Tuesday, January 21, 2014

After soooooooo longgggg~~

kekoknya nak menaip kat sini. Sebab selalu sangat tinggalkan. Aku lebih selesa menulis kat diari. Tapi tak bermaksud aku akan lupakan blog ni sampai bila-bila. Dah lama blog ni hidup, cuma tuan dia yang hilang ntah mana-mana. 

update pasal harini je lah kot. Pagi-pagi bangun macam biasa pukul 6, mandi awal walaupun kelas pukul 10 pagi. Sejuk bak hang! Breakfast milo panas. Keluar rumah pukul 9.20pagi dengan tujuan nak naik bas che'D pergi kelas. Masa tengah jalan sorang-sorang, sekali ada kereta myvi hon, toleh "Oh Q rupanya" dia ajak naik sekali. Sampai poli awal. 9.30pagi. Lepas tu tunggu jela depan makmal Structure. Pukul 10 kelas mula, belajar Structure Analysis, bab Slope Deflection Method sampai kepala rasa nak meletup. Kusut sangat. Asal structure je kusut, asal kusut je structure. LOL! Memang banyak lah kerja structure. Sepatutnya aku buat sekarang ni, bukan update blog. hihihihi~
Petang kelas Geotehnics, kantoi main telefon waktu kelas. Hahahaha. Maaf Puan, janji tak buat lagi. 

Balik tu reunion kejap dengan Korn, kawan zaman sekolah kat Kustech dulu. Tapi sampai hati dia tak ingat aku. Aku ingat dia lagi sampai sekarang. Aku ingat lagi selalu merayap pergi kelas dia tiap pagi, pow dia coklat tiap hari. Makan choki-choki sesama, haha. Tapi takpe lah, nanti lama-lama dia ingat lah kot. Lynn pun ada sekali tadi. Borak-borak pasal zaman dedulu, budak sekolah, pasal teater. Tapi lepak kejap je sebab dah maghrib, aku kena balik. Nanti ada masa plan baik-baik, kita keluar sama lagi k. Rindunya.

Baiklah, sampai sini je dulu kot. 
Daaaa~

No comments:

Post a Comment