Tuesday, March 26, 2013

That Moment.

Assalamualaikum.

Hari sabtu lepas gua pergi lawat kawan gua eksiden kat Seremban. Kesian jugak lah gua tengok dia, tulang peha patah, lepas tu besi, tau tak besi? Besi tu doktor masukkan dalam tulang. Pehhh, can you imagine that? Gua tengok dia macam tu pun, gua pun terasa sakit :(

Anyway doakan kawan gua tu cepat sembuh, boleh jalan macam biasa. Aminnn :)
 Kebetulan. gua pergi tengok kawan gua tu sekali dengan awek dia, gua amik awek dia kat Melaka. Dalam pukul 4.30 petang keluar dari tol Ayer Keroh. Sampai tol Port Dickson pukul 5.30. Sejam je. Laju gua bawak, lantak ah hujan, redah je 120km/j. HAHAHA,

Sampai Hospital Tunku Jaafar, naik ward Mamat. Lepas tu, gua bro shake dengan dia, tak sampai hati nak kuat-kuat. Orang sakit kan. haaa. Sebenarnya gua bukan nak cerita sangat pasal kat hospital tu, gua pun dah tak berapa ingat. Gua nak cerita pasal, momen awek Mamat salam dia. Hati gua tiba-tiba macam tersentak. Ya Allah, cemburunya gua tengok diorang sweet. Baru gua sedar masa tu, betapa kosongnya hati dengan jiwa gua. KOSONG.

Memang fitrah manusia untuk jatuh cinta, tapi gua takde orang untuk dicintai. Orang yang gua suka, memang bukan tercipta untuk gua. Tapi untuk orang lain. Tapi gua tunggu. Sampai bila-bila gua tunggu.


No comments:

Post a Comment