Sunday, February 10, 2013

Menangis.

Assalamualaikum,

Tetiba rasa nak update blog tengah-tengah pagi ni. Rasa nak meluahkan sesuatu. Lebih kurang macam pengakuan jugak.

Yes, gua ni anak manja. Kadang-kadang gua menangis pasal sesuatu yang simple pun. Gua rindu family, gua menangis. Gua takde mood, gua menangis. Gua stress, gua menangis. Kawan gua tetiba tanak cakap dengan gua, gua menangis. Bila gua tak dapat selesaikan satu masalah, gua menangis. Gua tak capai target untuk satu subjek kat poli, gua menangis. Gua tengok orang menangis, hati gua tetiba jadi tisu, menangis sama.

*pakai gua lu, tapi hati tisu*


Tapi satu je yang gua tak suka menangis. LELAKI. Tolong ah, gua memang takkan menangis pasal lelaki yang bukan suami gua. Tapi kalau gua menangis pasal lelaki, hati gua memang sakit sangat masa tu. Gua dah rasa sekali, sakit bro, sakit. Dan sampai sekarang gua dah malas nak fikir pasal lelaki. Nak bukak hati semula, memang susah. Kalau pasal kahwin, gua tak kisah dah. Kalau ada jodoh gua kat dunia ni adalah. Biar masa dan Allah yang tentukan segalanya :')

No comments:

Post a Comment