Friday, January 21, 2011

aku baru nampak

ye , baru sekarang aku nampak tak semua orang hidup selesa & sempurna . tadi , lepas waktu kerja aku , aku perhati je semua budak cafe tuh . diorang sebenarnya ada banyak masalah dalam hidup diorang .

Emm , aku baru nampak diri sebenar Nizam . walaupun dia nakal , tapi dia abang yang baik & bertanggungjawab. sayang & pandai jaga adik dia , Nas . dia hormat ayah dia & pandai berdikari :)

Nas lak muda lagi , baru 17 tahun . tapi sayang , dah tak sekolah . Nas pun macam Nizam , walaupun nakal tapi pandai berdikari .

Ali sebenarnya banyak masalah gak , tapi dia simpan . baru tadi aku dapat tau masalah dia . ego tinggi , tanak nangis . konon konon lelaki tak boleh nangis , apa lah kau . tak payah nak simpan simpan . lepas je .

ouh ya , pagi pagi tadi dah short Rm 44 , aku kesian kat P.E sebab nanti dia kena marah dengan Gin Yi . aku tengok muka dia macam nak nangis , aku pun rasa sedih & rasa bersalah sebab tak tolong kejar customer yang salah ambil duit baki . tup tup , dah hilang .


nih baru sikit aku nampak , banyak lagi aku tak nampak sebenarnya kan . perjalanan masih jauh & cabaran akan bertambah . aku bersyukur dengan hidup yang aku jalani sekarang nih . kalau aku boleh tolong diorang semua , dah lama aku tolong . tapi aku tak boleh .

No comments:

Post a Comment