Thursday, August 16, 2012

Never Ending Love Life Problem .

Assalamualaikum .

Raya nak dekat dah , Ahad nih je :) Mesti ramai dah prepare macam-macam untuk raya nih . Tapi aku tak , tahun nih aku cuma ada sepasang je , nampak tak betapa tak prepare-nya aku , haha . Tak kisah ah sepasang ke , 10 pasang ke , aku cuti raya sekejap je pun . Seminggu , nak enjoy mana je seminggu , lepas tuh dah balik Kuantan dan mula kelas macam biasa , ye dok . Haaaa :)

Actually aku bukan nak cakap pasal raya sangat , tapi nak cakap pasal love life aku yang tak habis-habis nih --' Aku kan dah cakap dulu , aku dah tutup hati aku untuk mana mana lelaki . Tapi sejak kebelakangan nih ramai pulak yang cuba-cuba nak dekat dengan aku . Hmm , aku jadi kusut . Ditambah pula hari tuh aku kena Period Pain , 2 3 hari aku nangis :') Hahahaa . Jannah cakap dengan aku ada kawan dia suka aku , mula-mula memang aku blur gila , siapa , aku kenal dia ke ? Macam-macam aku fikir . Tapi aku dah cakap kat Jannah suruh cakap kat lelaki tuh , kalau dia suka aku , kalau dia sanggup tunggu aku , tunggu lah sampai aku bukak balik pintu hati aku nih .

Tapi akhirnya , aku tahu sendiri siapa lelaki yang suka aku tuh , aku kenal dia . Tapi aku takde perasaan apa-apa pun kat dia . Kosong , cuma kawan . Tak lebih . Fatnin ada cakap dekat aku , kalau tahu lelaki tuh suka kita , tapi kita tak suka dia , jangan nak try-try dengan dia , maksudnya , try couple dengan dia , pastu bila tak serasi putus . Kan tak best tuh , elok berkawan , kang terus tak bertegur . Lagi satu , jangan terima lelaki tuh sebab kesian , nanti bosan . Yeahh , I agree .

Aku happy aku single sekarang . Tapi aku sedih sebab aku makin kurusssss --' Mama mesti terkejut tengok anak dia kurus keding balik Johor nanti , haaa . Raya nanti memang aku melantak habis-habisan punya lah , hahaha . Naik cuti gemuk , waaaa . Suka suka suka :D

Okay , sampai sini dulu aku update , thanks baca :)

No comments:

Post a Comment