Friday, December 14, 2012

Bola dan Praktikal

Assalamualaikum ,

Gua baru ada kesempatan nak update blog sebab ada orang sorok laptop gua . Ciss ! Seperti yang semua tahu , semalam adalah perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki antara Malaysia VS Thailand (2nd Leg) untuk ke peringkat akhir . Masa kick off permainan nampak cantik lagi cuma Malaysia banyak terima kad kuning padahal tolak sikit2 je , siot reff , tapi minit ke berapa ek aku tak ingat , memula Matyo kena gasak sampai terjatuh oleh permain thailand , tiba-tiba Fadhli pulak yang kena kad kuning sekaligus kena kad merah dan kena buang padang . Adoii , kesian dia , dia siap cakap "Apa salah aku?" . Farizal tak puas hati tanya reff tu kenapa , pastu dia siap kata F**k kat reff tuh , yelah , bukan salah Fadhli doe , pemain thailand tuh yang salah , dia siku bahu Fadhli , lepas tuh memang lah Fadhli marah . Ada pergaduhan mulut kecil antara dia dengan pemain thailand tu , tapi reff bodoh tuh yang bernama Lee Min Yu , besar besarkan hal tuh dan terus bagi kad kuning & merah kat Fadhli . Memang tak patut , tak puas hati gila . Semua orang kata Reff dah kena beli , berat sebelah .

Disebabkan tu , Malaysia cuma tinggal 10 pemain atas padang . Rentak permainan terus hilang . Tapi Malaysia pub ada 2 kali cubaan nak sumbat gol , tapi berjaya ditepis oleh penjaga gol Thailand . Sayang betul tak masuk , sebab memang dah cantik dah cubaan tuh . Malaysia kena gasak banyak kali , cubaan gol dari Thailand pun banyak , tapi Farizal banyak menyelamatkan gawang Malaysia . Gua memang respect gila kat Farizal sebab sanggup mempertaruhkan muka dia yang comeeel tuh untuk selamatkan bola dari melepasi gol . Pemain thailand main sepak sepak lagi walaupun bola tu dah ada kat tangan Farizal sampai kena muka dia, kesian dia , tapi disini gua nak cakap , "Farizal , you are man of the match" Tahniah bro . Cuma nasib tak menyebelahi Malaysia , 2 kali gawang Malaysia bocor . Dan Thailand menang dengan aggregate 3 , Malaysia 1 . Takde rezeki nak buat macam mana kan , dan kita sebagai penyokong Team Malaysia kena terus memberi semangat kat Pemain Harimau Malaya , diorang dah buat yang terbaik untuk sampai ke peringkat Semifinal . SELAMANYA HARIMAU MALAYA !! Gua tetap sokong lu orang dari belakang okayy .

Okay cukup pasal bola . haha

Lagi 3 hari gua akan mula Praktikal kat syarikat Propel , sebuah syarikat berkenaan Highway Maintenance . Fatnin akan tinggal kat rumah gua . Tak sabar tak sabar tak sabar . Cuma ada masalah sikit , tempat kerja gua tuh jauh gila dari rumah , 73KM . Woaaa , Baba pun cakap nanti banyak guan minyak , so dia suggest gua sewa rumah kat daerah Yong Peng tu , alohhh . Gua malas ah nak keluar dari rumah , kalau boleh gua nak duduk rumah je . Hmm , tapi nanti gua kena bincang lagi dengan Fatnin . Haaa , Harap harap everything gonna be just fine , takde masalah semua . InsyaAllah :)

Gua dah prepare baju untuk first dat praktikal nanti , nampak tak distu betapa excited-nya gua . haha .
Okay then ,
Bye :)

No comments:

Post a Comment