Sunday, December 11, 2011

Sehari Bersama Wani & Jemz

Okay , baru hari nih aku dapat update blog , sebab semalam balik kampung .

Hari nih nak cakap-cakap pasal 'Keluar Ke Melaka Dengan Wani & Jemz' . Hehe , Untung pengetahuan semua , diorang nih adalah kawan baik aku , kawan susah senang yang terbaik aku pernah kenal . Diorang satu sekolah dengan aku masa aku sekolah kat Melaka dulu .

Okay , cite dia macam nih , kitorang dah plan nak keluar sama dari minggu lepas lagi . Pagi sabtu lepas dalam pukul 9 , Jemz mesej aku kata dia baru gerak dari JB . Sebenarnya Jemz yang amik aku dari rumah nak ke Melaka . Sementara nk tunggu dia sampai , aku siap-siap laa . Pastu bagi direction nak ke rumah aku , dalam pukul 12 dia sampai rumah . Alhamdulillah , sampai jugak dia kat umah aku , first time tuh ~ haha . pastu minta izin baba nak bawak aku keluar terus gerak pergi Melaka nak amik Wani pulak .

Sampai Melaka , amik wani kat Melaka Sentral . Lepas tuh terus gerak pergi Dataran Pahlawan (DP) , konon-konon nak tengok wayang , cite Ombak Rindu . Tapi aku kempunan lagi nak tengok sebab wayang full ~ haih ==' . Last-last tengok Twilight je , masuk nih dah 2 kali aku tengok twilight , tiket pukul 2.10 , HAHA . Aku dengan Jemz dah tengok dah , Wani je belum . Bagi laa chance dia tengok , tapi yang geramnya , Wani dah tengok Ombak Rindu . HAHA ,

Wayang habis dalam pukul 4 , lepas tuh lapar kan , Wani suggest pergi makan kat Nasi Lemak Antarabangsa kat DP . Kitorang orite je sebab Jemz nak belanja kan , HAHA . Lepas makan , sementara nak tunggu adik wani dengan pakwe dia habis wayang , kitorang pegi jalan-jalan dulu . Jemz cari gelang kaki untuk wani , aku dengan wani pergi window shopping je . Pastu lepak kat waterfall kat bawah Mahkota Parade tuh , aku belanja Wani marshmallow , dia nak sangat . Oh ya , lupa lak . Aku terserempak dengan budak bilik aku kat Poli tuh . Nama dia Lisa , dia kua dengan pakwe dia nama Abu . Abu datang dari Kuantan sebab nak dating dengan Lisa . Sweet kan kan (:

Dalam pukul 6 lebih gerak balik . Hantar Wani dengan adik dia balik dulu , sebab diorang tak boleh balik lambat . Rasa sedih lak bila tengok Wani nak balik dah , yela , dah la jarang dapat jumpa dia . Rindu sangat ~ Wani hadiahkan aku Pashmina untuk birthday aku hujung tahun nih , cantik sangat . Lepas tuh baru Jemz hantar aku balik , dalam pukul 7.30 sampai rumah . Lepas tuh siapkan beg , nak balik kampung . Ahh , seronok gila aku hari sabtu tuh sebab dapat lepak dengan diorang . Bila laa dapat jumpa diorang lagi ea .

Okay , sampai sini je aku tulis sebab kalau panjnag-panjang nanti bosan nak baca kan . Thank you soo much Jemz & Wani for the great Saturday (:
Gambar boleh tengok di SINI .
ilyguyssoomuch <3

Lots Of Love ,
FARAH

No comments:

Post a Comment