Thursday, December 12, 2013

Bila aku sunyi mula lah drama slot azalea.

Aku sensorang kat rumah ni. Sambil online tetiba rasa macam nak update blog sebab dah bersarang tikus, semut, ular, labah-labah, ayam, ehhh. Okay.

Aku rasa aku mungkin update blog bila aku rasa takde siapa ada masa untuk aku. Bermaksud aku tengah sunyi. Yes, I know Allah always there for me, tapi yang aku maksudkan adalah kawan. Aku ni macam ada banyak sangat pulak masalah pasal kawan. Mesti lah bila kita ada masalah sikit kita nak share dengan kawan yang kita rapat. Kawan yang kita ingat "ohh dia lah BFF aku". Sebenarnya dalam dunia ni aku rasa takde istilah "besh fwen forevah" pun. Susah nak ada kawan suka duka. Kalau ada pun 1 dalam 100 juta kot.

Aku berkawan dengan seseorang tu serius ni serius ikhlas. Hati pun, bukan mulut je cakap. Aku berbaik, rapat dengan dia, selalu ada untuk dia (tak tipu okay) bila dia sedih, nangis semua dengan harapan dia akan buat benda yang sama untuk aku bila ada dalam situasi yang sama. Bukan maksud aku ikhlas tapi nak balasan. Tapi sebagai kawan, kau mesti tahu tanggungjawab kau kan. Faham tak faham tak? Hmm.

Ohhh how I miss the old Farah. The old "heartless" Farah. The one who doesn't care about anything when the whole school hate her. When she doesn't have any friend.  okay then, till next time.

Tuesday, September 03, 2013

Another quick update.

Assalamualaikum,

Sayang I know you reading this post. STALKER!
hahahahaha.

So today iiiolllss nak membebel pasal ape? Entah. Saje nak menaip menaip menaip menaip.

okay.

Aku ni bukan jenis cepat terasa hati dengan kawan yang aku dah anggap macam adik beradik sendiri tapi semalam aku tak tahu kenapa terasa sangat dan timbul rasa nak sepak terajang dia. Omgeeee, kekonon ganas lah iiiollss ni. luls. Tapi tahan marah sampai menangis. HAHA. Alaaa sebenarnya boleh je tahan nangis tapi bila tengok muka sayang terus, haihhhh, tak boleh betul. Manja sangat. hahaha.

Tapi lantak lah dengan "KAWAN" aku yang tu, aku malas nak kisah pasal dia. Kalau dia rasa nak bercakap dengan aku, up to her lah. Okayyy, apesal bunyi ayat macam ayat budak sekolah je? haaa --'

Semalam jugak pergi makan dengan sayang. WALAUPUN aku dah cakap tanak makan sebab perut dah masuk angin, sayang PAKSA jugak. Sayang order Mihun Sup my fav, tapi tak habis. Satu, sebab banyak sangat sayur. Dua, sebab mi dia keras. HAHA. Bazir tau tak sayang oii. Lepas makan pergi rumah sayang kejap. Katanya nak amik Akak, tapi jadi lama pulak kat situ. Segan je --'

Pukul 10.30 sayang pergi futsal, teman sayang. Serius dah penat & mengantuk sangat. Dalam pukul 12 malam baru sampai rumah. Borak kejap dengan Izni, pastu kroh kroh krohhh~



Friday, August 23, 2013

Another random boring entry.

Assalamualaikum,

Baru nak update blog. Sila tampar diri sendiri laju-laju. Ni pun curik update guna lappy sayang. Tak sempat nak online pastu tak rajin nak menaip kat lappy. Banyak tulis kat diari je. Haaaa. Okayyyy, aku nak menbebel pasal sejak masuk semester 5 kat Polisas ni. Sem ni macam kusut gilaaaaa sebab banyak assignment, presentation, report bagai. Pastu kerja group pun kena buat sorang. Rasa macam ada batu atas kepala.

Semalam keluar dengan sayang pastu menangis sebab stress dengan semua kerja. Tadi presentation English, memula okay je, bila masuk slide 'Finding' je Madam terus angkat tangan kata " Next group". BOHHHH! redo je lah. sebab memang silap aku tak check slide tu betul-betul sebelum present (T.T). Alaaaa slide tu pun buat sorang padahal kerja group. Geram dengan budak group yang jenis lepas tangan, nak tampar tampar je rasa.

Oh yaaaaa, next week aku pergi Perak. YEAHHHH! Pergi Politeknik Ungku Omar kat Ipoh sebab ada pertandingan "Build and Break" Ommgeeeee, excited gilaa doe, first time jejak kaki kat Perak. Okay I know it sound like a loser, umur dah 20 tapi baru first time jejak Perak. HAHA,
Anyway, wish me luck guys ;)

Bye,
nak sambung buat proposal final project.

Monday, August 05, 2013

Quick update

Okayyyyy this is just a quick update from my phone to let you guys know that I'm still alive. Alhamdulillah.

Sorry for not posting any entry for the past two month. Busy with my studies. Haihhhh.

So, I'll update later okay.
Love,
AdyFarah

Tuesday, June 18, 2013

The moment when I realised I'm afraid to lose him. Tadi masa whatsapp dengan dia, aku ada tersalah cakap. Menyesal, pastu nangis. Bodoh.

Bila dia kata tak terasa, tak amik hati, bergenang air mata, terus menangis. Aku kenal kau 4 tahun, aku takut hilang kau. Ye, kita kawan je. Tapi aku takut. Kau cakap kau takkan pergi mana-mana kan. Janji dengan aku.

Aku yang sentiasa dengan kau, sayang kau,
Ady






Monday, June 10, 2013

Ppffffttttt!

The truth is I'M STILL NOT OVER HIM. Haihhhhh,*tampar muka manja-manja* Goshhh, why is it soooooooo hard to forget him.

Hari tu gua dapat tau awek dia dapat sambung belajar, dan awek dia mula lah buat perangai, alaaaa biasa lah budak lepasan SPM tetiba mintak clash lahh dengan pakwe. pppffttt. (aku pernah buat jugak, LOL). Awek dia mula jauhkan diri dari dia. And I was like, "How dare you did that!!" Kalau tak suka, tak sayang cakap je lah. Cuma jangan sakitkan dia, patahkan hati dia. Pastu mamat yang aku suka tu post kat twitter ayat-ayat sesedih, alololololo, kalau lah aku boleh tenangkan dia. Mamat tu pun bongok, tak nampak awek dia tu dah tak suka kat dia. Come ahhh bro, just move on, pastu kapel dengan aku pulak okay? HAHAHA. stupid, he will never look at you lah.

Jangan patahkan hati dia, tu je.
Dia sedih, aku menangis.

Friday, June 07, 2013

Random Post Tengahari Buta ~

Assalamualaikum.


Cuti sem dah nak habis, yeahhhh! Tapi yuran tak bayar lagi *sigh* takde orang nak sponsor gua ke? plissss ~ Kalau lah gua dah kahwin sekarang ni, dah lama gua duk hulur tangan kat laki mintak duit nak bayar yuran. HAHAHAHA, tak pasal kena pelempang free dari laki gua. Naik sem baru 21hb Jun ni, tak lama dah kannnnnn?

Oh ya, baru untuk wedding Azra dah siap, excited nak pakai 15hb nanti.Tapi gua tak jumpa kasut yang matching. Acano ni? Selalu gi usha kasut dengan Fatnin --' Ahhhhh, nak kasut jugakkkkk *guling-guling kat lantai* Relax Ady.

I've been whatsapp-ing with this guy from my previous school. And I almost fall for him, haaa, how stupid. Chill Ady, lu kuat kan, takkan baru layan baik sikit dah jatuh hati. HAHAHA. Ingat matlamat yang lu.


Lu tak boleh jatuh cinta dan hanya boleh kahwin bila;

1. Dah genggam segulung masters.
2. Dah beli kereta dan rumah.


Tak habis-habis lah si pembina tembok tegar ni. ppppfffftttt~~

*NEXT*

Tadi, gua nak pergi cucuk duit kat ATM 7E area taman rumah gua, pastu masuk je 7e tu, amik kau, bangla penuh duk depan mesin tu keluarkan duit, baru gua teringat, hari ni 7hb, gaji masuk. Memula tu gua tunggu lah, ingat kejap je, tapi rupanya dia main tolong-tolong cucuk duit untuk kawan dia, tensen nyahhh! Last-last gua blah je dari 7e tu, annoyed. Time orang nak cepat time tu lah nak keluar duit reramai.

Okay then, byeeee.
Otak tak dapat nak mencerna dengan baik tengahari update blog. hahahaha.


ps: Maria Elena dah preggy, Irine Nadia dah selamat lahirkan bebygirl semalam. Vivy tak lama lagi. hikhik. Gua? lambat lagi, perut buncit dengan tahi ada lah. hahaha.







Tuesday, May 28, 2013








BINA TEMBOK TINGGI DALAM HATI.





Biar takde orang boleh panjat.

Monday, May 27, 2013

Sekuat mana pun aku cuba menolak, sekuat tu jugak lah dia datang menduga. Dan aku benci perasaan tu. Tolong lah pergi, jangan ganggu aku. Setiap kali aku rasa perasaan tu datang, hati jadi sakit sampai rasa nak menangis sepuasnya, sebab aku tak boleh nak nafikan perasaan tu. Sakit.

Ya, semua orang tak pernah lari dari perasaan cinta. Tapi sebab aku dah serik, aku tak nak dah ada perasaan cinta dalam hati.

*nangis*

Saturday, May 25, 2013

Sambungan dari semalam.

Cuba mengelak daripada orang yang nak berkawan dengan gua tak bagus sebenarnya, tapi gua tak boleh nak terima siapa-siapa masalahnya. Mesti lu orang tertanya-tanya hebat sangat ke mamat tu. Well, dia biasa je, takde apa-apa yang istimewa pun. Gua tak tahu apa yang buat gua suka sangat kat dia. Bila gua tengok dia senyum, pehhhhh! Tuhan je tahu perasaan gua macam mana. 

Hari tu, masa gua balik Kuantan, nak selesaikan hal Latihan Industri gua, gua berharap sangat nampak dia, walaupun sekejap. Allah makbulkan doa gua. Gua nampak dia, tapi gua tak pasti dia nampak gua ke tak. Gua nak nangis masa tu, tapi tahan sebab ada kawan-kawan depan mata. Dia macam biasa, gua tahu sangat dia suka pakai baju apa. Feveret sangat. 

So, semalam gua lama gila fikir kat bilik, atas katil, golek-golek dalam selimut. Gua taknak fikir pasal dia dah. Keputusan yang sangat besar (lah kononnya). Sebelum ni gua dah cuba, gua try obses dengan orang lain, memula tu jadi. Abang Syed lah, Zul Fahmi (yang main Moto3/MotoGP) tu. HAHHAHAHA. Over tak sampai Zul Fahmi gua obses, gambar dia banyak dalam henpon. Pathetic, again.



BIGGGGGGG STEEEEEEP!
MOVE ON Ady, dia dah happy. 



Tapi, kalau gua dah move on pun, gua tak bukak hati ni untuk siapa-siapa.
Bye.

Heart Attack - Demi Lovato


video


Heart AttackPuttin’ my defenses up‘Cause I don’t wanna fall in loveIf I ever did thatI think I’d have a heart attack
Never put my love out on the lineNever said yes to the right guyNever had trouble getting what I wantBut when it comes to you, I’m never good enoughWhen I don’t careI can play ‘em like a Ken dollWon’t wash my hairThen make ‘em bounce like a basketball
But you make me wanna act like a girlPaint my nails and wear high heelsYes you, make me so nervousThen I just can’t hold your hand
You make me glow, but I cover upWon’t let it show, so I’mPuttin’ my defenses up‘Cause I don’t wanna fall in loveIf I ever did thatI think I’d have a heart attack (x3)
Never break a sweat for the other guysWhen you come around, I get paralyzedAnd every time I try to be myself[ From: http://www.metrolyrics.com/heart-attack-lyrics-demi-lovato.html ]It comes out wrong like a cry for helpIt’s just not fairPain’s more trouble than love is worthI gasp for airIt feels so good, but you know it hurts
But you make me wanna act like a girlPaint my nails and wear perfumeFor you, make me so nervousThen I just can’t hold your hand
You make me glow, but I cover upWon’t let it show, so I’mPuttin’ my defenses up‘Cause I don’t wanna fall in loveIf I ever did thatI think I’d have a heart attack (x3)
The feelings got lost in my lungsThey’re burning, I’d rather be numbAnd there’s no one else to blameSo scared I’ll take off and runI’m flying too close to the sunAnd I’ll burst into flames
You make me glow, but I cover upWon’t let it show, so I’mPuttin’ my defenses up‘Cause I don’t wanna fall in loveIf I ever did thatI think I’d have a heart attack (x5)

Stupid little heart.

Assalamualaikum.

Hahahaha, gua tau blog ni dah berhabuk bersawang semua. Ada lagi ke yang nak baca blog ni. Maaf maaf.

Kalau siapa yang follow facebook gua mesti annoying bila gua post-post macam tu. Bukannya apa, gua tengah menahan kesedihan melampau bila gua nampak orang yang gua suka tengah bahagia dengan makwe dia. Gua tau dia memang ada makwe, tapi gua suka gila yang amat kat dia. Takde orang faham perasaan gua ni kat dia macam mana. Dia tak tahu pun gua suka dia, gua dah suka dia lama sangat, gua taknak kalau gua cakap kat dia, yang gua suka kat dia, nanti akan rosakkan friendship kitorang. hmm, walaupun gua rasa macam dah rosak sikit, sebab dia ada makwe, dia kurang bercakap dengan gua dah.

Ada satu hari tu, gua nampak gambar dia dengan makwe dia kat facebook, Ya Allah, tiba-tiba air mata mengalir, hati rasa sakit sangat. Entah lah, sakit kan bila kita suka kat orang yang tak kisah pun pasal kita. Damnnn, it hurt. Like A LOT! ommmgeeee, pathetic nya gua. *tutup muka* HAHA.

Bukannya gua tak reti move on lah doee. Celaka betul perasaan ni.

Kawan-kawan yang kenal gua mesti pening dengan gua kan, tak reti nak lepaskan hak orang lain. Let him be lah Ady, he's happy with his gf. Bodoh, otak suruh buat lain, hati degil tanak ikut. Sebab dia lah, gua tak reti nak bukak hati sendiri untuk orang lain. Siapa lah yang mampu buat gua lupa kat mamat bodoh yang gua suka gila babi ni. *habis kena samak jap lagi* Mamat bodoh pun, aku suka kat dia. haha.


Oh ya, Namee dah preggy, I'm happy for her and her hubby. Mesti baby dia comeeeeel sangat sebab dua-dua comel. Vivy pun tak lama lagi nak due. Gua pulak yang eksited. Yuyu Zulaikha gua tak tahu bila dia nak kawin, i'm waiting here for the good news Kak Yuyu :)

Okay then,
bye.
Thanks :)

Saturday, May 04, 2013

Tamatlah Latihan Industri kat Propel.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah gua dah habis Latihan Industri gua kat PROPEL Southern Region Office. Perasaan nak digambarkan tu gembira ada, sedih ada, sebak ada, cuak ada, semua lah, perasaan bercampur-campur. Tapi paling cuak ah sebab nanti nak kena hantar report ke Poli semula, lecturer nak check. Ayoyoyoy, report pun ada 10% lagi tak siap. Gua kena balik poli rabu ni, 8haribulan Mei. Tapi sebab lambat beli tiket, gua tak tahu nak balik macam mana, tiket dah habis.

Okay, hidup 6 bulan dalam Propel rasa lama, tapi bila nak habis tu rasa macam kejap je. Gua jadi sebak nak tinggalkan ofis tu, sebab nanti gua rindu kat semua staff. Semalam gua siap mimpi lagi pasal Propel, rindu sangat lah tu. HAHA. Masa last day tu, diorang buat surprise farewell party, alolololo, nak nangis rasa. Sedih weyyyy. Pastu ramai yang takde, sebab memasing balik awal, ahad ni nak mengundi, so hari jumaat tu tak ramai ah kat ofis. Staff bahagian Pavement ramai gak yang takde, sedih wey. Yang ada cuma Cik Apis, Cik Lan, Cik Wan dengan Cik Zam je. Cik Isma takde.

Gua akan paling rindu kat Cik Apis ah, sebab dia lah penyelia gua yang paling sporting, paling baik. Gua dengan Fatnin duduk kat site dengan dia, berpanas, berhujan. Walaupun seminggu je, tapi banyak pengalaman yang gua dapat. Sampai mati gua ingat semua pengalaman duduk kat site buat jalan kat highway. Okay, tanak cite dah pasal propel dah sebab nanti gua nangis. HAHAHA. Oh ya, gua akan rindu jugak dekat Ah Heng, sub-kontraktor yang paling comeeel dan paling rajin kerja. Kalau lah Ah Heng tau aku suka dia. hahaha.

Nak cerita pasal personal life boleh? Sebab takut lu orang geli baca, haha. Alaaam tanak cerita benda pun, cuma nak cerita yang gua ni tak boleh bawak kereta kalau dalam keadaan marah. Gua akan tekan minyak banyak, tukar gear ganas sampai macam nak tercabut batang gear tu. So, jangan cakap sesuatu yang boleh buat gua marah masa tengah drive, lu yang naik kereta dengan gua nanti yang takut tengok gua bawak kereta. Haaaaa,

Sunday, April 28, 2013



Arghhhhh, dah lama tak menulis, otak gua dah beku.

Hmmm, paling susah bila melibatkan soal hati dan perasaan kan? Gua takde niat pun nak bagi harapan kat sesiapa. Gua perlukan lebih masa, ruang untuk gua berfikir. Gua mintak maaf, gua takde niat nak buat lu terbayang gua siang malam.




To whoever reading this right now, thank you for still supporting me.

Monday, April 15, 2013








mata aku sakit bila melihat kau tenung si dia,
telinga aku sakit bila terdengar kau bersayang-sayang dengan si dia,
mulut aku sakit bila mengatakan semoga kau bahagia dengan si dia,
kaki aku sakit bila nak melangkah pergi dari kau,
Hati aku sakit bila terkenang semua kenangan kita.







Thursday, April 11, 2013

Assalamualaikum,

Semalam keluar dengan Aja, pastu Aja tanya,
"Kalau kau ditakdirkan jadi seorang ibu sekarang ni, kau rasa kau dah bersedia?"

Gua jawab,
"Kalau dari segi fizikal aku rasa memang aku dah sedia, tapi dari segi emosi tak sedia lagi rasanya"

Yuppp, gua rasa memang macam tu, kalau setakat pegang-pegang baby, cuci tahi dia, mandikan dia, bagi makan kat dia, gua dah sedia lah. Tapi bab emosi ni gua tak boleh control lagi. Gua cepat naik angin bila ada budak kecik menangis pasal hal kecik je, macam tak dapat ais krim ke mainan yang dia nak ke. Hal macam tu gua kena banyak improve lagi. Tapi Aja kata mungkin sebab bukan kita yang mengandungkan dia, lahirkan dia, sebab tu kita tak rasa ikatan seorang anak dan ibu tu macam mana.

Lambat lagi aku dapat merasa ikatan macam tu. Haaa, takde calon lagi.

Monday, April 01, 2013










Apesal aku banyak mengarut dalam blog ni. last week punya entry apesal macam geli geli doe? HAHAHA.

Sunday, March 31, 2013


Kau gay.
Kau lesbian.
Kau metroseksual.
Aku straight.

Tapi aku tak kisah kalau kau gay, lesbian, metroseksual atau apa-apa saja lah.
Asalkan kau setia teman aku.

Dating dengan Abang.

Assalamualaikum,

*menaip sambil minum teh*

Sehari sebelum masuk kerja esok, gua merajinkan diri buat entri ni. Takde benda sangat nak cerita, cuma nak cakap pasal keluar semalam dengan abang. Gua ni jarang dapat jumpa abang, sebab abang belajar kat KL, aku kat Kuantan, pastu sekarang ni kan praktikal kat Yong Peng, hujung minggu je balik rumah. Hujung minggu pun abang bukannya balik selalu pun. Walaupun gua jarang jumpa abang, tapi gua rapat jugak dengan dia berbanding dengan kakak.

Semalam gua malas nak keluar bandar sebenarnya. Tapi bila abang mintak tolong, gua tak boleh nak kata tak sebab dia ABANG kannn. Pukul 2 keluar rumah. Jalan jammed. Urghhh, benda paling gua benci. Kat Muar ni dah lah jalan sempit, lepas tu driver lain ikut suka hati je nak parking. Pehhh, gua dah fobia nak rapat dengan kereta sejak terlanggar kereta orang hari tu. Fuuu, pusing berapa kali kat bandar tu semata-mata nak cari parking. Tapi nasib ada parking kat belakang bangunan bank. Pergi beli kupon parking, lepas tu terus pergi Wetex.

The Store kat wetex tengah buat sale, alang-alang pergi cuci mata dengan abang, tengok baju yang dia berkenan. Tapi takde, lepas tu beli boxer je. hahahah, apa lah wey. Gua belikan untuk Akmal sekali. Serius awkward gila bila ada kat bahagian gents, lepas tu beli BOXER pulak (balik rumah bagi Akmal boxer dia, tapi tak muat). HAHAHA. Done with the boxer, gua ajak abang naik tingkat atas. Tingkat atas bahagian mainan. hehehe (Alaaa, gua ni umur je dah 20, tapi jiwa budak lagi). Naik dengan harapan dapat sambar satu teddy bear, sebab Mama kata masa dia pergi hari jumaat rak teddy bear dah kosong, alaaaaaa. Sampai tingkat atas, hampa. Memang dah kosong. So, abang pergi beli testpad untuk dia guna kat kelas. Sementara abang beratur nak bayar, gua pusing-pusing kat area mainan. HEHEHE, tak puas hati lagi tuu. Lama weyyy tunggu abang siap bayar, que panjangggggg ~

Dah siap segala hal kat wetex masa nak keluar tu, Abang tetiba nak coolblog. Alaah mengada. hahaha. Dah naik balik tingkat 2 beli coolblog. Lepas tu, abang nak pergi amik seluar dia kat kedai, dia hantar auter jeans dia. Abang tanya, nak minum dulu ke, minum dalam kereta nanti. Gua cakap, pergi amik seluar dulu, pastu nanti baru minum. Abang macam tak setuju je dengan pendapat gua, dia takut cair coolblog tu. Masa kat kedai jahit tu, abang tanya, okay tak seluar dia. Gua krik krik krik. I really don't know what to comment. HAHA, dah amik seluar tu, terus balik ke kereta. keluarkan coolblog dari plastik, tudiaaa, cair. hahahaha. Abang cakap "Kan dah cair" hahaha, lawak seyh. Gua lantak je, cair tak cair, minum. Minum sambil drive sampai rumah.

The End.
Love you Abang. HAHA,




Saturday, March 30, 2013

That Feeling.

Hari ni malas nak taip gua lu. Guna aku kau je.

Aku baru je lepas tengok movie "What You Expect When You Are Expecting". Awww, tiba-tiba rasa nak jadi ibu tu, hmm. Macam mana nak cakap. I want to feel the feeling of growing a baby inside my womb. Tapi ada part yang aku sedih bila Rosie gugur, sedihnya. 

Haihhh, sabar Ady, sabar.

Bukannya aku gatal nak kawin ke apa. Tapi tipu lah kalau korang yang perempuan tu tak rasa something bila tengok perempuan lain mengandung. Look at their happy faces, macam bahagia sangat rasa tu. 

So, I just have to wait for another 7 or 8 years for that. InsyaAllah, kalau Allah izinkan :")

Friday, March 29, 2013

Merapu meraban.

Assalamualaikum and Good Morning uolllss.

Hahaha, sejak bila gua main uollss uollss ni. Bhahaha. Anyway, aritu gua balik kerja, tetiba rasa macam nak tulis diari semula, dah berabad rasanya tak tulis diari. Bila gua bukak buku diari gua tu, tahun ni gua baru 2 kali gua tulis diari. Bulan 1 dengan bulan 3 je. Dua hari je, tak boleh belah. Lepas tulis tu, gua baca apa yang gua tulis lepas-lepas dan gua rasa macam banyak sangat pulak nama si Ifwat. Haaaa, alaaa biasa lah, zaman cinta monyet, zaman adik abang angkat, zaman gaduh dengan kawan, semua ada dalam diari. The most precious book in my life. Gua start tulis diari ni sejak gua umur 15 tahun rasanya. Tapi diari tu ada yang hilang atau gua dah buang. Kat rumah cuma tinggal diari masa gua Form 4 dengan Form 5 je.

Gua tulis semua yang jadi, luahan perasaan gua dalam diari tu. Yela sebab gua ni jenis tak suka bercerita kat orang masalah gua, gua cerita kat diari je, sebab dia je yang faham. HAHAHA. Gua boleh tulis apa je yang gua nak. Kalau kat blog ni masih kena tapis, sebab public kan. Tapi blog ni kira public diari gua. Gua masih bercerita kat sini cuma tak banyak berbanding dengan kat buku diari.

Okay cukup pasal diari.

Pasal Vivy pulak. Blogger yang gua paling suka masa ni. Dia selalu update blog dia walaupun dia dah kahwin. Sebelum dia kawin pun dia rajin update, at least satu post sehari kan. Dia tak buat pembaca dia (macam gua) tertunggu-tunggu post baru. Sebab mostly blogger lain yang dah kawin tak update blog. Dena Bahrin  tak update, gua sedih. Bila dia nak buat post baru pasal baby dia yang baru lahir tu. Kehidupan harian dia sebagai seorang isteri dan ibu. Haihh, so saad lah. Kak Dena pelisss ea. Heee, sejak akhir-akhir ni gua memang suka baca blog pasal married life, macam seronok. Haa, tak sabar nak kawin lettew. bueeekekk, muntah hijau. HAHAHA, pakwe pun takde nak kawin, puiii.

Tak boleh kawin selagi aku tak capai cita-cita aku. Ada rumah sendiri, ada kereta sendiri, ada masters. Tapi maybe masters tu boleh tangguh kejap (kot). hahaha. Helooo, i have my own dream jugak, bukan nak kawin  suka-suka je, kena ada masa depan jugak. kannnn gegurl semua kannn? hahaha

Awww, I'm sorry kalau uolllss rasa iolllss ni annoying dengan post ni. BHAHAHA. iollss memang macam ni, suka buat uollss annoy dengan iollss. buueekk :p

Okay then,
bye.
Thank you for reading :)


Tuesday, March 26, 2013

That Moment.

Assalamualaikum.

Hari sabtu lepas gua pergi lawat kawan gua eksiden kat Seremban. Kesian jugak lah gua tengok dia, tulang peha patah, lepas tu besi, tau tak besi? Besi tu doktor masukkan dalam tulang. Pehhh, can you imagine that? Gua tengok dia macam tu pun, gua pun terasa sakit :(

Anyway doakan kawan gua tu cepat sembuh, boleh jalan macam biasa. Aminnn :)
 Kebetulan. gua pergi tengok kawan gua tu sekali dengan awek dia, gua amik awek dia kat Melaka. Dalam pukul 4.30 petang keluar dari tol Ayer Keroh. Sampai tol Port Dickson pukul 5.30. Sejam je. Laju gua bawak, lantak ah hujan, redah je 120km/j. HAHAHA,

Sampai Hospital Tunku Jaafar, naik ward Mamat. Lepas tu, gua bro shake dengan dia, tak sampai hati nak kuat-kuat. Orang sakit kan. haaa. Sebenarnya gua bukan nak cerita sangat pasal kat hospital tu, gua pun dah tak berapa ingat. Gua nak cerita pasal, momen awek Mamat salam dia. Hati gua tiba-tiba macam tersentak. Ya Allah, cemburunya gua tengok diorang sweet. Baru gua sedar masa tu, betapa kosongnya hati dengan jiwa gua. KOSONG.

Memang fitrah manusia untuk jatuh cinta, tapi gua takde orang untuk dicintai. Orang yang gua suka, memang bukan tercipta untuk gua. Tapi untuk orang lain. Tapi gua tunggu. Sampai bila-bila gua tunggu.


Sunday, March 17, 2013

Happy Birthday Siti Hajar.

Gua tak wish Aja guna mesej atau call, sebab gua takut Aja tuntut gambar dia. HAHAHAHAHA, gua asyik tak sempat je. Sorry Aja.

So, gua buat entri ni untuk Aja.

SELAMAT HARI JADI YANG KEDUA PULUH TAHUN. SEMOGA SENTIASA DALAM KEBERKATAN ALLAH S.W.T DAN BERJAYA DALAM HIDUP.

Ohhh, tipikal birthday wish tiap tahun. hahaha. Semoga umur dah 20 tahun ni semakin perempuan. Awwww, so suwik kalau Aja pakai peplum, pashmina lilit-lilit macam Faten. Sooo comeeeeel :3

Gambar curik dari fb, woot woot.
 

MUAHHHHHH :*

Much Love From,
Ady WG.

Saturday, March 16, 2013

Whatsapp Dengan Farid.

Assalamualaikum,

Setiap pagi kalau gua rajin, gua akan whatsapp Farid "Good Morning". Dan dia memang lah akan reply, berani dia tak reply whatsapp gua, gua debik satgi kang. HAHA.  Mula-mula borak pasal kelas atau apa-apa je lah. Tapi bila sampai satu tahap, gua akan mula tanya dia pasal Abang Syed gua (Padahal mamat tu sebaya gua je, saje manja-manja panggil Abang Syed, hahahaha). Si Farid ni pun melayan je gua.

Lupa nak kenalkan. Farid ni kawan gua kat poli, kawan gossip-gossip tiap kali bertembung lepas habis kelas. hahahaha. Farid ni budak "Architecture", whoaaaa, bunyi macam hebat kan? hahaha. Sebaya gua jugak. Dia pun sama gila macam gua tiap kali bercakap pasal Abang Syed. Oh ya, kebetulan Abang Syed ni sekelas dengan Farid. Dia selalu gak berkepit dengan Abang Syed. Advantage untuk gua. HAHAHA,

Abang Syed ni crush gua sejak gua dari Sem 1 lagi sampai lah Sem 4 ni. Tapi gua tak harap apa-apa pun dari dia. Saje suka-suka. Tapi tiap kali gua nampak dia kat poli dulu, jadi histeria kejap. HAHAHA,

Semalam gua whatsapp dia.

Gua: *hantar gambar muka sengal*
Farid: hahahaha, kau memang, suka hantar gambar macam tu.
Gua: Alaaaa, buat apa nak hantar gambar comel-comel, kalau ada orang yang nak ngorat takpe gak. hahaha.
Farid: Hahaha, senget. Aku bagi Abang Syed tengok kang baru tahu.
Gua: Bagi je lah, takde lah aku sorok perangai gila aku kat dia.
Farid: hahahaha, kau memang, kalau sebut pasal Abang Syed memang nombor satu.
Gua: Awwww, crush dari sem 1 lagi, meme ah. hahaha.
Farid: Bengong. kau usha dia dari dulu lagikan. hahaha
Gua: Usha je, tapi tak dapat. hahaha, orang hensem lah katakan, memang tak ah nak layan aku yang gila ni.
Farid: hahahah, takde maknanya. Dia tu high taste kot, hmm, aku pun tak tahu, pelik aku. Orang cantik macam kau pun dia tak layan. Memang high taste gila babeng lah kan.
*Farid kata gua cantik, HAHAHAHAHAHA*
Gua: Tengok dia dress up, gaya dia, memang high taste. Aku cantik? Macam makcik-makcik je, hahaha.
Farid: Cantik lah weyh
Gua: Alolololo, nak mintak aku belanje ke ape ni? hahahahahaha.
Farid: Hahahahaha, Kenny Rogers eh sem depan.
Gua: Hahahahah, InsyaAllah. Aku belanja, kau bayar.
 *Farid masa ni dalam kelas. Kelas baru mula. Gua kacau dia*
Gua: Dah dah, pergi fokus sana. Nanti kalau jumpa Abang Syed aku kirim salam, cakap jangan high taste sangat. hahahaha.
Farid: hahaha, mengong. Dia ada kat sebelah aku ni.
Gua: Ye dok kau ni? hahaha.
Farid: Yelah.
Gua: Hai Abang Syed *lambai-lambai* hahaha. Tapi dia buat apa kat poli doe?
Farid: Siapa?
Gua: Abang Syed aku lah.
Farid: Lohhh, dia kan tak lepas LI jugak. Kau tak tahu ke?
Gua: Tak, kesiannya aku. hahaha
Farid: Dia teman aku lah.
*Farid pun tak lepas LI*
Gua: Ececeh, konon-konon suwik lah main teman-teman ni. hahahaha.
Farid: hahahaha, suwikkk lahh.
Gua: Weyy, snap sikit muka abang syed aku arini. hahahaha
Farid: hahaha, tak leh nak snap curi-curi lah --'
Gua: hahaha, apesal? dia marah ke?
Farid: hahaha, dia kan paling susah nak dia ajak bergambar.
Gua: Ohhh, muka mahal. Okay faham. hahaha.
Farid: Mahal ke? hahaha
Gua: Pemalu lah kononnya.
Farid: Hahaha, dia duduk sebelah aku. mengata tak sudah.
Gua: hahaha, sorry Abang Syed, pagi-pagi dah buat dosa.
Farid: Hahaha. kalau dia nak baca whatsapp aku dengan kau ni lepas sangat, jeling sikit je, terus nampak.
Gua: Tunjuk terus, takyah jeling-jeling. hahahaha.
Farid: Ehh, dia jawab salam kau!!
Gua: HAHAHAHAHA, dia tahu ke kau whatsapp dengan aku.
Farid: Tahu lah kot. Sebab aku cakap "Syed, Farah kirim salam".
Gua: Ohh, eh, lecturer dah masuk belum?
Farid: Dah, kat depan tu ha.
Gua: Dah dah fokus.
Farid: Malas lah.
Gua: Kelas apa tu?
Farid: English.
Gua: Ohh, patut lah. takpe-takpe, layankan je aku whatsapp, kelas English je kotttt. hahahaha
Farid: hahhaha, senget.
Gua: Hahahaha, jahatnya aku menghasut jangan belajar. Wey, aku nak cashp, betri dah king kong dah ni.
Farid: Hahahaha, beres beres :)
Gua: Byeeeee :* (flying kiss) nahh,  bagi Abang Syed sekali, hahahaha.
Farid: :*

Nampak tak gilanya gua, sampai betri king kong main whatsapp. Lepas tu Farid dah tak reply. Siot. Konon-konon fokus dalam kelas lah tu. hahaha. Anyway, Farid ni baik gila, dia suka bawak beg besar pergi kelas, sama macam gua. Beg tak boleh nak besar lagi agaknya.


Okay then,
bye.
Thanks baca gua meroyan. HAHAHA,

Monday, March 04, 2013

Mamak, Skate Park.

Assalamualaikum,

Semalam petang lepas balik dari JB, sampai je rumah gua terus pergi mandi. Whatsapp Dean ajak dia keluar. Okay gua ada Dean je kat Muar ni yang masih sudi lepak dengan gua yang macam terhegeh-hegeh. Hahaha.

Me: Bro, ada mana?
Dean: Rumah
Me: Hari ni free tak?
Dean: Petang nak skate. Kenapa?
Me: Aku nak keluar jugak.
Dean: Pergi mana?
Me: Mana-mana lah. Hari ni ramai ke kat skate park?
Dean: Ramai dohh.
Me: Fineeee, haha.
Dean: Keluar awal lah.
Me: Aku kat bukit pasir ni, on the way balik Muar.
Dean: Jauhnya.
Me: Mana jauh Sungai Abong dengan Bukit Pasir, kau ni biar betul. HAHAHA.
Dean: Haha, tak ea? Eh, nak gi mana je?
Me: Kalau nak lepak kat skate park, aku tak kisah.
Dean: Member aku ramai doh hari ni. Sebab hari ahad kan, ramai cuti. Kalau kau tak kisah.
Me: Tak kisah ah, lepak je pun.
Dean: Okay, kau boleh balik lambat tak?
Me: Lambat tu pukul berapa? Kau aritu nak dekat maghrib kat sana lagi kan.
Dean: Ha'ah. Dalam pukul 7.15 kot. Kau tak takut ke?
Me: Alaa, nanti aku nak balik aku balik lah. Aku drive kan.
Dean: Ohh, aku baru nak tumpang kau. Hehe.
Me: HAHAHA, pergi aku amik, balik sendiri lah.Haha,
Dean: Jahat siak.
Me: Aku nak keluar dah ni.
Dean: Aku tak siap lagi, baru bangun.

Okay dah.
Kalau gua taip conversation gua dengan Dean, sampai esok pun tak habis. HAHA, gua skip je lah ye. Lepas tu, gua pun pergi lah rumah dia, konfius gua mana satu rumah dia.Banyak sangat rumah area tu. Gua tunggu kat depan satu rumah ni, sekali gua nampak Dean pakai baju kaler hijau keluar dari rumah lain. HAHAHAHA, malu doe. Dean suruh gua park kereta kat tempat redup sementara tunggu dia siap. Gua pun tunggu lah kat luar rumah dia, takkan gua nak masuk, yee dak? Kang kawin free kang. Tapi family dia ada kat dalam rumah lah, segan gua. Nasib Dean siap kejap je. Kalau tak, kena tibai dengan gua.

Gua ni ada masalah nak ingat jalan. Gua blur-blur lagi dengan jalan nak ke skate park. Sekejap-sekejap gua tanya Dean lepas ni nak ke mana. Mesti dia rasa gua ni annoying. HAHA. Tapi sebelum tu gua lepak kat mamak dulu. Tunggu kawan-kawan Dean sampai pastu gerak sekali. Sementara nak tunggu tu, minum dulu. Gua order Neslo Ais, tapi rasa dia, pehhhhh. Terlebih nescafe, rasa milo tu takde pun, tak sedap oi. Lepas tu Amal sampai dulu. Okay comel gila nak mampus. HAHAHA, cair cair cair, tapi kontrol lagi oi. Kang dia ingat gua physco. Bhahaha. Alaaa, gua bukan suka pun, saje saje je. Ala maklum lah, manusia biasa jugak.

Kat mamak tu ada satu insiden lawak. Ada amoi tersadung kat tangga, sikit lagi nak jatuh tercium Dean. Hahaha, okay overnya sampai nak tercium tu. Masa tu, gua dengan Amal je yang nampak amoi tu nak jatuh. Dia tahan gelak, gua pun mula-mula tahan gelak, tapi tak boleh tahan doe, gua terlepas gelak tu, HAHAHA. Bila teringat je, mesti gua tersenyum sorang sampai sekarang ni ha. Okay, dah. Kitorang tunggu punya tunggu sampai pukul 6, rupanya kawan-kawan Dean yang lain dah ada kat skate park. hahaha, buang masa tunggu kat mamak tu. So, kitorang terus ke sana lah.

Sampai sana ada Akim, Mas, Kudud dengan Kecik. Gua blur-blur sebab jarang lepak sama, gua pernah lepak sekali dua je dengan diorang. So, gua macam awkward tau tak. Tak lama lepas tu, Mamat sampai. Gua lepak je, tengok diorang main.skate. Tapi masa tu Kudud ada tunjuk satu vidoe sumpah lawak, tapi gua tak boleh share kat sini, lappy ni sengal, tak boleh bukak youtube. Pasal sekor tupai sebut nama ALAN ALAN ALAN, STEVE STEVE STEVE. Hahaha, gua rasa lu orang kena tengok sendiri lah video tu, gua tak boleh cerita, lawak gila. Lepas tu Dean boleh pulak mimic tupai tu, lagi gua gelak sampai sakit perut. Oh ya, Amal yang paling terer main dalam group diorang tu, tapi hari tu dia injured. Gua dengar Dean cerita pun ngeri. Teruk dia jatuh. Tapi Alhamdulillah tadi dia dah okay sikit. Cuma jalan dengkut-dengkut je.

Anyway, gua seronok semalam lepak dengan diorang. Thank you guys. It was really a great day. Lain kali kalau free lepak sama lagi. Sayangnya, gua tak snap gambar. Tak dapat lah gua attach gambar kat post kali ni.

Okay then,
Bye :)

Thursday, February 21, 2013










Hari ni aku MARAH dan bengang sangat sampai tahap mata aku berair.







Nasi Lauk Ikan Keli Sayur Togeh dan Harlem Shake.


 Assalamualaikum,

Okay, beberapa hari yang lepas gua pergi Lunch dengan Teha. Kedai makan ni baru 2 kali gua singgah. Masa mula-mula makan kat situ, murah. Tapi kali kedua gua makan, pehh. Apesal tetiba mahal. Nasi putih, ikan keli dengan taugeh je RM5.50. Ohh, sangat tidak berbaloi. Tapi tu bukan nasi gua, ada orang kirim kat gua. Gua tolong belikan je. Tapi memang tak patutlah, setakat lauk tu je, tak campur air. Nasi gua tadi, ayam masak kicap, sambal belacan sikit, sayur kobis campur faveret gua. Tapi dah rezeki gua hari tu ada orang nak tolong bayarkan, gua Alhamdulillah je. Rezeki hari Isnin. Mungkin sebab hari tu gua banyak senyum kot. Orang kata rajin senyum murah rezeki. Wuuuu,

Dan kepada makcik Pakcik yang berniaga di luar sana, saya sebagai pengguna/pelanggan harap makcik pakcik jangan letak harga makanan sesuka hati. Nanti takde orang nak datang kedai baru tahu. Tapi gua bukan nak doakan yang tak baik untuk makcik pakcik tu, gua doakan perniagaan dionrang bertambah maju dengan adanya penurunan harga makanan. Hak Makan Hak Saya! Customer Always Right! HAHAHA.

Oh ya, sekarang kan tengah hangat hangat tahi ayam, ehh silap, tengah terhangat di laman sosial pasal The Harlem Shake. Kalau lu orang nak tahu, Harlem Shake adalah tarian yang asalnya bermula di Harlem, New York, pada tahun 1981. Ia adalah berdasarkan pada tarian Ethiopia iaitu "Eskista." Sejak permulaan lagi lagu tu dah merebak ke kawasan-kawasan lain di bandar dan menjadi popular dalam video muzik. Pencipta tarian tersebut adalah "Al B", seorang penduduk Harlem. Pada asalnya tarian tersebut dipanggil "Albee" dalam Rucker dan Harlem, tetapi kemudiannya menjadi dikenali sebagai Shake Harlem. Al B ni mula ber-shake-shake sejak dari tahun 1981. Sampai lah tahun 2001, lagu tu meletup. Terus jadi terhangat di pasaran. Woot Woot.

Kata-kata Al B mengenai tarian Harlem Shake tersebut; Beliau berkata ia datang dari orang-orang Mesir Purba dan menggambarkan ia sebagai apa yang mumia pernah lakukan. Kerana mereka semua dibalut sehingga mereka tidak boleh bergerak, apa yang mereka boleh lakukan hanyalah menggoncangkan badan. LOOOLLL! Lawaknya. Mummies can dance wey.

Tapi lepas ni tak tahu lah pulak kontroversi apa keluar pasal lagu nih. haram tu, haram ni. LOL.

Bye then :)



Saturday, February 16, 2013

Kelemumur a.k.a Snow

Assalamualaikum,

Lu orang tahu kan apa tu kelemumur/dandruff. Tapi kalau lu orang susah nak sebut, gua guna perkataan lain. Gua sebut "Snow". HAHA, siapa kata kat Malaysia takde snow? Ada je, kat kepala orang-orang tertentu. Dan salah seorangnya ada gua. Benda yang paling gua benci adalah 'snow'. Its like eeeuuuwwww. Semua gara-gara gua salah guna syampu. Erk. 'Snow' ni akan buat lu orang garu kepala tak berhenti. Serius gua cakap lu.

Haaa, macam ni lah.
Sumber Cik Google


Sebenarnya gua dah kehabisan syampu yang selalu gua guna. Gua guna syampu Sunsilk yang warna hijau tu. "Sunsilk Lively Clean & Fresh". Sebab gua pakai tudung, sunsilk jenis tu yang sesuai untuk rambut gua dan semua wanita yang bertudung. Bila gua pakai je syampu tu, kepala rasa segar.

Sumber Cik Google

Jadi untuk menganti syampu yang dah habis tu, gua guna sunsilk yang warna emas tu. Akibatnya, satu kepala gua ada 'snow'. The worst feeling ever! And I was like "Alaaaaa, menyesalnya guna syampu lain". Because of that, I have to scratch my head until it bleed. Ohh, its hurt mannn. 

Tapi sekarang gua dah okay, takde dah 'snow' atas kepala. Sebab gua guna treatment gua sendiri. Pakai manual punya, guna sikat untuk buang sikit-sikit 'snow' tu. Tapi bukan gua yang buat, gua paksa adik gua, Kemal buangkan 'snow' tu. hahaha. I'm a bad sister. 

 And now, weeee, I'm a happy girl. No more dandruff. Ada macam iklan tak? HAHA.

Okay then, 
bye.


The Stress Thing and WG

Assalamualaikum,

Hey hey hey h e y......... krik krik krik.

Gua tahu gua tahu. Ni gua update pun sebab gua balik rumah, cuti hujung minggu. Kan gua dah bagi tau hari tu, ofis gua kedekut tak bagi gua online blog semua. Semalam gua tak senyum langsung kat ofis, sebab gua takde mood. Gua stress dengan suasana kat ofis. Heloo, gua baru 19 tahun 2 bulan (sepatutnya 20 tahun), gua belum sedia nak kerja dalam suasana  ofis yang sentiasa tegang, staff yang fokus kat kerja je. Yeah I know, memang dah duduk ofis tu untuk kerja, tapi... Urghh, takde orang faham gua. Hmm,

Kenapalah poli menyusahkan gua dengan adakah Latihan Industri yang menyeksakan mental gua. Konon nak bagi pelajar rasa dan alami pengalaman sebenar alam pekerjaan. Gua rasa stress je, takde rasa seronok berkerja. Lain sangat dengan masa gua kerja kat Cafe, I was happy that time. Hmm, Encik Isma ada tegur gua hari tu, dia tanya gua sihat ke tak, sebab dia kata gua nampak kurus. Dan gua terus terang je dengan dia, gua cakap "Saya tak happy dekat sini, sebab tu kurus" DANGG!! Siapa je yang kerja hati tak senang boleh gemuk kan? Takde rasanya.

Khamis lepas (14 February), habis kerja ke pukul 5.30petang, punch out kad, masuk kereta. start enjin, gua terus gerak pergi rumah Aja. Sebab gua nak pulangkan pendrive dia yang gua pinjam. Kebetulan Esah pun ada, Esah sleepover kat rumah Aja. Gua drive ke rumah Aja dalam keadaan stress, sedih semua bermain dalam kepala gua. Oh ya, Khamis tu kat ofis gua kena tahan lagi dengan angin bos gua yang tak menentu. Everyday macam tu sebenarnya. Hati gua dah jerit-jerit mintak balik. Sampai timbul lagi sekali rasa putus asa tu.

Sampai je rumah Aja, gua lepak kejap, pastu Aja ajak keluar gi lepak Mamak, sebab Esah teringin nak makan Megi Goreng. Haa, kebetulan gua memang tengah lapar gila wey. Tapi lawak ah masa nak decide nak makan kat mana, Aja bagi dua pilihan, restoran biasa atau mamak, kat trafficlight baru betul-betul buat keputusan. Kedai Mamak tu tak jauh mana pun dengan rumah Aja. Sedap jugak wey megi goreng dia. Lepas ni gua nak lepak situ lagi. Weeee,

Masa gua dengan Aja Esah, semua stress gua hilang. Dengan Esah yang suka buat lawak, sebab tu gua sayang gila kat semua "WG" gua. Kawan dunia akhirat gua :")

*okay I almost cry typing this*

I Miss You Babes :"(

Okay,
Thank you for reading.

Sunday, February 10, 2013

Menangis.

Assalamualaikum,

Tetiba rasa nak update blog tengah-tengah pagi ni. Rasa nak meluahkan sesuatu. Lebih kurang macam pengakuan jugak.

Yes, gua ni anak manja. Kadang-kadang gua menangis pasal sesuatu yang simple pun. Gua rindu family, gua menangis. Gua takde mood, gua menangis. Gua stress, gua menangis. Kawan gua tetiba tanak cakap dengan gua, gua menangis. Bila gua tak dapat selesaikan satu masalah, gua menangis. Gua tak capai target untuk satu subjek kat poli, gua menangis. Gua tengok orang menangis, hati gua tetiba jadi tisu, menangis sama.

*pakai gua lu, tapi hati tisu*


Tapi satu je yang gua tak suka menangis. LELAKI. Tolong ah, gua memang takkan menangis pasal lelaki yang bukan suami gua. Tapi kalau gua menangis pasal lelaki, hati gua memang sakit sangat masa tu. Gua dah rasa sekali, sakit bro, sakit. Dan sampai sekarang gua dah malas nak fikir pasal lelaki. Nak bukak hati semula, memang susah. Kalau pasal kahwin, gua tak kisah dah. Kalau ada jodoh gua kat dunia ni adalah. Biar masa dan Allah yang tentukan segalanya :')

Saturday, February 09, 2013

KFC Yong Peng

Assalamualaikum,

Semalam 8/2/2013. Gua keluar dengan budak-budak praktikal kat ofis gua. Pergi KFC, amboii. Sebenarnya memang dah lama plan nak pergi, tapi tiap kali waktu lunch ada je hal. So, tengahari semalam lah kitorang free dan terus serbu KFC kat Yong Peng. Okay, kat Yong Peng ada KFC je, McD takde, harap maklum. Kira semalam "girls day out" lah kononnya. HAHA. Gua happy keluar dengan diorang.

Cuaca masa kitorang sampai dah mendung sikit. Ah lantak, bukan kitorang nak makan luar KFC pun kan, haha. Masuk je terus ke kaunter sambil buat muka kerang busuk, tersengih-sengih. Nasib baik akak kaunter tu relax je. So, gua order Snack plate dengan chezzy wedges je. Share dengan Fatnin. Sebab pagi tu kitorang dah makan heavy breakfast, sandwich dengan mihun. Fuuuuu~ Time nak bayar tu, gua bukak purse gua, amik kad diskaun siswa yang gua dapat tu. Diskaun 5% je, dalam 70 sen dia tolak. Sikit je pun, tapi 70 sen tu duit jugak kan. HAHAHA.

Lepas order siap, gua angkat dulang tu cari port best nak duduk. Port kitorang belakang-belakang sebelah cermin. Tak tahu lah pemandangan apa yang nak di tengok kat luar cermin, takde pape pun sebenarnya. HAHA.


Yang ungu nama Teha, yang biru nama Fatnin.

Gua suka tengok budak ni makan, comot habis. haha.

Yeahhh, chezzy wedges. Omomomomom :3

Tengok gua dengan Fatnin, so suwik like cokelat, HAHA.


At last, licin. Nampak tak betapa laparnya gua dengan Fatnin.


Lepas makan, ingat cuaca dah okay. Rupanya, ku sangka kan panas berpanjangan, rupanya hujan lebat mengundang...  HAHAHA. Kitorang tunggu lah depan KFC tu lama doe, nak pinjam payung orang, takde pulak. Pastu tetiba ada apek redah hujan guna kotak, gua dengan Fatnin dah pandang satu sama lain. Sumpah masa tu gua rasa lawak gila doe. gua ketawa kuat gila. Lantak ah orang pandang, It just so funny, bila gua dengan fatnin nak amik kotak tu buat meredah hujan. Last-last tak jadi amik kotak tu, pinjam payung ada mamat dua orang yang kebetulan nak masuk KFC. Diorang ada payung. Sebenarnya, kitorang nak tunggu hujan reda sikit, pastu redah hujan sebab aku parking kereta jauh gila. Yelah, tak expect pun akan hujan lebat macam tu kan. 

Masa nak ke kereta tu, gua sorang je lah. Fatnin dengan Teha tunggu depan KFC. Nak tahu air paras mana? Paras betis gua --' Dalam doe, gua dah lah pakai baju kurung, gua terpaksa angkat kain sampai paras lutut. haihh.

Teha tak perasan Fatnin amik gambar dia, HAHA.

Dah sampai ofis lepas lunch. SEJUK :/



Bye then :)



Remember, a smile can heals thousand of pain :)








Wednesday, February 06, 2013

Praktikal, Mamat Handsome.

Assalamualaikum,

Dah lama gua tak menaip. Bukan apa, gua takde masa nak online blog kat ofis memandangkan gua online guna henpon. henpon gua cikai je, tak boleh nak bukak blog. aha. Cuma boleh main facebook dengan twitter. PC kat ofis kedekut, tak bagi bukak facebook,blog, twitter. Diorang block, yela takut staff tak buat kerja, online je. yedok? HAHA,

Seperti yang kawan-kawan terdekat gua je yang tahu,  gua ada masalah dengan staff kat ofis gua sampai satu tahap gua menangis, gua nak berhenti praktikal sebab gua putus asa. Tapi lepas kawan-kawan gua pujuk gua takjadi nak berhenti. Gua tak pernah rasa putus asa sampai tahap nak berhenti tahu tak. Pehh, kira yang kes dengan staff ofis tu kritikal ah.

Tapi gua fikir jugak lepas tu, kalau gua berhenti macam rugi, sebab gua dah lah ada carry satu paper semester 5 nanti. Kalau gua berhenti LI nak kena amik semula dah menyusahkan. Kan kan kan? So, kesimpulannya, gua tak berhenti lah. *apalah aku merepek ni*

Cukup.

Lepas tu, 2 minggu lepas gua ada meeting dengan staff bahagian Civil. Dalam meeting tu ada sorang mamat handsome ah wey gua cakap lu. Umur dia dah 29 tahun. Kebetulan gua "Friend" dengan dia kat facebook *semua atas usaha Fatnin stalk cari profile dia. haha* Kebetulan lagi masa meeting tu dia tengah online, gua dengan selamba badaknya mintak nombor telefon dia guna "CHAT". Gua saje je pun, bukan gua minat dia pun. Hasilnyaaaaaaa *krik krik krik* Dia tak reply, HAHAHAHA. Tapi gua buat relax je. Alaaa, mentang-mentang handsome, tanak layan gua doe. Tau lah gua ni tak berapa nak lawa kan. Muka macam makcik-makcik. HAHA,

Hasil equation yang gua buat;

Mamat Handsome+ Dah Bekerja = Bajet semua orang minat dia.

HAHAHAHA,

Okay dah, bye.


Sunday, February 03, 2013

"JUST FRIEND"

This is the conversation between me and him on whatsapp. But we both are not a couple. Kawan je, tapi panggilan je merepek.

Me: Em b, siapa budak sekolah yang b cakap kat status facebook tu? Awek eaaaa?

Him: Oh, takde lah, saje je sakat budak tu, b tengah bosan. Tak kenal pun. Budak Seremban.

Me: Seremban? Dekat dah tu, boleh jadi awek. HAHA,

Him: Taknak lah, baru Form 3, budak kecik lagi. Apelah, baby jealous eaa? Hohoho.

Me: Hahaha, mana ada jealous.

Him: Yelah ni, cemburu ye. Alaa, dengan budak sekolah je pun, tak minat b.

Me: Buat apa nak jealous, kita bukan ada pape pun. Haa.

Him: Oh, mana tahu, b tak tahu hati baby kan kan kan.

Me: Baby pun tak tahu hati b.

Him: B chill je, no women no cry.

Me: Samalah, no men no cry. Hahaha.

Him: Copy cat --'


Oh, how wish you know. 
Lepas tu tetiba dia whatsapp, kata ex dia marah aku whatsapp dengan dia. EX okay EX. Chill bro.



Thursday, January 17, 2013

hmm,

Assalamualaikum,

Hmm, gua tak tahu nak mengekspres kan perasaan gua ni macam mana. Gua betul-betul benci praktikal ni. Hari-hari takde benda nak buat, serius rasa macam bodoh je. Diorang buat aku macam tak wujud je kat ofis. Gua sedih gila kottt.

Okay ah, bye.

Sunday, January 13, 2013

Tolong Berubah.

Assalamualaikum,

Gua tanak cakap banyak. Gua nak biar lu orang nilai dia ni macam mana punya orang. Lu orang tau kan nak baca twitter guane, faham sendiri lah ye.

1

2

3

4

5

6

7

8

9


Gua tak tahu lu nak cari apa dalam hidup lu. Lu nak cari seseorang yang boleh faham lu, tapi lu tak pernah nak faham orang lain. Lu suka aibkan orang. Nampak tak Allah dah buka aib lu. Lu sendiri yang tunjuk. Gua tak salahkan ex lu yang dah takde dara tu, gua salahkan lu. Sebab mulut lu yang macam celaka. 

Dulu masa lu bercinta dengan ex lu bagai nak rak, bukan main b-baby bagai, cinta iloveyou semua, bila dah putus, lu maki caci dia macam dia takde maruah. Biarlah dia takde dara sekalipun, tapi tak perlu lah lu nak caci dia, jatuhkan maruah dia lagi. Semua orang pernah buat silap. Dia dah buat silap, terlanjur. Tak bermakna dia tak boleh berubah, dia masih ada masa untuk bertaubat, Allah Maha Pengampun. 

Dan, gua mintak sangat kat lu, tolong lah berubah. Kalau lu masih macam ni, sampai bila-bila pun lu takkan jumpa seseorang yang lu harapkan sangat. 

Friday, January 11, 2013

Melissa, Arshad dan Zura.

Hujan yang turun membasahi bumi menyebabkan Arshad Hakimi memperlahankan pemanduannya. Fikirannya melayang memikirkan hal semalam.

"Mummy nak Kimi kahwin dengan Zura," bentak Datin Nuraini.
"Tapi Mummy, Kimi cintakan orang lain." Tegas Arshad Hakimi.
"Kamu nak ikut cakap Mummy atau nak jadi anak derhaka?" Marah Datin Nuraini kerana berang dengan kata-kata Arshad Hakimi.
"Tapi Mummy, hmmm." Arshad Hakimi tidak meneruskan kata-katanya.

Lampu isyarat yang bertukar merah mematikan lamunan Arshad Hakimi.
"Arghh, apa aku nak cakap dekat Lisa ni!" Arshad Hakimi sambil menghentak tapak tangannya pada stereng kereta. Kemudian dia mengeluarkan Iphone 5 dan mendail nombor Melissa Natasha, kekasih hatinya.

Telefon diangkat.
"Hello sayang. Ada apa call I ni, rindu ea? Hikhik." Melissa menjawab telefon dengan suara yang lunak dan mengada-ngada.
"Hmm, I ada benda nak cakap dengan you, kita jumpa sekejap kat Anthony's Cafe, boleh?" Arshad Hakimi berkata dengan nada suara mendatar.
"Okay, I tunggu kat sana ye." Balas Melissa Natasha.

Arshad meneruskan pemanduannya menuju ke destinasi sambil menaikkan volume radio. Lagu kegemarannya nyanyian kumpulan Ungu, "Tercipta Untukku" sedang beralunan . Arshad Hakimi melayan perasaan.

Di Anthony's Cafe, kelihatan kelibat Melissa melambai-lambai ke arah Arshad Hakimi yang baru tiba. Melissa tampak begitu seksi dengan gaun paras peha dan bertali halus di bahu. Rambut pendek paras bahu dan wajah yang disolek tebal. Arshad Hakimi mengeluh. Sebaik melabuhkan punggung di kerusi , Arshad Hakimi berkata pada Melissa.

"Baby, kan I dah cakap jangan pakai macam ni lagi."
"Alaaa sayang, lepas kita kahwin, I janji I akan berubah, okay." Kata Melissa sambil menjeling manja pada Arshad Hakimi.
"Hmm, sebut pasal kahwin..." Belum sempat Arshad Hakimi menghabiskan kata-katanya , Melissa memotong .
"Kahwin? Sayang, you nak propose I ke? Awwww, sweetnya you." Melissa kelihatan begitu ceria.
"Eh tak, bukan. I nak cakap sesuatu. Hmm, Mummy suruh I kahwin dengan Zura. I don't even know her." Arshad Hakimi berkata dalam nada perlahan.
"WHAT?! HOW DARE YOUR MUMMY BUAT MACAM NI!" Jerit Melissa tanpa mempedulikan pelanggan lain yang memandang. "You tahu kan we are in love with each other, I only want to marry you sayang." Melissa menyambung.
"I know baby. I love you so much too. Tapi Mummy I yang paksa. Kalau tak,dia kata I anak derhaka." Jelas Arshad Hakimi yang gelisah melihat Melissa marah.

Sebenarnya Melissa beria-ia mahu mengahwini Arshad Hakimi adalah kerana harta keluarganya yang tujuh keturunan pun takkan habis. Perempuan zaman moden, cuma memikirkan harta berbanding ikhlas dalam perkahwinan. Malang buat Arshad Hakimi yang terjerat dengan Melissa. Arshad Hakimi tidak tahu rancangan sebenar Melissa selepas mereka berkahwin nanti . Tiba-tiba telefon bimbit Arshad Hakimi berdering. Nama Mummy tertera pada skrin.

"Hello Mummy, ada apa?" Arshad Hakimi menjawab dengan sopan.
"Kamu kat mana tu Kimi?" Tanya Datin Nuraini dalam nada serius.
"Emm, Kimi tengah minum dengan kawan ni." Jawab Arshad Hakimi yang serba salah kerana terpaksa menipu Datin Nuraini. Namun, Datin Nuraini lebih bijak meneka.
"Mummy tahu Kimi jumpa si Melissa tu kan. Balik sekarang. Ada hal Mummy nak bincang." Kata Datin Nuraini.
"Hmm, baiklah Mummy." Arshad Hakimi membalas. Talian telefon dimatikan.
"Baby, I terpaksa balik. Malam nanti I call you ye." Kata Arshad pada Melissa dan bergegas keluar daripada cafe.
"KIMI!!!" Jerit Melissa yang bengang dengan kelakuan Arshad Hakimi yang meninggalkannya sendirian.

Setiba sahaja Arshad Hakimi dirumah, Datin Nuraini sudah menunggu di ruang tamu bersama dua orang yang tidak dikenalinya. Arshad Hakimi menyalami Datin Nuraini dan kedua orang tetamu tersebut tanda hormat.

"Ni, Mummy kenalkan, Puan Sri Fauziah dan Tan Sri Jalal. Mereka berdua ni ibu bapa kepada bakal isteri kamu, Azura." Terang Datin Nuraini sebaik sahaja melihat ekspresi muka Arshad Hakimi yang kebingungan.

Arshad Hakimi terkejut kerana Mummy menjemput tetamu tersebut tanpa memberitahunya.

"Kami dah tetapkan tarikh perkahwinan kamu dengan Zura. Dua bulan lagi dan hujung bulan ni kamu akan bertunang." Datin Nuraini memberitahu Arshad Hakimi.

Malam itu Arshad Hakimi tidak menelefon Melissa kerana dia kusut memikirkan rancangan Mummy yang mahu dia dan Zura berkahwin. Padahal mereka langsung tidak mengenali antara satu sama lain. Dalam kesunyian malam, Arshad Hakimi terlena. Keesokkan paginya, Arshad Hakimi sedang bersarapan dengan Datin Nuraini.

"Mummy nak Kimi jangan jumpa dan berhubung dengan Si Melissa tu lagi, faham?" Kata Datin Nuraini.
Arshad Hakimi terkejut dengan kata-kata Datin Nuraini. "Tapi Mummy... " Arshad Hakimi tidak sempat meneruskan percakapannya, Datin Nuraini memotong dengan melemparkan beberapa keping gambar Melissa bermesra dengan seorang lelaki asing.

"Ni gambar Melissa yang Kimi sayang sangat tu. Molek sangat perangai, berpeluk-peluk dengan lelaki lain, macam ni nak jadi menantu Mummy?" Kata Datin Nuraini dalam keadaan marah.

Arshad menatap satu persatu gambar tersebut. Hatinya pedih. Tidak menyangka Melissa yang depercayai dan disayangi mengkhianati cintanya. Tengahari itu juga Arshad berjumpa dengan Melissa. Tanpa segan silu Melissa menampar Arshad dihadapan orang ramai.

"Ini untuk tinggalkan I sorang-sorang semalam dan tak call I malam tadi." Marah Melissa.

Arshad berang dengan tindakkan Melissa, membalas tamparan tersebut sambil menengking Melissa.

"Perempuan tak tahu malu, memang patut pun Mummy suruh aku kahwin dengan Zura." Pipi Melissa terasa panas akibat tamparan dan cacian daripada Arshad Hakimi. "Nasib baik Mummy buka mata aku, tunjuk perangai sebenar kau." Tempik Arshad Hakimi lalu meninggalkan Melissa yang terpinga-pinga. Sejak hari itu, Melissa berdendam dengan Arshad Hakimi. Dia bertekad untuk melakukan sesuatu.

Dua bulan berlalu.
Hari ini hari pernikahan Arshad Hakimi dengan Azura Jalal. Sedang mereka dalam perjalanan menuju ke masjid untuk upacara akad nikah, sebuah kereta hampir melanggar kenderaan mereka dan menyebabkan pemandu hilang kawalan dan kereta berpusing beberapa kali dan seterusnya berlanggar pula dengan treler yang sarat membawa besi. Arshad dan Zura mati serta merta akibat pelanggaran tersebut.


Tidak berapa jauh dari kemalangan tersebut, Melissa tersenyum puas.








Monday, January 07, 2013

Reza dan Fina


*tet tet tet tet*

Bunyi telefon bimbit Fina tanda SMS masuk. Dia terus menerpa ke arah telefon bimbitnya di katil. Fina melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya, Reza.
"Fina jom makan , Reza lapar lah."
Lantas dibalas SMS tersebut.
"Erm , Fina pun lapar jugak ni. Jom lah"
"Okay, Reza datang amik Fina kat rumah , cepat siap."

Jam menunjukkan pukul 10 malam. 5 minit kemudian, Reza sampai di hadapan rumah Fina. Fina masuk ke dalam perut kereta.

"Maaflah, Reza bawak kereta buruk je."
Fina tertawa dengan kuat tanpa sengaja sambil berkata,
"Ha'a memang buruk pun kereta ni, siot je."

Sebenarnya waktu itu Reza datang dengan kereta Honda CRZ. Fina sudah biasa dengan gurauan Reza dan sikap Reza yang merendah diri walaupun dibesarkan dalam keluarga yang berada. Mereka sudah berkawan baik sejak dari sekolah menengah lagi. Fina berasal dari keluarga sederhana, namun Reza selesa berkawan dengan Fina, yang dianggap 'masuk air' sepertinya .

"Fina nak makan kat mana?" Tanya Reza .
"Tempat biasa lah, McD. Kali ni turn Reza pulak belanja ek" Fina berkata sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang menjadi pemanis wajahnya.
"Orite Madam, McD pun McD lah, haha." Kata Reza sambil menderum laju menuju ke McDonald Bukit Tinggi.
Sepanjang perjalanan, Fina tidak berhenti bercerita tentang karenah rakan sekerjanya yang suka mengusiknya dengan Bos mereka. Hati Reza tiba-tiba terasa pedih. Fina tiba tiba berhenti bercerita selepas melihat perubahan pada wajah Reza. Tidak berani bertanya, Fina terus mendiamkan diri sehingga tiba di destinasi.

Di McDonald selepas membayar makanan, Fina mencari tempat duduk kegemaran mereka yang selalu menjadi port lepak mereka sambil Reza membawa makanan.
"Reza, cepatlah sikit, Fina lapar ni." Sungut Fina.
"Ye ye, kejap lah, berat tau dulang ni, banyak pula Fina pesan ea, saja nak buli Reza." Kata Reza sambil membawa dulang dengan berhati hati.
"Hehe, padan muka. Sebab hari tu kita lepak sama Reza tanak tolong pun Fina bawak plastik banyak banyak tu, dah lah berat." Balas Fina.
Malam itu riuh rendah restoran McDonald dengan suara mereka berdua bergurau, bergelak tawa. Hati Fina berasa bahagia ketika disamping Reza.

"Terima kasih Reza untuk malam ni" Kata Fina
"Sama-sama, okay lah, dah lewat ni, Fina pergi masuk dalam cepat, nanti ada hantu ikut, hahaha." Gurau Reza sambil tertawa melihat ekspresi muka Fina yang tiba-tiba berubah menjadi pucat apabila perkataan hantu disebutnya.
"Eeeii, jahatnya Reza ni, saja nak takutkan Fina kan." Kata Fina sambil membuat mulut muncung.
"Dah, tak payah nak buat muncung 14 Fina tu lah. Reza tarik, Reza ikat kang dengan getah sayur, haha." Balas Reza sambil membuat gaya mengikat mulut Fina.
"Hahaha, okay tak buat dah. Selamat malam Reza, hati-hati memandu balik tu." Pesan Fina setiap kali Reza hendak memandu.
"Baiklah, Selamat Malam Fina." Reza berkata sambil tersenyum.
Reza terus menekan minyak kereta meninggalkan perkarangan rumah Fina. Senyuman Reza tadi terbayang-bayang di mata Fina. Dia tersenyum bahagia.

Keesokkan harinya. Fina meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa. Jam di dinding pejabat Fina menunjukkan pukul 12.50 tengahari. Perut Fina sudah berkonsert lagu rock. Tiba tiba telefon bimbit Fina berbunyi tanda SMS masuk. Fina tersenyum apabila nama Reza tertera pada skrin.

"Fina, teman Reza lunch hari ni boleh?"
Fina menekan punat telefon bimbitnya dengan pantas membalas SMS Reza.
"Hmm, boleh je. Reza nak makan kat mana? Perut Fina pun dah berkonsert rock ni" Kemudian, butang 'Sent' ditekan.
Selang 2 minit SMS Reza pun masuk.
"Kita makan kat tempat biasa lah, Reza datang pejabat Fina, 10 minit sampai." Begitulah bunyi SMS Reza.
"Okay" Balas Fina, ringkas.

Ketika Fina sedang menikmati makanan, dia perasan Reza tidak menjamah burger yang dipesannya, tetapi hanya memerhati Fina makan. Kunyahan Fina terhenti.
"Reza, kenapa tak makan? Tadi kata suruh Fina teman Reza lunch, tapi Reza yang tak makan." Tegur Fina.
"Sebenarnya ada benda yang Reza nak cakap ni." Reza berkata dengan ekspresi muka serius.
"Emm, apa dia?" Balas Fina.
"Errr , Reza... Reza... Sebenarnya Reza dah jatuh hati kat Fina sejak mula-mula kita tak sengaja terlanggar kat sekolah dulu." Reza berterus-terang kepada Fina. "Reza dah tak boleh nak simpan perasaan ni lama-lama, maafkan Reza kalau Fina marah Reza berterus-terang begini, semua ni jujur dari hati Reza." Reza memandang tepat pada mata Fina.
Fina terkesima. Air mata tiba-tiba memenuhi tubir mata Fina. Dia sendiri tertanya adakah ini air mata kegembiraan atau air mata sedih. Rupanya Reza merasakan perasaan yang sama dia rasakan sejak dahulu lagi. 7 tahun mereka berkawan, selama itulah mereka berdua memendam rasa.

"Tak Reza. Fina tak marah, malah Fina bahagia." Kata Fina sambil mengelap air matanya yang jatuh walau cuba ditahan.
"Betul ?" Tanya Reza untuk kepastian lagi.
"Iye Reza, Fina pun suka dan sayang dekat Reza sejak dari dulu lagi." Jawab Fina.
Lantas tangan Reza menyeluk poket seluarnya, mengeluarkan sebuah kotak kecil berbentuk hati.
"Kita kahwin ya Fina, sudi tak Fina menjadi teman hidup Reza sehingga ke akhir hayat?"
Air mata Fina terus mengalir laju di pipinya, terharu dan gembira.
"Ya Reza, Fina sudi, sehingga ke akhir hayat." Jawab Fina sambil teresak.

Pulang dari makan tengahari, Reza menghantar Fina pulang ke pejabat. Hari itu merupakan hari paling bahagia bagi Fina.

10 minit kemudian. Lagu 'One More Night' berkumandang di telefon bimbit Fina dan nama Reza tertera. Fina bermonolog sendirian "Aik, takkan dah rindu kot, hehe." Telefon dijawab.
"Hello Reza, takkan dah rindu Fina, baru kejap tadi jumpa." Fina berkata.
Namun ada yang aneh dirasakan Fina, bukan suara Reza yang bercakap di talian.
"Maaf, adakah ini Cik Fina?" Kata suara asing itu.
"Ya , ini Fina, siapa kamu?" Fina semakin tidak sedap hati.
"Panggilan anda merupakan panggilan terakhir di telefon bimbit Encik Reza Ilham. Saya seorang pegawai polis yang bertugas di tempat kejadian ingin memberitahu bahawa Encik Reza Ilham terlibat dalam satu kemalangan dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh anggota badannya." Terang pegawai polis tersebut.
Wajah Fina bertukar pucat dan air mata mengalir dengan lajunya. Fina menangis teresak-esak tanpa menghiraukan rakan sepejabatnya yang pelik melihat keadaannya.
"Innalillahiwainnailaihirojiun" Hanya itu yang mampu Fina ucapkan dalam tangisannya.




p/s: Tak semua orang ada happy ending.
Thank you for reading :)
*hugs*






Wednesday, January 02, 2013

asam , Pam Tayar .

Assalamualaikum ,

Berdirinya gua disini adalah untuk , HAHAHA . Perasan jadi PM sekejap . Gua cuma nak cakap pasal Asam . Kalau lu orang nak tau , gua ni hantu asam . Tapi tak semua asam gua makan , gua cuma makan Asam Prune . Memang feveret gua dengan Baba . Kalau nak pergi jalan jauh je macam balik JB atau KL . Wajib beli asam tu . Semalam gua pergi pasar malam , beli sampai 2 bungkus . Heee , nasfu tu nafsu .

Balik rumah dengan rakusnya macam tak makan sebulan gua telan asam tu . Bukan telan tak kunyah , gua kunyah okay .

Tadi Kak Jora ada cakap dengan gua , tak elok makan selalu . Dia kata nanti effect masa tua gua nanti . Nanti gua dah berumur macam macam penyakit gua kena , kanser lah , diabetes lah , ish . Kalau boleh gua taknak kena semua tu , tapi gua memang tak boleh nak elak bila nampak asam feveret gua tu . Lagi satu gua ni dah lah ada amnesia . Cuma amnesia gua tu takde ah teruk mana , kategori  Retrograde Amnesia. Gua tahu bila gua makan asam tu , penyakit gua tu makin teruk , cuma tak timbul kesedaran . Haaa , apa nak jadi oi .

Cukup pasal Asam . Ni , tadi lepas lunch , gua pergi lah sesen minyak dengan harapan nak pam tayar kereta . Tapi gua tak tahu macam mana . Lagi satu gua tengok tayar gua mcm okay lagi , cuma pagi tadi Kak Jora yang suruh gua pam , so gua pergi lah . Last last gua call Baba tanya macam mana nak pam tayar kereta . Okay gua noob , memang first time pam tayar , HAHA . Yela , gua mana pernah bawak kereta sebelum nih , cuma baru baru je bulan 5 tahun lepas gua dapat Lesen . So , gua jadikan pengalaman tadi untuk pengajaran gua , lepas ni gua dah tahu macam mana nak pam tayar kereta , tak payah nak call Baba lagi . Hewhew :3

Okay then ,
Bye ,
Thanks sebab sudi baca post gua yang mengarut ni , HAHA :D