Saturday, February 09, 2013

KFC Yong Peng

Assalamualaikum,

Semalam 8/2/2013. Gua keluar dengan budak-budak praktikal kat ofis gua. Pergi KFC, amboii. Sebenarnya memang dah lama plan nak pergi, tapi tiap kali waktu lunch ada je hal. So, tengahari semalam lah kitorang free dan terus serbu KFC kat Yong Peng. Okay, kat Yong Peng ada KFC je, McD takde, harap maklum. Kira semalam "girls day out" lah kononnya. HAHA. Gua happy keluar dengan diorang.

Cuaca masa kitorang sampai dah mendung sikit. Ah lantak, bukan kitorang nak makan luar KFC pun kan, haha. Masuk je terus ke kaunter sambil buat muka kerang busuk, tersengih-sengih. Nasib baik akak kaunter tu relax je. So, gua order Snack plate dengan chezzy wedges je. Share dengan Fatnin. Sebab pagi tu kitorang dah makan heavy breakfast, sandwich dengan mihun. Fuuuuu~ Time nak bayar tu, gua bukak purse gua, amik kad diskaun siswa yang gua dapat tu. Diskaun 5% je, dalam 70 sen dia tolak. Sikit je pun, tapi 70 sen tu duit jugak kan. HAHAHA.

Lepas order siap, gua angkat dulang tu cari port best nak duduk. Port kitorang belakang-belakang sebelah cermin. Tak tahu lah pemandangan apa yang nak di tengok kat luar cermin, takde pape pun sebenarnya. HAHA.


Yang ungu nama Teha, yang biru nama Fatnin.

Gua suka tengok budak ni makan, comot habis. haha.

Yeahhh, chezzy wedges. Omomomomom :3

Tengok gua dengan Fatnin, so suwik like cokelat, HAHA.


At last, licin. Nampak tak betapa laparnya gua dengan Fatnin.


Lepas makan, ingat cuaca dah okay. Rupanya, ku sangka kan panas berpanjangan, rupanya hujan lebat mengundang...  HAHAHA. Kitorang tunggu lah depan KFC tu lama doe, nak pinjam payung orang, takde pulak. Pastu tetiba ada apek redah hujan guna kotak, gua dengan Fatnin dah pandang satu sama lain. Sumpah masa tu gua rasa lawak gila doe. gua ketawa kuat gila. Lantak ah orang pandang, It just so funny, bila gua dengan fatnin nak amik kotak tu buat meredah hujan. Last-last tak jadi amik kotak tu, pinjam payung ada mamat dua orang yang kebetulan nak masuk KFC. Diorang ada payung. Sebenarnya, kitorang nak tunggu hujan reda sikit, pastu redah hujan sebab aku parking kereta jauh gila. Yelah, tak expect pun akan hujan lebat macam tu kan. 

Masa nak ke kereta tu, gua sorang je lah. Fatnin dengan Teha tunggu depan KFC. Nak tahu air paras mana? Paras betis gua --' Dalam doe, gua dah lah pakai baju kurung, gua terpaksa angkat kain sampai paras lutut. haihh.

Teha tak perasan Fatnin amik gambar dia, HAHA.

Dah sampai ofis lepas lunch. SEJUK :/



Bye then :)



Remember, a smile can heals thousand of pain :)








No comments:

Post a Comment