Friday, March 29, 2013

Merapu meraban.

Assalamualaikum and Good Morning uolllss.

Hahaha, sejak bila gua main uollss uollss ni. Bhahaha. Anyway, aritu gua balik kerja, tetiba rasa macam nak tulis diari semula, dah berabad rasanya tak tulis diari. Bila gua bukak buku diari gua tu, tahun ni gua baru 2 kali gua tulis diari. Bulan 1 dengan bulan 3 je. Dua hari je, tak boleh belah. Lepas tulis tu, gua baca apa yang gua tulis lepas-lepas dan gua rasa macam banyak sangat pulak nama si Ifwat. Haaaa, alaaa biasa lah, zaman cinta monyet, zaman adik abang angkat, zaman gaduh dengan kawan, semua ada dalam diari. The most precious book in my life. Gua start tulis diari ni sejak gua umur 15 tahun rasanya. Tapi diari tu ada yang hilang atau gua dah buang. Kat rumah cuma tinggal diari masa gua Form 4 dengan Form 5 je.

Gua tulis semua yang jadi, luahan perasaan gua dalam diari tu. Yela sebab gua ni jenis tak suka bercerita kat orang masalah gua, gua cerita kat diari je, sebab dia je yang faham. HAHAHA. Gua boleh tulis apa je yang gua nak. Kalau kat blog ni masih kena tapis, sebab public kan. Tapi blog ni kira public diari gua. Gua masih bercerita kat sini cuma tak banyak berbanding dengan kat buku diari.

Okay cukup pasal diari.

Pasal Vivy pulak. Blogger yang gua paling suka masa ni. Dia selalu update blog dia walaupun dia dah kahwin. Sebelum dia kawin pun dia rajin update, at least satu post sehari kan. Dia tak buat pembaca dia (macam gua) tertunggu-tunggu post baru. Sebab mostly blogger lain yang dah kawin tak update blog. Dena Bahrin  tak update, gua sedih. Bila dia nak buat post baru pasal baby dia yang baru lahir tu. Kehidupan harian dia sebagai seorang isteri dan ibu. Haihh, so saad lah. Kak Dena pelisss ea. Heee, sejak akhir-akhir ni gua memang suka baca blog pasal married life, macam seronok. Haa, tak sabar nak kawin lettew. bueeekekk, muntah hijau. HAHAHA, pakwe pun takde nak kawin, puiii.

Tak boleh kawin selagi aku tak capai cita-cita aku. Ada rumah sendiri, ada kereta sendiri, ada masters. Tapi maybe masters tu boleh tangguh kejap (kot). hahaha. Helooo, i have my own dream jugak, bukan nak kawin  suka-suka je, kena ada masa depan jugak. kannnn gegurl semua kannn? hahaha

Awww, I'm sorry kalau uolllss rasa iolllss ni annoying dengan post ni. BHAHAHA. iollss memang macam ni, suka buat uollss annoy dengan iollss. buueekk :p

Okay then,
bye.
Thank you for reading :)


No comments:

Post a Comment