Monday, March 04, 2013

Mamak, Skate Park.

Assalamualaikum,

Semalam petang lepas balik dari JB, sampai je rumah gua terus pergi mandi. Whatsapp Dean ajak dia keluar. Okay gua ada Dean je kat Muar ni yang masih sudi lepak dengan gua yang macam terhegeh-hegeh. Hahaha.

Me: Bro, ada mana?
Dean: Rumah
Me: Hari ni free tak?
Dean: Petang nak skate. Kenapa?
Me: Aku nak keluar jugak.
Dean: Pergi mana?
Me: Mana-mana lah. Hari ni ramai ke kat skate park?
Dean: Ramai dohh.
Me: Fineeee, haha.
Dean: Keluar awal lah.
Me: Aku kat bukit pasir ni, on the way balik Muar.
Dean: Jauhnya.
Me: Mana jauh Sungai Abong dengan Bukit Pasir, kau ni biar betul. HAHAHA.
Dean: Haha, tak ea? Eh, nak gi mana je?
Me: Kalau nak lepak kat skate park, aku tak kisah.
Dean: Member aku ramai doh hari ni. Sebab hari ahad kan, ramai cuti. Kalau kau tak kisah.
Me: Tak kisah ah, lepak je pun.
Dean: Okay, kau boleh balik lambat tak?
Me: Lambat tu pukul berapa? Kau aritu nak dekat maghrib kat sana lagi kan.
Dean: Ha'ah. Dalam pukul 7.15 kot. Kau tak takut ke?
Me: Alaa, nanti aku nak balik aku balik lah. Aku drive kan.
Dean: Ohh, aku baru nak tumpang kau. Hehe.
Me: HAHAHA, pergi aku amik, balik sendiri lah.Haha,
Dean: Jahat siak.
Me: Aku nak keluar dah ni.
Dean: Aku tak siap lagi, baru bangun.

Okay dah.
Kalau gua taip conversation gua dengan Dean, sampai esok pun tak habis. HAHA, gua skip je lah ye. Lepas tu, gua pun pergi lah rumah dia, konfius gua mana satu rumah dia.Banyak sangat rumah area tu. Gua tunggu kat depan satu rumah ni, sekali gua nampak Dean pakai baju kaler hijau keluar dari rumah lain. HAHAHAHA, malu doe. Dean suruh gua park kereta kat tempat redup sementara tunggu dia siap. Gua pun tunggu lah kat luar rumah dia, takkan gua nak masuk, yee dak? Kang kawin free kang. Tapi family dia ada kat dalam rumah lah, segan gua. Nasib Dean siap kejap je. Kalau tak, kena tibai dengan gua.

Gua ni ada masalah nak ingat jalan. Gua blur-blur lagi dengan jalan nak ke skate park. Sekejap-sekejap gua tanya Dean lepas ni nak ke mana. Mesti dia rasa gua ni annoying. HAHA. Tapi sebelum tu gua lepak kat mamak dulu. Tunggu kawan-kawan Dean sampai pastu gerak sekali. Sementara nak tunggu tu, minum dulu. Gua order Neslo Ais, tapi rasa dia, pehhhhh. Terlebih nescafe, rasa milo tu takde pun, tak sedap oi. Lepas tu Amal sampai dulu. Okay comel gila nak mampus. HAHAHA, cair cair cair, tapi kontrol lagi oi. Kang dia ingat gua physco. Bhahaha. Alaaa, gua bukan suka pun, saje saje je. Ala maklum lah, manusia biasa jugak.

Kat mamak tu ada satu insiden lawak. Ada amoi tersadung kat tangga, sikit lagi nak jatuh tercium Dean. Hahaha, okay overnya sampai nak tercium tu. Masa tu, gua dengan Amal je yang nampak amoi tu nak jatuh. Dia tahan gelak, gua pun mula-mula tahan gelak, tapi tak boleh tahan doe, gua terlepas gelak tu, HAHAHA. Bila teringat je, mesti gua tersenyum sorang sampai sekarang ni ha. Okay, dah. Kitorang tunggu punya tunggu sampai pukul 6, rupanya kawan-kawan Dean yang lain dah ada kat skate park. hahaha, buang masa tunggu kat mamak tu. So, kitorang terus ke sana lah.

Sampai sana ada Akim, Mas, Kudud dengan Kecik. Gua blur-blur sebab jarang lepak sama, gua pernah lepak sekali dua je dengan diorang. So, gua macam awkward tau tak. Tak lama lepas tu, Mamat sampai. Gua lepak je, tengok diorang main.skate. Tapi masa tu Kudud ada tunjuk satu vidoe sumpah lawak, tapi gua tak boleh share kat sini, lappy ni sengal, tak boleh bukak youtube. Pasal sekor tupai sebut nama ALAN ALAN ALAN, STEVE STEVE STEVE. Hahaha, gua rasa lu orang kena tengok sendiri lah video tu, gua tak boleh cerita, lawak gila. Lepas tu Dean boleh pulak mimic tupai tu, lagi gua gelak sampai sakit perut. Oh ya, Amal yang paling terer main dalam group diorang tu, tapi hari tu dia injured. Gua dengar Dean cerita pun ngeri. Teruk dia jatuh. Tapi Alhamdulillah tadi dia dah okay sikit. Cuma jalan dengkut-dengkut je.

Anyway, gua seronok semalam lepak dengan diorang. Thank you guys. It was really a great day. Lain kali kalau free lepak sama lagi. Sayangnya, gua tak snap gambar. Tak dapat lah gua attach gambar kat post kali ni.

Okay then,
Bye :)

No comments:

Post a Comment