Monday, February 20, 2012

Bila Wanita Menangis .


Assalamualakum , 
Heyy Guys , I just want to share a post that I red from one of the blog I followed . Her name is Eryn .

WAHAI LELAKI , 
Pernahkan kamu tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki ?

Mungkin sebab kamu sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis .
Seorang perempuan tidak akan menangis dengan mudah , tetapi hanya apabila dia mula menyintai kamu , dia mula merendahkan egonya semata-mata kerana kamu .

Apabila dia menangis dihadapan kamu , apabila dia menangis kerana kamu , pandang lah matanya .
Bolehkan kamu merasakan apa yang dia rasa ?
Pernahkan kamu cuba untuk memahami apa yang dia rasa ?

Fikirkan lah ,
Berbaloikah dia menangis dihadapan kamu hanya kerana kamu ?
Dia menangis bukan kerana dia lemah , dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati .
Dia menangis kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati . 
Kesedihan yang dirasakan menjadi semakin berat untuk di simpan .

WAHAI LELAKI , 
Cuba ambil masa untuk berfikir , 
Jika si dia menangis hanya kerana kamu , mungkin sudah tiba masanya kamu fikir kembali di mana silap kamu  , kerana hanya kamu yang tahu jawapannya .
Fikirkan lah ,
Kerana suatu hari nanti , mungkin terlalu terlambat untuk menyesal atau terlalu lambat untuk mengucapkan kata "Maafkan saya .."

WAHAI LELAKI ,
Jika seorang perempuan menangis kerana kamu , janganlah kamu membiarkan dia menangis keseorangan . 
Beradalah disisi dia , menemani dia , kerana dialah yang akan setia dengan kamu sehingga ke akhir hayat kamu .

WAHAI LELAKI ,
Jika seorang perempuan menangis kerana kamu , jangan lah kamu tinggalkan dia selagi dia memerlukan kamu , kerana kamu akan merosakkan hidup dia .

WAHAI LELAKI ,
Jangan pernah mengungkapkan rasa cinta kamu kepada seorang perempuan selagi kamu belum benar-benar yakin dan bersedia untuk bercinta . Kerana kamu hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara .
Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya , terutama cinta pertama . Tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya .

No comments:

Post a Comment