Thursday, July 12, 2012

Naik Semester 3

Naik Semester 3 

Assalamualaikum .

Hmm , aku sebenarnya sunyi kat sini . Duduk menghadap Lappy HP nih hari-hari , buang masa . Ditemani Teh Lipton (bukan iklan okay , betul-betul punya) Haa . Orang cakap , '' Henpon kan ada " . Untuk pengetahuan korang , henpon aku nih dah lama tak berbunyi mesej atau call in . Kalau ada pun pakwe aku yang rajin hantar mesej free , siapa ? CELCOM  lah . 24 jam hantar mesej , nampak tak kesetiaan dia kat situ . HAHAHA .

Minggu depan nak balik Kuantan dah , aku dah siap pack baju semua . Padahal lambat lagi , hahaha . Excited , tapi aku memang macam tuh . Suka prepare awal-awal . Takde lah kelam kabut sangat nanti . Naik semester nih aku dah Sem 3 . Whoaaa , dah separuh tahun dah . Rasa macam kejap je . Aku harap semester depan nih aku takde lah hadap banyak masalah sangat . Lagipun naik nanti terus Puasa . Haa , dugaan betul nak kena berjalan dalam cuaca panas kat poli tuh .

Anyway , aku akan update lagi lain kali , nak makan nih oii . Lapar :D

No comments:

Post a Comment