Thursday, February 21, 2013

Nasi Lauk Ikan Keli Sayur Togeh dan Harlem Shake.


 Assalamualaikum,

Okay, beberapa hari yang lepas gua pergi Lunch dengan Teha. Kedai makan ni baru 2 kali gua singgah. Masa mula-mula makan kat situ, murah. Tapi kali kedua gua makan, pehh. Apesal tetiba mahal. Nasi putih, ikan keli dengan taugeh je RM5.50. Ohh, sangat tidak berbaloi. Tapi tu bukan nasi gua, ada orang kirim kat gua. Gua tolong belikan je. Tapi memang tak patutlah, setakat lauk tu je, tak campur air. Nasi gua tadi, ayam masak kicap, sambal belacan sikit, sayur kobis campur faveret gua. Tapi dah rezeki gua hari tu ada orang nak tolong bayarkan, gua Alhamdulillah je. Rezeki hari Isnin. Mungkin sebab hari tu gua banyak senyum kot. Orang kata rajin senyum murah rezeki. Wuuuu,

Dan kepada makcik Pakcik yang berniaga di luar sana, saya sebagai pengguna/pelanggan harap makcik pakcik jangan letak harga makanan sesuka hati. Nanti takde orang nak datang kedai baru tahu. Tapi gua bukan nak doakan yang tak baik untuk makcik pakcik tu, gua doakan perniagaan dionrang bertambah maju dengan adanya penurunan harga makanan. Hak Makan Hak Saya! Customer Always Right! HAHAHA.

Oh ya, sekarang kan tengah hangat hangat tahi ayam, ehh silap, tengah terhangat di laman sosial pasal The Harlem Shake. Kalau lu orang nak tahu, Harlem Shake adalah tarian yang asalnya bermula di Harlem, New York, pada tahun 1981. Ia adalah berdasarkan pada tarian Ethiopia iaitu "Eskista." Sejak permulaan lagi lagu tu dah merebak ke kawasan-kawasan lain di bandar dan menjadi popular dalam video muzik. Pencipta tarian tersebut adalah "Al B", seorang penduduk Harlem. Pada asalnya tarian tersebut dipanggil "Albee" dalam Rucker dan Harlem, tetapi kemudiannya menjadi dikenali sebagai Shake Harlem. Al B ni mula ber-shake-shake sejak dari tahun 1981. Sampai lah tahun 2001, lagu tu meletup. Terus jadi terhangat di pasaran. Woot Woot.

Kata-kata Al B mengenai tarian Harlem Shake tersebut; Beliau berkata ia datang dari orang-orang Mesir Purba dan menggambarkan ia sebagai apa yang mumia pernah lakukan. Kerana mereka semua dibalut sehingga mereka tidak boleh bergerak, apa yang mereka boleh lakukan hanyalah menggoncangkan badan. LOOOLLL! Lawaknya. Mummies can dance wey.

Tapi lepas ni tak tahu lah pulak kontroversi apa keluar pasal lagu nih. haram tu, haram ni. LOL.

Bye then :)



No comments:

Post a Comment