh . berapi betul . cerita dia macam nih , aku tengah buat presentation English , tiba-tiba ada la manusia tuh , pergi miss call nombor aku . terus berangin aku , mana taknya . masa dia tengah presentation aku tak kacau pun , apesal ntah dia kacau aku . terus takde mood satu hari nak belajar . Spoil gila laa . tau pun takut bila tengok muka aku bengang , pandang aku pun takut . huh ,

tapi bila aku fikir balik , takkan dengan budak kelas sendiri nak gaduh . cukup ah dulu masa kat MELTTEC . dia mintak maaf , dan aku maafkan dia je laa .
alright ~ raknak ah gaduh-gaduh bulan puasa nih .

Saturday, July 30, 2011

Puasa menjelang sudah .

Isnin nih dah nak masuk bulan puasa , so aku kat sini nak ucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM KAT MALAYSIA NIH . aicehcehceh , baik betul nak ucap-ucap nih . sebelum nih tak pernah pun post pasal bulan puasa .

bulan puasa nih makin letih laa badan sebab kena jalan kaki panas terik , kampus jauh dari kamsis . haa ~ takpe laaa , nama pun dugaan bulan puasa kan .

Tuesday, July 26, 2011

boybia ? dah okay kot .

okay , ceritanya berbunyi gini , akhirnya aku dah okay dengan budak lelaki kelas aku . aku tak tau kenapa tapi tiba2 aku rasa macam nak berbaik dengan diorang . semua nih jadi lepas aku luahkan apa yang aku simpan lama gila dalam hati nih dekat ketua kelas , Firdaus .

hari nih 26/7 , first time aku huhahuha dengan diorang . rasa seronok gila , sebab aku dah lama tak ketawa sejak masuk POLISAS nih . Dan , aku happy gila sebab dapat tolong diorang buat kerja ENGLISH (untung ada kelebihan nih , sebab nih laa yang buat aku jadi rapat dengan diorang )

rupanya diorang semua baik sangat , aku je yang fikir negatif pasal diorang , kesian . gara2 melttec la nih . haa ~ diorang dulu hari2 kena jeling dengan aku , sikit pun aku taknak senyum . tapi sekarang dah boleh senyum sikit2 . takde laa se-sombong dulu .

hari2 diorang pesan kat aku " farah , cuba SENYUM sikit " heee ~ memang aku kena senyum selalu la nih . okay , aku harap aku dapat laa atasi penyakit BOYBIA aku nih . Wish me LUCK !


Thursday, July 21, 2011

Makhluk tuhan paling gedik !

macam tak percya je aku masuk POLISAS nih terus jadi pendiam . tak boleh huhahuha mcam dulu . btw , aku bukan nak cerita pasal benda tuh . aku nak cerita pasal makhluk Allah yang sorang nih . aku tak tau ape masalah dia dengan aku , sebab aku rasa aku tak pernah berkasar atau layan dia buruk . Tapi kenapa dia nak cari pasal dengan aku dengan menganjeng aku bila aku pakai 'pashmina' . tau la dia pakai selendang je , JEALOUS ke ape kak ? ohh , aku tau dia nih jenis macam mana , dia nih jenis orang yang tak boleh tengok orang lain lebih dari dia (macam pernah alami situasi nih masa kat Melttec) .

Lepas tuh , masa dalam kelas nak mengedik dengan budak lelaki pulak . nak biar budak lelaki kelas bagi perhatian kat dia je . hoho , ntah pape ntah . nasib baik aku tak macam tuh . aku kalau boleh nak elak lagi daripada budak lelaki , TAK SUKA . okay-okay , lain kali aku cerita lagi . nak buat assignment setimbun , hahaha .

Wednesday, July 20, 2011

classmate yang *tutt

aku rasa macam nak nangis je bila dapat classmate yang tak sekepala . semua macam tak boleh nak bergaul . haih , macam mana nak sampai semester 6 kalau macam nih . FRUST GILA ~~
aku tak tau macam mana nak luahkan , sumpah sakit hati gila hari nih . aku betul-betul harap sangat dapat jumpa kawan yang boleh aku jadikan tempat nak luahkan masalah aku , perasaan aku , idea gila-gila aku . aku harap sangat dapat jumpa sorang lagi SHAZWANIE SAAD .


wani , sumpah aku betul-betul perlukan kau kat sini ! dari luaran aku tak menangis , tapi dalam hati nih rasanya dah banjir dengan air mata . huaaaaa ~ T.T


Wednesday, July 13, 2011

gedik & Boybia

hello dunia ! hahaha . sejak bila aku tulis macam nih . Okay , sekarang masalah lama aku dah timbul balik . Boybia ~ sejenis penyakit fobia terhadap budak lelaki (Shazwanie Saad tau pasal ape) . Yang paling tak boleh blah , dengan dak kelas sendiri pun nak gaduh , sebabnya aku tak suka kawan dengan lelaki . haih -.-''

Kat sini aku lak macam tergedik-gedik , pehh ! gelii sial . apesal aku jadi macam tuh . aku nak jadi Farah yang dulu , kasar , cakap lepas , sikit pun tak gedik . okay-okay , aku cuba . HELP ~ dulu aku paling benci budak-budak gedik nih , sekarang aku lak nak jadi macam tolong , eeeiii . gelii laa !!!

okay laa , aku tulis sampai sini je . sebab kejap lagi ada ko-kurikulum , nak siap-siap .





Saturday, July 09, 2011

POLISAS

atas permintaan , aku buat post baru . okay , sekarang nih aku dah sambung belajar kat Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah , Semambu , Kuantan , Pahang . sambung course Diploma Kejuruteraan Awam Semester 1 . Kali nih aku betul-betul nak belajar . nak dapat pointer 4.00 (haha , insyaAllah dapat) .

Aku dapat duduk kat Kamsis Ibnu Sina (asrama) . Satu bilik 4 orang , bolehlah . Nama budak bilik , Lisa Elena , Iqa & Anis . Lisa nih baik , gila-gila & aku panggil dia fashionista . hehehe . dalam bilik tuh aku rapat dengan dia laa , lagi 2 orang tuh kawan biasa-biasa je .

Agak kekok gak laa bila dah masuk sini , mula bergelar PELAJAR semula . 11/7 nih dah start kuliah . Aku kelas DKA 1B , satu kelas ada 27 orang . nasib baik tak ramai sangat . memang aku kena struggle untuk Sem 1 nih . kata nak TOP . hahaah ,

oleh sebab aku dah OFFICIALLY SINGLE , aku dah malas nak fikir pasal pakwe . patut dari dulu lagi aku tak payah buka balik hati aku nih . kali nih aku memang takkan bukak balik sampai aku grad diploma . SERIOUSLY ,

oh ya , peraturan kat sini gila ketat . tak boleh bawak teddy bear , kesian DeNaFa-mo aku kena tinggal kat umah nanti . tapi bila aku kaji betul-betul peraturan dia , ada betulnya peraturan yang dia buat tuh . Kat POLISAS nih , berbukit-bukit , macam kat MELTTEC , haih -.-''
ingatkan dah tak jumpa dah tempat macam nih , letih siot .

okay laa , nak offline dah sebab online kat CC kamsis je nih . ada masa nanyi aku update lagi . byee ,

POLISAS . TEKNOLOGI TERAS PEMBANGUNAN <3

Friday, June 03, 2011

blog jadi huduh dah .

blog dah buruk , takpe takpe . nanti aku edit balik . hahhahaha .

Wednesday, June 01, 2011

stalk semula

dah mula jadi stalker balik ,
hahahhaha .
can't get my eyes off you ~

Tuesday, May 24, 2011

finally

after quite long time , we spoke again .
:)

Friday, May 20, 2011

Untuk Cik Nurfaten Alia

awak awak , nanti kat sana belajar elok-elok eh . heheh ,
saya akan rindu kat awak sangat-sangat sebab awak dah kat perak , JAUH .

Faten , goodluck in your life & future . aku tau kau akan berjaya satu hari nanti .
thanks sebab jadi kawan aku masa kat Melttec . Kawan susah senang aku . kawan satu sekolah , satu kelas , satu baris meja (terpisah satu meja je) , satu meja kat Lab Chemist & Physics , kawan satu dorm F6 (katil sebelah-sebelah) , hehehe . Susah nak jumpa kawan macam kau . Aku akan kenang semua kenangan kita , walaupun kita tak dapat kawan lama sangat . Dapat kenal kau 1 tahun setengah pun aku dah cukup puas .

benda yang paling aku tak menyesal buat untuk kau ;
-origami burung banyak-banyak untuk kau masa birthday kau .
-teman kau masa kau tengah sedih .

Nurfaten Alia Ramli & Nur Farahin Adilah Rohadi
NFAR !
ilysdfsm !
ily ily ily ily ily


Monday, May 16, 2011

Tajuk ? Tak tahu .

Ohh , dah lama tak update . Sebab sibuk keje laa . Haih -.-''
tp lepas nih mesti ada masa nak update , sebab aku nak berhenti keje lat MCS dah . Cukup la pengalaman yang memenatkan selama 5 bulan kat sana . Aku dah tak kesah nak tinggalkan budak-budak gila kat sana sebab penyakit gila diorang dah beransur baik . Hahah , Naim dah sihat , dia baru je keluar dari MCS tuh . Hahaha , sumpah aku SAYANG korang gila babi :)

emm , about me & nadzrol , i don't know how to say . 13/5 hari tuh dah genap 2 bulan aku kenal dia . Tapi sampai sekarang kepercayaan aku kat dia tak berubah langsung , masih 40% lagi . Ntah laa . Kena tunggu lagi 6 tahun 10 bulan je la .

Alright ~ aku dah takde benda nak ckap . Byee :)

Friday, April 29, 2011

Universiti & Kerja

lama tak update blog nih . Act , banyak benda aku nak cakap .

mula-mula pasal tawaran kemasukkan ke Universiti . sampai sekarang nih aku tak dapat mana-mana offer IPTA pun , frust ~
kawan-kawan aku yang lain ramai gak dah dapat , MATRIKS , UiTM .
haih =.='
sabar je la , ada rezeki ada laa kan .

lagi , pasal kerja . aku rasa macam nak berhenti je tapi aku tak tau kenapa aku nak berhenti . huh ?
mungkin sebab attitude manager aku yang makin lama makin menjengkelkan tuh .
marah orang ikut mood dia je .
tapi hati aku cakap tak boleh berhenti sebab aku taknak tinggalkan budak-budak gila kat cafe tuh , sebab nanti takde orang nak jaga & kasi makan kat diorang semua tuh . haaa ~
(sebenarnya sayang nak tinggalkan diorang , sebab diorang BEST)







*kepercayaan aku kat dia buat masa nih masih 40% je .

Friday, April 15, 2011

Countdown

Another 6 years 11 months !
:)

Wednesday, April 06, 2011

almost explode .

DAMN , ksfhg8regjevf86@##$$@%UU^&@^$#^(* !
kenapa la dia macam nih . hari-hari nak buat aku menyirap .
berapi siot .


aku bukan merajuk eh .

aku cuma rasa dah hilang kepercayaan dia .
:(

Saturday, April 02, 2011

hhaa ,

adui ,
dua-dua nak manja-manja dengan aku .
nak tinggal kejap nak pergi mandi pun tak boleh .
haaih ,

ADIK-ADIK ,
kakak nak pergi mandi nih boleh tak ?
dah busuk nih .

Saturday, March 26, 2011

BODO-BODO

err , TAK TERASA PUN :)
LALALA ,


OHHH , GEMBIRANYA HATI ~
AKU SUKA ORANG BENCI AKU , YEAHH !

MESTI PENATKAN , NAK COPY PASTE TULISAN KAT BLOG AKU KE BLOG KAU .
HAHA , SUSAH-SUSAH JE .
ADA JUGAK ORANG YANG MINAT NAK BACA TULISAN KAT BLOG AKU NIH .

kust kepala aku .

lepas dapat result , aku masih blurr nak sambung mana . ala ~ result pun tergelincir sikit dari landasan . orang cakap pun susah la aku nak sambung Civil Engineering aku . Damn !

tapi aku nak sambung Civil jugak ! mama & baba cakap amik macam kakak , aku cakap ;

"ala , takkan semua nak ikut kakak"

aku nak jugak sambung apa yang aku MINAT . dan aku betul-betul minat nak sambung Civil .

Thursday, March 24, 2011

aku dapat 5A (damn , macam tipu)

sehari sebelum amik result aku menangis gila babi sampai mata bengkak semua ,
adalah halnya (yang terdekat tau) .
esok paginya , bangun pukul 7 , siap-siap nak pergi Melaka nak amik result lah .
bas pukul 8.30 pagi .

sampai melaka , pergi breakfast dulu (lapar kott) .
ingat nak cari KFC Aso (dah janji) , tapi KFC tak buka lagi lak , adoiyai .
last-last aku beli coklat jeh , heheh .
lepas breakfast tunggu Aja , Faten , Durian sampai Melaka Sentral .
bila diorang semua dah sampai , masing-masing decide nak naik apa pegi sekolah .
kebetulan kat Mc aku jumpa Kamarul , dia ajak naik Shafik (sorry , button sebelah kiri w tak boleh tekan , tuh yang ganti dengan k) Muslim .

sampai je sekolah , excited tuh takde pun . hahah ,
aku tak jumpa semua orang pun .
jalan , lepak dengan aja , faten & aso sementara tunggu result .
dalam pukul12 baru result keluar , jadi semua pegi dewan .
sampai je dewan , Cikgu Juslan umumkan pelajar terbaik aliran nih , aliran tuh .

teman Faten bayar hutang buku teks , pastu baru gi amik result .
masa tengah tunggu cikgu masukkan result dalam fail , aku cuba-cuba nak borak dengan Anis ,
pehh , gila sombong nak mampus dia .
dia dah macam tuh aku malas nak cakap dengan budak kelas lagi .
tetiba , fikri datang kat aku kata ,
"eh , ady kau dapat 5A kan?"
aku TERKEJUT ,
"huh , siyes doe ?"
sumpah masa tuh aku tak percaya langsung .
pastu kamarul & eza pulak datang kat aku ,
"ady , tahniah kau dapat 5A"
aku lagi tak percaya , last-last aku pergi sendiri kat Puan Ho , amik result .
sekali betul aku dapat 5A ,
damn , macam tak percaya jeh . selama nih aku belajar pun main-main , tak study .

aku tau budak kelas mesti tak percaya aku dapat 5A sebab diorang selalu pandang rendah kat aku & buli aku .
Yang paling buat aku happy , aku dengan perempuan tuh sama dapat 5A .
hey , kau tak boleh nak pandang rendah dekat aku dah , okay .
walaupun result kau okay sikit dari aku .

Zureen Juliana , aku dengar kau dapat 1A .
tuh la kau , aku bukan nak cakap apa , aku rasa kau dapat macam tuh sebab kau busuk hati dengan semua orang kan .
aku cakap macam nih , aku sedar aku pun bukannya pandai sangat & nak kutuk-kutuk orang lak .

oaky la , macam banyak sangat pulak aku tulis .
papehal pun congratulations ;
Siti Hajar Airdzaman (aja : 9A 1B+)
Syafik PKM ( 5A)
Faten Alia (2A , i'm still proud of you sayang)
and also , MYSELF la .
:)




Wednesday, March 16, 2011

Happy Birthday , Siti Hajar Airdzaman .

happy birthday to you ,
happy birthday to you ,
happy birthday to Aja ,
happy birthday to YOU !

nih entri birthday kau yang kedua sebab tahun lepas pun aku ada buat .
heheh .

aku cuma nak ucap selamat hari lahir yang ke-18 .
semoga kau bahagia dengan life kau sekarang .
dah lama kita tak jumpa kan lepas sekolah . maybe masa amik result tuh last kita jumpa ,
yela , nanti masing-masing sibuk dengan haluan sendiri kan , dah takde masa nak jumpa dah . beruntung aku dapat kenal kawan macam kau .
okay la Aja , take care kawan .
i love you so damn fucking shit much (ilysdfsm !)
hehehhe :)

*p/s : hehe , aku curi gambar kau :)



Friday, March 11, 2011

Justin Bieber ?

der ,
sejak bila aku minat Justin Bieber nih .
asyik search youtube 'Justin Bieber' je .

aahahhahha :D

Thursday, March 10, 2011

berapi hati nih

pehh , berapi sial aku . aku pakai duit gaji aku sendiri beli barang tuh , kau senang-senang rosakkan . barang tuh kalau boleh dapat seringgit dua ringgit takpe la .

huh ,
padan muka makan pelempang aku tadi .

Wednesday, March 09, 2011

duit gaji

DAMN !
aku memang tak pandai pegang duit .
satu hari 300 dah habis .
pehh ,
BOROS SIOT !




Tuesday, March 08, 2011

i felt guilty

i misjugde Giin Yi .
NO!
i'm sorry :(

menyesal kutuk-kutuk dia .

Saturday, March 05, 2011

aku nak bebas

bagilah aku terbang bebas macam burung kat langit . aku bosan la asyik terkurung dalam sangkar je nih :(

Friday, March 04, 2011

si comel lagi

aku mimpi budak comel tuh lagi . ouh terlupa , patut la . semalam aku bergayut lama dengan dia sampai kredit habis , hahaha .

hey , si comel . jangan risau , aku tunaikan janji aku pada tarikh keramat tuh :)

Thursday, March 03, 2011

i'm soo tired

semalam aku kerja shift petang , ingatkan tak ramai malam tuh , sorang dah datang sampai tengah malam tak putus-putus customer datang . pehh , sumpah semalam penat gila . P.E & Ali pun cakap muka aku dah pucat . aku kalau boleh nak tertido dah sebab ngantok & penat sangat .

masa closing cafe , nasib baik Giin datang tolong , kalau tak sampai pukul 3 pagi lah aku kat cafe tuh . dalam pukul 2 pagi baru siap semua kerja . aku dah la tertinggal handphone kat rumah , nak telefon baba suruh amik tak tau camne , pastu P.E kata pakai handphone cafe .

aku telefon baba dalam pukul 2 lebih , pastu tak boleh blah , aku boleh tertido kejap kat cafe . huh , penat betul tuh . ahahahah . dah la nyamuk banyak . dalam kul 2.40 pagi baru baba sampai cafe .

*Thanks P.E , Nizam & Ali sebab teman aku sementara tunggu ayah aku sampai . sebab tuh aku sayang korang :)

Wednesday, March 02, 2011

Ali gila

semalam , masa tengah kemas-kemas cafe Ali tolong . aku tengah menyapu tiba-tiba dia datang pegang cicak . pehh , berlari aku satu cafe sampai kat stor . nasib baik kak Eim ada . fuhh , aku suruh dia buang cicak tuh .

tapi lega sekejap je la . aku ingat Ali dah buang , rupa-rupanya dia pegang lagi . Babi , menangis aku dia buat . geli derr ,

lepas tuh aku dah taknak tegur dia dah . huh , (merajuk nih)

Monday, February 28, 2011

bermula dari satu missed call sahaja

1 missed call - 28/02/2011 10:32 pm
Aqmar Haziq

mula-mula aku malas nak layan , ignore je la . tapi oleh sebab saje nak bikin dia 'panas' , aku hantar mesej kat dia yang berbunyi seperti ,

"tak pyah nk mskol2 aku dh . aku dh bhgia dgn hidup aku skang nih . okay ,"

dia reply ,

"Haish? Ingt aku nk usha kau ape PERASAN? ptut sume mcm bnci kau. haha"

aku reply balik ,

"Der , aku TAK PERASAN le . aku pulak kesah org benci aku , huh . buang mse je fikir psal org yg benci aku . hidup aku , aku yg tentukan"

dia reply lagi ,

"So what? Apsal kau kena ckap psal hdup kau dkat aku? ape kena mengenanye! pulak aku kisah. tak HIRAU sikit pun lah."

untuk menambah kepanasan hati dia , aku reply ,

"Tk hirau dh la . Boooo !"

oleh sebab dia dah panas tahap gaban(kot) , ini mesej terakhir dia & tak reply lagi dah .

"Pegi mamp "

oh , aku tertanya-tanya keadaan dia macam mana selepas aku bikin hati dia panas , hurmm ?


* urr ,

inspektor faiz (hahah)

pengakuan dari dia yang mengatakan dia dalam proses putus dengan awek dia . hurmm , dia macam sengaja cakap kuat-kuat dengan P.E nak bagi aku dengar . sorry la , aku tak kacau pakwe orang la . lagipun , dia dah nak jadi polis dah . baguslah macam tuh , ada cita-cita nak berjaya , takkan nak kerja kat M.C.S je kan .

aku doakan cita-cita dia tercapai . Amin :)

Sunday, February 27, 2011

berenang dengan adik

balik kerja , penat & lapar . masuk dapur cari makanan , bila aku buka kabinet nampak maggi . huh , maggi pun maggi la , janji makanan & kenyang . lepas makan , aku ternampak kolam kecik (ala , swimming pool budak-budak yang tiup angin & isi air tuh), aku cakap dengan mama dah lama adik-adik tak mandi kolam tuh . so , mama kasi la diorang berenang-renang kat dalam kolam tuh . weee ,

yang paling tak boleh blah , aku pun join sekali . ahahahaha :D dah la kolam tuh kecik , aku pulak kecik sangat . huhu , penat aku melayan karenah adik-adik aku (fikri & farees). aku sejuk , tak tahan lama-lama ingat nak masuk rumah , tapi adik-adik taknak la pulak . adoiyai ~

hehe ,

Saturday, February 26, 2011

PMs-ing or ?

aku tak tau aku cuma mengalami masa PMS-ing atau aku cepat terasa . kebelakangan nih aku banyak menangis . entah la . masalah keluarga , masalah tempat kerja . pernah sampai satu tahap aku rasa macam taknak balik rumah mengenang masalah keluarga , taknak pergi kerja & berhenti je sebab penat nak tengok muka budak tempat kerja & perangai BOS yang kena ikut mood dia je .


tapi bila difikir balik , tuh keluarga aku . setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya kan . pasal kerja lak , bila dikenang semua detik seronok & gila-gila aku dengan budak tempat kerja , sayang aku nak lepaskan & lupakan macam tuh je. aku sayang kenangan tuh . malam-malam masuk air , layan je kepala diorang . hurmm ,

banyak lagi aku kena fikir . huh ,

Wednesday, February 23, 2011

budak comel nih .

lately nih dia selalu telefon aku , bila tengah malam , masa aku nak tidur . dia tanya macam-macam , dia cerita apa yang dia buat hari nih & wish gud night & take care .

buat aku tertanya-tanya je . tapi aku tak pernah fikir yang bukan-bukan . malas nak fikir , aku dengan dia kawan je .


* lepas baca jangan lupa kasi sayang aku makan ye :)

Tuesday, February 22, 2011

Akhirnya

huh , baru siap edit-edit blog . tapi aku tengok macam takde perbezaan pun . ahahaha :) Amir Shafeeq , sibuk je nak baca . hahahaha . sayang kau la gila . BFF sayang

Saturday, February 19, 2011

not in the mood .

hari nih satu hari kerja takde mood , huu . gara-gara customer yang banyak complain . huh , esok kerja petang lak . adoi , balik tengah pagi laa nanti .

Thursday, February 17, 2011

Bye bye Kakak


Nur Adilah Binti Rohadi , the only sister that i have . dia dah terbang pergi University of Auckland , New Zealand untuk sambung belajar . Flight dia hari Rabu lepas 16 Februari 2011 . so , kitorang sekeluarga ramai ramai hantar dia ke KLIA , for the last meeting and say Goodbye .

kawan kawan dia ramai gak yang datang . ouh ya , Amal(boyfriend) pun datang , sanggup datang dari Johor ke KL . sayang betul dia kat kakak . takpe Amal , 2 tahun je . huhu ,

Lepas dah hantar semua tuh , dah check-in semua , sesi babai membabai lak . memula aku takde rasa pape pun . tapi lepas kakak dah naik bas (aku tak dapat tengok dia naik bas , sebab kena amik atok yang sesat tak jumpa kitorang kat KLIA), aku rasa macam ada kurang sesuatu . ouh ya , kakak dah takde , lepas nih aku dah takde kawan baju raya sama dah . pakai baju raya sorang-sorang , sebab selalu tiap-tiap tahun baju raya aku dengan kakak mesti sama . kakak kata , takpe Facebook ada .


dalam kereta , aku menangis gila-gila . walaupun aku tak rapat sangat dengan kakak , tapi sedih bila dia takde . tak tau la kenapa .

Okay la , take care kakak , ilysdfsm ! good luck kat New Zealand .

Sunday, February 13, 2011

2 hari sakit kat tempat kerja

aku dah mula sakit sejak semalam . urghh , tapi kena datang kerja gak . aku bangun tido hari nih kul 12 tengahari , gila ah . memang betul betul penat . huhu .

pehh , memang tak semangat langsung kerja tadi . Faiz , kak Eim faham aku tak sihat . petang aku tak buat kerja belakang (cuci toilet).

Nas tolong belikan ubat selsema tadi . thanks der . Nizam & P.E tak kasi aku buat kerja banyak sangat .

*terima kasih sesangat ah kat korang ye , take care tau bila aku takde 3 hari nanti .
ilysdfsm <3 !

Sunday, February 06, 2011

aku loading ,

urr , dia tengah kutuk aku ek ? haha , sumpah aku tengah loading sekarang nih .

Wednesday, February 02, 2011

tersangkut .

banyak benda jadi sepanjang aku tak update blog nih . tapi aku tak tahu macam mana nak tulis .

nanti la :)

Tuesday, January 25, 2011

ingatkan dah takde dah .

OMG ! aku ada stalker lagi dalam diam rupanya . huh , ingatkan dah berhenti dah . adoiyai , bila nak berhenti jadi stalker & jadi follower yang sebenar nih ?

aku dah jadi follower kau & at least aku tak stalk kau sebab kalau kau update blog , entri baru kau akan automatik keluar kat dashboard & aku baca .

okay , stop being a stalker :)

Monday, January 24, 2011

aku nak berubah

orang kata manusia boleh berubah dalam sekelip mata . tapi kalau aku nak berubah , orang akan percaya tak aku betul-betul nak berubah ?

perkara yang aku cuba untuk tukar/berubah :
1. aku nak pakai tudung
2. tak nak mencarut lagi (Ali dah kasi warning)

urmm , aku akan cuba nak realisasikan 2 perubahan nih dulu , okay .


* sape yang tak suka aku nak berubah suka hati korang la eh .

Happy Birthday , Nas

hari nih birthday Nas , tapi aku tak tau . lepas dia balik kerja tadi baru aku dapat tau , siot je dak kerja tak bagi tau . diorang plan nak celebrate malam nih , tapi aku tak dapat join . sedih kott , nas comel :)hee ,

SELAMAT HARI DI-BERANAKKAN YANG KE 17 NAS !

Friday, January 21, 2011

aku baru nampak

ye , baru sekarang aku nampak tak semua orang hidup selesa & sempurna . tadi , lepas waktu kerja aku , aku perhati je semua budak cafe tuh . diorang sebenarnya ada banyak masalah dalam hidup diorang .

Emm , aku baru nampak diri sebenar Nizam . walaupun dia nakal , tapi dia abang yang baik & bertanggungjawab. sayang & pandai jaga adik dia , Nas . dia hormat ayah dia & pandai berdikari :)

Nas lak muda lagi , baru 17 tahun . tapi sayang , dah tak sekolah . Nas pun macam Nizam , walaupun nakal tapi pandai berdikari .

Ali sebenarnya banyak masalah gak , tapi dia simpan . baru tadi aku dapat tau masalah dia . ego tinggi , tanak nangis . konon konon lelaki tak boleh nangis , apa lah kau . tak payah nak simpan simpan . lepas je .

ouh ya , pagi pagi tadi dah short Rm 44 , aku kesian kat P.E sebab nanti dia kena marah dengan Gin Yi . aku tengok muka dia macam nak nangis , aku pun rasa sedih & rasa bersalah sebab tak tolong kejar customer yang salah ambil duit baki . tup tup , dah hilang .


nih baru sikit aku nampak , banyak lagi aku tak nampak sebenarnya kan . perjalanan masih jauh & cabaran akan bertambah . aku bersyukur dengan hidup yang aku jalani sekarang nih . kalau aku boleh tolong diorang semua , dah lama aku tolong . tapi aku tak boleh .

Tuesday, January 18, 2011

Ali

aku memang tak reti jaga perasaan orang la . aku tolak Ali , aku patahkan 1/4 hati dia . aku dah cakap awal awal kan . huhh ,

tapi , Ali masih ada 3/4 hati dia lagi . kita dah janji kawan baik kan :)

aku sayang kau sebagai sahabat , okay .

Sunday, January 16, 2011

hampir sahaja

jam 3.31 pagi , aku hampir terpaksa tidur di luar rumah :)
tidur dengan nyamuk nyamuk yang suka akan darah aku .
nasib baik jumpa kunci rumah dalam kereta .
Ali sahaja tahu kenapa .
ahahaha , kau gelakkan aku kan . takpe ~



*jumpa kau kat cafe :)

Friday, January 14, 2011

mereka

nizam & nas - dua beradik yang suka menganjeng tapi pada masa yang sama baik .

P.E - umur baru 19 tapi dah bertunang .
Faiz - dia tinggi (aku kena dongak kalau nak bercakap dengan dia) , mulut sama boleh tahan macam dua beradik tuh , suka merungut & membebel , kadang kadang mood okay , kadang kadang tak .

Luqman - dia sebenarnya tak lah sombong sangat , okay je . tapi selalu tanak tolong aku kalau aku mintak tolong , ahaa . ouh ya , satu sekolah dengan ZUREEN JULIANA dekat Dato' Seri Amar .

Farhan - dia kawan TAUFIK KASSIM . satu sekolah dengan taufik kat SMV BATU PAHAT , what a small world :)

Ali - dia , emm . aku tak tau nak cakap camne . ramai perempuan kat Muar nih , tapi nape dia pilih aku . kenapa ? aku belum sedia nak ada apa apa hubungan serius dengan mana mana lelaki . aku memang tak boleh . aku tak boleh terima kehadiran seorang bernama lelaki dalam hidup aku . aku sendiri tak tau kenapa .



mungkin aku sendiri tak faham apa tuh maksud cinta kot .

Saturday, January 08, 2011

perkara tuh jadi lagi

it's happen again . kenapa orang selalu fikir aku cuba nak rosakkan hubungan diorang pakwe makwe . adoi , makwe kau pun aku tak kenal ah . takde niat langsung aku doe . aku nangis dalam toilet sebab hal nih :'( .

stupido ! kalau aku tau benda nih nak jadi aku takkan kawan dengan kau la .

Sunday, January 02, 2011

bodo je .

laa , rupanya dia pun stalk aku . ahahahahahah !