Wednesday, November 30, 2011

Dapat Kamsis

Alhamdulillah aku dapat kamsis untuk sem depan . tak payah laa kusut kepala aku nak cari rumah sewa untuk sem depan .

Tak sia-sia aku buat surat rayuan last minute & pakai testpad je pulak tuh . Fuhh , memang rezeki aku kot . Terima Kasih Busu (felo Kamsis) *felo nih macam warden laa .

Tuesday, November 22, 2011

Cuti Sem & Harimau Muda

Okay , sekarang nih dah nak habis semester 1 . Budak bilik aku sorang-sorang berasnur balik negeri masing-masing . Sedih pulak bila tengok diorang balik naik mak ayah diorang . Aku balik naik bas , Baba Mama tak boleh amik sebab sibuk & jauh . haih =="

Masa Form 5 pun aku balik naik bas jugak , padahal masa tuh aku sekolah kat Melaka je . Dalam kepala tengah fikir nih macam mana nak sumbat barang-barang dalam almari tuh weyy . Takut tak muat je , HAHA . Nasib baik ada 2 beg besar , pandai-pandai lah aku masukkan .

So sekarang nih cuma tinggal 2 orang je dalam bilik , Lisaa & aku . Takpe-takpe sampai hari khamis nih je , pastu balik Johor dah . Oh ya , sebut hari khamis , hari khamis nanti last paper aku , Engineering Survey . Haisshh , tak bukak buku lagi nih wey , bajet macam dah pandai je . haha ,

Semalam aku dengan budak kelas aku semangat tengok perlawanan bola sepak , Malaysia vs Indonesia . Punya lah semangat sampai pukul 7.30 petang dah tercongok depan Tv kat Cafe Abang Jimmy , padahal bola mula pukul 8.30 malam . HAHA , tapi takpe , semangat punya pasal lah kan . Kawan aku lagi semangat , tapi semangat Khairul Fahmi Che Mat sebab dia pakai baju Kelantan . Yelaa , sebab dia orang Kelantan . HAHA , awal-awal perlawanan aku tengok Indonesia main kasar & diorang main kencang gilaa sampai macam nak semput aku tengok pemain Malaysia . Tapi awal-awal lagi Indonesia dah sumbat satu gol . Hadoi , menjerit kitorang kat Cafe tuh . hahaha ,

Kitorang kat Cafe tuh semua dah cuak gelisah sebab Malaysia dah kena tinggal 1 gol . Tapi minit ke berapa ntah aku tak perasan , tuah nak menyebelahi Malaysia , Alhamdulillah dapat 1 gol . Waaa ~ memang lagi kuat laa suara kitorang menjerit , HAHA . Seri 1 sama sampai separuh masa kedua . Lepas tuh sambung lagi , masih seri lagi sampai tamat masa tambahan 3 minit . Haishh , dalam hati aku nih dah cuak , tapi aku percaya Malaysia boleh menang . Lepas tuh keputusan di buat , tambah lagi 30 minit . Pemain Malaysia memang dah buat sehabis tenaga diorang tapi takde gol lagi . Last-last penentu penalti je , semua orang taruh harapan tinggi kat Khairul Fahmi nih . Tappi akhirnya , Malaysia menang jugak lepas sepakkan penalti terakhir dari ketua pasukan Bardul . Fuhh , kitorang apa lagi , satu kamsis bergegar agaknya dengan suara kitorang semua , tak padan dengan perempuan . HAHA .

Tak sia-sia aku tunggu depan Tv dari pukul 7.30 , hahahaha . Tapi ramai jugak yang kutuk si Fakri . Aku rasa tak patut Fakri tuh kena kutuk sebab kalau bukan tandukkan dia masa Malaysia lawan Myanmar , Malaysia tak dapat masuk Final kan kan . So , kesimpulannya , semua pemain Malaysia dah buat yag terbaik nak pertahankan pingat Emas .

p/s- Lupa lak nak amik gambar masa tengah tengok bola , semangat punya pasal , semua lupa , HAHA .

Monday, November 21, 2011

Ombak Rindu


Aku nak tengok filem nih sangat-sangat laa wey . Sayang , nak tengok cerita nih dengan awak , tapi tengah cuti . Tak dapat jumpa awak .

Lots of Love ,
FARAH


Saturday, November 19, 2011

Novel

sejak akhir-akhir nih aku dah mula baca novel balik . Dulu ada laa baca , tapi dah berhenti . Tapi bila dah jumpa novel yang best-best , aku tergerak nak baca balik . Hari tuh aku ada baca novel yang buat aku menangis sebab jalan cerita dia sama dengan jalan cerita cinta aku . Sedih doe , nama novel tuh Teman Serumah . Bila tengok balik muka depan buku tuh memang nampak tak menarik , tapi isi dalam dia tuh , fuuuyyoohh , BEST . Sebab tuh orang cakap , 'Don't judge book by it's cover' kan kan .

Sekarang nih aku tengah dalam proses menghabiskan novel lain , tajuk dia Cinta 3 Suku . Banyak lagi , tak sampai tengah novel pun . hehe , okay laa , aku nak sambung baca novel nih .

Lots of Love ,
FARAH

Wednesday, November 16, 2011

awak ~

Awak macam dah bosan kawan dengan saya . takpe laa kalau awak taknak kawan dengan saya lagi . okay , byee .

sob sob laa ;"(

Monday, November 14, 2011

First Day Final Exam

atas sebab keserabutan menjawab soalan engineering science hari nih , aku buat keputusan keluar dewan exam awal , sebab buat ape duduk lama2 kalau dah siap jawab & aku terasa macam budak SPM tadi , HAHA . Aku orang first keluar tuh , konon-konon boleh jawab semua soalan . haishh ,

Tapi , takpe lah , kita tunggu je la keputusan akhir semester nanti .

Sunday, November 13, 2011

Thanks

semalam tension sangat sampai rasa nak hempas hp kat dinding , tapi tak jadi sebab fikir nanti takde hp leceh lak . Lepas tuh tulis surat macam luahkan perasaaan sampai nangis-nangis , pastu sambung nangis dalam almari . Lisaa balik dari bandar (keluar dgn kawan dia) baca surat yang aku tulis tuh , pastu dia macam tau je aku nangis dalam almari , dia buka pintu almari . Aku tanya Lisaa , mana tau aku kat dalam almari , Lisaa cakap "kau sokmo nangis dalam almari" . hehe , bila aku tengok muka Lisaa terus berhenti menangis , tak tau apesal . Thanks Lisaa for everything (:

Friday, November 11, 2011

hasil kaji selidik (takde kerja)

bulan 2 sampai akhir bulan5 couple dengan A , lepas putus akhir bulan 5 , tak smpai seminggu dah jumpa orang lain , si B pulak . Couple dengan si B 2 bulan je , lepas tuh putus . Lepas putus , 2 hari kemudian si D , iaitu aku pulak yang jumpa dia , haishh . macam berturut-turut pulak kisah cinta dia nih . oh ya , masa dia tengah couple dengan si A , dalam masa yang sama dia berskandal dengan di C .

i don't know what to think right now .

Sunday, November 06, 2011

I want to go home ~

tinggal 3 minggu je aku kat Kuantan & aku tak sabar nak balik sebab aku memang tak tahan nak duduk sini lama-lama . Final exam pun tak lama je lagi . Aku cuba nak study , tapi tak masuk kepala laa . haishh ~

ouh ya , bulan nih dah masuk bulan November . Kejap je kan .

Emm , nak cakap something laa .
D , aku tau kau tak suka aku . aku nampak dari cara kau pandang aku , cara kau bercakap dengan aku . tak sama macam dulu , masa kita mula-mula kenal . tapi aku sedar , kau berubah macam tuh pun atas kesilapan aku sendiri . takpe laa , semester depan kau dah tak jumpa aku lagi dah dan aku pun takkan susahkan kau lagi . walaupun kau selalu cerita pasal benda yang sweet BF kau buat hari-hari , BF kau cakap tuh cakap nih , aku dengar je . tapi bila aku cerita pasal BF aku , kau macam buat tak dengar je kan . lepas tuh aku dah malas nak cerita apa-apa kat kau . aku harap kau gembira lah dengan life kau lepas nih .


lots of love ,
FARAH