Saturday, December 22, 2012

JB

Assalamualaikum ,

Semalam gua pergi JB , ikut Encik Hafiz pergi site *lah sangat* . Encik Hafiz ni Penyelia bahagian Pavement . Gua sampai ofis pukul 8.15 macam biasa . Lepas tu pung pang pung pang , entah apa gua buat kat meja gua , pukul 9 lebih Encik Hafiz ajak gua keluar . Gua ingat nak ajak Fatnin sekali , tapi gua lupa dia ada meeting dengan Encik Arshad pulak pagi tu . Dah gua pergi sensorang dengan Encik Hafiz . Dalam kereta sumpah AWKWARD gilaaaaaa . Lepas tu dia yang mula interview itu ini lah . Haaa , dia siap bagi gua cadangan nak buat pasal apa untuk report final LI . Ahakz , thanks alot Encik Hafiz .

Memula gua pergi SDE , gua tak ingat nama panjang dia apa . HAHA , terbaik ! Tapi syarikat pasal highway jugak lah , pergi hantar Tender . Kejap je kat situ , lepas tu berkejar pulak ke Perling , nak hantar Work Permit kat LINKEDUA PLUS . Okay first time gua sampai sana , sebelum ni lalu sebelah je kalau kat highway . Huuu , untung gua LI dengan Propel nih :) Paling tak boleh blah masa kat situ lah baru nak lukis , isi data untuk Work Permit tu , adoiyai . HAHA , kelam kabut dalam kereta masa tu . Sampai kat PLUS tu pukul 12 , nak siapkan data tu pukul 12.45 baru siap , amik kau , lama tak . HAHA . Semalam kan hari Jumaat , orang pergi sembahyang jumaat , masa nak hantar kat ofis tu dah takde orang . Haihhh , so encik Hafiz pergi sembahyang Jumaat dulu .

Masa kat masjid tu , gua dah nak terkencing sangat . Gila , gua dah serabut nak kencing kat mana ni . Takde Shell Petronas pun kat area masjid tu . Memang tak lah kan gua nak masuk dalam masjid tu ramai lelaki . So , gua pun matikan enjin kereta , keluar , pergi cari tandas kat kedai makan dekat dekat situ . Dan dan pulak diorang takde tandas , tapi nasib baik Car Wash sebelah tu ada tandas . Gua tumpang lah tandas diorang . Ah lega . hahaha . Haa oh ye , nak tahu tak gua buat apa sepanjang gua tunggu Encik Hafiz habis sembahyang Jumaat ?

TADAAAAAA ~

Serius boring gilaaaa , hahaha . Siap ada duckface macam Nur Feetri . HAHAHA . Kau hado ? Kiri kanan gua penuh dengan kereta . Dalam pukul 2 , Kaum Adam siap sembahyang jumaat . Gua memang suka tengok orang lelaki keluar masjid lepas sembahyang , macam ada Nur je kat muka diorang , awwww . Sebab diorang dah menunaikan tanggungjawab diorang . Lelaki macam ni lah yang layak jadi suami , tak lupa tanggungjawab . Okay cukup . HAHAHA . Over pulak gua . 

Pastu Encik Hafiz tanya gua nak makan kat mana . Gua cakap je lah gua tak kisah . Last last makan kat Pizza je . Orite Encik , haha . Paling tak boleh blah dia siap tanya gua , yang gua ni perut plastik ke perut stokin . HAHAHA . Nak jawab pun serba salah , sebab gua nih bukan perut plastik atau stokin , tapi perut tong . hahahaha , sebab tu serba salah nak jawab . Konon konon malu kucing nak jawab apa *tampar muka* Kat pizza tu takde customer kotttttt . Bukan takde langsung lah , ada lah dalam 2 3 meja je yang open . Tapi pizza tu besar , woaaa . First time gua sampai sana . Masa nak order pun konon konon malu kucing *tampar muka lagi sekali* Gua order Meatball Bolongnese , sedap ooo . 

Dah separuh baru nak amik tunjuk , haha .

Haaa , ni lah Encik Hafiz :)

Dah kenyang melantak , kitorang pun gerak semula ke ofis PLUS nak hantar Work Permit tadi . Dah settle semua , gerak ke Kuari kat Sedenak pulak . Gua ingat boleh lah gua turun ke site tengok kawasan Kuari tu , tapi gua kena duduk dalam kereta je , oh sedih medih . Takpe ah , lain kali je lah . Lagipun boleh gua pergi dengan Fatnin nanti , sensorang tak best , tak tau nak tanya apa nanti . Kuari tu lah tempat last gua melawat . Kira satu hari semalam macam lawatan sambil belajar gua lah . haha . Gua dah penat mengantuk sebab kenyang sangat makan . haha . Dalam kereta masa ontheway balik tu gua tahan nak tidur je , Encik Hafiz pun perasan , oh malunyaaa --' 

Dalam pukul 5 lebih gua sampai ofis kat Yong Peng . Letihnya , tunggu punya tunggu sampai pukul 5.30 petang , pastu punch out . Yeahhh . Semalam petang kan hujan , gua tak boleh lah drive laju laju . Sampai rumah pukul 7 , mandi semua siap siap , malam semalam gua tidur awal . Heee . 

Okay then , sampai sini dulu . 
Bye :)



No comments:

Post a Comment