Saturday, May 25, 2013

Sambungan dari semalam.

Cuba mengelak daripada orang yang nak berkawan dengan gua tak bagus sebenarnya, tapi gua tak boleh nak terima siapa-siapa masalahnya. Mesti lu orang tertanya-tanya hebat sangat ke mamat tu. Well, dia biasa je, takde apa-apa yang istimewa pun. Gua tak tahu apa yang buat gua suka sangat kat dia. Bila gua tengok dia senyum, pehhhhh! Tuhan je tahu perasaan gua macam mana. 

Hari tu, masa gua balik Kuantan, nak selesaikan hal Latihan Industri gua, gua berharap sangat nampak dia, walaupun sekejap. Allah makbulkan doa gua. Gua nampak dia, tapi gua tak pasti dia nampak gua ke tak. Gua nak nangis masa tu, tapi tahan sebab ada kawan-kawan depan mata. Dia macam biasa, gua tahu sangat dia suka pakai baju apa. Feveret sangat. 

So, semalam gua lama gila fikir kat bilik, atas katil, golek-golek dalam selimut. Gua taknak fikir pasal dia dah. Keputusan yang sangat besar (lah kononnya). Sebelum ni gua dah cuba, gua try obses dengan orang lain, memula tu jadi. Abang Syed lah, Zul Fahmi (yang main Moto3/MotoGP) tu. HAHHAHAHA. Over tak sampai Zul Fahmi gua obses, gambar dia banyak dalam henpon. Pathetic, again.



BIGGGGGGG STEEEEEEP!
MOVE ON Ady, dia dah happy. 



Tapi, kalau gua dah move on pun, gua tak bukak hati ni untuk siapa-siapa.
Bye.

No comments:

Post a Comment