Friday, March 30, 2012

Kedekut Ilmu ? Tak lah .

Assalamualaikum ,
Hey Peeps .

Aku tau blog nih dah bertahun tak berupdate , sebab aku malas , hahaha . Okay , sekarang nih dashboard aku dah bertukar wajah . Pelik ooo , jadi macam makin besar . Aku bukan nak cakap pasal dashboard pun sebenarnya . Ada benda lain .

Okay , sebenarnya aku nak cakap pasal belajar . Kawan aku ada cakap , "Kadang-kadang belajar nih kita kena Selfish" . Aku setuju sangat dengan pendapat dia . Sebab aku pernah terfikir macam tuh . Memang lah kita tak boleh kedekut ilmu , tapi kadang-kadang tuh terpaksa untuk kebaikkan kita . Contoh macam Assignment , Test , Kuiz . Kita dah penat-penat buat sampai tak tidur sebab buat assignment , lepas tuh , esoknya ada budak kelas nak pinjam , bukan pinjam nak fahamkan apa yang kita belajar pasal subjek tuh , tapi nak COPY bulat-bulat sebijik sebijik . Apa perasaan korang kalau jadi macam tuh kat korang sendiri ? Rasa macam buang masa kita sanggup tidur lambat buat assignment semua , pastu orang tiru macam tuh je =='

Lepas tuh , Test/Kuiz . Aku tak suka sebenarnya kalau orang tiru aku atau tanya-tanya aku masa tengah Test/Kuiz . Sebab aku sendiri takkan tiru orang kecuali , betul-betul desperate macam soalan tuh semua orang tak boleh jawab , tuh baru aku tanya orang . Kadang-kadang aku bengang bila aku tengok soalan tuh senang je , tapi ada jugak manusia yang tak boleh buat pastu tanya aku jawapan . Tapi aku kesian lah kan , aku bagi je lah . Lagi , kalau aku tengah jawab Test , aku memang fokus gila , aku tak suka orang kacau fokus aku . Sama je masa tengah belajar dalam kelas . Kalau aku tengah buat kerja , memang aku tak toleh kiri kanan , aku fokus kat kerja sendiri je . Tapi kadang-kadang , aku bukan fokus sangat dalam kelas sebab mengantuk . Ada jugak subjek yang aku tak faham lagi sampai sekarang , macam subjek Mechanics Of Structure , susah nak masuk kepala =='
Okay then , sampai sini je dulu .

*Maaf jika ada sesiapa yang terasa dengan apa yang aku post , sebab ia datang dari luahan hati sendiri :)

Lots Of Love , 


Friday, March 16, 2012

Minggu Kelas Batal & Mamat Phycso

Assalamualaikum .
Hey Peeps :)

Minggu nih banyak kelas batal , lecturer baik hati sangat nak batalkan kelas . Tapi batal tuh kena ganti , bukan batal free-free je ==' Budak kelas yang lain seronok lah kelas tade , aku fikir untuk kelas ganti je , serabut nanti .

Oh ya , aku tak cerita kot pasal mamat physco yang kacau aku . Gila wey dia tuh , kitorang terserempak sekali je dalam Poli nih , pastu dia mesej call aku , mana dapat nombor aku pun tak tau , scary doe . Kalau aku tak reply msesej dia nanti dia call banyak kali sampai aku angkat . Kadang-kadang sampai 20 miscall . Saiko kan mamat tuh . Tapi sekarang nasib baik dia dah kurang mesej & call aku . Alhamdulilah :D

So far , hubungan aku dengan kawan-kawan okay & I'm happy with that . Taknak asyik gaduh je , macam budak-budak . Assignment pun takde lah setimbum macam minggu yang lepas-lepas sampai aku stress , hahaha .
Lots Of Love ,



Sunday, March 11, 2012

Minggu Serabut

Assalamualaikum ,
Hey Peeps .

Sorry sangat-sangat sebab dah lama tak update , takde masa langsung lah . Siyes =='
Okay-okay , btw aku tengah serabut dalam beberapa minggu nih . Aku ada banyak masalah dalam minggu nih . Nak tulis kat blog nih memang tak lah . Anyway , aku nak pergi dah nih . Ada banyak benda nak settle . Kbai :D

Thursday, March 01, 2012

Minggu Yang Stress

Assalamualaikum ,
Hey Peeps :)

Minggu nih aku stress gila sebab banyak assignment & report . 2 Hari berturut-turut aku dengan Fatnin buat kerja . Report kena hantar minggu nih , last minute pulak tuh buat , semua salah lecturer , dia cakap hantar last sem , tapi tiba-tiba dia cakap hantar minggu nih , gilaaa . Kitorang tak start apa-apa pun , dah lah sampai 3 report , kelam kabut ah . Satu kumpulan 6 orang , tapi yang buat 3 orang je , pehh . Assignment IBS pun aku tak dapat nak tolong group aku sebab nak kejar kan report yang kena hantar minggu nih .

Lepas nih ringan sikit beban report aku =='

Lots Of Love ,