Saturday, February 16, 2013

The Stress Thing and WG

Assalamualaikum,

Hey hey hey h e y......... krik krik krik.

Gua tahu gua tahu. Ni gua update pun sebab gua balik rumah, cuti hujung minggu. Kan gua dah bagi tau hari tu, ofis gua kedekut tak bagi gua online blog semua. Semalam gua tak senyum langsung kat ofis, sebab gua takde mood. Gua stress dengan suasana kat ofis. Heloo, gua baru 19 tahun 2 bulan (sepatutnya 20 tahun), gua belum sedia nak kerja dalam suasana  ofis yang sentiasa tegang, staff yang fokus kat kerja je. Yeah I know, memang dah duduk ofis tu untuk kerja, tapi... Urghh, takde orang faham gua. Hmm,

Kenapalah poli menyusahkan gua dengan adakah Latihan Industri yang menyeksakan mental gua. Konon nak bagi pelajar rasa dan alami pengalaman sebenar alam pekerjaan. Gua rasa stress je, takde rasa seronok berkerja. Lain sangat dengan masa gua kerja kat Cafe, I was happy that time. Hmm, Encik Isma ada tegur gua hari tu, dia tanya gua sihat ke tak, sebab dia kata gua nampak kurus. Dan gua terus terang je dengan dia, gua cakap "Saya tak happy dekat sini, sebab tu kurus" DANGG!! Siapa je yang kerja hati tak senang boleh gemuk kan? Takde rasanya.

Khamis lepas (14 February), habis kerja ke pukul 5.30petang, punch out kad, masuk kereta. start enjin, gua terus gerak pergi rumah Aja. Sebab gua nak pulangkan pendrive dia yang gua pinjam. Kebetulan Esah pun ada, Esah sleepover kat rumah Aja. Gua drive ke rumah Aja dalam keadaan stress, sedih semua bermain dalam kepala gua. Oh ya, Khamis tu kat ofis gua kena tahan lagi dengan angin bos gua yang tak menentu. Everyday macam tu sebenarnya. Hati gua dah jerit-jerit mintak balik. Sampai timbul lagi sekali rasa putus asa tu.

Sampai je rumah Aja, gua lepak kejap, pastu Aja ajak keluar gi lepak Mamak, sebab Esah teringin nak makan Megi Goreng. Haa, kebetulan gua memang tengah lapar gila wey. Tapi lawak ah masa nak decide nak makan kat mana, Aja bagi dua pilihan, restoran biasa atau mamak, kat trafficlight baru betul-betul buat keputusan. Kedai Mamak tu tak jauh mana pun dengan rumah Aja. Sedap jugak wey megi goreng dia. Lepas ni gua nak lepak situ lagi. Weeee,

Masa gua dengan Aja Esah, semua stress gua hilang. Dengan Esah yang suka buat lawak, sebab tu gua sayang gila kat semua "WG" gua. Kawan dunia akhirat gua :")

*okay I almost cry typing this*

I Miss You Babes :"(

Okay,
Thank you for reading.

2 comments:

  1. jangan la stress2 lg ady. nnt jadi macam aku kang, umur 20 muka dah 30.

    ReplyDelete