Saturday, May 04, 2013

Tamatlah Latihan Industri kat Propel.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah gua dah habis Latihan Industri gua kat PROPEL Southern Region Office. Perasaan nak digambarkan tu gembira ada, sedih ada, sebak ada, cuak ada, semua lah, perasaan bercampur-campur. Tapi paling cuak ah sebab nanti nak kena hantar report ke Poli semula, lecturer nak check. Ayoyoyoy, report pun ada 10% lagi tak siap. Gua kena balik poli rabu ni, 8haribulan Mei. Tapi sebab lambat beli tiket, gua tak tahu nak balik macam mana, tiket dah habis.

Okay, hidup 6 bulan dalam Propel rasa lama, tapi bila nak habis tu rasa macam kejap je. Gua jadi sebak nak tinggalkan ofis tu, sebab nanti gua rindu kat semua staff. Semalam gua siap mimpi lagi pasal Propel, rindu sangat lah tu. HAHA. Masa last day tu, diorang buat surprise farewell party, alolololo, nak nangis rasa. Sedih weyyyy. Pastu ramai yang takde, sebab memasing balik awal, ahad ni nak mengundi, so hari jumaat tu tak ramai ah kat ofis. Staff bahagian Pavement ramai gak yang takde, sedih wey. Yang ada cuma Cik Apis, Cik Lan, Cik Wan dengan Cik Zam je. Cik Isma takde.

Gua akan paling rindu kat Cik Apis ah, sebab dia lah penyelia gua yang paling sporting, paling baik. Gua dengan Fatnin duduk kat site dengan dia, berpanas, berhujan. Walaupun seminggu je, tapi banyak pengalaman yang gua dapat. Sampai mati gua ingat semua pengalaman duduk kat site buat jalan kat highway. Okay, tanak cite dah pasal propel dah sebab nanti gua nangis. HAHAHA. Oh ya, gua akan rindu jugak dekat Ah Heng, sub-kontraktor yang paling comeeel dan paling rajin kerja. Kalau lah Ah Heng tau aku suka dia. hahaha.

Nak cerita pasal personal life boleh? Sebab takut lu orang geli baca, haha. Alaaam tanak cerita benda pun, cuma nak cerita yang gua ni tak boleh bawak kereta kalau dalam keadaan marah. Gua akan tekan minyak banyak, tukar gear ganas sampai macam nak tercabut batang gear tu. So, jangan cakap sesuatu yang boleh buat gua marah masa tengah drive, lu yang naik kereta dengan gua nanti yang takut tengok gua bawak kereta. Haaaaa,

No comments:

Post a Comment