Tuesday, November 22, 2011

Cuti Sem & Harimau Muda

Okay , sekarang nih dah nak habis semester 1 . Budak bilik aku sorang-sorang berasnur balik negeri masing-masing . Sedih pulak bila tengok diorang balik naik mak ayah diorang . Aku balik naik bas , Baba Mama tak boleh amik sebab sibuk & jauh . haih =="

Masa Form 5 pun aku balik naik bas jugak , padahal masa tuh aku sekolah kat Melaka je . Dalam kepala tengah fikir nih macam mana nak sumbat barang-barang dalam almari tuh weyy . Takut tak muat je , HAHA . Nasib baik ada 2 beg besar , pandai-pandai lah aku masukkan .

So sekarang nih cuma tinggal 2 orang je dalam bilik , Lisaa & aku . Takpe-takpe sampai hari khamis nih je , pastu balik Johor dah . Oh ya , sebut hari khamis , hari khamis nanti last paper aku , Engineering Survey . Haisshh , tak bukak buku lagi nih wey , bajet macam dah pandai je . haha ,

Semalam aku dengan budak kelas aku semangat tengok perlawanan bola sepak , Malaysia vs Indonesia . Punya lah semangat sampai pukul 7.30 petang dah tercongok depan Tv kat Cafe Abang Jimmy , padahal bola mula pukul 8.30 malam . HAHA , tapi takpe , semangat punya pasal lah kan . Kawan aku lagi semangat , tapi semangat Khairul Fahmi Che Mat sebab dia pakai baju Kelantan . Yelaa , sebab dia orang Kelantan . HAHA , awal-awal perlawanan aku tengok Indonesia main kasar & diorang main kencang gilaa sampai macam nak semput aku tengok pemain Malaysia . Tapi awal-awal lagi Indonesia dah sumbat satu gol . Hadoi , menjerit kitorang kat Cafe tuh . hahaha ,

Kitorang kat Cafe tuh semua dah cuak gelisah sebab Malaysia dah kena tinggal 1 gol . Tapi minit ke berapa ntah aku tak perasan , tuah nak menyebelahi Malaysia , Alhamdulillah dapat 1 gol . Waaa ~ memang lagi kuat laa suara kitorang menjerit , HAHA . Seri 1 sama sampai separuh masa kedua . Lepas tuh sambung lagi , masih seri lagi sampai tamat masa tambahan 3 minit . Haishh , dalam hati aku nih dah cuak , tapi aku percaya Malaysia boleh menang . Lepas tuh keputusan di buat , tambah lagi 30 minit . Pemain Malaysia memang dah buat sehabis tenaga diorang tapi takde gol lagi . Last-last penentu penalti je , semua orang taruh harapan tinggi kat Khairul Fahmi nih . Tappi akhirnya , Malaysia menang jugak lepas sepakkan penalti terakhir dari ketua pasukan Bardul . Fuhh , kitorang apa lagi , satu kamsis bergegar agaknya dengan suara kitorang semua , tak padan dengan perempuan . HAHA .

Tak sia-sia aku tunggu depan Tv dari pukul 7.30 , hahahaha . Tapi ramai jugak yang kutuk si Fakri . Aku rasa tak patut Fakri tuh kena kutuk sebab kalau bukan tandukkan dia masa Malaysia lawan Myanmar , Malaysia tak dapat masuk Final kan kan . So , kesimpulannya , semua pemain Malaysia dah buat yag terbaik nak pertahankan pingat Emas .

p/s- Lupa lak nak amik gambar masa tengah tengok bola , semangat punya pasal , semua lupa , HAHA .