Sunday, April 28, 2013



Arghhhhh, dah lama tak menulis, otak gua dah beku.

Hmmm, paling susah bila melibatkan soal hati dan perasaan kan? Gua takde niat pun nak bagi harapan kat sesiapa. Gua perlukan lebih masa, ruang untuk gua berfikir. Gua mintak maaf, gua takde niat nak buat lu terbayang gua siang malam.




To whoever reading this right now, thank you for still supporting me.

Monday, April 15, 2013








mata aku sakit bila melihat kau tenung si dia,
telinga aku sakit bila terdengar kau bersayang-sayang dengan si dia,
mulut aku sakit bila mengatakan semoga kau bahagia dengan si dia,
kaki aku sakit bila nak melangkah pergi dari kau,
Hati aku sakit bila terkenang semua kenangan kita.







Thursday, April 11, 2013

Assalamualaikum,

Semalam keluar dengan Aja, pastu Aja tanya,
"Kalau kau ditakdirkan jadi seorang ibu sekarang ni, kau rasa kau dah bersedia?"

Gua jawab,
"Kalau dari segi fizikal aku rasa memang aku dah sedia, tapi dari segi emosi tak sedia lagi rasanya"

Yuppp, gua rasa memang macam tu, kalau setakat pegang-pegang baby, cuci tahi dia, mandikan dia, bagi makan kat dia, gua dah sedia lah. Tapi bab emosi ni gua tak boleh control lagi. Gua cepat naik angin bila ada budak kecik menangis pasal hal kecik je, macam tak dapat ais krim ke mainan yang dia nak ke. Hal macam tu gua kena banyak improve lagi. Tapi Aja kata mungkin sebab bukan kita yang mengandungkan dia, lahirkan dia, sebab tu kita tak rasa ikatan seorang anak dan ibu tu macam mana.

Lambat lagi aku dapat merasa ikatan macam tu. Haaa, takde calon lagi.

Monday, April 01, 2013










Apesal aku banyak mengarut dalam blog ni. last week punya entry apesal macam geli geli doe? HAHAHA.