Saturday, March 16, 2013

Whatsapp Dengan Farid.

Assalamualaikum,

Setiap pagi kalau gua rajin, gua akan whatsapp Farid "Good Morning". Dan dia memang lah akan reply, berani dia tak reply whatsapp gua, gua debik satgi kang. HAHA.  Mula-mula borak pasal kelas atau apa-apa je lah. Tapi bila sampai satu tahap, gua akan mula tanya dia pasal Abang Syed gua (Padahal mamat tu sebaya gua je, saje manja-manja panggil Abang Syed, hahahaha). Si Farid ni pun melayan je gua.

Lupa nak kenalkan. Farid ni kawan gua kat poli, kawan gossip-gossip tiap kali bertembung lepas habis kelas. hahahaha. Farid ni budak "Architecture", whoaaaa, bunyi macam hebat kan? hahaha. Sebaya gua jugak. Dia pun sama gila macam gua tiap kali bercakap pasal Abang Syed. Oh ya, kebetulan Abang Syed ni sekelas dengan Farid. Dia selalu gak berkepit dengan Abang Syed. Advantage untuk gua. HAHAHA,

Abang Syed ni crush gua sejak gua dari Sem 1 lagi sampai lah Sem 4 ni. Tapi gua tak harap apa-apa pun dari dia. Saje suka-suka. Tapi tiap kali gua nampak dia kat poli dulu, jadi histeria kejap. HAHAHA,

Semalam gua whatsapp dia.

Gua: *hantar gambar muka sengal*
Farid: hahahaha, kau memang, suka hantar gambar macam tu.
Gua: Alaaaa, buat apa nak hantar gambar comel-comel, kalau ada orang yang nak ngorat takpe gak. hahaha.
Farid: Hahaha, senget. Aku bagi Abang Syed tengok kang baru tahu.
Gua: Bagi je lah, takde lah aku sorok perangai gila aku kat dia.
Farid: hahahaha, kau memang, kalau sebut pasal Abang Syed memang nombor satu.
Gua: Awwww, crush dari sem 1 lagi, meme ah. hahaha.
Farid: Bengong. kau usha dia dari dulu lagikan. hahaha
Gua: Usha je, tapi tak dapat. hahaha, orang hensem lah katakan, memang tak ah nak layan aku yang gila ni.
Farid: hahahah, takde maknanya. Dia tu high taste kot, hmm, aku pun tak tahu, pelik aku. Orang cantik macam kau pun dia tak layan. Memang high taste gila babeng lah kan.
*Farid kata gua cantik, HAHAHAHAHAHA*
Gua: Tengok dia dress up, gaya dia, memang high taste. Aku cantik? Macam makcik-makcik je, hahaha.
Farid: Cantik lah weyh
Gua: Alolololo, nak mintak aku belanje ke ape ni? hahahahahaha.
Farid: Hahahahaha, Kenny Rogers eh sem depan.
Gua: Hahahahah, InsyaAllah. Aku belanja, kau bayar.
 *Farid masa ni dalam kelas. Kelas baru mula. Gua kacau dia*
Gua: Dah dah, pergi fokus sana. Nanti kalau jumpa Abang Syed aku kirim salam, cakap jangan high taste sangat. hahahaha.
Farid: hahaha, mengong. Dia ada kat sebelah aku ni.
Gua: Ye dok kau ni? hahaha.
Farid: Yelah.
Gua: Hai Abang Syed *lambai-lambai* hahaha. Tapi dia buat apa kat poli doe?
Farid: Siapa?
Gua: Abang Syed aku lah.
Farid: Lohhh, dia kan tak lepas LI jugak. Kau tak tahu ke?
Gua: Tak, kesiannya aku. hahaha
Farid: Dia teman aku lah.
*Farid pun tak lepas LI*
Gua: Ececeh, konon-konon suwik lah main teman-teman ni. hahahaha.
Farid: hahahaha, suwikkk lahh.
Gua: Weyy, snap sikit muka abang syed aku arini. hahahaha
Farid: hahaha, tak leh nak snap curi-curi lah --'
Gua: hahaha, apesal? dia marah ke?
Farid: hahaha, dia kan paling susah nak dia ajak bergambar.
Gua: Ohhh, muka mahal. Okay faham. hahaha.
Farid: Mahal ke? hahaha
Gua: Pemalu lah kononnya.
Farid: Hahaha, dia duduk sebelah aku. mengata tak sudah.
Gua: hahaha, sorry Abang Syed, pagi-pagi dah buat dosa.
Farid: Hahaha. kalau dia nak baca whatsapp aku dengan kau ni lepas sangat, jeling sikit je, terus nampak.
Gua: Tunjuk terus, takyah jeling-jeling. hahahaha.
Farid: Ehh, dia jawab salam kau!!
Gua: HAHAHAHAHA, dia tahu ke kau whatsapp dengan aku.
Farid: Tahu lah kot. Sebab aku cakap "Syed, Farah kirim salam".
Gua: Ohh, eh, lecturer dah masuk belum?
Farid: Dah, kat depan tu ha.
Gua: Dah dah fokus.
Farid: Malas lah.
Gua: Kelas apa tu?
Farid: English.
Gua: Ohh, patut lah. takpe-takpe, layankan je aku whatsapp, kelas English je kotttt. hahahaha
Farid: hahhaha, senget.
Gua: Hahahaha, jahatnya aku menghasut jangan belajar. Wey, aku nak cashp, betri dah king kong dah ni.
Farid: Hahahaha, beres beres :)
Gua: Byeeeee :* (flying kiss) nahh,  bagi Abang Syed sekali, hahahaha.
Farid: :*

Nampak tak gilanya gua, sampai betri king kong main whatsapp. Lepas tu Farid dah tak reply. Siot. Konon-konon fokus dalam kelas lah tu. hahaha. Anyway, Farid ni baik gila, dia suka bawak beg besar pergi kelas, sama macam gua. Beg tak boleh nak besar lagi agaknya.


Okay then,
bye.
Thanks baca gua meroyan. HAHAHA,

No comments:

Post a Comment