Saturday, December 08, 2012

ISTANBUL AKU DATANG

Assalamualaikum ,

ISTANBUL AKU DATANG .

Gua nak cerita pasal movie yang hangat sekarang , woot woot . Gua baru ada kesempatan nak tengok filem tuh semalam . Haa , kesian kan gua . haha . Macam semua orang tahu (okay tak semua tahu) pelakon dalam filem nih semuanya hebat hebat . Dan gua minat gila kat diorang diorang nih , haa . Diorang itu adalah Lisa Surihani , Tomok dan yang paling gua sukaaaaaaa Beto Kusyairy , arggghhhh *histeria kejap*

*Tarik nafas*
*Hembus*
*Tarik nafas*
*Hembus*



Okay dah boleh mula cerita , haha . Tu tu tu , Beto yang sebelah kiri tuh , awwww *cair* . Kisah “Istanbul Aku Datang” menceritakan tentang seorang gadis bernama Dian (Lisa Surihani) yang sanggup ke Istanbul demi mengejar cintanya yang dilakonkan oleh Tomok (Azad). Kedua mereka telah menjalin hubungan lebih 5 tahun tetapi terpaksa berpisah kerana Azad melanjutkan pengajian. Namun, kedatangannya ke Istanbul hanya menyebabkan diri lebih merana apabila rahsia Azad telah terbongkar. 


Disebalik kedatangannya ke Istanbul, perkenalan Dian bersama seorang pemuda bernama Harris (Beto Kusyairy) telah menyentuh hatinya. ‘Mimpi ngeri’ Dian bermula apabila dia ditipu ketika mencari rumah sewa dan tanpa diketahui, rumah yang sudah pun dibayar deposit selama 3 bulan itu sebenarnya sudah pun mempunyai seorang lagi penyewa iaitu Harris. Perkara ini menyebabkan dia terpaksa duduk serumah dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
Kalau nak tahu kesudahannya , korang kena tengok cerita nih okayyy . 
Pendapat gua mengenai cerita ini , BEST , SEDIH dan SWEET SANGAT ! Dian sanggup pergi Istanbul sorang sorang tapi at the end , dia kecewa . Gua sedih gila part Dian , Azad dengan Harris masa nak settlekan masalah tapi masalah bertambah pulak lepas tuh . At the same time Harris was being so sweet and caring . Dia macam faham je perasaan Dian masa tuh . I cried masa part tu . Lagi satu part yang buat gua nangis bila Dian nak balik Malaysia , Harris kejar dia kata jangan pergi , awwww . *nangis lagi* Lagi , wardrobe Lisa dalam filem nih semua comel comel , semua kena dengan dia . Cantik sangat :)
Korang memang wajib tengok filem nih !! 

*Gua jatuh cinta kat Beto Kusyairy , hmm . Tapi semua tu hanya angan angan gua je , haha . Tapi kan . gua memang suka semua lakonan Beto , semua menjadi .
Okay bye then :)

No comments:

Post a Comment