Thursday, April 11, 2013

Assalamualaikum,

Semalam keluar dengan Aja, pastu Aja tanya,
"Kalau kau ditakdirkan jadi seorang ibu sekarang ni, kau rasa kau dah bersedia?"

Gua jawab,
"Kalau dari segi fizikal aku rasa memang aku dah sedia, tapi dari segi emosi tak sedia lagi rasanya"

Yuppp, gua rasa memang macam tu, kalau setakat pegang-pegang baby, cuci tahi dia, mandikan dia, bagi makan kat dia, gua dah sedia lah. Tapi bab emosi ni gua tak boleh control lagi. Gua cepat naik angin bila ada budak kecik menangis pasal hal kecik je, macam tak dapat ais krim ke mainan yang dia nak ke. Hal macam tu gua kena banyak improve lagi. Tapi Aja kata mungkin sebab bukan kita yang mengandungkan dia, lahirkan dia, sebab tu kita tak rasa ikatan seorang anak dan ibu tu macam mana.

Lambat lagi aku dapat merasa ikatan macam tu. Haaa, takde calon lagi.

No comments:

Post a Comment