Thursday, August 30, 2012

Allah je yg tahu :(

Assalamualaikum .

Aku tak tahu nak luahkan kat siapa . Aku mampu luahkan kat blog je :(
Aku kusut dengan EX aku , Ifwat . Aku memang dah takde hati langsung kat dia . Dah tawar hati sangat-sangat . Tak ada sikit pun ruang untuk dia masuk lagi dalam hati aku . Hati aku sekarang nih memang dah kosong , kering kontang . Aku rasa sekarang nih aku hati kering . Tapi dia asyik hantar text , call semua . Aku jadi rimas dan kusut :(

Lepas tuh aku macam keliru dengan perasaan aku sendiri . Hmmm ,

Aku menangis sambil menaip nih . Allah SWT je yang tahu perasaan aku masa nih .

Aku dah tak sanggup nak menaip dah ...... :"(




Bai :"(

Tuesday, August 28, 2012

Wij Accident

Assalamualaikum

Hari nih aku dikejutkan dengan berita kawan aku Wijdan accident . Dia accident pagi tadi masa nak pergi kelas . Patut lah pagi tadi dia tak masuk kelas . Sekali aku dapat text dari dia , dia kata dia accident , aku terkejut , and aku nangis . Haaa , aku sedih sebab dia kemalangan , dia baik dengan aku weyy .

Nasib umur dia panjang lagi , kalau tak , mesti aku lagi sedih gila . Lepas aku dapat text tuh , aku terus balik asrama tukar baju semua , naik van poli , pergi Kuantan Medical Centre . Aku teman dia dari pukul 10 pagi sampai pukul 3 petang , risau punya pasal , haaa . Kelas takyah cakap ah , memang aku skip .

Hmm , aku harap dia cepat sembuh sebab luka dia teruk jugak , patah rusuk kiri , dahi kena 6 jahitan , tangan dengan kaki luka teruk . Memang sedih lah tadi :"(

Get Well Soon Wijdan :")

Saturday, August 25, 2012

Dah cukup

Assalamualaikum .

Hai . Esok nak balik Kuantan dah . Hmm , aku tak tahu sepatutnya aku happy atau sedih . Aku bukan nak cakap pasal balik sebenarnya .

Aku nak cakap pasal aku *tak habis-habis pasal diri sendiri*

Aku pernah cakap dulu . Kalau hati aku dah hancur untuk kali ketiga , takkan ada untuk kali yang keempat . Cukup lah lepas Zakwan , Nasrul dengan Ifwat . Memang takde dah untuk kali keempat . Aku boleh nak berkawan dengan lelaki , tapi rasa cinta/sayang tuh memang takkan ada lah .

Aku penat , penat , pe n a t.

Bai .

Wednesday, August 22, 2012

Assalamualaikum .

Dear Ex ,

DON'T DISTURB ME ANYMORE !
BYE .

Tuesday, August 21, 2012

Raya :D

Assalamualaikum .

Puasa dah pergi tinggalkan kita , sekarang  syawal pula menjelma . Di kesempatan ini saya Nur Farahin Adilah Binti Rohadi ingin memohon maaf kepada anda semua jika ada salah dan silap yang saya lakukan , atau terkasar bahasa :)

Raya tahun nih aku tak rasa meriah sangat , tak tahu ah , mood raya tuh tak datang . Tapi aku masih gembira sebab dapat sambut dengan keluarga tercinta .

Aku tak amik gambar banyak sangat tahun nih , sebab malas , haha :p



My very simple First day of Syawal :)


My poyoooo Abang :p


Kbai , SELAMAT HARI RAYA :D







Saturday, August 18, 2012

Sampai jugak Muar :D

Assalamualaikum ,

Akhirnyaaaaa , aku sampai jugak kat rumah , weeee ! 5 jam perjalanan dari Kuantan ke Muar , whoaaa , cukup menyeksakan aku . Dah lah aku dapat seat belakang , pehhhh . Siapa yang pernah duduk seat belakang mesti faham perasaan aku , haha . Pening gilaa wey , sampai rasa nak muntah pun ada . Maybe sebab , puasa kan , perut aku kosong , ditambah pula dengan jalan raya yang bengkang bengkok , berlubang-lubang , fuuu ! Mana tak pening .

Dah turun bas pun still pening lagi . Masa nak tunggu Mama Baba amik kat bustand tuh , aku dah lah tengah pening kan , bercampur dengan bau asap rokok , bau asap kereta , pehhh , lagi bertambah-tambah rasa nk muntah dengan pening tuh . Tunggu Mama sejam kat bustand tuh , sedih rasa , sampai menangis , wuuuu :'(

Baba Mama sampai , aku terus naik pajero tuh , duduk depan , special only for me , *cehh , poyoo* baba tanya nak pergi mana , aku cakap nak makan , lapar . Pastu terus gi Tanjung Agas , cari tempat makan . Sampai je kedai tuh terus order mee goreng basah . Tapi , pehhhhh . servis dia , lembap gilaa . Tension tunggu --' Lepas makan , terus gi Giant , Mama nk cari ape ntah , ikut je . Last-last beli kasut budak-budak kecik tuh je , okayyy :/

Dalam pukul bape ntah sampai rumah , aku mandi , terus online . Sampai sekarang , tak berganjak dari lappy nih , hahha , alang-alang update blog sekali :D

Kbai , thanks for reading :)

Thursday, August 16, 2012

Oh ya , aku hampir terlupa :)

SELAMAT ULANG TAHUN KE 3 TAHUN UNTUK BLOG AKU NIH . 28 JULY LEPAS , GENAP 3 TAHUN , TERIMA KASIH SEBAB MASIH SETIA DENGAN AKU :')

Never Ending Love Life Problem .

Assalamualaikum .

Raya nak dekat dah , Ahad nih je :) Mesti ramai dah prepare macam-macam untuk raya nih . Tapi aku tak , tahun nih aku cuma ada sepasang je , nampak tak betapa tak prepare-nya aku , haha . Tak kisah ah sepasang ke , 10 pasang ke , aku cuti raya sekejap je pun . Seminggu , nak enjoy mana je seminggu , lepas tuh dah balik Kuantan dan mula kelas macam biasa , ye dok . Haaaa :)

Actually aku bukan nak cakap pasal raya sangat , tapi nak cakap pasal love life aku yang tak habis-habis nih --' Aku kan dah cakap dulu , aku dah tutup hati aku untuk mana mana lelaki . Tapi sejak kebelakangan nih ramai pulak yang cuba-cuba nak dekat dengan aku . Hmm , aku jadi kusut . Ditambah pula hari tuh aku kena Period Pain , 2 3 hari aku nangis :') Hahahaa . Jannah cakap dengan aku ada kawan dia suka aku , mula-mula memang aku blur gila , siapa , aku kenal dia ke ? Macam-macam aku fikir . Tapi aku dah cakap kat Jannah suruh cakap kat lelaki tuh , kalau dia suka aku , kalau dia sanggup tunggu aku , tunggu lah sampai aku bukak balik pintu hati aku nih .

Tapi akhirnya , aku tahu sendiri siapa lelaki yang suka aku tuh , aku kenal dia . Tapi aku takde perasaan apa-apa pun kat dia . Kosong , cuma kawan . Tak lebih . Fatnin ada cakap dekat aku , kalau tahu lelaki tuh suka kita , tapi kita tak suka dia , jangan nak try-try dengan dia , maksudnya , try couple dengan dia , pastu bila tak serasi putus . Kan tak best tuh , elok berkawan , kang terus tak bertegur . Lagi satu , jangan terima lelaki tuh sebab kesian , nanti bosan . Yeahh , I agree .

Aku happy aku single sekarang . Tapi aku sedih sebab aku makin kurusssss --' Mama mesti terkejut tengok anak dia kurus keding balik Johor nanti , haaa . Raya nanti memang aku melantak habis-habisan punya lah , hahaha . Naik cuti gemuk , waaaa . Suka suka suka :D

Okay , sampai sini dulu aku update , thanks baca :)

Sunday, August 12, 2012

I DON'T WANT TO BE KNOWN AS SOMEONE RELATIONSHIP DESTROYER :')

Wednesday, August 08, 2012

3 Things :')

Assalamualaikum ,

Lama tak update sebab aku tak awak laptop ke Kuantan . Nih pun pinjam lappy kawan je :')
Hari nih aku nak update pasal apa yang berlaku sepanjang aku tak update blog . First , aku buat confession kat Crush aku , Gary . Saje je pun , hehe . Woi , berani gila . hahahaha . Lagipun Gary dah semester akhir kat poli , takkan aku nak diam je :p Memula aku takut ah Gary cakap ape kan , tapi , rupanya , dia okay je . Dia tak kisah pun . Aku pun buat relax je lah , wuuu . Gary tuh Kristian , memang tak lah kalau aku nak bercinta dengan dia . huuu . Tapi orang kata apa salahnya . Tapi aku nih bukannya suka Gary gila gila pun , suka gitu gitu je . Nama pun crush kan , hee . Hal Gary dah settle . Cukup :)

Secondly , aku kenal ramai kawan baru sekarang . Wijdan , Nad , Fendi , Azman , ramai lah . Diorang nih daripada kelas DKA3A . Musuh tradisi sejak dari Sem 1 lagi . Hahaha , tapi sem 3 nih kitorang dah baik . Takde lah sombong main jeling-jeling . Macam siapa ntah yang cakap kan , Jangan nilai orang dari luaran sahaja . Rupanya , diorang nih baik , takde lah sombong mana :)

Thirdly and last . Aku dah tutup hati aku untuk mana-mana lelaki . Aku takkan jatuh cinta dengan mana-mana lelaki selagi aku tak habis belajar . Nak berkawan dengan lelaki tuh aku okay je , tapi takkan jatuh cinta :') Sebab aku rasa love life aku sangat complicated . Aku malas nak fikir banyak pasal cinta .

Itu saje dulu aku update , kalau rindu aku , cari lah aku kat Faceook/Twitter :D