Saturday, July 30, 2011

Puasa menjelang sudah .

Isnin nih dah nak masuk bulan puasa , so aku kat sini nak ucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM KAT MALAYSIA NIH . aicehcehceh , baik betul nak ucap-ucap nih . sebelum nih tak pernah pun post pasal bulan puasa .

bulan puasa nih makin letih laa badan sebab kena jalan kaki panas terik , kampus jauh dari kamsis . haa ~ takpe laaa , nama pun dugaan bulan puasa kan .

Tuesday, July 26, 2011

boybia ? dah okay kot .

okay , ceritanya berbunyi gini , akhirnya aku dah okay dengan budak lelaki kelas aku . aku tak tau kenapa tapi tiba2 aku rasa macam nak berbaik dengan diorang . semua nih jadi lepas aku luahkan apa yang aku simpan lama gila dalam hati nih dekat ketua kelas , Firdaus .

hari nih 26/7 , first time aku huhahuha dengan diorang . rasa seronok gila , sebab aku dah lama tak ketawa sejak masuk POLISAS nih . Dan , aku happy gila sebab dapat tolong diorang buat kerja ENGLISH (untung ada kelebihan nih , sebab nih laa yang buat aku jadi rapat dengan diorang )

rupanya diorang semua baik sangat , aku je yang fikir negatif pasal diorang , kesian . gara2 melttec la nih . haa ~ diorang dulu hari2 kena jeling dengan aku , sikit pun aku taknak senyum . tapi sekarang dah boleh senyum sikit2 . takde laa se-sombong dulu .

hari2 diorang pesan kat aku " farah , cuba SENYUM sikit " heee ~ memang aku kena senyum selalu la nih . okay , aku harap aku dapat laa atasi penyakit BOYBIA aku nih . Wish me LUCK !


Thursday, July 21, 2011

Makhluk tuhan paling gedik !

macam tak percya je aku masuk POLISAS nih terus jadi pendiam . tak boleh huhahuha mcam dulu . btw , aku bukan nak cerita pasal benda tuh . aku nak cerita pasal makhluk Allah yang sorang nih . aku tak tau ape masalah dia dengan aku , sebab aku rasa aku tak pernah berkasar atau layan dia buruk . Tapi kenapa dia nak cari pasal dengan aku dengan menganjeng aku bila aku pakai 'pashmina' . tau la dia pakai selendang je , JEALOUS ke ape kak ? ohh , aku tau dia nih jenis macam mana , dia nih jenis orang yang tak boleh tengok orang lain lebih dari dia (macam pernah alami situasi nih masa kat Melttec) .

Lepas tuh , masa dalam kelas nak mengedik dengan budak lelaki pulak . nak biar budak lelaki kelas bagi perhatian kat dia je . hoho , ntah pape ntah . nasib baik aku tak macam tuh . aku kalau boleh nak elak lagi daripada budak lelaki , TAK SUKA . okay-okay , lain kali aku cerita lagi . nak buat assignment setimbun , hahaha .

Wednesday, July 20, 2011

classmate yang *tutt

aku rasa macam nak nangis je bila dapat classmate yang tak sekepala . semua macam tak boleh nak bergaul . haih , macam mana nak sampai semester 6 kalau macam nih . FRUST GILA ~~
aku tak tau macam mana nak luahkan , sumpah sakit hati gila hari nih . aku betul-betul harap sangat dapat jumpa kawan yang boleh aku jadikan tempat nak luahkan masalah aku , perasaan aku , idea gila-gila aku . aku harap sangat dapat jumpa sorang lagi SHAZWANIE SAAD .


wani , sumpah aku betul-betul perlukan kau kat sini ! dari luaran aku tak menangis , tapi dalam hati nih rasanya dah banjir dengan air mata . huaaaaa ~ T.T


Wednesday, July 13, 2011

gedik & Boybia

hello dunia ! hahaha . sejak bila aku tulis macam nih . Okay , sekarang masalah lama aku dah timbul balik . Boybia ~ sejenis penyakit fobia terhadap budak lelaki (Shazwanie Saad tau pasal ape) . Yang paling tak boleh blah , dengan dak kelas sendiri pun nak gaduh , sebabnya aku tak suka kawan dengan lelaki . haih -.-''

Kat sini aku lak macam tergedik-gedik , pehh ! gelii sial . apesal aku jadi macam tuh . aku nak jadi Farah yang dulu , kasar , cakap lepas , sikit pun tak gedik . okay-okay , aku cuba . HELP ~ dulu aku paling benci budak-budak gedik nih , sekarang aku lak nak jadi macam tolong , eeeiii . gelii laa !!!

okay laa , aku tulis sampai sini je . sebab kejap lagi ada ko-kurikulum , nak siap-siap .





Saturday, July 09, 2011

POLISAS

atas permintaan , aku buat post baru . okay , sekarang nih aku dah sambung belajar kat Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah , Semambu , Kuantan , Pahang . sambung course Diploma Kejuruteraan Awam Semester 1 . Kali nih aku betul-betul nak belajar . nak dapat pointer 4.00 (haha , insyaAllah dapat) .

Aku dapat duduk kat Kamsis Ibnu Sina (asrama) . Satu bilik 4 orang , bolehlah . Nama budak bilik , Lisa Elena , Iqa & Anis . Lisa nih baik , gila-gila & aku panggil dia fashionista . hehehe . dalam bilik tuh aku rapat dengan dia laa , lagi 2 orang tuh kawan biasa-biasa je .

Agak kekok gak laa bila dah masuk sini , mula bergelar PELAJAR semula . 11/7 nih dah start kuliah . Aku kelas DKA 1B , satu kelas ada 27 orang . nasib baik tak ramai sangat . memang aku kena struggle untuk Sem 1 nih . kata nak TOP . hahaah ,

oleh sebab aku dah OFFICIALLY SINGLE , aku dah malas nak fikir pasal pakwe . patut dari dulu lagi aku tak payah buka balik hati aku nih . kali nih aku memang takkan bukak balik sampai aku grad diploma . SERIOUSLY ,

oh ya , peraturan kat sini gila ketat . tak boleh bawak teddy bear , kesian DeNaFa-mo aku kena tinggal kat umah nanti . tapi bila aku kaji betul-betul peraturan dia , ada betulnya peraturan yang dia buat tuh . Kat POLISAS nih , berbukit-bukit , macam kat MELTTEC , haih -.-''
ingatkan dah tak jumpa dah tempat macam nih , letih siot .

okay laa , nak offline dah sebab online kat CC kamsis je nih . ada masa nanyi aku update lagi . byee ,

POLISAS . TEKNOLOGI TERAS PEMBANGUNAN <3