Tuesday, February 28, 2012

Manja tak sama dengan Gedik , OKAY .

 Assalamualaikum .
Hey Peeps :)

Hari nih aku nak cakap pasal diri aku sendiri , haha . Aku anak ketiga daripada 6 orang adik beradik dan anak perempuan last dalam keluarga dan aku memang manja dengan keluarga aku . Korang reti beza tak antara manja dengan gedik ? Manja tuh sifat semula jadi dalam diri aku . Tapi kenapa masih ada orang yang anggap aku gedik padahal aku bukan macam tuhh !! Gedik tuh DIBUAT-BUAT  , gedik tuh memang boleh nampak sangat beza dia dengan manja . Urghh !!

Orang yang tak kenal aku mesti cakap aku gedik kan . Hmm , ikut korang lahh .
Lots Of Love ,

Saturday, February 25, 2012

Tutorial : Nak letak Welcome Alert Message

Assalamualaikum ,
Hey Peeps :)

Malam nih , Farah nak ajar camne korang nak letak Welcome Alert Message kat blog korang . Alert nih akan muncul bila korang buka blog korang . Contoh ;

*Contoh blog kawan Farah :D

Okay teruskan , hehe .  Macam biasa kalau nak edit blog , pergi DASHBOARD > DESIGN > ADD GADGET > HTML/JAVASCRIPT .

Then , korang copy code kat bawah nih . Lepas tuh , paste dekat dalam HTML tuh . 

<script> function MYALERT() {
alert("MESSAGE KORANG"); } MYALERT()
</script>

Korang rasa lepas nih buat apa ? 
Tekan button SAVE lah , dah siap . Senang kan kan :D





Langkah Baru :)

 Assalamualaikum ,
Hey Peeps :)

Aku nak cakap sikit je , penat jugak nak buat tutorial nih . Fuhh , sehari aku baru dapat buat 4 tuto . Banyak jugak keje nak buat . Anyway , support korang amat aku hargai . Kalau nak request bagi tau je kat comment ke , kat Cbox ke . Aku akan cuba buat untuk korang .

Ye , aku tau aku belum hebat lagi macam mereka-mereka tuh , korang pun tau siapa kan . Tapi aku bukan nak menandingi diorang , aku cuma nak tolong kawan-kawan aku yang baru mula ber-blog nih . Aku cuma share apa yang aku tau saje , Okay :)

Thanks for reading :)
Lots Of Love ,


Tutorial : Letak Sign Awak Awak kat semua Entry .

Assalamualaikum ,
Hey Peeps :)

Kali nih aku nak buat tuto pasal cara nak letak Signature korang kat setiap entry . Macam aku punya nih kan .

Korang  kena pergi kat SINI dulu . Lepas tuh pilih yang atas sekali tau , yang CREATION WIZARD tuh . Isi-isi , pilih-pilih sign yang korang berkenan . Korang kena ikut step by step dia tau . Kalau dah pilih semua  , pergi kat DASHBOARD > SETTING > FORMATING .

Lepas tuh scroll mouse sampai bawah dan korang akan jumpa nih ,


1 . Korang paste code signature tuh kat sini .
2 . Lepas tuh , korang tekan save setting . 

SIAPPP :D 
Nanti setiap kali korang nak post entry baru dia akan automatik keluar .

Lots Of Love ,

Tutorial : Facebook Like Button

 Assaalmualaikum ,
Hey Peeps :)

Okay , aku nak ajar cara nak baut FB like button untuk korang macam aku punya nih hah .

Macam biasa , pergi DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML > TICK EXPAND WIDGET HTML .

Tekan Ctrl+F , pastu cari kod nih ' <data:post.body/> '

Kalau dah jumpa , paste kod nih kat bawah kod atas .

<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Papehal , korang kena PREVIEW dulu . Kalau dah jadi , baru SAVE . Okay siap :)

Lots Of Love ,

Tutorial : Button Follow & Dashboard macam Tumblr

 Assalamualaikum ,
Hey Peeps :)

Tutorial kali nih pulak untuk tukar button Follow & Dashboard korang jadi macam Tumblr . Macam aku punya nih hah .
*Tadaaa ~

Okay , macam biasa lah , korang pergi kat DASHBOARD > DESIGN > ADD GADGET > HTML/JAVASCRIPT

Then , paste KOD nih kat dalam HTML tuh . 

<div style="position: fixed; top: 5px; right: 90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=BLOG ID KORANG" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_follow_alpha.png?6" border="0" /></a><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_dashboard_alpha.png?6" /></a></div></div>


BLOD ID tuh korang tukar kepada blog ID korang . Tak tahu kat mana ? Meh aku tunjuk .


Lepas tuh SAVE macam biasa . SIAP dah . Senang kan kan :D

Lots Of Love ,




Tutorial : Nak buat Wishlist Macam Saya ?

Assalamualaikum ,
Hey Peeps :)

Korang nak wishlist macam aku ? Aku punya simple je . Okay , kita mula .

Nih contoh wishlist aku , buruk kan . HAHA ,


Okay abaikan wishlist aku yang buruk tuh . Sekarang kita buat wishlist korang pulak .
Macam Tutorial lepas yang aku tunjuk gambar tuh , mula-mula pergi DASHBOARD > DESIGN > ADD GADGET > HTML/JAVASCRIPT .

Lepas tuh paste kan KOD nih kat dalam HTML tuh .

<form name="myform">
<input name="mybox" value="Nak ada kucing comel" checked="checked" type="checkbox">Nak ada kucing comel

<input name="mybox" value="HP mahal" disabled="disabled" type="checkbox">HP mahal

<input name="mybox" value="IMPIAN" disabled="disabled" type="checkbox">IMPIAN

<input name="mybox" value="IMPIAN" disabled="disabled" type="checkbox">IMPIAN

</form>



Perkataan 'IMPIAN' tuh korang tukar lah dengan wish yang nak . Lepas tuh , kalau wish korang tuh dah tercapai , korang tukar lah 'DISABLED' tuh jadi 'CHECKED'  Korang boleh buat banyak-banyak jugak wish , tak semestinya empat . Korang cuma copy kod yang atas , paste kat bawah dia je . Nanti jadi banyak :D

Dah siap wish , korang boleh SAVE . Senang je kan . Kalau tak jadi , korang bagi tau lah ye .

Tutorial : Nak Disable Right Click .

Assalamualaikum ,
Hey Peeps :)

Macam yang aku cakap , aku nak buat benda baru kan . Kalau nak tau , aku nak mula buat tutorial , heee ~ Aku tau sekarang dah ramai yang buat tutorial , tapi aku still nak buat jugak . Saje nak tolong-tolong kawan-kawan aku .

Hari nih aku akan mulakan tuto pasal cara nak DISABLE RIGHT CLICK iaitu kalau korang tanak entry korang ditiru oleh orang lain . Simple je cara dia . 

Mula-mula , korang pergi kat DASHBOARD .

Lepas tuh cari nih , 



Dah click design button tuh , korang akan ke page baru kan . 
Click yang nih pulak .



Dah tekan tuh , korang cari yang nih pulak .


Pastu , paste kod nih kat HTML tuh .

<script language=JavaScript><!--
//edit by unwanted

var message="Amaran awak awak";
///////////////////////////////////function clickIE4(){if (event.button==2){alert(message);return false;}}
function clickNS4(e){if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){if (e.which==2||e.which==3){alert(message);return false;}}}
if (document.layers){document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS4;}else if (document.all&&!document.getElementById){document.onmousedown=clickIE4;}
document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")
// --></script>



Dah nak siap dah , relax relax . HAHA , Tulisan warna merah tuh , korang tukar dengan ayat korang sendiri .
Lepas tuh SAVE
Kalau takde pape masalah , dah siap punn . YEAHHH !


Okay , nih adalah first time aku buat tutorial , heee ~ Kalau ada apa-apa masalah , mintak maaf ye . Pastu bg tau ea , kalau tak jadi .

Something New

Assalamualaikum ,
Hey Peeps :)


Aku nak buat benda baru , tunggu ea .
Hehe ,

Thursday, February 23, 2012

Luahan Malam-malam .

 Assalamualaikum ,
Hey Peeps :)

Okay , aku tau aku dah lama tak merapu panjang-panjang kat blog nih , sebab aku banyak cerita dalam personal diary aku . Actually aku nak cerita pasal semua benda tapi kena ada limit dia jugak .

Cuti Sem seminggu nih aku rasa penat , seronok & bosan pun ada . Tak tau lah , aku rasa macam taknak balik Kuantan pun ada , nak stay kat Muar je , rasa taknak duduk kat Muar , nak balik Kuantan pun ada . Memang lah aku seronok kat rumah , tapi kadang-kadang tuh penat , geram sebab jaga adik-adik . Aku sayang adik-adik aku , tapi penat setiap hari kena jaga diorang sorang-sorang , adik-adik aku tuh 2 orang , sorang 3 tahun , sorang 4 tahun , korang mesti tau kan perangai budak-budak kecik macam mana . Tolak tepi je lah pasal adik-adik nih .

Lagi , sepanjang cuti sem seminggu nih aku rasa kosong sangat . Macam rindu seseorang , tapi tak tau lah orang tuh rindu kat aku ke tak . Hmm , Wani dengan Jemz aku tak tau lah apa cerita diorang tuh . Aku rasa baik Jemz lepaskan je lah kawan baik aku tuh , geram pulak aku bila dia asyik buat Wani nangis . Wani tuh manusia biasa , takkan dia kena ikut cakap Jemz 24/7 . They are not even marry to each other . Errr ,
Tak wajib pun Wani dengar cakap dia . Diorang muda lagi , bercinta lama kalau tak serasi , baik putus je lah .  Nanti dua-dua sakit hati .

Hmm , I just want to finish my study fast , so I can start working and raise money :)
Okay then , sampai sini je lah dulu . Penat ~

Lots Of Love ,

Today is Thursday

 Assalamualaikum ,
Hey Peeps :)

Hari nih hari khamis , 23/02/2012 - Yusry KRU dengan Lisa Surihani Nikah , Awww . Semoga perkahwinan mereka sampai ke Jannah .

*comel kan diorang nih :)

Okay , cerita lain lak . Lagi 3 hari aku nak balik Kuantan dah . Excited & Malas pun ada . Errr , excited sebab nak jumpa budak-budak kelas , malas sebab kena bangun awal , berebut toilet nak mandi =='

Okay ah , sini dulu lah . Btw , aku baru buat twitter . NOOB gila ~
Follow kite kat twitter pulak yee :)

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday


Hari nih makan nih . Kenyang ~
Terima Kasih belanja .

*oh ye , jumpa umi dengan abah tadi :)
business lagi (pening sebab aku tak reti pasal business langsung)



Tuesday, February 21, 2012

Ciri Bakal Suami (ececeh , mcm nk kahwin je aku nih)

 Assalamualaikum ,
Heyy Peeps , aku cuma nak share sikit je . Daripada buku yang aku baca .

"Carilah lelaki yang mampu menjadi IMAM untukmu . Yang menitiskan air mata melihat kesakitamu ketika melahirkan zuriatnya . Lelaki yang membangunkanmu untuk BERIBADAT bersama-sama di sepertiga malam "


Lots  Of Love ,

Anuar Zain , Awww .

 Assalamualaikum ,
Heyy Peeps ,

Hari nih nak cakap pasal ANUAR ZAIN . Siapa tak kenal dia kan . Hehe , dia salah seorang artis yang aku minat sangat . Suara dia , whoaaaa , sedap sangat , lagu dia puitis . Awww , aku boleh tidur lena kalau dengar lagu dia . Okay terover pulak aku nih , hahaha . Tapi serius  semua lagu dia bagus & best . Lagu-lagu dalam album dia yang latest semua sedap , sweet . Aku harap Anuar Zain nih akan terus berjaya dalam industri muzik tanah air .

 
Nih salah satu lagu dia yang aku minat sangat ;


Monday, February 20, 2012

Akibat Terlebih Fikir =='

Assalmualaikum ,
Heyy Guys , lately nih aku banyak fikir lah . Sambil-sambil tuh , godek-godek GOOGLE . Aku search pasal wanita berpurdah lah , pasal pasal ISLAM . Entah kenapa baru sekarang aku tersedar .

Aku terjumpa satu surah nih ;

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."  (Surah An-Nuur, 27)

Betul ke lelaki baik hanya untuk perempuan baik ? Lelaki jahat hanya untuk perempuan jahat ?
Atau , lelaki baik sepatutnya bimbing perempuan jahat ke arah kebaikkan dan sebaliknya . 

Aku memang muda lagi kalau nak fikir pasal kahwin , belajar pun belum habis . Bercinta ? tak tahu lah macam mana kesudahannya .

Bila Wanita Menangis .


Assalamualakum , 
Heyy Guys , I just want to share a post that I red from one of the blog I followed . Her name is Eryn .

WAHAI LELAKI , 
Pernahkan kamu tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki ?

Mungkin sebab kamu sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis .
Seorang perempuan tidak akan menangis dengan mudah , tetapi hanya apabila dia mula menyintai kamu , dia mula merendahkan egonya semata-mata kerana kamu .

Apabila dia menangis dihadapan kamu , apabila dia menangis kerana kamu , pandang lah matanya .
Bolehkan kamu merasakan apa yang dia rasa ?
Pernahkan kamu cuba untuk memahami apa yang dia rasa ?

Fikirkan lah ,
Berbaloikah dia menangis dihadapan kamu hanya kerana kamu ?
Dia menangis bukan kerana dia lemah , dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati .
Dia menangis kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati . 
Kesedihan yang dirasakan menjadi semakin berat untuk di simpan .

WAHAI LELAKI , 
Cuba ambil masa untuk berfikir , 
Jika si dia menangis hanya kerana kamu , mungkin sudah tiba masanya kamu fikir kembali di mana silap kamu  , kerana hanya kamu yang tahu jawapannya .
Fikirkan lah ,
Kerana suatu hari nanti , mungkin terlalu terlambat untuk menyesal atau terlalu lambat untuk mengucapkan kata "Maafkan saya .."

WAHAI LELAKI ,
Jika seorang perempuan menangis kerana kamu , janganlah kamu membiarkan dia menangis keseorangan . 
Beradalah disisi dia , menemani dia , kerana dialah yang akan setia dengan kamu sehingga ke akhir hayat kamu .

WAHAI LELAKI ,
Jika seorang perempuan menangis kerana kamu , jangan lah kamu tinggalkan dia selagi dia memerlukan kamu , kerana kamu akan merosakkan hidup dia .

WAHAI LELAKI ,
Jangan pernah mengungkapkan rasa cinta kamu kepada seorang perempuan selagi kamu belum benar-benar yakin dan bersedia untuk bercinta . Kerana kamu hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara .
Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya , terutama cinta pertama . Tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya .

Saturday, February 18, 2012

Can I Be Someone Better ?

 Assalamualaikum ,
Heyy Peeps , ada orang nasihat aku pasal banyak benda . Salah satunya pasal couple . Memang banyak lah dia nasihat , memang kena dengan aku pun . Dia ada nasihat nih ;



ouch , sekarang aku blurr nak fikir nih . Tersentap aku ==' Aku tau dia nak aku berubah ke arah yang lebih baik .

Piercing .

 Assalamualaikum ,
Heyy peeps . While i'm on facebook , i stalk my sister profile and I found out that she make piercing . Not only one , but TWO on her cheek . Okay , I'm jealous . Because I used to have one of it . But its already removed , because my teacher discovered it .

Haha , okay tuh dulu lah , zaman kegemilangan (mengarut) . Masa form 5 kantoi dengan Cikgu Math . Parut pun ada lagi . Rasa teringin nak buat balik , tapi ... Taknak lah .

Lots Of Love ,

Saturday, February 11, 2012

Cuti Mid Sem Kembali , haha .

 Assalamualaikum ,
Hey Peeps , hari nih aku ada kelas ganti Mechanics of Structure . Okay , nih second time tak tidur time kelas dia. HAHAHA ,

Dah habis kelas lepas tuh gi keluar kejap , cari tiket bas . Dah lah beli lambat , nasib baik ada lagi , kalau takde aku dah nangis dah . Minggu depan balik , cuti Mid Sem , SEMINGGU . Yeahhh , sekarang memang lah mood baik nak balik , kang dah sampai Muar , mula lah nak balik Kuantan balik , ah gedik . haha .

Balik nih aku nak buat ;
~ Makan aiskrim banyak-banyak , dah lama tak makan .
~ ONLINE 24/7 , haha , biar lah . Sibuk je .
~ Jaga adik-adik lah , of course .
~ Study KOT .

Okay ah , sampai sini je dulu . Kbai :)

Lots Of Love ,

Monday, February 06, 2012

Katak Hijau

 Assalamualaikum ,
Hey Peeps .

Okay , siapa perasan kat atas tuh ada katak warna hijau *keningkening
Baru buat dan aku excited , hahahahahaha .
Kbai .

Lots Of Love ,

Jadi Rajin Kejap Tak Salah Kan .

 Assalamualaikum ,
Hey Peeps ,

Hari nih aku bangun lewat lagi , tak senonoh betul . Nak mandi tapi jadi berat pulak bila si monyet dan angkatan dia sedang berleluasa kat luar bilik . Tunggu lah kejap , tak lama tuh mereka-mereka tuh pun balik . Cepat-cepat aku amik barang mandi semua , pergi toilet .

Masuk je toilet , Astagfirullah . Bersepah sampah satu toilet tuh . Tahan je lah hidung kan , nak buat camne . Lepas mandi , siap-siap semua , aku masuk toliet semula , tengok takde orang pun yang tolong bersihkan sampah tuh . Tak tau lah kenapa hari nih aku rajin sangat , aku pun amik penyapu dengan pengaut yang memang tersedia dalam toilet tuh , sapu semua sampah , masuk dalam tong sampah semula .

Dah puas hati , aku jirus lah air kat area yang kotor tadi . Nak keluar toilet , aku toleh kejap kat tempat yang aku bersihkan tadi , dalam hati aku cakap , 'hah , kan bersih sikit toliet nih , takde lah geli-geli nak pijak lantai' . Kalau toliet bersih , semua orang selesa nak pakai kan .

Lepas nih korang yang lain tuh rajin-rajin lah tolong bersihkan toilet lepas monyet mengamuk ye , kebersihan toilet tanggungjawab bersama , hahahaha . Sempat buat iklan kejap .

Lots Of Love  ,


Sunday, February 05, 2012

Demam Yang Taknak Kebah .

 Assalamualaikum ,
Hello Peeps ,

Sementara ada masa nih aku update lah blog . Demam tak kebah lagi , kesian budak comel nih , haha (okay,perasan) . Ada orang cakap kat aku , ALLAH turunkan sakit sebab nak hapuskan dosa kecil kita . Yes , that true . Kita kena sabar je kalau sakit , jangan nak merungut . Aku nih susah sakit , tapi bila dah sakit , teruk =='

Tapi aku kalau sakit , takde baring-baring kat katil (macam sakit sangat) . Aku kadang-kadang terkinja-kinja macam tak sakit , tak sedar diri tuh demam .

Doakan aku cepat sembuh , okay . Sebab malas nak skip kelas , kang tertinggal pelajaran pulak .

Lots Of Love , 

Saturday, February 04, 2012

Dah Lebih Baik .

 Assalamualaikum ,
Hey Peeps , dah lama aku tak update blog aku . Sorry , banyak aku nak tulis sebenarnya , tapi ingat-ingat lupa .

Firstly aku nak cakap pasal satu entri aku yang lepas , kalau korang ada baca , tapi aku dah delete . Aku dah okay kot dengan diorang , aku dah mintak maaf sebab post macam tuh kat diorang . Sepatutnya aku tanya dulu diorang pasal kebenaran sebenar , tapi aku dah tak kisah , cite tuh betul ke tak . Actually , aku rindu kat Kembar Syazwana , sebab dulu aku baik dengan dia . Terkejut aku hari tuh dia call aku kata dia nak berhenti poli dah , ouchh . Masa aku Sem 3 nanti dia masuk poli balik , tapi dia mula Sem 1 semula .

Then , aku nak cakap pasal kawan aku , budak Sem 6 nih . Aku baru-baru kenal diorang jugak , sorang nama Muhaimin , sorang lagi nama Si Pendek . Diorang baik , selalu bagi support dan nasihat kat aku . Semalam aku cakap aku demam , diorang 'terover' care pasal aku pulak , kalah mak aku , hahaha . Muhaimin tolong belikan ubat , terima kasih ye .

Okay , bulan nih nak masuk 6 bulan aku dengan Ifwat . Weeee ~ ily sayang .
Pasal kawan baik aku pulak , Shazwani Saad . Dia baru putus dengan pakwe dia setelah 2 tahun menyulam kasih , ececeh , ayat . Lepas tuh Mak dia pulak nak tetapkan jodoh untuk dia . Ouchh , berat betul dugaan dia . Kalau aku kat tempat dia mesti aku tak tau nak fikir ape dah , mungkin aku akan ikut je cakap mak aku .

Okay then , nanti aku update lagi . Kbai :)

Lots Of Love ,

Wednesday, February 01, 2012

Sakit Senggugut

Assalamualaikum ,
Okay , masuk nih dah 2 hari aku tahan sakir perut sebab senggugut , penyakit perempuan . Urghhh , sakitt ~

Nih lah akibatnya , masa datang bulan minum banyak sangat air sejuk . Nak menyesal pun dah terlambat kan . Salah sendiri tanak dengar cakap kawan dah pesan banyak kali .

Lots Of Love ,