Friday, January 11, 2013

Melissa, Arshad dan Zura.

Hujan yang turun membasahi bumi menyebabkan Arshad Hakimi memperlahankan pemanduannya. Fikirannya melayang memikirkan hal semalam.

"Mummy nak Kimi kahwin dengan Zura," bentak Datin Nuraini.
"Tapi Mummy, Kimi cintakan orang lain." Tegas Arshad Hakimi.
"Kamu nak ikut cakap Mummy atau nak jadi anak derhaka?" Marah Datin Nuraini kerana berang dengan kata-kata Arshad Hakimi.
"Tapi Mummy, hmmm." Arshad Hakimi tidak meneruskan kata-katanya.

Lampu isyarat yang bertukar merah mematikan lamunan Arshad Hakimi.
"Arghh, apa aku nak cakap dekat Lisa ni!" Arshad Hakimi sambil menghentak tapak tangannya pada stereng kereta. Kemudian dia mengeluarkan Iphone 5 dan mendail nombor Melissa Natasha, kekasih hatinya.

Telefon diangkat.
"Hello sayang. Ada apa call I ni, rindu ea? Hikhik." Melissa menjawab telefon dengan suara yang lunak dan mengada-ngada.
"Hmm, I ada benda nak cakap dengan you, kita jumpa sekejap kat Anthony's Cafe, boleh?" Arshad Hakimi berkata dengan nada suara mendatar.
"Okay, I tunggu kat sana ye." Balas Melissa Natasha.

Arshad meneruskan pemanduannya menuju ke destinasi sambil menaikkan volume radio. Lagu kegemarannya nyanyian kumpulan Ungu, "Tercipta Untukku" sedang beralunan . Arshad Hakimi melayan perasaan.

Di Anthony's Cafe, kelihatan kelibat Melissa melambai-lambai ke arah Arshad Hakimi yang baru tiba. Melissa tampak begitu seksi dengan gaun paras peha dan bertali halus di bahu. Rambut pendek paras bahu dan wajah yang disolek tebal. Arshad Hakimi mengeluh. Sebaik melabuhkan punggung di kerusi , Arshad Hakimi berkata pada Melissa.

"Baby, kan I dah cakap jangan pakai macam ni lagi."
"Alaaa sayang, lepas kita kahwin, I janji I akan berubah, okay." Kata Melissa sambil menjeling manja pada Arshad Hakimi.
"Hmm, sebut pasal kahwin..." Belum sempat Arshad Hakimi menghabiskan kata-katanya , Melissa memotong .
"Kahwin? Sayang, you nak propose I ke? Awwww, sweetnya you." Melissa kelihatan begitu ceria.
"Eh tak, bukan. I nak cakap sesuatu. Hmm, Mummy suruh I kahwin dengan Zura. I don't even know her." Arshad Hakimi berkata dalam nada perlahan.
"WHAT?! HOW DARE YOUR MUMMY BUAT MACAM NI!" Jerit Melissa tanpa mempedulikan pelanggan lain yang memandang. "You tahu kan we are in love with each other, I only want to marry you sayang." Melissa menyambung.
"I know baby. I love you so much too. Tapi Mummy I yang paksa. Kalau tak,dia kata I anak derhaka." Jelas Arshad Hakimi yang gelisah melihat Melissa marah.

Sebenarnya Melissa beria-ia mahu mengahwini Arshad Hakimi adalah kerana harta keluarganya yang tujuh keturunan pun takkan habis. Perempuan zaman moden, cuma memikirkan harta berbanding ikhlas dalam perkahwinan. Malang buat Arshad Hakimi yang terjerat dengan Melissa. Arshad Hakimi tidak tahu rancangan sebenar Melissa selepas mereka berkahwin nanti . Tiba-tiba telefon bimbit Arshad Hakimi berdering. Nama Mummy tertera pada skrin.

"Hello Mummy, ada apa?" Arshad Hakimi menjawab dengan sopan.
"Kamu kat mana tu Kimi?" Tanya Datin Nuraini dalam nada serius.
"Emm, Kimi tengah minum dengan kawan ni." Jawab Arshad Hakimi yang serba salah kerana terpaksa menipu Datin Nuraini. Namun, Datin Nuraini lebih bijak meneka.
"Mummy tahu Kimi jumpa si Melissa tu kan. Balik sekarang. Ada hal Mummy nak bincang." Kata Datin Nuraini.
"Hmm, baiklah Mummy." Arshad Hakimi membalas. Talian telefon dimatikan.
"Baby, I terpaksa balik. Malam nanti I call you ye." Kata Arshad pada Melissa dan bergegas keluar daripada cafe.
"KIMI!!!" Jerit Melissa yang bengang dengan kelakuan Arshad Hakimi yang meninggalkannya sendirian.

Setiba sahaja Arshad Hakimi dirumah, Datin Nuraini sudah menunggu di ruang tamu bersama dua orang yang tidak dikenalinya. Arshad Hakimi menyalami Datin Nuraini dan kedua orang tetamu tersebut tanda hormat.

"Ni, Mummy kenalkan, Puan Sri Fauziah dan Tan Sri Jalal. Mereka berdua ni ibu bapa kepada bakal isteri kamu, Azura." Terang Datin Nuraini sebaik sahaja melihat ekspresi muka Arshad Hakimi yang kebingungan.

Arshad Hakimi terkejut kerana Mummy menjemput tetamu tersebut tanpa memberitahunya.

"Kami dah tetapkan tarikh perkahwinan kamu dengan Zura. Dua bulan lagi dan hujung bulan ni kamu akan bertunang." Datin Nuraini memberitahu Arshad Hakimi.

Malam itu Arshad Hakimi tidak menelefon Melissa kerana dia kusut memikirkan rancangan Mummy yang mahu dia dan Zura berkahwin. Padahal mereka langsung tidak mengenali antara satu sama lain. Dalam kesunyian malam, Arshad Hakimi terlena. Keesokkan paginya, Arshad Hakimi sedang bersarapan dengan Datin Nuraini.

"Mummy nak Kimi jangan jumpa dan berhubung dengan Si Melissa tu lagi, faham?" Kata Datin Nuraini.
Arshad Hakimi terkejut dengan kata-kata Datin Nuraini. "Tapi Mummy... " Arshad Hakimi tidak sempat meneruskan percakapannya, Datin Nuraini memotong dengan melemparkan beberapa keping gambar Melissa bermesra dengan seorang lelaki asing.

"Ni gambar Melissa yang Kimi sayang sangat tu. Molek sangat perangai, berpeluk-peluk dengan lelaki lain, macam ni nak jadi menantu Mummy?" Kata Datin Nuraini dalam keadaan marah.

Arshad menatap satu persatu gambar tersebut. Hatinya pedih. Tidak menyangka Melissa yang depercayai dan disayangi mengkhianati cintanya. Tengahari itu juga Arshad berjumpa dengan Melissa. Tanpa segan silu Melissa menampar Arshad dihadapan orang ramai.

"Ini untuk tinggalkan I sorang-sorang semalam dan tak call I malam tadi." Marah Melissa.

Arshad berang dengan tindakkan Melissa, membalas tamparan tersebut sambil menengking Melissa.

"Perempuan tak tahu malu, memang patut pun Mummy suruh aku kahwin dengan Zura." Pipi Melissa terasa panas akibat tamparan dan cacian daripada Arshad Hakimi. "Nasib baik Mummy buka mata aku, tunjuk perangai sebenar kau." Tempik Arshad Hakimi lalu meninggalkan Melissa yang terpinga-pinga. Sejak hari itu, Melissa berdendam dengan Arshad Hakimi. Dia bertekad untuk melakukan sesuatu.

Dua bulan berlalu.
Hari ini hari pernikahan Arshad Hakimi dengan Azura Jalal. Sedang mereka dalam perjalanan menuju ke masjid untuk upacara akad nikah, sebuah kereta hampir melanggar kenderaan mereka dan menyebabkan pemandu hilang kawalan dan kereta berpusing beberapa kali dan seterusnya berlanggar pula dengan treler yang sarat membawa besi. Arshad dan Zura mati serta merta akibat pelanggaran tersebut.


Tidak berapa jauh dari kemalangan tersebut, Melissa tersenyum puas.








2 comments:

  1. Laluvtrelar tersebut berpusing pusing fan melanggar Melisa yang sedang tersenyum puas.

    YEAY!

    ReplyDelete
  2. Yeahhhh baru betul2 happy ending. Haha

    ReplyDelete