Saturday, December 31, 2011

Happy Birthday to FARAH (:

29/12/2011 lepas Birthday aku . Tapi tak sambut pun , FIRST TIME tak sambut tau ! Dapat wish daripada kawan terdekat je , TERMA KASIH ye . Tahun depan jangan lupa wish lagi , tapi ade jugak kawan terdekat aku yang tak wish , sob sob sob aku ):

Takpe lah , maybe dia busy kot . Btw , aku harap umur aku dah 18 nih , makin matang la sikit , takde dah budak-budak lagi (tapi aku rasa aku dah matang kot , kawan aku je kata aku macam budak kecik , terkinja sana terkinja sini ==' )

Lots Of Love ,

Saturday, December 24, 2011

Aku Nak Gemuk .

Hello Guys ,
Perempuan kalau ditanya , 'kau nak gemuk ke nak kurus?' mesti diorang jawab nak kurus , tapi bagi aku kalau orang tanya , aku nak GEMUK , tapi tak gemuk sangat , just berisi . Tak best doe kalau kurus , aku nak badan berisi =='

Okay , aku cakap macam nih sebab aku nih keding macam papan , HAHAHAHA . Nak badan berisi ? MAKAN laaa banyak-banyak , makan vitamin jugak . Okay ah , kalau korang ada cara lain nak gemukkan badan bagi tau laa ea (:
Lots Of Love ,

Tuesday, December 20, 2011

POLISAS Sem 2

Heys Guys (:
Hari nih aku daftar Kamsis (asrama) , hari pertama je dah macam hape , geram aku dengan AJK kamsis nih , buat kerja macam hape . Lepas tuh dah laa dapat bilik kipas rosak ==' terpaksa aku berpanas satu sem nih . Bila bagi tau kat AJK banyak lah alasan yang diorang kasi . Tapi , nasib baik dapat roommate yang sekepala , takde laa banyak masalah nanti .

Oh ye , Khamis nih lepas daftar Modul , aku nak balik Johor semula , ada barang tertinggal lagi . Cuai betul , Farah Farah ~

Saturday, December 17, 2011

Going Back To Kuantan .

Isnin nih tiket bas aku nak balik Kuantan , tapi aku tak packing beg lagi . Haishh , kang kelam kabut dah susah . Dah lah naik bas , malam nih laa baru aku packing . So , bermakna lepas nih aku dah mula kelas balik . Tak sabar nak jumpa budak kelas , rindu gila dengan diorang .

But , I will miss my family too . My naughty little brothers , aww , I will miss them a lot . Hari Isnin tuh aku balik rumah budak bilik aku dulu , Nurlynn Marlissa . Hari Selasa aku dah masuk Kamsis , lepas tuh hari Khamis , 22hb daftar modul untuk kelas . Aku harap dapat budak bilik yang okay macam dulu , boleh sekepala . Next sem nih Lisaa & The Twins dah tak duduk kamsis , so boring laa nanti ==' .

 Rasa macam kejap je dah 3 minggu aku cuti , okay laa . Update sampai sini jee . Dah balik Kuantan nanti aku jarang online dah sebab Notebook aku wayar dia putus adik aku kerjakan . Have a great day guys (:

#iloveyousomuchIfwat
Lots Of Love ,

Thursday, December 15, 2011

I Done It For You

Heyy Peeps ,
Today I wanna talk about my BFF , Wani . She thought I like her Boyfie . No I'm not ! She is my BFF , no way I'm gonna steal her Boyfie . To me , she is more important than her Boyfie even though her Boyfie is also my BFF . huh =='


So , i decided to unfriend her Boyfie from my Facebook . I do it because of her , to satisfy her so she won't take it wrong . I'm crying while typing this :'(

 Lots Of Love ,

Wednesday, December 14, 2011

LDR

Okay , sekarang kat FB aku dah banyak mengarut pasal Long Distance Relationship , haa ~ Ntah laa , Kakak dengan Amal dah 4 tahun couple . Sekarang kakak kat New Zealand , aku tengok dia dengan Amal okay je . Haih =='

Bestnya jadi diorang (:
Lots Of Love ,

Tuesday, December 13, 2011

Bidang Fotografi .

Hello again (:
Sekarang nih aku nak cakap pasal minat aku dalam bidang fotografi . Kawan-kawan aku yang kat Kuantan semua ingat aku mula minat bidang fotografi nih sejak aku kenal Ifwat . NO ! Tuh salah . Sebenarnya , aku memang minat gila bidang nih dari aku sekolah rendah lagi sampai la sekarang nih . Masa isi permohonan Universiti dulu , aku ada mohon bidang fotografi nih sebagai pilihan pertama , tapi takde rezeki , aku dapat 'Civil Engineering' . Tapi takpe lah , sebab aku minat Civil gak .

Mungkin sebab minat tuh memang dah sebati dalam darah aku sebab baba dulu pun masa muda-muda memang terjebak dalam bidang fotografi , tapi sekadar suka-suka . Kalau serius dah lama baba famous , HAHAHA . Masa kat Melaka dulu , camera Jemz yang jadi mangsa lepas gian aku , haha . So , aku banyak belajar dari Jemz jugak pasal fotografi nih .

 Lots Of Love ,

Monday, December 12, 2011

Result Final Exam

Hello Peeps (:
Okay , malam nih aku nak cakap-cakap pasal result Final Exam aku . Well , pointer aku tak berapa nak membanggakan , yelaa , belajar main-main , pointer yang aku dapat pun main-main la =='

Tapi aku bersyukur , sebab takde subjek yang kena carry untuk sem depan . Masa final exam tuh aku mana belajar sangat , banyak online je . Kawan ku cakap , 'okay laa pointer kau tuh , sebab kau tak belajar pun dapat  macam tuh , kalau kau belajar mesti dapat 3.5 keatas' . Tuh yang dia cakap , nak kata menyesal , tak pun sebab aku memang dah expect dapat result macam tuh . Berapa pointer aku ? Malas la nak bagi tau , kawan-kawan terdekat je tau (:

So , lepas nih (konon-kononnya) aku nak belajar laa , tebus balik kesilapan masa Sem 1 .

Lots Of Love ,


Sunday, December 11, 2011

Sehari Bersama Wani & Jemz

Okay , baru hari nih aku dapat update blog , sebab semalam balik kampung .

Hari nih nak cakap-cakap pasal 'Keluar Ke Melaka Dengan Wani & Jemz' . Hehe , Untung pengetahuan semua , diorang nih adalah kawan baik aku , kawan susah senang yang terbaik aku pernah kenal . Diorang satu sekolah dengan aku masa aku sekolah kat Melaka dulu .

Okay , cite dia macam nih , kitorang dah plan nak keluar sama dari minggu lepas lagi . Pagi sabtu lepas dalam pukul 9 , Jemz mesej aku kata dia baru gerak dari JB . Sebenarnya Jemz yang amik aku dari rumah nak ke Melaka . Sementara nk tunggu dia sampai , aku siap-siap laa . Pastu bagi direction nak ke rumah aku , dalam pukul 12 dia sampai rumah . Alhamdulillah , sampai jugak dia kat umah aku , first time tuh ~ haha . pastu minta izin baba nak bawak aku keluar terus gerak pergi Melaka nak amik Wani pulak .

Sampai Melaka , amik wani kat Melaka Sentral . Lepas tuh terus gerak pergi Dataran Pahlawan (DP) , konon-konon nak tengok wayang , cite Ombak Rindu . Tapi aku kempunan lagi nak tengok sebab wayang full ~ haih ==' . Last-last tengok Twilight je , masuk nih dah 2 kali aku tengok twilight , tiket pukul 2.10 , HAHA . Aku dengan Jemz dah tengok dah , Wani je belum . Bagi laa chance dia tengok , tapi yang geramnya , Wani dah tengok Ombak Rindu . HAHA ,

Wayang habis dalam pukul 4 , lepas tuh lapar kan , Wani suggest pergi makan kat Nasi Lemak Antarabangsa kat DP . Kitorang orite je sebab Jemz nak belanja kan , HAHA . Lepas makan , sementara nak tunggu adik wani dengan pakwe dia habis wayang , kitorang pegi jalan-jalan dulu . Jemz cari gelang kaki untuk wani , aku dengan wani pergi window shopping je . Pastu lepak kat waterfall kat bawah Mahkota Parade tuh , aku belanja Wani marshmallow , dia nak sangat . Oh ya , lupa lak . Aku terserempak dengan budak bilik aku kat Poli tuh . Nama dia Lisa , dia kua dengan pakwe dia nama Abu . Abu datang dari Kuantan sebab nak dating dengan Lisa . Sweet kan kan (:

Dalam pukul 6 lebih gerak balik . Hantar Wani dengan adik dia balik dulu , sebab diorang tak boleh balik lambat . Rasa sedih lak bila tengok Wani nak balik dah , yela , dah la jarang dapat jumpa dia . Rindu sangat ~ Wani hadiahkan aku Pashmina untuk birthday aku hujung tahun nih , cantik sangat . Lepas tuh baru Jemz hantar aku balik , dalam pukul 7.30 sampai rumah . Lepas tuh siapkan beg , nak balik kampung . Ahh , seronok gila aku hari sabtu tuh sebab dapat lepak dengan diorang . Bila laa dapat jumpa diorang lagi ea .

Okay , sampai sini je aku tulis sebab kalau panjnag-panjang nanti bosan nak baca kan . Thank you soo much Jemz & Wani for the great Saturday (:
Gambar boleh tengok di SINI .
ilyguyssoomuch <3

Lots Of Love ,
FARAH

Saturday, December 10, 2011

Give Me my Own Life

Kenapa aku tak boleh nak keluar dengan kawan aku 'sendirian' . Maksudnya tanpa ditemani ahli keluarga . Heyy , aku dah besar laaaa . Bagi laaa kehidupan aku sendiri =='

I want my own life , takkan nak tunggu sampai aku dah kahwin nanti baru diorang nak kasi life aku sendiri . Hurmm ,

Aku tau laa diorang buat nih sebab nak jaga aku , tapi agak-agak lah , aku nak keluar dengan budak sekolah aku je . Lagipun dah lama tak jumpa diorang . Spoil mood satu hari nih , nak keluar pun tak boleh nak enjoy .

Thursday, December 08, 2011

Thanks Guys

Okay , di sini aku nak ucap terima kasih sangat-sangat dekat follower-follower aku sebab sudi membalas respons aku kat Page untuk Blogger kat FB . hehe ,

Terima kasih jugak sebab sudi follow blog yang tak seberapa nih (:

Lots Of Love ,
FARAH

MalayMoviesFull

Heyy guys , aku nak share satu blog nih . kat blog nih korang boleh download drama-drama terkini & filem-filem terkini . So , rajin-rajin kan diri singgah di sini yea MalayMoviesFull .

Budak Kecik nih sape ? Nak dengar sila pause dulu lagu kat tepi tuh .

Semua orang dah mula cakap-cakap pasal budak kecik nih , siapa dia ek ? Sebenarnya aku pun tak tau sangat , saje share pasal dia (:

 First Video (Awan Yang Terpilu) Aku pun tak boleh bawak .

Second Video (Takkan Berpaling Darimu)


So , apa pendapat korang ?




Birthday Boy

Okay , macam biasa lah , pagi-pagi mama dah kejut suruh jaga adik-adik , sebab mama nak pergi kerja . Hari-hari buat benda yang sama , bangun , online (hehe) , jaga adik-adik , masak untuk diorang (diorang kena makan sebab budak kecik kan , aku tak makan pun takpe ,asalkan diorang makan) .

Oh ya , hari nih Birthday adik kawan aku (Aja) , nama budak kecik tuh Ruzaini Sharif , tapi panggil dia Aso . Budak kecik nih sama sekolah dengan aku , tapi Junior aku la dulu . Hari nih Birthday dia & last paper dia untuk SPM , huhu . Terbaik ~  pukul 12.08 minit malam tadi , aku terus call dia , haha . Excited nak wish untuk dia . Aku tanya dia dah kena campak dalam kolam belum , dia cakap belum . hahaha . Campak dalam kolam nih sebenarnya adat kat asrama aku dulu , sape hari jadi dia hari tuh memang kena lah campak dalam kolam ikan yang air bau busuk tuh , eeeii . Tapi untuk budak lelaki je laa , perempuan tak kena . Nasib baik =='

Okay then , done posting (:


Lots Of Love , 
FARAH

Awake - Secondhand Serenade

With every appearance by you
Blinding my eyes, I can hardly remember
The last time I felt like I do
You're an angel disguised

And you're lying real still
But your heartbeat is fast just like mine
And the movie's long over
That's three that have passed, one more's fine

Will you stay awake for me?
I don't wanna miss anything
I don't wanna miss anything

I will share the air I breathe
I'll give you my heart on a string
I just don't wanna miss anything

I'm trying real hard not to shake
I'm biting my tongue but I'm feeling alive
And with every breath that I take I feel like I've won
You're my key to survival

And if it's a hero you want
I can save you, just stay here
Your whispers are priceless
Your presence is too so please stay here

Will you stay awake for me?
I don't wanna miss anything
I don't wanna miss anything

I will share the air I breathe
I'll give you my heart on a string
I just don't wanna miss anything

Say my name, I just want to hear you
Say my name, so I know it's true
You're changing me, you?re changing me
You showed me how to live, so just say, so just say

That you'll stay awake for me
I don't wanna miss anything
I don't wanna miss anything

I will share the air I breathe
I'll give you my heart on a string
I just don't wanna miss anything

Wednesday, December 07, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #mengantuk

nak tidur dari tengahari sampai petang lah .

Monday, December 05, 2011

Aqmar Haziq/Cicak/Cacing Kerawit

Kenapa kita mesti asyik gaduh je setiap kali cuba nak berkomunikasi . Aku cuba nak berbaik dengan kau , kau je yang asyik salah faham . Dan asyik aku je yang mintak maaf , dari dulu lagi .


Lepas nih aku taknak lah cakap dengan kau lagi kalau kau rasa kata-kata aku macam memerli kau . Sumpah , sikit pun aku takde niat nak perli kau .

Lots Of Love ,
FARAH

Kulit Sensitif

Kenapa la aku ada kulit kaki yang sensitif . Garu sikit bila kena gigit nyamuk , dah luka . Tangan nih pun satu , dah tau kulit tuh sensitif , jangan la gatal nak garu . hishhh .

Harap-harap dia baik sebelum aku masuk belajar balik .

Sunday, December 04, 2011

Think Positively

Ifwat , aku rindu kau lah . Kita dah jarang text kan , aku dah rasa lain dah . Tapi aku taknak lah fikir bukan-bukan . Sebab aku tau kau kerja , sebab tuh kau jarang mesej aku kan . Aku faham , aku taknak jadi girlfriend yang tak faham kau . 

Tapi kalau kau tak text aku sebab kau dah ada girlfriend lain , takpe laa . Aku tunggu je kau lepaskan aku walaupun aku TAKNAK . Sorry kalau aku cakap macam nih buat kau sakit hati , tapi aku lagi sakit hati kalau kau buat aku macam tuh . 

Aku sayang kau lagi tau , sayang sangat-sangat .

Lots Of Love ,
FARAH


OneMalaysian Social Networking .

After blogwalking today , i found this KLIK in one of my follower blog . Weird doe . Macam Facebook je .Kalau korang rajin sign up la . HAHA ,

Saturday, December 03, 2011

Hello December

Sekarang dah masuk bulan Disember , bermakna Birthday aku dah dekat . Birthday aku 29 Disember nih . Lambat kan kan kan . Aku bukan nak cakap pasal birthday pun hari nih sebenarnya , HEHE .

Tak lama lagi Poli nak mula belajar balik dah , aku tak sedia pape lagi nih . Rasa macam kejap je aku nak masuk Semester 2 , belajar pun main-main lagi . Okay , sem 2 nih aku promise nak fokus betul-betul , kalau tak , aku suruh Ifwat marah , hehe . Kata nak dapat pointer 4.0 . Ingat senang ke wey ? Tapi senang je nak dapat kalau serius belajar kan (:

Okay then , done posting . thank you for reading (:
Lots Of Love ,
FARAH

Friday, December 02, 2011

New edited blog (:

Okay , aku dah siap meng-edit blog nih . hehe ,

All thanks to her , Cik Lyssa .

Tuto nih berguna sangat kepada siapa-siapa yang tak reti nak men-cantikkan blog dia .

Thursday, December 01, 2011

Filem Hot

Sekarang nih semua orang tengah gila pasal filem Ombak Rindu . Aku je yang kempunan tak dapat tengok =='

Takde orang ke yang nak bawak aku pergi tengok wayang wey ?