Wednesday, November 07, 2012

Alone for a day .

Assalamualaikum ,

Petang semalam kelas Highway Engineering batal . Lepas tuh gua balik Kamsis dengan Fatnin . Pergi cafe , makan , naik ke bilik . Dalam 5 minit kat bilik gua , tiba-tiba kepala otak gua nih ajak gua gi jalan kat bandar . So , gua ikut je lah kepala otak gua nih nak apa . Pukul 3.30 petang gua keluar , naik van , 15 minit sampai lah kat bandar .

Gua jalan sorang je hari nih , sebab gua memang suka jalan sensorang . Kenapa ? Gua tak susahkan lu kan . Takyah tanya . HAHA ,

Gua tak gi mana pun , menapak kat Capitals Mall , tengok orang ramai , berfikir , termenung . Macam-macam gua buat sensorang hari nih . Haa ,


Sesi testing jubah kat First Lady , HAHA .

Jubah tuh warna putih , cantik weyy . Dah lah saiz gua , tapi gua tak beli , usha je dulu . Hikhik . Gedik betul , biar lah , pekerja kat butik tuh tak marah pun aku main try-try baju , hee :D

THEN .


Makan ice cream sensorang , double scoop gituu . HAHA 

Lama jugak gua duduk kat Baskin Robbins tadi , haha . Makan sambil termenung . Mesti mamat kat BR tadi pelik tengok gua . haha , abaikan . Duk melayan perasaan , tetiba ternampak sorang budak poli nih , gua tengok je dia , tapi dia tak perasan gua pun sebab dia sibuk jalan , borak-borak dengan boyfriend dia , haha . 

Lepas makan ais krim , gua jalan lagi . Naik tingkat 3 . Buat apa ? WAYANG LAH . Hahaha . Kepala otak gua yang ajak , bukan gua . Memikir gak gua nak tengok cerita apa , sebab takde cerita best , last-last nak tahu gua tengok cerita apa , jeng jeng jeng .



FRANKENWEENIE , directed by Tim Burton .

Gua memang minat pun semua cerita arahan di Tim nih . Best okay best , jangan pertikaikan . haha . Cerita nih pasal seorang budak yang minat sains sampai satu tahap dia hidupkan semula anjing dia yang dah mati kena langgar . Dia buat gitu sebab dia sayang gilaaa kat anjing dia . Cerita nih lawak & sedih pun ada . 

Nih lah watak-watak penting dalam cerita nih . 

Oh ya , gua lupa nak bagi tahu . Dalam wayang semalam cuma 6 orang je . Awesomeee kan , tuh pun , sorang perempuan cina , bawak anak 2 orang , seorang perempuan melayu bawak anak lelaki sorang & GUA sorang-sorang je . HAHA . Lawak doe , tapi best . Memula abang yang tukang koyak tiket tuh kata dengan gua , suruh gua tukar tiket lain sebab dia ingat gua sorang je dalam hall nanti . Gua malas nak tukar , gua suruh jugak dia bukak hall 5 tuh . HAHA . Gua cakap nak melayan perasaan , dia pun okay ikutkan gua je , haha . Masa gua dah masuk dalam hall tuh , tetiba datang sorang pekerja GSC tuh lah , hulur kat gua satu plastik popcorn . Dalam popcorn tuh ada nombor telefon , haha . Budak yang keje kat GSC nih cara ngorat awek memang gitu ke ? Masuk nih gua dah 2 kali dapat nombor telefon dari diorang . haa --' Yang penting dapat popcorn free , hahahaha .

kiri kanan depan gua takde orang , haha .

Habis wayang dalam pukul 7.30 , gua terus gerak ke terminal bas , balik . And now , here I am , typing this post , haha :p

Okay then , byee :)




No comments:

Post a Comment