Wednesday, February 06, 2013

Praktikal, Mamat Handsome.

Assalamualaikum,

Dah lama gua tak menaip. Bukan apa, gua takde masa nak online blog kat ofis memandangkan gua online guna henpon. henpon gua cikai je, tak boleh nak bukak blog. aha. Cuma boleh main facebook dengan twitter. PC kat ofis kedekut, tak bagi bukak facebook,blog, twitter. Diorang block, yela takut staff tak buat kerja, online je. yedok? HAHA,

Seperti yang kawan-kawan terdekat gua je yang tahu,  gua ada masalah dengan staff kat ofis gua sampai satu tahap gua menangis, gua nak berhenti praktikal sebab gua putus asa. Tapi lepas kawan-kawan gua pujuk gua takjadi nak berhenti. Gua tak pernah rasa putus asa sampai tahap nak berhenti tahu tak. Pehh, kira yang kes dengan staff ofis tu kritikal ah.

Tapi gua fikir jugak lepas tu, kalau gua berhenti macam rugi, sebab gua dah lah ada carry satu paper semester 5 nanti. Kalau gua berhenti LI nak kena amik semula dah menyusahkan. Kan kan kan? So, kesimpulannya, gua tak berhenti lah. *apalah aku merepek ni*

Cukup.

Lepas tu, 2 minggu lepas gua ada meeting dengan staff bahagian Civil. Dalam meeting tu ada sorang mamat handsome ah wey gua cakap lu. Umur dia dah 29 tahun. Kebetulan gua "Friend" dengan dia kat facebook *semua atas usaha Fatnin stalk cari profile dia. haha* Kebetulan lagi masa meeting tu dia tengah online, gua dengan selamba badaknya mintak nombor telefon dia guna "CHAT". Gua saje je pun, bukan gua minat dia pun. Hasilnyaaaaaaa *krik krik krik* Dia tak reply, HAHAHAHA. Tapi gua buat relax je. Alaaa, mentang-mentang handsome, tanak layan gua doe. Tau lah gua ni tak berapa nak lawa kan. Muka macam makcik-makcik. HAHA,

Hasil equation yang gua buat;

Mamat Handsome+ Dah Bekerja = Bajet semua orang minat dia.

HAHAHAHA,

Okay dah, bye.


No comments:

Post a Comment