Saturday, July 28, 2012

Puasa , Sem 3 .

Assalamualaikum :)

Isnin lepas aku dah mula belajar semula . Sem baru . Aku tak tahu macam mana nak describe seminggu kelas tuh . Okay lah kot . Lecturer okay , budak kelas ? Okay kot , ntah .

Sem nih ada 9 subjek , ada subjek baru . Ada subjek lama . Dan aku ada 5 final paper untuk Sem 3 nih . Owww . Aku harap Sem nih aku lepas semua subjek dan takde repeat mana-mana paper :)
Ameen .

Bulan nih dah masuk bulan Ramadhan . Dan aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua Umat-umat Islam dia Malaysia dan serata dunia :)

Puasa oii .


And ya , my relationship is officially over :(
Because of my ego , the hatred I felt and everything . I just want to move on :')

Sampai sini je dulu . Kbai


* Dear Friends , I truly love you guys as my classmate . I want to stay together with all of you until the last Semester .
Sincerely , 
Farah 

Wednesday, July 18, 2012

Miss Problemo .

Assalamualaikum .

Aku sebenarnya nak cari seorang kawan yang betul-betul faham aku , yang boleh jadi tempat aku luahkan semua masalah & rahsia aku . Tapi aku tak jumpa lagi . Wani ? Yee , wani memang kawan baik aku , tapi kitorang tak selalu jumpa , kalau bercakap pun dalam telefon , message . Lagipun kitorang masing-masing belajar , busy . Memang tak ada masa nak jumpa . Aku jealous dengan BFF yang selalu datang rumah , sleepover sama-sama , gossip-gossip atas katil , tepuk-tampar sama-sama . Sweetkan kalau ada BFF macam tuh :')

Jujur aku cakap , ramai yang tak suka aku sebenarnya , dari zaman aku sekolah lagi sampai lah aku masuk Politeknik . Yes , aku tahu silap aku kat mana , dan aku berusaha nak perbaiki silap tuh . Aku seorang yang sangat LOUD , kadang-kadang aku akan cakap straight to the point kalau aku tak suka sesuatu atau aku tak bersetuju dengan sesuatu pendapat . Aku tahu tuh kesilapan aku yang pertama .

Yang kedua , ekspresi muka aku . Aku nih dulu bukan jenis yang suka senyum . Tapi sekarang aku sedang belajar untuk banyak senyum kat orang . Aku pernah kena sekali orang cakap kat aku , ''Bila orang senyum kat kau , kau buat muka sial kau tuh '' Whoaaa , tamparan hebat . Aku pun taktahu muka sial aku macam mana , mungkin masa dia senyum kat aku , aku tak perasan ke hape ke kan . Lepas tuh orang cop aku sombong , okay ~ Tapi seriously , aku nih seorang yang suka berkawan dengan semua orang , aku tekan lagi sekali , SUKA BERKAWAN DENGAN SEMUA ORANG .

Yang ketiga , aku pun tak tahu . Nanti aku kaji selidik lagi , takpun aku buat satu borang soal selidik , pastu bagi-bagi kat orang , suruh diorang isi . Kan senang , aku boleh tahu silap aku kat mana , haha .

okay lah , sampai sini dulu .
GoodNight :)

Silap Tarikh Daaa , Whatsapp & BIS

Assalamualaikum .

Okay , sekarang nih aku masih kat Muar . Aku silap tarikh daftar Asrama , hahaha . Sepatutnya 20hb Julai , tapi aku ingat 19hb . So , aku dah silap kat situ , aku tak perasan dia tulis kat surat tawaran tuh . 19hb tuh untuk Junior-junior baru . Haa , kalau aku daftar 19hb mesti diorang ingat aku budak baru , hahaha . SEM 1 oo . Padahal dah Sem 3 .

Aku dah excited gila nak masuk poli , hehehe .

Okay cukup .

Sejak akhir-akhir nih aku makin rajin main Whatsapp . Sebab aku takde BlackBerry lagi , aku pakai je lah nokia C3 aku ,  download Whatsapp . Pastu aku request BIS , sebulan kena topup RM 25 , pastu nanti celcom tolak je lah 25 tuh untuk renewal BIS tuh . Siyes senang kalau pakai Whatsapp nih , kedit pun tak tolak , except kalau aku call orang , kredit jalan lah .

So , kawan-kawan sekalian , yang ada nombor hp aku jelah , sila download Whatsapp , so kita boleh chatting sampai lebammm ~

HAHAHAHA ,
Kbai :D

Tuesday, July 17, 2012

Bye Muar , Hello Kuantan

Assalamualaikum .

Hari nih 17hb July 2012 . Tepat pukul 12.00 pagi , tiba-tba reminder dalam hp berbunyi . Aku pelik gak kenapa tiba-tiba bunyi , aku ada save apa-apa ke ? Birthday siapa ? Bila aku check . 11 Month Anniversary :'( Valid lagi ke tarikh tuh ? Aku sendiri pun tak tahu .

Abaikan pasal reminder tuh . Hmm , '

Oh ye , hari nih jugak last aku dekat Muar , Johor . Esok aku bertolak balik Negeri Ke-4 aku , Pahang . Tapi lebih spesifik , aku nak balik Kuantan lah . Kenapa negeri ke-4 ? Sebab Johor ialah Negeri No-1 , Selangor Negeri No-2 , Melaka ialah Negeri No-3 dan terakhir , Pahang ialah Negeri No-4 . Ikut urutan tu , tempat aku dibesarkan sepanjang aku hidup . Dari Johor sampai lah Pahang .

Tak sabar nak jumpa adik-adik Junior kat POLISAS . Jangan sombong-sombong tau , AKAK nih baik , hahahahaha .

Okay-okay . Puasa pun nak dekat , hopefully aku dapat lah puasa penuh tahun nih , haaa .
Kbai , take care :)

Monday, July 16, 2012

Keluar Lagi , semalam kata Last konon .

Assalamualaikum .

Tadi aku tak plan pun nak keluar LAGI . Tiba-tiba tengahari tadi , aku tanya Akmal (adik) ada kelas tambahan ke tak . Dia cakap takde , terus aku naik bilik mandi , siap-siap , pastu call teksi . Terus gi bandar . Whoaaa , HAHA . Sampai je aku terus gi Sushi King . Cari Dean :) Pastu aku lunch sekali kat sana . Okay kenyang gila . Haha . Dean suruh aku teman dia break . Okay je .

Lama jugak aku tunggu dia break , pukul 5 . Sementara tunggu dia tuh , aku pergi lah shopping sikit . Belikan Mama handbag baru . Beli benda alah yang nak buang blackhead tuh , hahaha . CoolBlog ( Chocolate Double Pearl ) Pastu tak habis buang . Membazir je .

Dah pukul 5 aku call Dean , pastu gi lepak minum kat Mamak je . Sebab dia break sejam je . Masa lepak dengan dia ada 3 lagi kawan dia , tapi aku lupa nama diorang . HAHAHA .

Anyway , aku memang sayang Dean . But , as friend only . Dean selalu ada masa untuk aku kalau aku ajak lepak . Aku sayang dia , Nas & kawan-kawan yang sewaktu dengannya sebab diorang sekepala dengan aku :)

Kbai , take care :')

Sunday, July 15, 2012

Last Lepak Sebelum Balik Kuantan

Assalamualaikum .

Semalam aku keluar untuk kali yang terakhir sebelum balik Kuantan semula . Aku jumpa Dean , Nas & ada yang aku tak kenal . Patutnya aku plan nak keluar dengan Nabil , tapi entah macam mana tak dirancang aku keluar dengan Dean semua .

Aku keluar dalam pukul 2 petang , naik teksi . Bayar macam biasa lah kalau panggil datang rumah RM10 . Sampai bandar aku jalan pusing satu mall tuh , pastu lapar , aku gi makan kat Sushi King . Whoaaa , sumpah sedap . Kenyang kot aku makan semalam . Tempat sushi tuh tempat Dean kerja , tuh yang dengan tak sengaja aku gi ajak diorang makan sekali . Hahaha ,

Lepas makan kat sushi , aku tunggu lah Nabil tak sampai-sampai . Haihhh ==' dah banyak kali aku pusing mall tuh , turun naik . Aku rasa orang mesti dah perasan aku pusing banyak kali . MALU weii . Sementara nak tunggu Nabil sampai tuh , aku shopping sikit . Beli cincin , rantai , earplug . Total habis beli benda alah tuh je 200 bhaiii . Fuhh , terbang macam tuh je duit . HAHAHA ,

Dalam pukul 3 Nabil sampai . Pastu gi KFC , aku tak makan banyak , just makan wedges sebab Nas dah sampai bandar , aku pun dah ajak dia tadi . Lepas aku makan wedges tuh aku terus blah tinggalkan Nabil sensorang kat KFC tuh , okay , jahatnya aku =='

Masa jumpa Nas tuh , tak tahu nak buat apa sementara nak tunggu Dean break dari kerja , kitorang gi Karaoke . Haaa , sejam jee , pastu lepas habis nyanyi tuh , tepat-tepat Dean break , pastu terus gi Lepas Mamak . Haihhh , rindu doe Dean dengan Nas . Lepas kejap je sebab masa tuh nak dekat pukul 7 , Nas pun ada kerja lepas tuh . Aku balik Nas hantar , awwww . Baikkan dia , hehehe .

Lepas nih bila lagi aku dapat jumpa diorang . Aku dah balik Kuantan semula . Hmm , take care sayang-sayangKu , hehe .

Kbai :)

Friday, July 13, 2012

Justin Bieber Kat Wangsa Walk ?

Assalamualaikum ,

Hari nih TwitterJaya digemparkan dengan kemunculan Justin Bieber kat Wangsa Walk Mall , KL . Ohh , Justin datang Malaysia dengan Gelfereng dia . Salena Gomez yang hot hot MELETUP tuh , HAHAHA . Dan disebabkan kemunculan beliau lah TL aku jadi semak dengan nama dia oleh awek-awek yang cinta tak berbalas oleh Justin Bieber . Kemudian muncul pula hashtag #KalauSayaJumpaJustinBieber , errr .

Okay budak sekolah . Layankan je lah obsesi kau tuh . Alaa , Justin Bieber je kot , Kalau TOP ke GD ke , mau tak pengsan aku . HAHAHA , ramai yang kata tak boleh amik gambar dengan dia sebab ramai bodyguard . Err , retis kan , biasa lah . haha , Alaaa , lagipun Justin Bieber tuh anti PAPARAZZI . Masa dia buat konsert kat Malaysia tahun bila aku tak ingat , wartawan tak dibenarkan amik gambar masa konsert tuh berlangsung . OKAY BIEBER .

Aku bukan tak suka Justin Bieber tuh , biasa-biasa je , kadang-kadang dengar jugak lagu dia . Tapi takde lah OBSES/FANATIK sangat . Haa ,

Okay , maaf kalau post aku nih ada buat BELIEBER di luar sana panas hati , haha .
Kbai .

Thursday, July 12, 2012

Keserabutan sebab Kemalasan .

Assalamualaikum .

Nampak tak keserabutan kat blog aku tuh , line-line putih kat belakang tulisan aku kat post-post yang  lepas . Sebenarnya tuh dari blog baru aku , aku just copy paste je sebab malas nak taip balik , banyak kottt . HAHAHA ,

Aku dah delete dah blog baru , dan undelete blog yang nih :)
Kbai .

Naik Semester 3

Naik Semester 3 

Assalamualaikum .

Hmm , aku sebenarnya sunyi kat sini . Duduk menghadap Lappy HP nih hari-hari , buang masa . Ditemani Teh Lipton (bukan iklan okay , betul-betul punya) Haa . Orang cakap , '' Henpon kan ada " . Untuk pengetahuan korang , henpon aku nih dah lama tak berbunyi mesej atau call in . Kalau ada pun pakwe aku yang rajin hantar mesej free , siapa ? CELCOM  lah . 24 jam hantar mesej , nampak tak kesetiaan dia kat situ . HAHAHA .

Minggu depan nak balik Kuantan dah , aku dah siap pack baju semua . Padahal lambat lagi , hahaha . Excited , tapi aku memang macam tuh . Suka prepare awal-awal . Takde lah kelam kabut sangat nanti . Naik semester nih aku dah Sem 3 . Whoaaa , dah separuh tahun dah . Rasa macam kejap je . Aku harap semester depan nih aku takde lah hadap banyak masalah sangat . Lagipun naik nanti terus Puasa . Haa , dugaan betul nak kena berjalan dalam cuaca panas kat poli tuh .

Anyway , aku akan update lagi lain kali , nak makan nih oii . Lapar :D

Irma Hasmie & Redza

Assalamualaikum .

Kali ni aku nak buat entri pasal Irma Hasmie dengan Husband dia . Aku dah tengok pre-wedding dia kat youtube . Ah , sweetnya lah . Lepas tuh aku tengok video nikah dia , rasa nak menangis . Hmm ,




Perkahwinan diorng nih sangat Islamik , jumpa kat Mekah masa tengah buat Umrah , seminggu lepas balik Umrah , keluarga Redza datang rumah Irma untuk Merisik . Masa tu jugak lah kedua keluarga tuh buat keputusan untuk tunang kan diorang , awwww . Menangis *lap lap air mata . Korang dengar sendiri lah , Irma Hasmie cerita macam mana diorang jumpa , kat video Pre-wedding diorang . Nah :
Tengok lah banyak kali ye , sampai nangis ye . Hehe , Irma Hasmie masa nikah muka dia berseri-seri , cantik sangat . Sumpah aku cakap CANTIK SANGAT SANGAT ! Hmmm , 
Semoga Irma Hasmie dengan Husband dia , Redza , bahagia sampai ke Jannah , Ameen :)

Soal Hati

Assalamualaikum .

Ada orang kata , sesorang yang mudah jatuh cinta itu adalah seseorang yang sering putus cinta . Sesuai sangat lah dengan aku . Haaa ,
Sebenarnya aku tak pernah bercinta dengan seseorang tuh sampai bertahun-tahun , nak tahan setahun pun susah . Mungkin aku nih jenis cepat bosan , atau mengikut kaji selidik aku sendiri , aku tak percaya dengan cinta .

Aku tak percaya cinta tu wujud . Argh , aku dah mengarut .

Sebenarnya , aku seorang yang sangat berhati-hati dalam soal hati dan perasaan , dalam awal percintaan , aku takkan masukkan seseorang tuh sepenuhnya dalam hati aku , cuma suku je aku masukkan . Sebab kalau aku terus masukkan dia sepenuhnya dalam hati aku , andai satu hari dia tinggalkan aku , tak ke aku yang kecewa sebab dah sayang dia sepenuh hati , tiba-tiba putus . Aku buat macam tuh sebab nak tengok keikhlasan dia kat aku . Aku dah faham sangat permainan lelaki nih . Awal-awal bercinta memang lah selalu ucapkan ayat-ayat manis , bila dah bosan , mula lah senyap , hilangkan diri .

Aku jujur , aku ni seorang yang sangat cepat jatuh cinta DAN sangat cepat bosan . Aku jugak seorang yang tak pernah nak mengongkong pasangan aku , lantak lah kau nak pergi mana dengan siapa . Cemburu ? Tuh memang dah pasti , tapi bukan tahap gaban punya . Aku takkan terus tuduh dia curang semua , aku akan diamkan diri sampai dia sendiri jujur dengan aku . Aku macam tuh sebab pasangan aku tuh belum lagi sah sebagai SUAMI aku , dan takde sebab aku nak kongkong dia . Dan dia pun takde sebab nak kongkong aku . Simple kan .

Ye , aku tahu setiap manusia yang lahir di muka bumi ni diciptakan berpasangan . Mungkin sekarang nih bukan masanya untuk aku sibuk cari pasangan . Aku masih muda , 19 tahun . Masih belajar . Jauh lagi perjalanan hidup yang aku nak tempuh . Atau aku akan biarkan parents aku yang tentukan soal jodoh aku , sebab parents tahu apa yang terbaik untuk anak-anak dia . KAN ?

Tapi aku suka tengok kawan-kawan aku bahagia dengan pasangan masing-masing . Ada yang sebaya dengan aku dah kahwin . Keluarga dia restu , kahwin je lah kan . Cuma aku je yang belum jumpa orang yang betul-betul ikhlas dengan aku . Bila ? Biar masa yang tentukan :)

Okay bye .

Akhirnya , LULUS jugak :D

Assalamualaikum ,
Hai korang , pagi tadi aku test JPJ untuk kali kedua , tapi test tapak je lah . Sebab minggu lepas aku kandas kat parking , lepas tuh aku nangis . HAHAHA , nasib baik test jalan raya aku lepas :) (bangga kejap) .
Sementara nak tunggu turn tadi , aku mengantuk gila doe , aku beli lah gula-gula POLO . Lepas tuh aku tengok budak perempuan yang duduk sebelah aku tadi dah tersengguk-sengguk , aku hulur lah kat dia gula tuh . Baik kan aku . HAHA ,

Aku nombor 22 tadi , mungkin lucky number aku untuk hari nih , hehe . Tadi ramai jugak lah yang kandas kat parking dengan bukit . Aku dah cuak . Tapi bila turn aku Alhamdulillah lepas semua walaupun kereta yang aku guna tadi macam ada masalah . Haaa ,

Ini lah yang ku tunggu-tunggu , HAHAHA . Terima Kasih Abang JPJ Ahmad Sukri , heee :D
Lepas nih siapa jumpa aku kat jalan raya hai hai lah , HAHA . Terima Kasih kawan-kawan yang always support aku . Kbai :)

New Phone :)

Assalamualaikum , 
Hai , mintak maaf sebab dah berkurun tak update blog . Aku ingat nak buat blog baru je , tapi disebabkan blog yang nih banyak bagi aku pengajaran & pengalaman aku akan terus menaip kat sini . Anyway , hari nih aku akan post banyak-banayak sekali harung sebab nak ganti balik post-post yang aku terlepas :)

New Phone :)

Hasrat hati nih nak beli handphone baru , mata aku dah tertarik dengan yang nih hah , tiap kali namapk dia berdebar je hati , HAHAHA . Macam jatuh cinta pulak , memang jatuh cinta pun kat dia :D


Aku dah balik Kuantan nanti nak usha harga dia dengan bff aku :)
Kbai .