Thursday, February 21, 2013










Hari ni aku MARAH dan bengang sangat sampai tahap mata aku berair.







Nasi Lauk Ikan Keli Sayur Togeh dan Harlem Shake.


 Assalamualaikum,

Okay, beberapa hari yang lepas gua pergi Lunch dengan Teha. Kedai makan ni baru 2 kali gua singgah. Masa mula-mula makan kat situ, murah. Tapi kali kedua gua makan, pehh. Apesal tetiba mahal. Nasi putih, ikan keli dengan taugeh je RM5.50. Ohh, sangat tidak berbaloi. Tapi tu bukan nasi gua, ada orang kirim kat gua. Gua tolong belikan je. Tapi memang tak patutlah, setakat lauk tu je, tak campur air. Nasi gua tadi, ayam masak kicap, sambal belacan sikit, sayur kobis campur faveret gua. Tapi dah rezeki gua hari tu ada orang nak tolong bayarkan, gua Alhamdulillah je. Rezeki hari Isnin. Mungkin sebab hari tu gua banyak senyum kot. Orang kata rajin senyum murah rezeki. Wuuuu,

Dan kepada makcik Pakcik yang berniaga di luar sana, saya sebagai pengguna/pelanggan harap makcik pakcik jangan letak harga makanan sesuka hati. Nanti takde orang nak datang kedai baru tahu. Tapi gua bukan nak doakan yang tak baik untuk makcik pakcik tu, gua doakan perniagaan dionrang bertambah maju dengan adanya penurunan harga makanan. Hak Makan Hak Saya! Customer Always Right! HAHAHA.

Oh ya, sekarang kan tengah hangat hangat tahi ayam, ehh silap, tengah terhangat di laman sosial pasal The Harlem Shake. Kalau lu orang nak tahu, Harlem Shake adalah tarian yang asalnya bermula di Harlem, New York, pada tahun 1981. Ia adalah berdasarkan pada tarian Ethiopia iaitu "Eskista." Sejak permulaan lagi lagu tu dah merebak ke kawasan-kawasan lain di bandar dan menjadi popular dalam video muzik. Pencipta tarian tersebut adalah "Al B", seorang penduduk Harlem. Pada asalnya tarian tersebut dipanggil "Albee" dalam Rucker dan Harlem, tetapi kemudiannya menjadi dikenali sebagai Shake Harlem. Al B ni mula ber-shake-shake sejak dari tahun 1981. Sampai lah tahun 2001, lagu tu meletup. Terus jadi terhangat di pasaran. Woot Woot.

Kata-kata Al B mengenai tarian Harlem Shake tersebut; Beliau berkata ia datang dari orang-orang Mesir Purba dan menggambarkan ia sebagai apa yang mumia pernah lakukan. Kerana mereka semua dibalut sehingga mereka tidak boleh bergerak, apa yang mereka boleh lakukan hanyalah menggoncangkan badan. LOOOLLL! Lawaknya. Mummies can dance wey.

Tapi lepas ni tak tahu lah pulak kontroversi apa keluar pasal lagu nih. haram tu, haram ni. LOL.

Bye then :)



Saturday, February 16, 2013

Kelemumur a.k.a Snow

Assalamualaikum,

Lu orang tahu kan apa tu kelemumur/dandruff. Tapi kalau lu orang susah nak sebut, gua guna perkataan lain. Gua sebut "Snow". HAHA, siapa kata kat Malaysia takde snow? Ada je, kat kepala orang-orang tertentu. Dan salah seorangnya ada gua. Benda yang paling gua benci adalah 'snow'. Its like eeeuuuwwww. Semua gara-gara gua salah guna syampu. Erk. 'Snow' ni akan buat lu orang garu kepala tak berhenti. Serius gua cakap lu.

Haaa, macam ni lah.
Sumber Cik Google


Sebenarnya gua dah kehabisan syampu yang selalu gua guna. Gua guna syampu Sunsilk yang warna hijau tu. "Sunsilk Lively Clean & Fresh". Sebab gua pakai tudung, sunsilk jenis tu yang sesuai untuk rambut gua dan semua wanita yang bertudung. Bila gua pakai je syampu tu, kepala rasa segar.

Sumber Cik Google

Jadi untuk menganti syampu yang dah habis tu, gua guna sunsilk yang warna emas tu. Akibatnya, satu kepala gua ada 'snow'. The worst feeling ever! And I was like "Alaaaaa, menyesalnya guna syampu lain". Because of that, I have to scratch my head until it bleed. Ohh, its hurt mannn. 

Tapi sekarang gua dah okay, takde dah 'snow' atas kepala. Sebab gua guna treatment gua sendiri. Pakai manual punya, guna sikat untuk buang sikit-sikit 'snow' tu. Tapi bukan gua yang buat, gua paksa adik gua, Kemal buangkan 'snow' tu. hahaha. I'm a bad sister. 

 And now, weeee, I'm a happy girl. No more dandruff. Ada macam iklan tak? HAHA.

Okay then, 
bye.


The Stress Thing and WG

Assalamualaikum,

Hey hey hey h e y......... krik krik krik.

Gua tahu gua tahu. Ni gua update pun sebab gua balik rumah, cuti hujung minggu. Kan gua dah bagi tau hari tu, ofis gua kedekut tak bagi gua online blog semua. Semalam gua tak senyum langsung kat ofis, sebab gua takde mood. Gua stress dengan suasana kat ofis. Heloo, gua baru 19 tahun 2 bulan (sepatutnya 20 tahun), gua belum sedia nak kerja dalam suasana  ofis yang sentiasa tegang, staff yang fokus kat kerja je. Yeah I know, memang dah duduk ofis tu untuk kerja, tapi... Urghh, takde orang faham gua. Hmm,

Kenapalah poli menyusahkan gua dengan adakah Latihan Industri yang menyeksakan mental gua. Konon nak bagi pelajar rasa dan alami pengalaman sebenar alam pekerjaan. Gua rasa stress je, takde rasa seronok berkerja. Lain sangat dengan masa gua kerja kat Cafe, I was happy that time. Hmm, Encik Isma ada tegur gua hari tu, dia tanya gua sihat ke tak, sebab dia kata gua nampak kurus. Dan gua terus terang je dengan dia, gua cakap "Saya tak happy dekat sini, sebab tu kurus" DANGG!! Siapa je yang kerja hati tak senang boleh gemuk kan? Takde rasanya.

Khamis lepas (14 February), habis kerja ke pukul 5.30petang, punch out kad, masuk kereta. start enjin, gua terus gerak pergi rumah Aja. Sebab gua nak pulangkan pendrive dia yang gua pinjam. Kebetulan Esah pun ada, Esah sleepover kat rumah Aja. Gua drive ke rumah Aja dalam keadaan stress, sedih semua bermain dalam kepala gua. Oh ya, Khamis tu kat ofis gua kena tahan lagi dengan angin bos gua yang tak menentu. Everyday macam tu sebenarnya. Hati gua dah jerit-jerit mintak balik. Sampai timbul lagi sekali rasa putus asa tu.

Sampai je rumah Aja, gua lepak kejap, pastu Aja ajak keluar gi lepak Mamak, sebab Esah teringin nak makan Megi Goreng. Haa, kebetulan gua memang tengah lapar gila wey. Tapi lawak ah masa nak decide nak makan kat mana, Aja bagi dua pilihan, restoran biasa atau mamak, kat trafficlight baru betul-betul buat keputusan. Kedai Mamak tu tak jauh mana pun dengan rumah Aja. Sedap jugak wey megi goreng dia. Lepas ni gua nak lepak situ lagi. Weeee,

Masa gua dengan Aja Esah, semua stress gua hilang. Dengan Esah yang suka buat lawak, sebab tu gua sayang gila kat semua "WG" gua. Kawan dunia akhirat gua :")

*okay I almost cry typing this*

I Miss You Babes :"(

Okay,
Thank you for reading.

Sunday, February 10, 2013

Menangis.

Assalamualaikum,

Tetiba rasa nak update blog tengah-tengah pagi ni. Rasa nak meluahkan sesuatu. Lebih kurang macam pengakuan jugak.

Yes, gua ni anak manja. Kadang-kadang gua menangis pasal sesuatu yang simple pun. Gua rindu family, gua menangis. Gua takde mood, gua menangis. Gua stress, gua menangis. Kawan gua tetiba tanak cakap dengan gua, gua menangis. Bila gua tak dapat selesaikan satu masalah, gua menangis. Gua tak capai target untuk satu subjek kat poli, gua menangis. Gua tengok orang menangis, hati gua tetiba jadi tisu, menangis sama.

*pakai gua lu, tapi hati tisu*


Tapi satu je yang gua tak suka menangis. LELAKI. Tolong ah, gua memang takkan menangis pasal lelaki yang bukan suami gua. Tapi kalau gua menangis pasal lelaki, hati gua memang sakit sangat masa tu. Gua dah rasa sekali, sakit bro, sakit. Dan sampai sekarang gua dah malas nak fikir pasal lelaki. Nak bukak hati semula, memang susah. Kalau pasal kahwin, gua tak kisah dah. Kalau ada jodoh gua kat dunia ni adalah. Biar masa dan Allah yang tentukan segalanya :')

Saturday, February 09, 2013

KFC Yong Peng

Assalamualaikum,

Semalam 8/2/2013. Gua keluar dengan budak-budak praktikal kat ofis gua. Pergi KFC, amboii. Sebenarnya memang dah lama plan nak pergi, tapi tiap kali waktu lunch ada je hal. So, tengahari semalam lah kitorang free dan terus serbu KFC kat Yong Peng. Okay, kat Yong Peng ada KFC je, McD takde, harap maklum. Kira semalam "girls day out" lah kononnya. HAHA. Gua happy keluar dengan diorang.

Cuaca masa kitorang sampai dah mendung sikit. Ah lantak, bukan kitorang nak makan luar KFC pun kan, haha. Masuk je terus ke kaunter sambil buat muka kerang busuk, tersengih-sengih. Nasib baik akak kaunter tu relax je. So, gua order Snack plate dengan chezzy wedges je. Share dengan Fatnin. Sebab pagi tu kitorang dah makan heavy breakfast, sandwich dengan mihun. Fuuuuu~ Time nak bayar tu, gua bukak purse gua, amik kad diskaun siswa yang gua dapat tu. Diskaun 5% je, dalam 70 sen dia tolak. Sikit je pun, tapi 70 sen tu duit jugak kan. HAHAHA.

Lepas order siap, gua angkat dulang tu cari port best nak duduk. Port kitorang belakang-belakang sebelah cermin. Tak tahu lah pemandangan apa yang nak di tengok kat luar cermin, takde pape pun sebenarnya. HAHA.


Yang ungu nama Teha, yang biru nama Fatnin.

Gua suka tengok budak ni makan, comot habis. haha.

Yeahhh, chezzy wedges. Omomomomom :3

Tengok gua dengan Fatnin, so suwik like cokelat, HAHA.


At last, licin. Nampak tak betapa laparnya gua dengan Fatnin.


Lepas makan, ingat cuaca dah okay. Rupanya, ku sangka kan panas berpanjangan, rupanya hujan lebat mengundang...  HAHAHA. Kitorang tunggu lah depan KFC tu lama doe, nak pinjam payung orang, takde pulak. Pastu tetiba ada apek redah hujan guna kotak, gua dengan Fatnin dah pandang satu sama lain. Sumpah masa tu gua rasa lawak gila doe. gua ketawa kuat gila. Lantak ah orang pandang, It just so funny, bila gua dengan fatnin nak amik kotak tu buat meredah hujan. Last-last tak jadi amik kotak tu, pinjam payung ada mamat dua orang yang kebetulan nak masuk KFC. Diorang ada payung. Sebenarnya, kitorang nak tunggu hujan reda sikit, pastu redah hujan sebab aku parking kereta jauh gila. Yelah, tak expect pun akan hujan lebat macam tu kan. 

Masa nak ke kereta tu, gua sorang je lah. Fatnin dengan Teha tunggu depan KFC. Nak tahu air paras mana? Paras betis gua --' Dalam doe, gua dah lah pakai baju kurung, gua terpaksa angkat kain sampai paras lutut. haihh.

Teha tak perasan Fatnin amik gambar dia, HAHA.

Dah sampai ofis lepas lunch. SEJUK :/



Bye then :)



Remember, a smile can heals thousand of pain :)








Wednesday, February 06, 2013

Praktikal, Mamat Handsome.

Assalamualaikum,

Dah lama gua tak menaip. Bukan apa, gua takde masa nak online blog kat ofis memandangkan gua online guna henpon. henpon gua cikai je, tak boleh nak bukak blog. aha. Cuma boleh main facebook dengan twitter. PC kat ofis kedekut, tak bagi bukak facebook,blog, twitter. Diorang block, yela takut staff tak buat kerja, online je. yedok? HAHA,

Seperti yang kawan-kawan terdekat gua je yang tahu,  gua ada masalah dengan staff kat ofis gua sampai satu tahap gua menangis, gua nak berhenti praktikal sebab gua putus asa. Tapi lepas kawan-kawan gua pujuk gua takjadi nak berhenti. Gua tak pernah rasa putus asa sampai tahap nak berhenti tahu tak. Pehh, kira yang kes dengan staff ofis tu kritikal ah.

Tapi gua fikir jugak lepas tu, kalau gua berhenti macam rugi, sebab gua dah lah ada carry satu paper semester 5 nanti. Kalau gua berhenti LI nak kena amik semula dah menyusahkan. Kan kan kan? So, kesimpulannya, gua tak berhenti lah. *apalah aku merepek ni*

Cukup.

Lepas tu, 2 minggu lepas gua ada meeting dengan staff bahagian Civil. Dalam meeting tu ada sorang mamat handsome ah wey gua cakap lu. Umur dia dah 29 tahun. Kebetulan gua "Friend" dengan dia kat facebook *semua atas usaha Fatnin stalk cari profile dia. haha* Kebetulan lagi masa meeting tu dia tengah online, gua dengan selamba badaknya mintak nombor telefon dia guna "CHAT". Gua saje je pun, bukan gua minat dia pun. Hasilnyaaaaaaa *krik krik krik* Dia tak reply, HAHAHAHA. Tapi gua buat relax je. Alaaa, mentang-mentang handsome, tanak layan gua doe. Tau lah gua ni tak berapa nak lawa kan. Muka macam makcik-makcik. HAHA,

Hasil equation yang gua buat;

Mamat Handsome+ Dah Bekerja = Bajet semua orang minat dia.

HAHAHAHA,

Okay dah, bye.


Sunday, February 03, 2013

"JUST FRIEND"

This is the conversation between me and him on whatsapp. But we both are not a couple. Kawan je, tapi panggilan je merepek.

Me: Em b, siapa budak sekolah yang b cakap kat status facebook tu? Awek eaaaa?

Him: Oh, takde lah, saje je sakat budak tu, b tengah bosan. Tak kenal pun. Budak Seremban.

Me: Seremban? Dekat dah tu, boleh jadi awek. HAHA,

Him: Taknak lah, baru Form 3, budak kecik lagi. Apelah, baby jealous eaa? Hohoho.

Me: Hahaha, mana ada jealous.

Him: Yelah ni, cemburu ye. Alaa, dengan budak sekolah je pun, tak minat b.

Me: Buat apa nak jealous, kita bukan ada pape pun. Haa.

Him: Oh, mana tahu, b tak tahu hati baby kan kan kan.

Me: Baby pun tak tahu hati b.

Him: B chill je, no women no cry.

Me: Samalah, no men no cry. Hahaha.

Him: Copy cat --'


Oh, how wish you know. 
Lepas tu tetiba dia whatsapp, kata ex dia marah aku whatsapp dengan dia. EX okay EX. Chill bro.