Thursday, July 12, 2012

Soal Hati

Assalamualaikum .

Ada orang kata , sesorang yang mudah jatuh cinta itu adalah seseorang yang sering putus cinta . Sesuai sangat lah dengan aku . Haaa ,
Sebenarnya aku tak pernah bercinta dengan seseorang tuh sampai bertahun-tahun , nak tahan setahun pun susah . Mungkin aku nih jenis cepat bosan , atau mengikut kaji selidik aku sendiri , aku tak percaya dengan cinta .

Aku tak percaya cinta tu wujud . Argh , aku dah mengarut .

Sebenarnya , aku seorang yang sangat berhati-hati dalam soal hati dan perasaan , dalam awal percintaan , aku takkan masukkan seseorang tuh sepenuhnya dalam hati aku , cuma suku je aku masukkan . Sebab kalau aku terus masukkan dia sepenuhnya dalam hati aku , andai satu hari dia tinggalkan aku , tak ke aku yang kecewa sebab dah sayang dia sepenuh hati , tiba-tiba putus . Aku buat macam tuh sebab nak tengok keikhlasan dia kat aku . Aku dah faham sangat permainan lelaki nih . Awal-awal bercinta memang lah selalu ucapkan ayat-ayat manis , bila dah bosan , mula lah senyap , hilangkan diri .

Aku jujur , aku ni seorang yang sangat cepat jatuh cinta DAN sangat cepat bosan . Aku jugak seorang yang tak pernah nak mengongkong pasangan aku , lantak lah kau nak pergi mana dengan siapa . Cemburu ? Tuh memang dah pasti , tapi bukan tahap gaban punya . Aku takkan terus tuduh dia curang semua , aku akan diamkan diri sampai dia sendiri jujur dengan aku . Aku macam tuh sebab pasangan aku tuh belum lagi sah sebagai SUAMI aku , dan takde sebab aku nak kongkong dia . Dan dia pun takde sebab nak kongkong aku . Simple kan .

Ye , aku tahu setiap manusia yang lahir di muka bumi ni diciptakan berpasangan . Mungkin sekarang nih bukan masanya untuk aku sibuk cari pasangan . Aku masih muda , 19 tahun . Masih belajar . Jauh lagi perjalanan hidup yang aku nak tempuh . Atau aku akan biarkan parents aku yang tentukan soal jodoh aku , sebab parents tahu apa yang terbaik untuk anak-anak dia . KAN ?

Tapi aku suka tengok kawan-kawan aku bahagia dengan pasangan masing-masing . Ada yang sebaya dengan aku dah kahwin . Keluarga dia restu , kahwin je lah kan . Cuma aku je yang belum jumpa orang yang betul-betul ikhlas dengan aku . Bila ? Biar masa yang tentukan :)

Okay bye .

No comments:

Post a Comment