Sunday, March 31, 2013

Dating dengan Abang.

Assalamualaikum,

*menaip sambil minum teh*

Sehari sebelum masuk kerja esok, gua merajinkan diri buat entri ni. Takde benda sangat nak cerita, cuma nak cakap pasal keluar semalam dengan abang. Gua ni jarang dapat jumpa abang, sebab abang belajar kat KL, aku kat Kuantan, pastu sekarang ni kan praktikal kat Yong Peng, hujung minggu je balik rumah. Hujung minggu pun abang bukannya balik selalu pun. Walaupun gua jarang jumpa abang, tapi gua rapat jugak dengan dia berbanding dengan kakak.

Semalam gua malas nak keluar bandar sebenarnya. Tapi bila abang mintak tolong, gua tak boleh nak kata tak sebab dia ABANG kannn. Pukul 2 keluar rumah. Jalan jammed. Urghhh, benda paling gua benci. Kat Muar ni dah lah jalan sempit, lepas tu driver lain ikut suka hati je nak parking. Pehhh, gua dah fobia nak rapat dengan kereta sejak terlanggar kereta orang hari tu. Fuuu, pusing berapa kali kat bandar tu semata-mata nak cari parking. Tapi nasib ada parking kat belakang bangunan bank. Pergi beli kupon parking, lepas tu terus pergi Wetex.

The Store kat wetex tengah buat sale, alang-alang pergi cuci mata dengan abang, tengok baju yang dia berkenan. Tapi takde, lepas tu beli boxer je. hahahah, apa lah wey. Gua belikan untuk Akmal sekali. Serius awkward gila bila ada kat bahagian gents, lepas tu beli BOXER pulak (balik rumah bagi Akmal boxer dia, tapi tak muat). HAHAHA. Done with the boxer, gua ajak abang naik tingkat atas. Tingkat atas bahagian mainan. hehehe (Alaaa, gua ni umur je dah 20, tapi jiwa budak lagi). Naik dengan harapan dapat sambar satu teddy bear, sebab Mama kata masa dia pergi hari jumaat rak teddy bear dah kosong, alaaaaaa. Sampai tingkat atas, hampa. Memang dah kosong. So, abang pergi beli testpad untuk dia guna kat kelas. Sementara abang beratur nak bayar, gua pusing-pusing kat area mainan. HEHEHE, tak puas hati lagi tuu. Lama weyyy tunggu abang siap bayar, que panjangggggg ~

Dah siap segala hal kat wetex masa nak keluar tu, Abang tetiba nak coolblog. Alaah mengada. hahaha. Dah naik balik tingkat 2 beli coolblog. Lepas tu, abang nak pergi amik seluar dia kat kedai, dia hantar auter jeans dia. Abang tanya, nak minum dulu ke, minum dalam kereta nanti. Gua cakap, pergi amik seluar dulu, pastu nanti baru minum. Abang macam tak setuju je dengan pendapat gua, dia takut cair coolblog tu. Masa kat kedai jahit tu, abang tanya, okay tak seluar dia. Gua krik krik krik. I really don't know what to comment. HAHA, dah amik seluar tu, terus balik ke kereta. keluarkan coolblog dari plastik, tudiaaa, cair. hahahaha. Abang cakap "Kan dah cair" hahaha, lawak seyh. Gua lantak je, cair tak cair, minum. Minum sambil drive sampai rumah.

The End.
Love you Abang. HAHA,




No comments:

Post a Comment