Saturday, December 22, 2012

JB

Assalamualaikum ,

Semalam gua pergi JB , ikut Encik Hafiz pergi site *lah sangat* . Encik Hafiz ni Penyelia bahagian Pavement . Gua sampai ofis pukul 8.15 macam biasa . Lepas tu pung pang pung pang , entah apa gua buat kat meja gua , pukul 9 lebih Encik Hafiz ajak gua keluar . Gua ingat nak ajak Fatnin sekali , tapi gua lupa dia ada meeting dengan Encik Arshad pulak pagi tu . Dah gua pergi sensorang dengan Encik Hafiz . Dalam kereta sumpah AWKWARD gilaaaaaa . Lepas tu dia yang mula interview itu ini lah . Haaa , dia siap bagi gua cadangan nak buat pasal apa untuk report final LI . Ahakz , thanks alot Encik Hafiz .

Memula gua pergi SDE , gua tak ingat nama panjang dia apa . HAHA , terbaik ! Tapi syarikat pasal highway jugak lah , pergi hantar Tender . Kejap je kat situ , lepas tu berkejar pulak ke Perling , nak hantar Work Permit kat LINKEDUA PLUS . Okay first time gua sampai sana , sebelum ni lalu sebelah je kalau kat highway . Huuu , untung gua LI dengan Propel nih :) Paling tak boleh blah masa kat situ lah baru nak lukis , isi data untuk Work Permit tu , adoiyai . HAHA , kelam kabut dalam kereta masa tu . Sampai kat PLUS tu pukul 12 , nak siapkan data tu pukul 12.45 baru siap , amik kau , lama tak . HAHA . Semalam kan hari Jumaat , orang pergi sembahyang jumaat , masa nak hantar kat ofis tu dah takde orang . Haihhh , so encik Hafiz pergi sembahyang Jumaat dulu .

Masa kat masjid tu , gua dah nak terkencing sangat . Gila , gua dah serabut nak kencing kat mana ni . Takde Shell Petronas pun kat area masjid tu . Memang tak lah kan gua nak masuk dalam masjid tu ramai lelaki . So , gua pun matikan enjin kereta , keluar , pergi cari tandas kat kedai makan dekat dekat situ . Dan dan pulak diorang takde tandas , tapi nasib baik Car Wash sebelah tu ada tandas . Gua tumpang lah tandas diorang . Ah lega . hahaha . Haa oh ye , nak tahu tak gua buat apa sepanjang gua tunggu Encik Hafiz habis sembahyang Jumaat ?

TADAAAAAA ~

Serius boring gilaaaa , hahaha . Siap ada duckface macam Nur Feetri . HAHAHA . Kau hado ? Kiri kanan gua penuh dengan kereta . Dalam pukul 2 , Kaum Adam siap sembahyang jumaat . Gua memang suka tengok orang lelaki keluar masjid lepas sembahyang , macam ada Nur je kat muka diorang , awwww . Sebab diorang dah menunaikan tanggungjawab diorang . Lelaki macam ni lah yang layak jadi suami , tak lupa tanggungjawab . Okay cukup . HAHAHA . Over pulak gua . 

Pastu Encik Hafiz tanya gua nak makan kat mana . Gua cakap je lah gua tak kisah . Last last makan kat Pizza je . Orite Encik , haha . Paling tak boleh blah dia siap tanya gua , yang gua ni perut plastik ke perut stokin . HAHAHA . Nak jawab pun serba salah , sebab gua nih bukan perut plastik atau stokin , tapi perut tong . hahahaha , sebab tu serba salah nak jawab . Konon konon malu kucing nak jawab apa *tampar muka* Kat pizza tu takde customer kotttttt . Bukan takde langsung lah , ada lah dalam 2 3 meja je yang open . Tapi pizza tu besar , woaaa . First time gua sampai sana . Masa nak order pun konon konon malu kucing *tampar muka lagi sekali* Gua order Meatball Bolongnese , sedap ooo . 

Dah separuh baru nak amik tunjuk , haha .

Haaa , ni lah Encik Hafiz :)

Dah kenyang melantak , kitorang pun gerak semula ke ofis PLUS nak hantar Work Permit tadi . Dah settle semua , gerak ke Kuari kat Sedenak pulak . Gua ingat boleh lah gua turun ke site tengok kawasan Kuari tu , tapi gua kena duduk dalam kereta je , oh sedih medih . Takpe ah , lain kali je lah . Lagipun boleh gua pergi dengan Fatnin nanti , sensorang tak best , tak tau nak tanya apa nanti . Kuari tu lah tempat last gua melawat . Kira satu hari semalam macam lawatan sambil belajar gua lah . haha . Gua dah penat mengantuk sebab kenyang sangat makan . haha . Dalam kereta masa ontheway balik tu gua tahan nak tidur je , Encik Hafiz pun perasan , oh malunyaaa --' 

Dalam pukul 5 lebih gua sampai ofis kat Yong Peng . Letihnya , tunggu punya tunggu sampai pukul 5.30 petang , pastu punch out . Yeahhh . Semalam petang kan hujan , gua tak boleh lah drive laju laju . Sampai rumah pukul 7 , mandi semua siap siap , malam semalam gua tidur awal . Heee . 

Okay then , sampai sini dulu . 
Bye :)



Thursday, December 20, 2012

Kenduri dan LI

Assalamualaikum ,

Okayyyy , dah berabad tak update blog , haha . Ada orang kisah ke ? KRIK KRIK KRIK . Haha .
Minggu lepas gua busy sangat sangat . macam macam hal , kenduri lah hape lah . Gua mula dengan kenduri lah .

16hb Disember lepas Atok gua buat kenduri doa selamat untuk gua , EH . haha , yela untuk gua , kakak gua yang selamat balik Malaysia dan untuk Atok Mak gua yang bakal operate bulan depan . Atok Mak sakit jantung . Get Well soon Atok Mak :) Gua sebagai anak perempuan pun jalankan lah tanggungjawab gua, ecececeh , pergi tolong apa yang patut kat dapur , heee *kembang hidung* :p


Sesi goreng tempe dan tauhu . Woaa , rajin kan gua . haha

Ni Rendang dari Perak , hee . (Makcik gua masak)

Gua tolong buang lemak ayam semua , gua jumpa ni , haa --'

Ayammmm gorenggggg *gaya upin ipin*

Merewang  , ni makcik makcik yang buat , gua tengok je , haha

Kenduri mula lepas Isyak . Penat oo gua kemas kemas rumah Atok , gua angkat semua makanan susun susun kat ruang depan . Fuhhh , ingat ringan ke nak angkat dulang berisi Nasi Ambeng , haa . Bertambah lah muscle kat lengan gua . HAHA . Malam tu gua tidur awal sebab letih sangat , haha .


Okayy , cukup pasal kenduri . Gua nak sambung pasal LI (Latihan Industri) pulak , 17hb pulak gua mula LI kat Syarikat Propel kat Yong Peng . Memang berdebar oo , serius . Dulu excited lah , bila tinggal sehari nak masuk syarikat mula cuak berdebar keluar . Hari pertama LI gua rasa macam bodoh sengal . Dah lah awkward gila sebab tak kenal siapa siapa , tak tahu apa apa pasal LI ni . Gua sampai awal , tapi masa nak tunggu Bos gua masuk ofis bukan main lama lagi . Rupanya dia pergi breakfast , padahal office hour pukul 8.30 pagi dah mula . Okay dia bos , ikut dia lah . haha . Masa dia panggil masuk bilik dia (sila jangan fikir bukan bukan) gua berdebar , muka macam garang , tapi bila dah borak-borak okay sikit lah , dia nih lawak sebenarnya . Sempoi je . Eh lupa lak , nama bos gua Ismarizal Ismail , gua panggil Encik Isma je . Abam Botak . haha .


Paling tak boleh blah , baru first day dah kena tegur tak boleh pakai jeans . De fak ? haha . Pastu makan waktu kerja , tak cari nahas . Gua tak tahu nak buat apa dalam ofis , semua orang busy , tak berhenti menaip , print semua . Memang takde masa nak borak borak dengan semua staff . Gua dengan Fatnin pandang satu sama lain . She can read my mind , and so do I . haha . Hari pertama LI membazir dengan begitu sahaja . Tak buat pape , cuma tengok tengok staff buat kerja dan dengar bos gua bebel-bebel pasal organisasi bagai . 

Hari pertama LI . Atototo so comeeeel . HAHA .

Hari Kedua LI . Pagi berjalan dengan lancar , bangun awal , siap siap semua . Keluar rumah pukul 7 , dalam perjalanan kat highway tiba-tiba gua dengar bunyi pelik kat enjin kereta gua . Gua masa tu memang dah cuak gila doe , sumpah . Gua berhenti 3 kali kat lorang kecemasan . Kali ketiga gua berhenti tu memang tepat pada masanya , sebab kalau gua jalan lagi , meletup kereta tu gua rasa . Lagi 7 kilometer je kot nak sampai ofis , boleh pulak rosak . Jadi penghabisannya , gua menapak kat tepi highway tu . HAHA . Seronok rasa . 


Hello HIGHWAY ~ Haha ,

See our happy face walau kereta rosak tepi highway , haha .


 Fatnin :3

Abam Azli , PerondaPlus datang letak kon kat belakang kereta . 

Biasa lah , kereta tua , tak pernah bawak jalan jauh , tetiba guna bawak ke highway , rosak lah dia . haha . Nasib baik ada PerondaPlus , tu pun gua suruh Baba yang call kan . Gua mana reti pasal semua semua ni . Haaa , tu lah perempuan . Tunggu bantuan sampai lama lah jugak , sejam gua tunggu . Kereta rosak pukul 8.15 pagi , bantuan sampai dalam pukul 9 lebih , hambik . Kat tepi highway tu macam macam kitorang buat , si Fatnin betulkan kasut dia yang rosak , pakai stapler je , haha , lawak . Gua pulak menganyam rumput , pun boleh , hahaha . Nak tahu tak gua masuk ofis pukul berapa ? 10.15 pagi , lewat 2 jam , TERBAIK !! Baru hari kedua praktikal dah lewat . Pailang betul .


Duckface satuuu . HAHAHA .

Weeeeeee :)


Gua dah mengantuk sangat nih , haha . esok nak kerja lagi . Last but not least ,

HANCUR HATI KU , MENGENANG DIKAU , MENJADI KEPING KEPING , SETELAH KAU PERGI , HUUU ~


Gary dah ada awek , hancur hati , haaaa . Tapi muka diorang sama doe , jodoh !!
Takpe , gua redo . Gary nih crush gua je pun . Memang dicipta untuk meng-crush kan gua . haha .

Okay then , goodnight semua ! 
ILOVEYOU :*

Saturday, December 15, 2012

Emeer Iskandar :3

Assalamualaikum ,

Korang ingat lagi tak kat Emeer Iskandar , budak kecik dalam Mystarz LG dulu ? Alaa yang nangis sebab tak dapat masuk final tu , hikhik . Dulu umur dia 12 tahun je , sekarang rupanya dah 17 tahun , eh kejapnya dia membesar . Haha , Tadi gua tweet dengan dia , oh dia takde perubahan langsung kat muka , sama macam masa dia 12 tahun dulu . Nahh , nih twitter dia : Emeer :3


Ni Emeer masa 12 tahun dulu .

See , dia nangis . Awww , 

Nak tahu tak , dulu gua sanggup vote dia tau . Sebab dia comeel . HAHA .Tak pernah miss persembahan dia . Paling tak boleh blah lah gua nih , haha . Masa gua tweet dengan dia , tak sombong pun . Dia layan je , rupanya dia duduk kat Kuantan , kat IM2 , dekat je dengan gua , kalau tahu awal , gua ajak dia dating sama . HAHA . 


Ni dia yang sekarang aku rasa , dah besar kan . Aww :3

Tapi sayangnya , gua tak dapat tweet lama dengan dia sebab gua mengantuk . 
Okay then , 
bye :)



Friday, December 14, 2012

Bola dan Praktikal

Assalamualaikum ,

Gua baru ada kesempatan nak update blog sebab ada orang sorok laptop gua . Ciss ! Seperti yang semua tahu , semalam adalah perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki antara Malaysia VS Thailand (2nd Leg) untuk ke peringkat akhir . Masa kick off permainan nampak cantik lagi cuma Malaysia banyak terima kad kuning padahal tolak sikit2 je , siot reff , tapi minit ke berapa ek aku tak ingat , memula Matyo kena gasak sampai terjatuh oleh permain thailand , tiba-tiba Fadhli pulak yang kena kad kuning sekaligus kena kad merah dan kena buang padang . Adoii , kesian dia , dia siap cakap "Apa salah aku?" . Farizal tak puas hati tanya reff tu kenapa , pastu dia siap kata F**k kat reff tuh , yelah , bukan salah Fadhli doe , pemain thailand tuh yang salah , dia siku bahu Fadhli , lepas tuh memang lah Fadhli marah . Ada pergaduhan mulut kecil antara dia dengan pemain thailand tu , tapi reff bodoh tuh yang bernama Lee Min Yu , besar besarkan hal tuh dan terus bagi kad kuning & merah kat Fadhli . Memang tak patut , tak puas hati gila . Semua orang kata Reff dah kena beli , berat sebelah .

Disebabkan tu , Malaysia cuma tinggal 10 pemain atas padang . Rentak permainan terus hilang . Tapi Malaysia pub ada 2 kali cubaan nak sumbat gol , tapi berjaya ditepis oleh penjaga gol Thailand . Sayang betul tak masuk , sebab memang dah cantik dah cubaan tuh . Malaysia kena gasak banyak kali , cubaan gol dari Thailand pun banyak , tapi Farizal banyak menyelamatkan gawang Malaysia . Gua memang respect gila kat Farizal sebab sanggup mempertaruhkan muka dia yang comeeel tuh untuk selamatkan bola dari melepasi gol . Pemain thailand main sepak sepak lagi walaupun bola tu dah ada kat tangan Farizal sampai kena muka dia, kesian dia , tapi disini gua nak cakap , "Farizal , you are man of the match" Tahniah bro . Cuma nasib tak menyebelahi Malaysia , 2 kali gawang Malaysia bocor . Dan Thailand menang dengan aggregate 3 , Malaysia 1 . Takde rezeki nak buat macam mana kan , dan kita sebagai penyokong Team Malaysia kena terus memberi semangat kat Pemain Harimau Malaya , diorang dah buat yang terbaik untuk sampai ke peringkat Semifinal . SELAMANYA HARIMAU MALAYA !! Gua tetap sokong lu orang dari belakang okayy .

Okay cukup pasal bola . haha

Lagi 3 hari gua akan mula Praktikal kat syarikat Propel , sebuah syarikat berkenaan Highway Maintenance . Fatnin akan tinggal kat rumah gua . Tak sabar tak sabar tak sabar . Cuma ada masalah sikit , tempat kerja gua tuh jauh gila dari rumah , 73KM . Woaaa , Baba pun cakap nanti banyak guan minyak , so dia suggest gua sewa rumah kat daerah Yong Peng tu , alohhh . Gua malas ah nak keluar dari rumah , kalau boleh gua nak duduk rumah je . Hmm , tapi nanti gua kena bincang lagi dengan Fatnin . Haaa , Harap harap everything gonna be just fine , takde masalah semua . InsyaAllah :)

Gua dah prepare baju untuk first dat praktikal nanti , nampak tak distu betapa excited-nya gua . haha .
Okay then ,
Bye :)

Monday, December 10, 2012

Result Final Exam

Assalamualaikum .

Hari ni secara rasminya result final exam yang ditunggu tunggu keluar . Gua bangun je tadi , terus cari laptop , bukak portal rasmi POLISAS . Haaaa . Berdebar gila tadi oi , rasa macam nak cabut jantung letak dalam balang lepas tengok result baru pasang balik . haha . Jadi , gua pun teruskan menaip kad pengenalan dan nombor kad matrik gua dengan harapan lulus semua subjek . wuhuu .

Masa mula mula tengok dia tulis kedudukan baik , gua ingat okay lah kot result gua masa tuh . Scroll ke bawah , tengok LULUS LULUS banyak , sekali ternampak ada huruf C1 , ARGGHHH !! Masa tuh gua dah , alaaaaaa , macam mana ni . Tapi lepas tuh gua redha je dengan keputusan gua . Sebab memang silap gua pun , dan Sem 5 nanti gua nak tebus silap gua tuh . Dan bagi seseorang yang mungkin tengah berjoget kegembiraan sebab gua ada carry paper , ini bukan KARMA yang menimpa gua . Ini silap gua sebab tak usaha lebih okay . Dan , gua benci lu . HAHA .

Klik gambar untuk tumbesaran melampau .


Yang paling gua suka Communicative English gua masih kekal 4flet . Hoyeahhh ~ Tapi Engineering Mathematics 3 gua entah macam mana boleh dapat C+ . Gua tak puas hati betul , gua dah buat terbaik habis dah , tapi hmm , takde rezeki kot . Dan pointer semester 3 ni adalah pointer paling teruk gua dapat , ish . Pointer jatuh , tenggelam macam Titanic , haha . Tipu lah tak sedih tak kecewa , lagipun nih first time gua ada carry paper . TAPI , hidup mesti diteruskan . YEAHHH ! Gua takkan putus asa , walaupun nanti dah tak sama kelas dengan diorang , tapi gua tetap akan melawat diorang hari hari , hahaha .  Gua kan suka berjalan sana sini . 

Sekarang ni cuma perlu bersedia untuk Latihan Industri (LI) gua yang akan mula 17hb Disember nih , yeah , tak sabar tak sabar tak sabar *tiru gaya Lisa dalam IAD* Haha , LI kat Johor jugak , gua duduk kat rumah family , jimat duit . Weee ,

Okay then , 
bye :)

Sunday, December 09, 2012

Masak dan Aisyah

Assalamualaikum ,

Sejak dua hari lepas , gua tidur lewat gara gara men-download movie movie yang terhangat di pasaran . Jadi , sekarang gua tengah movie marathon kat lappy , hoyeahh . Saje je , untuk membuang masa sementara gua nak pergi praktikal lagi seminggu . Gua baru lepas tengok cerita Cinta Vlog , tapi gua ingatkan best lah , tapi , hmm , biasa je .  Woaa , Kejap je masa berlalu . Memang lah cepat masa berlalu , duduk rumah , jaga adik adik , makan , online , movie , tidur . HAHA . Okay apa , daripada gua duduk melepak tak tentu hala kat luar sana , macam adik adik lepasan SPM kita , maklum lah , baru nak rasa hidup. Opss .

Gua sebenarnya tak fokus tulis ni sebab adik gua tengah pasang cerita Istanbul Aku Datang kat tivi , mata tak tahu nak tengok mana satu , haha . Ohh Beto :3

I really want to feel the feeling that Beto said "Kalau awak rasa apa yang saya rasa , tolong jangan pergi" . Tapi tak pernah rasa . *sadlife*

Cukup dengan Istanbul , okay gua nak pergi sana satu hari nanti . TOLAK PARIS JAUH JAUH . haha

Nak tahu tak ? Cakap lah nak . CAKAP !
Okayy :)
Semalam gua masak makan malam untuk Ze Family , awww . Semua tu sebab Mama takde kat rumah , dia pergi KL ada tournament Futsal dengan Staff dia . Kakak pun ikut sebab tu gua yang kena menjalankan tanggungjawab sebagai ANAK PEREMPUAN . Baba balik awal semalam , sebab tuh gua tetiba rasa nak masak untuk Baba , yelah , kesian Baba , balik kerja penat penat . So , gua pun ajak lah adik gua masak , mintak tolong dia masak dengan gua .

Me : Kemal , masak jom . 
Akmal : Nak masak apa ?
Me : Kan ada kobis , ayam dengan tempe . Buat sayur goreng nak ?
Akmal : Buat masak air ah , senang sikit .
Me : Okay gak , lagipun perencah cukup rasa takde lah 

Jadi bermula lah sesi potong memotong , gaul tempe dengan tepung ayam kentaki dan gereng menggoreng . haha . 

Bahan basah untuk dimasak , wee


Sayur masak air , *eh betul ke masak air nama dia* 


Tempe yang digaul dalam tepung kentaki . Oh tempe :3


Nak goreng ayam tuh kejap je , tempe pun sama . Tapi part nak masak sayur tuh , lama jugak . Sampai penat gua tunggu air dia mendidih , haiyooo . Tapi , penat gua berbaloi , makan malam gua siap . Gua suruh Baba try sayur yang gua masak , dia kata okay not bad , awwww . See daddy , your daughter can cook what . haha .

Nih lah tempe , okay quality gambar tak berapa cantik , pakai camera 2.0 megapixel je .


Sayur masak air , tapi gua rasa macam fishball je terlebih , haha .


Ayam goreng segera , yummm :3

Lepas makan , Alhamdulillah kenyang :)
Gua cuci semua pinggan yang dah guna masa masak tadi , pinggan makan tadi . Tetiba jadi rajin . Tetiba perasaan nak jadi anak perempuan yang baik timbul . Ahakz .

Oh ya , after all that , Esah tetiba Whatsapp gua . Tanya pasal gua ada chat dengan Boyfriend dia ke tak . Okayyy , gua pelik . Kenapa tiba tiba dia tanya . Gua pun jawab jujur lah , dah lama tak chat , lama gilaa dah . Pastu dia cakap saje nak test aku . Ciiss ! HAHA . Kalau nak tahu , Esah nih classmate & dormmate gua dulu masa sekolah kat Melaka . Dan juga salah seorang kawan baik takkan terpisah *iklan digi jap* HAHA .

Dan lepas tuh , bermula lah sesi gossip mossip dengan dia , cakap pasal everything , haa . Rindunya kat Wondergirls . Awww , bila lah dapat lepak sama lagi , sedih . Masing masing busy dengan study . Nak buat macam mana . Bercerita pasal si dia ni kapel dengan si dia tu lagi tak , pasal nak kawin lah . Pasal unmature guy lah . Kitorang setuju pasal kahwin lepas ada aset sendiri , lepas ada masters . Haha , sebab sekarang nih susah nak jumpa lelaki yang berguna , kebanyakkannya tak berguna , kot kot kawin hari nih esok cerai . Bercinta bagai nak rak , akhirnya putus . Lepas tuh kecewa bunuh diri . Haaaaaaa sebab tu kalau boleh gua nak ada aset sendiri , kerjaya sendiri , so andai kata laki gua ceraikan gua , takde lah gua terkontang kanting macam bodoh kan . And Geng Wondergirls gua semua dah ada boyfriend kecuali gua . Gua sekor sekor je . haha , tapi gua tak kisah pun . Hehe :) 

*yawn* 

Ohh , I'm soo tired . 

*tarik selimut*

Okay then , sampai sini je dulu .
Gua undur diri . Adios :)




Saturday, December 08, 2012

ISTANBUL AKU DATANG

Assalamualaikum ,

ISTANBUL AKU DATANG .

Gua nak cerita pasal movie yang hangat sekarang , woot woot . Gua baru ada kesempatan nak tengok filem tuh semalam . Haa , kesian kan gua . haha . Macam semua orang tahu (okay tak semua tahu) pelakon dalam filem nih semuanya hebat hebat . Dan gua minat gila kat diorang diorang nih , haa . Diorang itu adalah Lisa Surihani , Tomok dan yang paling gua sukaaaaaaa Beto Kusyairy , arggghhhh *histeria kejap*

*Tarik nafas*
*Hembus*
*Tarik nafas*
*Hembus*



Okay dah boleh mula cerita , haha . Tu tu tu , Beto yang sebelah kiri tuh , awwww *cair* . Kisah “Istanbul Aku Datang” menceritakan tentang seorang gadis bernama Dian (Lisa Surihani) yang sanggup ke Istanbul demi mengejar cintanya yang dilakonkan oleh Tomok (Azad). Kedua mereka telah menjalin hubungan lebih 5 tahun tetapi terpaksa berpisah kerana Azad melanjutkan pengajian. Namun, kedatangannya ke Istanbul hanya menyebabkan diri lebih merana apabila rahsia Azad telah terbongkar. 


Disebalik kedatangannya ke Istanbul, perkenalan Dian bersama seorang pemuda bernama Harris (Beto Kusyairy) telah menyentuh hatinya. ‘Mimpi ngeri’ Dian bermula apabila dia ditipu ketika mencari rumah sewa dan tanpa diketahui, rumah yang sudah pun dibayar deposit selama 3 bulan itu sebenarnya sudah pun mempunyai seorang lagi penyewa iaitu Harris. Perkara ini menyebabkan dia terpaksa duduk serumah dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
Kalau nak tahu kesudahannya , korang kena tengok cerita nih okayyy . 
Pendapat gua mengenai cerita ini , BEST , SEDIH dan SWEET SANGAT ! Dian sanggup pergi Istanbul sorang sorang tapi at the end , dia kecewa . Gua sedih gila part Dian , Azad dengan Harris masa nak settlekan masalah tapi masalah bertambah pulak lepas tuh . At the same time Harris was being so sweet and caring . Dia macam faham je perasaan Dian masa tuh . I cried masa part tu . Lagi satu part yang buat gua nangis bila Dian nak balik Malaysia , Harris kejar dia kata jangan pergi , awwww . *nangis lagi* Lagi , wardrobe Lisa dalam filem nih semua comel comel , semua kena dengan dia . Cantik sangat :)
Korang memang wajib tengok filem nih !! 

*Gua jatuh cinta kat Beto Kusyairy , hmm . Tapi semua tu hanya angan angan gua je , haha . Tapi kan . gua memang suka semua lakonan Beto , semua menjadi .
Okay bye then :)

Tuesday, December 04, 2012

3 Years Friendship :)

Assalamualaikum ,

Dalam entry nih , gua nak cerita pasal sorang kawan gua (dulu skandal , sekarang kawan) . Kitorang dah kenal lama , 3 tahun . Lama kan , lama kan . TAPI .. Kitorang tak pernah jumpa depan depan , maksud gua , kitorang tak pernah jumpa , keluar sama . Macam mana tuh ? Haaa , kitorang cuma berhubung melalui facebook , skype dengan Whatsapp je . Cool kan relationship kitorang ? HAHA .

Oh , lupa nak kenalkan nama dia . Nama si mamat sengal nih , Syamilusy Syahir . Gua tak ingat nama ayah dia , sorry . HAHA , Tapi gua panggil dia Chaaen . Jauh beza kan dengan nama asal dia . Dia asal Negeri Sembilan , orang nogori nih . Sekarang dia single lagi , siapa nak masuk minang , haa silakan , jemput lah . haha . Umur dia 20 tahun . Tapi next year dia jadi 21 tahun lah . Macam mana gua kenal dia ?

Gua kenal dia masa gua Form 4 . Gua ingat lagi tarikh dia 2 July 2009 . Sehari lepas gua putus dengan ex gua , Ariey . Kitorang kenal masa zaman myspace lagi tau . Masa tuh tak layan lagi facebook , facebook pun tak famous lagi masa tuh . Haaa , Lepas tuh selalu lah contact each other . Okay , masa gua form 4 , dia form 5 . Gua sekolah kat KUSTECH , Kuala Selangor , dia kat Teknik Tuanku Jaafar , Negeri Sembilan . Kalau gua balik weekend , kalau online , selalu chatting dengan dia . Kalau kat asrama , lu orang pun maklum lah kat asrama tak boleh bawak henpon . So , gua lah yang rajin call dia , bergayut kat public phone sampai beringgit ringgit habis . Dia dah senior masa tuh , boleh lah dia bawak henpon masuk asrama . Gua junior lagi, takut takut lagi . HAHA , Dia banyak lah jugak bagi gua nasihat masa dulu-dulu , pasal pelajaran , lagi lagi pasal subjek yang dulu mula-mula gua tak minat iaitu Lukisan Kejuruteraan (LK) . LK nih subjek feveret dia . So , dia berlagak lah sikit . HAHA .

Lagi , dia nih kalau bercakap dengan gua dulu , tanak kalah , nak menang jeeeee . haha . Lepas tuh bajet bajet dia lagi tua dari gua . Mentang-mentang dia habis sekolah dulu . HAHA . Lepas dia habis sekolah , gua masa tuh dah form5 dan dah pindah sekolah teknik lain , kat Melaka pulak , MELTTEC . Dia sambung belajar kat UniZA . Gua lupa dia amik kos apa kat sana . Nanti gua interview dia balik . Gua rasa masa dia dah sambung belajar kat U , memula kitorang masih contact each other , tapi tak lama lepas tuh senyap macam tuh je . Tup tup gua dapat tahu dia dah couple dengan awek pilihan dia . Okay ,

Lepas tuh dalam awal tahun 2011 , kitorang contact semula , tuh pun gua yang tegur dia dulu . Haaa , kalau tak . tak tahu lah , maybe tak kawan dengan dia lagi dah . Maklumlah, gua fahan dia busy jugak kadang-kadang dah masuk U kan . Masa tuh pulak , gua dah couple dengan Ex gua dulu , yang gua jumpa lepas gua mula kerja kat Cafe , lepas gua habis SPM , haha . Tak lama pun gua dengan Ex gua yang tuh , gua break dengan dia , alasan nak sambung belajar & parents gua tak bagi gua kawan dengan dia , hahaha . KEJAMNYA . Tapi gua tak tipu pun , gua memang sambung belajar lepas tuh , gua masuk POLISAS . Masa gua kat POLISAS , rajin jugak gua contact dia, ntah . haha . Tapi , tak lama lepas tuh senyap balik .

Gua pun dah pening dengan kisah gua dengan dia , haha . Okay , gua ringkaskan cerita . Tadi gua skype dengan dia . He is sooo funny okay , penat gua ketawa . Gua selitkan gambar mamat poyo nih masa skype tadi  ;


Ini lah Chaaen . *Klik gambar untuk tumbesaran melampau*


Dia suka buat muka buruk masa skype tadi , pastu suka sangat skype dalam gelap . geram gua . hahaha .


Lagi satu , gua dok perhati dia dari tadi , lepas tuh gua nampak , kitorang ada persamaan , hahaha . *perasan* Dia suka gigit bibir . Gua pun suka gigit bibir . Sooo comeeel , HAHA .


POYONYAAA . hahaha . Sepak sikit . Masa nih gua dah gelak gila-gila dah . Tak habis habis dengan posing dia . BUUUU sama dia , haha :p


Okay gua dah penat nih , nak tidur dulu . 
Mornight friends :)
Doakan persahabatan kitorang berkekalan sampai bila-bila . Kalau ada jodoh , ehem ehem . HAHA .
Bye then .
4.09am .





Saturday, December 01, 2012

SELAMANYA HARIMAU MALAYA

Assalamualaikum ,

Tadi baru je tamat perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Indonesia . TAHNIAH gua ucapkan kepada pemain Malaysia sebab berjaya jaringkan 2 gol . Hasil sepakkan Mahali dengan Azamuddin . Gua tengok bola kat rumah je , tapi macam tengok kat stadium . HAHA . Kalau kat stadium sampai hilang suara mungkin . Keeper Malaysia pun dah buat yang terbaik untuk pertahan kan gawang Malaysia . GoodJob Farizal , lu lagi comeel dari Apex okay . HAHAHAHA .


*joget-joget*


Lepas nih Malaysia akan bertemu Thailand , 9 Disember lawan kat Malaysia , 13 Disember lawan kat Thailand . Gua harap Malaysia dapat terus bertahan sampai ke peringkat akhir untuk merebut Piala AFF Suzuki 2012 , Go Malaysia Go ! SELAMANYA HARIMAU MALAYA !!

Gua penyokong tegar Malaysia . Hoyeahhh !

Happy Birthday Kakak :)

Assalamualaikum ,

Gua buat entry nih khas untuk kakak gua NUR ADILAH BINTI ROHADI . Sebab hari nih Hari Jadi dia yang ke 22 . Oh dah tua rupanya perempuan tuh , opss . Silap , kakak . Hehe . Dia baru balik dari New Zealand hari tuh , baru habis belajar kat sana , amik TESOL . Senang cerita nanti jadi cikgu bahasa inggeris , woaaa .

Happy Birthday to you ,
Happy Birthday to you , 
Happy Birthday to my dear Sister ,
Happy Birthday to you :)

Sebenarnya dia kongsi bulan yang sama dengan gua . Dia lahir awal bulan 12 , gua lahir akhir bulan 12 , cuma lain tahun je , haha . Awesomeee kan . Gua tak rapat sangat dengan dia , sebab kitorang jarang gilaaaa jumpa . Dulu kebanyakan masa gua kat Melaka , dia kat JB . Gua kat Kuantan , dia kat New Zealand . Kitorang tak share banyak benda sama-sama , tapi banyak yang gua suka kat kakak gua nih . Dia pandai bergaya , pandai berfesyen , pandai dalam pelajaran , pandai bersikari , pandai dalam jaga relationship dia dengan boyfriend dia , Amal  (tak macam gua selalu kecewa , haha , foreveralone) . Kalau bab berfesyen , lu orang bagi kat dia , dia memang , fuuu , tiptop . Gua , fesyen ? HAHA , tak kena langsung , gua tak reti nak pakai cantik-cantik macam dia , gua nih biasa je , pakai apa ada , yang gua selesa . Hmm , Sekarang dia takde kat rumah , dia pergi travel dengan kawan-kawan dia . Tak tahu balik bila , haha . Ape jenis adik daaa gua nih , tuh pun tak tahu . 



Nih lah kakak gua , comeeel kan , HAHA .

Kitorang dua orang je anak perempuan dalam family , yang lain semua laki . Tapi takpe , best .
Okay then , bye :)


Konflik .

Assalamualaikum ,

Gua baru lepas baca blog Fatnin , awww . Soo suwik like cokelat . HAHA . Thank you dear . Lu pun kawan gua paling best gua pernah jumpa , lu banyak tolong gua dari banyak segi , pelajaran , kewangan , soal hati semua lah . Lu duduk rumah gua masa LI nanti jangan nakal-nakal , gua babab lu nanti , haha .

*sambil meratah cokelat rice*

Sebenarnya gua tengah ada konflik , gua tak tahu lah salah gua ke ? Kenapa semua orang nak tunding jari kat gua . Macam semua salah gua . Gua dah buat yang terbaik , gua dengar cakap diorang . Tapi , hmm . Ntah lah , gua tak boleh nak describe situasi gua macam mana , hmm . Sampai satu tahap tuh gua menangis sebab tahan sabar , marah semua . Okay fine , semua nih pasal masalah gua dengan keluarga gua lah . Gua bukan nak cakap apa pasal keluarga gua , gua cuma sedih , gua takde orang yang boleh dibawa berborak sama , gelak sama . Gua macam tunggul dalam rumah . Sedih kan ? Hmm ,


Nak dibenci tak boleh , sebab family kan . Takkan nak benci family sendiri . Gua cuma mampu berdiam diri je , ditemani blog yang tak seberapa nih . Adakah semua konflik yang gua hadapi nih dugaan nak berlonjak usia ke 20 tahun ? Mungkin kot , jadi gua kena sabar banyak-banyak lah . "You are strong Farah . Listen to your heart" . Auhhh , how I wish I can be like Aizat Abdullah , dia macam takde masalah bila gua baca blog dia . gua belum khatam baca blog dia lagi , banyak kottt post dia , haha . Aizat pandai doe , dapat dekan taip Sem , jealous much , hmm . Aizat , lu bagi sikit otak lu kat gua , gua nak pandai macam lu , haha . Mati gua kalau Aizat baca nih , eh perasannyaaa , macam lah Aizat nak follow blog buruk nih weyy . HAHA . Nah nih link blog dia , KLIK KLIK .


Cakap pasal Aizat buat aku hilang rasa sedih . Hee ,
Aizat , be mineeeee . HAHAHA . Blah lah Farah , angan-angan tinggi . Kata malas dah nak ada bf . Ha'a , memang dah malas pun . Abaikan perasaan bodoh nih .

Okay then , bye :)
Thank you for reading .

Roy (Senior)

Assalamualaikum ,

Sekarang pukul 4.16 pagi , gua tak tidur lagi sebab gua baru lepas skype dengan bekas senior gua , Roy Fazly , masa gua sekolah kat Teknik Kuala Selangor dulu . Dia adalah salah senior terbaik yang gua pernah kenal . Tapi kalau korang tak kenal dia luar dalam mesti korang akan judge dia macam macam . Gua menapak kat Teknik Kuala Selangor dulu kejap je , dalam 4 bulan , lepas tuh gua pindah atas paksaan keluarga . Gua tak rela pun kena pindah sebenarnya sebab gua dah selesa kat situ masa Form 4 .

Gua nak cerita pasal senior gua nih sebenarnya . Dia banyak bagi nasihat kat gua , semangat kat gua , dari gua Form 5 lagi sampai sekarang . Masa gua nak SPM macam-macam dia cakap , tapi gua dah lupa apa , tapi gua jadi semangat lah lepas tu sampai dapat 5A . Woaaa ,

Tadi masa skype dengan dia , macam macam gua cerita kat dia, dia pun dengar je sambil bagi ceramah free kat gua . hahaha . Pasal ex , pasal praktikal nanti , pasal macam macam lah . Meh gua selitkan sikit printscreen skype dia .




Nih pasal praktikal gua . *click gambar untuk tumbesaran melampau* HAHA





Nih pasal cinta :3







Nih pasal pelajaran :)



Bagus kan dia , sebab tuh gua suka kawan dengan dia , umur dia atas gua je , 20 tahun . Siapa nak masuk minang , dipersilakan , single lagi tuh . HAHA . Dia ada kawan lagi sorang yang satu U dengan dia, nama Hafizz Masjuni , salah seorang senior terbaik gua jugak . Last sem budak dua orang nih dapat Dekan . Hebatkann ? Diorang belajar kat Melaka . Asal kat Kota Damansara , KL . Huh ? Nak nombor telefon ? NO NO NO , mati kena terajang kang gua jap lagi , hahaha . JOKING :) 
Sampai sini dulu kot gua update , nanti kalau ada papehal , gua post lagi yeee ,

Bye then :)