Thursday, January 17, 2013

hmm,

Assalamualaikum,

Hmm, gua tak tahu nak mengekspres kan perasaan gua ni macam mana. Gua betul-betul benci praktikal ni. Hari-hari takde benda nak buat, serius rasa macam bodoh je. Diorang buat aku macam tak wujud je kat ofis. Gua sedih gila kottt.

Okay ah, bye.

Sunday, January 13, 2013

Tolong Berubah.

Assalamualaikum,

Gua tanak cakap banyak. Gua nak biar lu orang nilai dia ni macam mana punya orang. Lu orang tau kan nak baca twitter guane, faham sendiri lah ye.

1

2

3

4

5

6

7

8

9


Gua tak tahu lu nak cari apa dalam hidup lu. Lu nak cari seseorang yang boleh faham lu, tapi lu tak pernah nak faham orang lain. Lu suka aibkan orang. Nampak tak Allah dah buka aib lu. Lu sendiri yang tunjuk. Gua tak salahkan ex lu yang dah takde dara tu, gua salahkan lu. Sebab mulut lu yang macam celaka. 

Dulu masa lu bercinta dengan ex lu bagai nak rak, bukan main b-baby bagai, cinta iloveyou semua, bila dah putus, lu maki caci dia macam dia takde maruah. Biarlah dia takde dara sekalipun, tapi tak perlu lah lu nak caci dia, jatuhkan maruah dia lagi. Semua orang pernah buat silap. Dia dah buat silap, terlanjur. Tak bermakna dia tak boleh berubah, dia masih ada masa untuk bertaubat, Allah Maha Pengampun. 

Dan, gua mintak sangat kat lu, tolong lah berubah. Kalau lu masih macam ni, sampai bila-bila pun lu takkan jumpa seseorang yang lu harapkan sangat. 

Friday, January 11, 2013

Melissa, Arshad dan Zura.

Hujan yang turun membasahi bumi menyebabkan Arshad Hakimi memperlahankan pemanduannya. Fikirannya melayang memikirkan hal semalam.

"Mummy nak Kimi kahwin dengan Zura," bentak Datin Nuraini.
"Tapi Mummy, Kimi cintakan orang lain." Tegas Arshad Hakimi.
"Kamu nak ikut cakap Mummy atau nak jadi anak derhaka?" Marah Datin Nuraini kerana berang dengan kata-kata Arshad Hakimi.
"Tapi Mummy, hmmm." Arshad Hakimi tidak meneruskan kata-katanya.

Lampu isyarat yang bertukar merah mematikan lamunan Arshad Hakimi.
"Arghh, apa aku nak cakap dekat Lisa ni!" Arshad Hakimi sambil menghentak tapak tangannya pada stereng kereta. Kemudian dia mengeluarkan Iphone 5 dan mendail nombor Melissa Natasha, kekasih hatinya.

Telefon diangkat.
"Hello sayang. Ada apa call I ni, rindu ea? Hikhik." Melissa menjawab telefon dengan suara yang lunak dan mengada-ngada.
"Hmm, I ada benda nak cakap dengan you, kita jumpa sekejap kat Anthony's Cafe, boleh?" Arshad Hakimi berkata dengan nada suara mendatar.
"Okay, I tunggu kat sana ye." Balas Melissa Natasha.

Arshad meneruskan pemanduannya menuju ke destinasi sambil menaikkan volume radio. Lagu kegemarannya nyanyian kumpulan Ungu, "Tercipta Untukku" sedang beralunan . Arshad Hakimi melayan perasaan.

Di Anthony's Cafe, kelihatan kelibat Melissa melambai-lambai ke arah Arshad Hakimi yang baru tiba. Melissa tampak begitu seksi dengan gaun paras peha dan bertali halus di bahu. Rambut pendek paras bahu dan wajah yang disolek tebal. Arshad Hakimi mengeluh. Sebaik melabuhkan punggung di kerusi , Arshad Hakimi berkata pada Melissa.

"Baby, kan I dah cakap jangan pakai macam ni lagi."
"Alaaa sayang, lepas kita kahwin, I janji I akan berubah, okay." Kata Melissa sambil menjeling manja pada Arshad Hakimi.
"Hmm, sebut pasal kahwin..." Belum sempat Arshad Hakimi menghabiskan kata-katanya , Melissa memotong .
"Kahwin? Sayang, you nak propose I ke? Awwww, sweetnya you." Melissa kelihatan begitu ceria.
"Eh tak, bukan. I nak cakap sesuatu. Hmm, Mummy suruh I kahwin dengan Zura. I don't even know her." Arshad Hakimi berkata dalam nada perlahan.
"WHAT?! HOW DARE YOUR MUMMY BUAT MACAM NI!" Jerit Melissa tanpa mempedulikan pelanggan lain yang memandang. "You tahu kan we are in love with each other, I only want to marry you sayang." Melissa menyambung.
"I know baby. I love you so much too. Tapi Mummy I yang paksa. Kalau tak,dia kata I anak derhaka." Jelas Arshad Hakimi yang gelisah melihat Melissa marah.

Sebenarnya Melissa beria-ia mahu mengahwini Arshad Hakimi adalah kerana harta keluarganya yang tujuh keturunan pun takkan habis. Perempuan zaman moden, cuma memikirkan harta berbanding ikhlas dalam perkahwinan. Malang buat Arshad Hakimi yang terjerat dengan Melissa. Arshad Hakimi tidak tahu rancangan sebenar Melissa selepas mereka berkahwin nanti . Tiba-tiba telefon bimbit Arshad Hakimi berdering. Nama Mummy tertera pada skrin.

"Hello Mummy, ada apa?" Arshad Hakimi menjawab dengan sopan.
"Kamu kat mana tu Kimi?" Tanya Datin Nuraini dalam nada serius.
"Emm, Kimi tengah minum dengan kawan ni." Jawab Arshad Hakimi yang serba salah kerana terpaksa menipu Datin Nuraini. Namun, Datin Nuraini lebih bijak meneka.
"Mummy tahu Kimi jumpa si Melissa tu kan. Balik sekarang. Ada hal Mummy nak bincang." Kata Datin Nuraini.
"Hmm, baiklah Mummy." Arshad Hakimi membalas. Talian telefon dimatikan.
"Baby, I terpaksa balik. Malam nanti I call you ye." Kata Arshad pada Melissa dan bergegas keluar daripada cafe.
"KIMI!!!" Jerit Melissa yang bengang dengan kelakuan Arshad Hakimi yang meninggalkannya sendirian.

Setiba sahaja Arshad Hakimi dirumah, Datin Nuraini sudah menunggu di ruang tamu bersama dua orang yang tidak dikenalinya. Arshad Hakimi menyalami Datin Nuraini dan kedua orang tetamu tersebut tanda hormat.

"Ni, Mummy kenalkan, Puan Sri Fauziah dan Tan Sri Jalal. Mereka berdua ni ibu bapa kepada bakal isteri kamu, Azura." Terang Datin Nuraini sebaik sahaja melihat ekspresi muka Arshad Hakimi yang kebingungan.

Arshad Hakimi terkejut kerana Mummy menjemput tetamu tersebut tanpa memberitahunya.

"Kami dah tetapkan tarikh perkahwinan kamu dengan Zura. Dua bulan lagi dan hujung bulan ni kamu akan bertunang." Datin Nuraini memberitahu Arshad Hakimi.

Malam itu Arshad Hakimi tidak menelefon Melissa kerana dia kusut memikirkan rancangan Mummy yang mahu dia dan Zura berkahwin. Padahal mereka langsung tidak mengenali antara satu sama lain. Dalam kesunyian malam, Arshad Hakimi terlena. Keesokkan paginya, Arshad Hakimi sedang bersarapan dengan Datin Nuraini.

"Mummy nak Kimi jangan jumpa dan berhubung dengan Si Melissa tu lagi, faham?" Kata Datin Nuraini.
Arshad Hakimi terkejut dengan kata-kata Datin Nuraini. "Tapi Mummy... " Arshad Hakimi tidak sempat meneruskan percakapannya, Datin Nuraini memotong dengan melemparkan beberapa keping gambar Melissa bermesra dengan seorang lelaki asing.

"Ni gambar Melissa yang Kimi sayang sangat tu. Molek sangat perangai, berpeluk-peluk dengan lelaki lain, macam ni nak jadi menantu Mummy?" Kata Datin Nuraini dalam keadaan marah.

Arshad menatap satu persatu gambar tersebut. Hatinya pedih. Tidak menyangka Melissa yang depercayai dan disayangi mengkhianati cintanya. Tengahari itu juga Arshad berjumpa dengan Melissa. Tanpa segan silu Melissa menampar Arshad dihadapan orang ramai.

"Ini untuk tinggalkan I sorang-sorang semalam dan tak call I malam tadi." Marah Melissa.

Arshad berang dengan tindakkan Melissa, membalas tamparan tersebut sambil menengking Melissa.

"Perempuan tak tahu malu, memang patut pun Mummy suruh aku kahwin dengan Zura." Pipi Melissa terasa panas akibat tamparan dan cacian daripada Arshad Hakimi. "Nasib baik Mummy buka mata aku, tunjuk perangai sebenar kau." Tempik Arshad Hakimi lalu meninggalkan Melissa yang terpinga-pinga. Sejak hari itu, Melissa berdendam dengan Arshad Hakimi. Dia bertekad untuk melakukan sesuatu.

Dua bulan berlalu.
Hari ini hari pernikahan Arshad Hakimi dengan Azura Jalal. Sedang mereka dalam perjalanan menuju ke masjid untuk upacara akad nikah, sebuah kereta hampir melanggar kenderaan mereka dan menyebabkan pemandu hilang kawalan dan kereta berpusing beberapa kali dan seterusnya berlanggar pula dengan treler yang sarat membawa besi. Arshad dan Zura mati serta merta akibat pelanggaran tersebut.


Tidak berapa jauh dari kemalangan tersebut, Melissa tersenyum puas.








Monday, January 07, 2013

Reza dan Fina


*tet tet tet tet*

Bunyi telefon bimbit Fina tanda SMS masuk. Dia terus menerpa ke arah telefon bimbitnya di katil. Fina melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya, Reza.
"Fina jom makan , Reza lapar lah."
Lantas dibalas SMS tersebut.
"Erm , Fina pun lapar jugak ni. Jom lah"
"Okay, Reza datang amik Fina kat rumah , cepat siap."

Jam menunjukkan pukul 10 malam. 5 minit kemudian, Reza sampai di hadapan rumah Fina. Fina masuk ke dalam perut kereta.

"Maaflah, Reza bawak kereta buruk je."
Fina tertawa dengan kuat tanpa sengaja sambil berkata,
"Ha'a memang buruk pun kereta ni, siot je."

Sebenarnya waktu itu Reza datang dengan kereta Honda CRZ. Fina sudah biasa dengan gurauan Reza dan sikap Reza yang merendah diri walaupun dibesarkan dalam keluarga yang berada. Mereka sudah berkawan baik sejak dari sekolah menengah lagi. Fina berasal dari keluarga sederhana, namun Reza selesa berkawan dengan Fina, yang dianggap 'masuk air' sepertinya .

"Fina nak makan kat mana?" Tanya Reza .
"Tempat biasa lah, McD. Kali ni turn Reza pulak belanja ek" Fina berkata sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang menjadi pemanis wajahnya.
"Orite Madam, McD pun McD lah, haha." Kata Reza sambil menderum laju menuju ke McDonald Bukit Tinggi.
Sepanjang perjalanan, Fina tidak berhenti bercerita tentang karenah rakan sekerjanya yang suka mengusiknya dengan Bos mereka. Hati Reza tiba-tiba terasa pedih. Fina tiba tiba berhenti bercerita selepas melihat perubahan pada wajah Reza. Tidak berani bertanya, Fina terus mendiamkan diri sehingga tiba di destinasi.

Di McDonald selepas membayar makanan, Fina mencari tempat duduk kegemaran mereka yang selalu menjadi port lepak mereka sambil Reza membawa makanan.
"Reza, cepatlah sikit, Fina lapar ni." Sungut Fina.
"Ye ye, kejap lah, berat tau dulang ni, banyak pula Fina pesan ea, saja nak buli Reza." Kata Reza sambil membawa dulang dengan berhati hati.
"Hehe, padan muka. Sebab hari tu kita lepak sama Reza tanak tolong pun Fina bawak plastik banyak banyak tu, dah lah berat." Balas Fina.
Malam itu riuh rendah restoran McDonald dengan suara mereka berdua bergurau, bergelak tawa. Hati Fina berasa bahagia ketika disamping Reza.

"Terima kasih Reza untuk malam ni" Kata Fina
"Sama-sama, okay lah, dah lewat ni, Fina pergi masuk dalam cepat, nanti ada hantu ikut, hahaha." Gurau Reza sambil tertawa melihat ekspresi muka Fina yang tiba-tiba berubah menjadi pucat apabila perkataan hantu disebutnya.
"Eeeii, jahatnya Reza ni, saja nak takutkan Fina kan." Kata Fina sambil membuat mulut muncung.
"Dah, tak payah nak buat muncung 14 Fina tu lah. Reza tarik, Reza ikat kang dengan getah sayur, haha." Balas Reza sambil membuat gaya mengikat mulut Fina.
"Hahaha, okay tak buat dah. Selamat malam Reza, hati-hati memandu balik tu." Pesan Fina setiap kali Reza hendak memandu.
"Baiklah, Selamat Malam Fina." Reza berkata sambil tersenyum.
Reza terus menekan minyak kereta meninggalkan perkarangan rumah Fina. Senyuman Reza tadi terbayang-bayang di mata Fina. Dia tersenyum bahagia.

Keesokkan harinya. Fina meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa. Jam di dinding pejabat Fina menunjukkan pukul 12.50 tengahari. Perut Fina sudah berkonsert lagu rock. Tiba tiba telefon bimbit Fina berbunyi tanda SMS masuk. Fina tersenyum apabila nama Reza tertera pada skrin.

"Fina, teman Reza lunch hari ni boleh?"
Fina menekan punat telefon bimbitnya dengan pantas membalas SMS Reza.
"Hmm, boleh je. Reza nak makan kat mana? Perut Fina pun dah berkonsert rock ni" Kemudian, butang 'Sent' ditekan.
Selang 2 minit SMS Reza pun masuk.
"Kita makan kat tempat biasa lah, Reza datang pejabat Fina, 10 minit sampai." Begitulah bunyi SMS Reza.
"Okay" Balas Fina, ringkas.

Ketika Fina sedang menikmati makanan, dia perasan Reza tidak menjamah burger yang dipesannya, tetapi hanya memerhati Fina makan. Kunyahan Fina terhenti.
"Reza, kenapa tak makan? Tadi kata suruh Fina teman Reza lunch, tapi Reza yang tak makan." Tegur Fina.
"Sebenarnya ada benda yang Reza nak cakap ni." Reza berkata dengan ekspresi muka serius.
"Emm, apa dia?" Balas Fina.
"Errr , Reza... Reza... Sebenarnya Reza dah jatuh hati kat Fina sejak mula-mula kita tak sengaja terlanggar kat sekolah dulu." Reza berterus-terang kepada Fina. "Reza dah tak boleh nak simpan perasaan ni lama-lama, maafkan Reza kalau Fina marah Reza berterus-terang begini, semua ni jujur dari hati Reza." Reza memandang tepat pada mata Fina.
Fina terkesima. Air mata tiba-tiba memenuhi tubir mata Fina. Dia sendiri tertanya adakah ini air mata kegembiraan atau air mata sedih. Rupanya Reza merasakan perasaan yang sama dia rasakan sejak dahulu lagi. 7 tahun mereka berkawan, selama itulah mereka berdua memendam rasa.

"Tak Reza. Fina tak marah, malah Fina bahagia." Kata Fina sambil mengelap air matanya yang jatuh walau cuba ditahan.
"Betul ?" Tanya Reza untuk kepastian lagi.
"Iye Reza, Fina pun suka dan sayang dekat Reza sejak dari dulu lagi." Jawab Fina.
Lantas tangan Reza menyeluk poket seluarnya, mengeluarkan sebuah kotak kecil berbentuk hati.
"Kita kahwin ya Fina, sudi tak Fina menjadi teman hidup Reza sehingga ke akhir hayat?"
Air mata Fina terus mengalir laju di pipinya, terharu dan gembira.
"Ya Reza, Fina sudi, sehingga ke akhir hayat." Jawab Fina sambil teresak.

Pulang dari makan tengahari, Reza menghantar Fina pulang ke pejabat. Hari itu merupakan hari paling bahagia bagi Fina.

10 minit kemudian. Lagu 'One More Night' berkumandang di telefon bimbit Fina dan nama Reza tertera. Fina bermonolog sendirian "Aik, takkan dah rindu kot, hehe." Telefon dijawab.
"Hello Reza, takkan dah rindu Fina, baru kejap tadi jumpa." Fina berkata.
Namun ada yang aneh dirasakan Fina, bukan suara Reza yang bercakap di talian.
"Maaf, adakah ini Cik Fina?" Kata suara asing itu.
"Ya , ini Fina, siapa kamu?" Fina semakin tidak sedap hati.
"Panggilan anda merupakan panggilan terakhir di telefon bimbit Encik Reza Ilham. Saya seorang pegawai polis yang bertugas di tempat kejadian ingin memberitahu bahawa Encik Reza Ilham terlibat dalam satu kemalangan dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh anggota badannya." Terang pegawai polis tersebut.
Wajah Fina bertukar pucat dan air mata mengalir dengan lajunya. Fina menangis teresak-esak tanpa menghiraukan rakan sepejabatnya yang pelik melihat keadaannya.
"Innalillahiwainnailaihirojiun" Hanya itu yang mampu Fina ucapkan dalam tangisannya.




p/s: Tak semua orang ada happy ending.
Thank you for reading :)
*hugs*






Wednesday, January 02, 2013

asam , Pam Tayar .

Assalamualaikum ,

Berdirinya gua disini adalah untuk , HAHAHA . Perasan jadi PM sekejap . Gua cuma nak cakap pasal Asam . Kalau lu orang nak tau , gua ni hantu asam . Tapi tak semua asam gua makan , gua cuma makan Asam Prune . Memang feveret gua dengan Baba . Kalau nak pergi jalan jauh je macam balik JB atau KL . Wajib beli asam tu . Semalam gua pergi pasar malam , beli sampai 2 bungkus . Heee , nasfu tu nafsu .

Balik rumah dengan rakusnya macam tak makan sebulan gua telan asam tu . Bukan telan tak kunyah , gua kunyah okay .

Tadi Kak Jora ada cakap dengan gua , tak elok makan selalu . Dia kata nanti effect masa tua gua nanti . Nanti gua dah berumur macam macam penyakit gua kena , kanser lah , diabetes lah , ish . Kalau boleh gua taknak kena semua tu , tapi gua memang tak boleh nak elak bila nampak asam feveret gua tu . Lagi satu gua ni dah lah ada amnesia . Cuma amnesia gua tu takde ah teruk mana , kategori  Retrograde Amnesia. Gua tahu bila gua makan asam tu , penyakit gua tu makin teruk , cuma tak timbul kesedaran . Haaa , apa nak jadi oi .

Cukup pasal Asam . Ni , tadi lepas lunch , gua pergi lah sesen minyak dengan harapan nak pam tayar kereta . Tapi gua tak tahu macam mana . Lagi satu gua tengok tayar gua mcm okay lagi , cuma pagi tadi Kak Jora yang suruh gua pam , so gua pergi lah . Last last gua call Baba tanya macam mana nak pam tayar kereta . Okay gua noob , memang first time pam tayar , HAHA . Yela , gua mana pernah bawak kereta sebelum nih , cuma baru baru je bulan 5 tahun lepas gua dapat Lesen . So , gua jadikan pengalaman tadi untuk pengajaran gua , lepas ni gua dah tahu macam mana nak pam tayar kereta , tak payah nak call Baba lagi . Hewhew :3

Okay then ,
Bye ,
Thanks sebab sudi baca post gua yang mengarut ni , HAHA :D


Tuesday, January 01, 2013

New Year , Bertunang dan Birthday :)

Assalamualaikum ,


Maaf maaf sebab dah lama gua tak update blog yang usang reput tinggal masa nak roboh je . Seperti yang lu orang semua excited sekali , kita dah pun masuk tahun 2013 . Ah , sekejapnya . Elehhh , sekarang kata lah sekejap , tahun lepas bukan main mulut kata "Lambatnya nak masuk tahun 2013 . KAN ? Gua takde azam baru ke , azam lama ke , sebab gua tak percaya pun dengan azam azam ni , otak set nak berazam itu lah ini lah , tapi perlakuan tu takde pun . Tak buat pun macam mana yang lu orang set . Gua tahu lah . Tapi ada ke orang yang berazam nak kahwin tahun 2013 nih ? HAHA .

Malam tadi tepatnya pukul 12 , mercun tak berhenti henti pung pang pung pang bom bom semua . Gua tau lu orang excited doe , tapi jangan lah main depan rumah gua . Gua masa tu dah tidur kottt . Gua tidur awal semalam sebab hari ni gua KERJA . Tahu tak KERJA ? Penat bak hang tak boleh cakap lah . Terganggu tidur gua . Lepas tu mesej daripada kawan kawan masuk kata "Happy New Year" lah , "Selamat Tahun Baru" lah . Memang tak lah gua nak reply , gua mengantuk weyy . Tapi bukan gua tak suka , gua hargai mesej mesej tu , yelah at least ada lah jugak orang ingat kat gua kan . (Sadlife)

Cukup pasal tahun baru . Sekarang gua nak cakap pasal cousin gua punya "Engagement Ceremony" . Okay , apa yang gua boleh cakap , sangat meriah . Hari jumaat lepas 28/12/2012 , lepas je habis kerja gua terus bertolak balik Muar dari ofis kat Yong Peng . Sampai rumah , gua kemas kemas baju yang patut dibawak . Pagi sabtu , gua balik kampung rumah atok , amik atok lepas tu satu family bertolak ke Kuala Lumpur . Yeaaahh ! Dalam pukul 3 lebih gua sampai lah kat rumah cousin gua kat Ampang . Tahu tak betapa excited-nya gua bila sampai kat rumah cousin gua . Sebab gua dapat jumpa semua cousin gua yang sama gila dengan gua . HAHA ,

Family gua , family Cik ItaBob dengan atok duduk kat homestay yang tak berapa nak jauh dari rumah cousin gua . Yelaaa takkan nak sumbat kat rumah Makngah gua semua , tak muat oi . Nak tengok tak pelamin dia ? Cantik gila doe .

Ni baru pelamin bertunang , gua tak tahu waktu nikah nanti macam mana .

Okay malam sabtu tu pulak , Along (cousin gua yang bertunang tu) suruh gua gantungkan tanglung kat depan rumah . Okayy , tanglung tu kaler pink putih , cantik . Gua dengan rela hati nya pun tolong lah yang cousin gua suruh buat tu . Banyak gila kot . 

Gua tak tahu total dia berapa , gua buat je sampai siap . 

Tapi , bukan setakat gemukkan dia je . Gua kena ikat benang kat pin dan tanglung tu . Pehh , part tu susah gila . Benang tu dah lah halus . Nasib baik Shikin tolong gua . Kalau tak , tak siap lah tanglung tu . Lepas je siap tanglung tu , gua keluar gi lepak dengan Iwan , adik Along . Masa tu dah pukul 2.30pagi , haha . Dia bawak pergi Bukit Ampang . The view , lu orang tak payah nak terlopong lah , memang cantik sangat . No wonder lah ramai suka lepak situ . Sayangnya , gua tak sempat nak amik gambar view dia . So kesian . Biar lah orang nak kata gua noob ke , apa ke . Tu first time gua sampai sana . Hee :D

Keesokkan paginya , hari Ahad . Majlis mula pukul 11 , gua bangun pukul 9 . Yeahh . Lepas tu kelam kabut tak siap lagi , tak mandi lah , tak gosok baju lah . Nasib baik gua ni pantas dan efisien . Kejap je gua siap . HAHA . Too bad , gua tak sempat nak amik gambar baju yang gua pakai hari tu . Alhamdulillah Along dah sah jadi tunang orang . Majlis pernikahan InsyaAllah akan berlangsung 14hb Jun 2013 , resepsi 15hb Jun 2013 . Harap harap semua akan berjalan dengan lancar , Amin :) Tahniah Along . 

Dan ini ada lah sebahagian daripada keluarga besar gua :)

the super-crazy-cousins





The Awesome Us :D


Gua bila lagi ? HAHAHA , lambat lagi , tak terfikir pun . Calon pun takde . 

Oh ya , birthday gua baru je lepas dalam 3 hari yang lepas . 29 Disember 2012 . Woaa , lambat kan ? Kawan kawan gua semua dah masuk 20 tahun , gua baru nak masuk 19 tahun, so kesian . Tahun ni tak sambut birthday pun macam tahun lepas , tak sambut gak . It's okay lah , gua dah besar . Takde cake pun takpe . Cukup lah dapat birthday wish daripada orang orang yang gua sayang . Thank you for all the wishes . I really appreciate it :) Hee, 

Okay then , 
Bye . 
Thank you for reading :)