Monday, January 07, 2013

Reza dan Fina


*tet tet tet tet*

Bunyi telefon bimbit Fina tanda SMS masuk. Dia terus menerpa ke arah telefon bimbitnya di katil. Fina melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya, Reza.
"Fina jom makan , Reza lapar lah."
Lantas dibalas SMS tersebut.
"Erm , Fina pun lapar jugak ni. Jom lah"
"Okay, Reza datang amik Fina kat rumah , cepat siap."

Jam menunjukkan pukul 10 malam. 5 minit kemudian, Reza sampai di hadapan rumah Fina. Fina masuk ke dalam perut kereta.

"Maaflah, Reza bawak kereta buruk je."
Fina tertawa dengan kuat tanpa sengaja sambil berkata,
"Ha'a memang buruk pun kereta ni, siot je."

Sebenarnya waktu itu Reza datang dengan kereta Honda CRZ. Fina sudah biasa dengan gurauan Reza dan sikap Reza yang merendah diri walaupun dibesarkan dalam keluarga yang berada. Mereka sudah berkawan baik sejak dari sekolah menengah lagi. Fina berasal dari keluarga sederhana, namun Reza selesa berkawan dengan Fina, yang dianggap 'masuk air' sepertinya .

"Fina nak makan kat mana?" Tanya Reza .
"Tempat biasa lah, McD. Kali ni turn Reza pulak belanja ek" Fina berkata sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang menjadi pemanis wajahnya.
"Orite Madam, McD pun McD lah, haha." Kata Reza sambil menderum laju menuju ke McDonald Bukit Tinggi.
Sepanjang perjalanan, Fina tidak berhenti bercerita tentang karenah rakan sekerjanya yang suka mengusiknya dengan Bos mereka. Hati Reza tiba-tiba terasa pedih. Fina tiba tiba berhenti bercerita selepas melihat perubahan pada wajah Reza. Tidak berani bertanya, Fina terus mendiamkan diri sehingga tiba di destinasi.

Di McDonald selepas membayar makanan, Fina mencari tempat duduk kegemaran mereka yang selalu menjadi port lepak mereka sambil Reza membawa makanan.
"Reza, cepatlah sikit, Fina lapar ni." Sungut Fina.
"Ye ye, kejap lah, berat tau dulang ni, banyak pula Fina pesan ea, saja nak buli Reza." Kata Reza sambil membawa dulang dengan berhati hati.
"Hehe, padan muka. Sebab hari tu kita lepak sama Reza tanak tolong pun Fina bawak plastik banyak banyak tu, dah lah berat." Balas Fina.
Malam itu riuh rendah restoran McDonald dengan suara mereka berdua bergurau, bergelak tawa. Hati Fina berasa bahagia ketika disamping Reza.

"Terima kasih Reza untuk malam ni" Kata Fina
"Sama-sama, okay lah, dah lewat ni, Fina pergi masuk dalam cepat, nanti ada hantu ikut, hahaha." Gurau Reza sambil tertawa melihat ekspresi muka Fina yang tiba-tiba berubah menjadi pucat apabila perkataan hantu disebutnya.
"Eeeii, jahatnya Reza ni, saja nak takutkan Fina kan." Kata Fina sambil membuat mulut muncung.
"Dah, tak payah nak buat muncung 14 Fina tu lah. Reza tarik, Reza ikat kang dengan getah sayur, haha." Balas Reza sambil membuat gaya mengikat mulut Fina.
"Hahaha, okay tak buat dah. Selamat malam Reza, hati-hati memandu balik tu." Pesan Fina setiap kali Reza hendak memandu.
"Baiklah, Selamat Malam Fina." Reza berkata sambil tersenyum.
Reza terus menekan minyak kereta meninggalkan perkarangan rumah Fina. Senyuman Reza tadi terbayang-bayang di mata Fina. Dia tersenyum bahagia.

Keesokkan harinya. Fina meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa. Jam di dinding pejabat Fina menunjukkan pukul 12.50 tengahari. Perut Fina sudah berkonsert lagu rock. Tiba tiba telefon bimbit Fina berbunyi tanda SMS masuk. Fina tersenyum apabila nama Reza tertera pada skrin.

"Fina, teman Reza lunch hari ni boleh?"
Fina menekan punat telefon bimbitnya dengan pantas membalas SMS Reza.
"Hmm, boleh je. Reza nak makan kat mana? Perut Fina pun dah berkonsert rock ni" Kemudian, butang 'Sent' ditekan.
Selang 2 minit SMS Reza pun masuk.
"Kita makan kat tempat biasa lah, Reza datang pejabat Fina, 10 minit sampai." Begitulah bunyi SMS Reza.
"Okay" Balas Fina, ringkas.

Ketika Fina sedang menikmati makanan, dia perasan Reza tidak menjamah burger yang dipesannya, tetapi hanya memerhati Fina makan. Kunyahan Fina terhenti.
"Reza, kenapa tak makan? Tadi kata suruh Fina teman Reza lunch, tapi Reza yang tak makan." Tegur Fina.
"Sebenarnya ada benda yang Reza nak cakap ni." Reza berkata dengan ekspresi muka serius.
"Emm, apa dia?" Balas Fina.
"Errr , Reza... Reza... Sebenarnya Reza dah jatuh hati kat Fina sejak mula-mula kita tak sengaja terlanggar kat sekolah dulu." Reza berterus-terang kepada Fina. "Reza dah tak boleh nak simpan perasaan ni lama-lama, maafkan Reza kalau Fina marah Reza berterus-terang begini, semua ni jujur dari hati Reza." Reza memandang tepat pada mata Fina.
Fina terkesima. Air mata tiba-tiba memenuhi tubir mata Fina. Dia sendiri tertanya adakah ini air mata kegembiraan atau air mata sedih. Rupanya Reza merasakan perasaan yang sama dia rasakan sejak dahulu lagi. 7 tahun mereka berkawan, selama itulah mereka berdua memendam rasa.

"Tak Reza. Fina tak marah, malah Fina bahagia." Kata Fina sambil mengelap air matanya yang jatuh walau cuba ditahan.
"Betul ?" Tanya Reza untuk kepastian lagi.
"Iye Reza, Fina pun suka dan sayang dekat Reza sejak dari dulu lagi." Jawab Fina.
Lantas tangan Reza menyeluk poket seluarnya, mengeluarkan sebuah kotak kecil berbentuk hati.
"Kita kahwin ya Fina, sudi tak Fina menjadi teman hidup Reza sehingga ke akhir hayat?"
Air mata Fina terus mengalir laju di pipinya, terharu dan gembira.
"Ya Reza, Fina sudi, sehingga ke akhir hayat." Jawab Fina sambil teresak.

Pulang dari makan tengahari, Reza menghantar Fina pulang ke pejabat. Hari itu merupakan hari paling bahagia bagi Fina.

10 minit kemudian. Lagu 'One More Night' berkumandang di telefon bimbit Fina dan nama Reza tertera. Fina bermonolog sendirian "Aik, takkan dah rindu kot, hehe." Telefon dijawab.
"Hello Reza, takkan dah rindu Fina, baru kejap tadi jumpa." Fina berkata.
Namun ada yang aneh dirasakan Fina, bukan suara Reza yang bercakap di talian.
"Maaf, adakah ini Cik Fina?" Kata suara asing itu.
"Ya , ini Fina, siapa kamu?" Fina semakin tidak sedap hati.
"Panggilan anda merupakan panggilan terakhir di telefon bimbit Encik Reza Ilham. Saya seorang pegawai polis yang bertugas di tempat kejadian ingin memberitahu bahawa Encik Reza Ilham terlibat dalam satu kemalangan dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh anggota badannya." Terang pegawai polis tersebut.
Wajah Fina bertukar pucat dan air mata mengalir dengan lajunya. Fina menangis teresak-esak tanpa menghiraukan rakan sepejabatnya yang pelik melihat keadaannya.
"Innalillahiwainnailaihirojiun" Hanya itu yang mampu Fina ucapkan dalam tangisannya.




p/s: Tak semua orang ada happy ending.
Thank you for reading :)
*hugs*






1 comment:

  1. i hate sad ending with someone die. that's suck ya know.

    ReplyDelete