Saturday, May 31, 2014

Demam & Jangkitan Kuman

Assalamualaikum,

masuk harini dah hari ke 4 aku demam. Demam panas dalam sampai effect telinga aku. Perit pedih semua ada. Demam kali ni lain macam sikit, sebab aku kalau demam paling lama pun 2 hari and takde lah teruk sangat macam sekarang. Bila petang je, suhu badan naik memdadak, kepala rasa macam nak pecah wey, sakit sangat kepala.

Pagi tadi aku bangun, hembus hingus, terkejut gak lah bila tengok ada darah. Terus suruh baba bawak aku pergi hospital. Kat sana doktor suruh pergi test darah. Ahh aku paling benci nak kena cucuk lengan nak amik darah, pasal kes dulu nurse cucuk aku 2 kali. sakit oo sakit. Tadi nasib baik pakcik yang tukang amik darah tu pandai, sekali je dia cucuk.

Lepas result darah keluar, doktor cakap ada jangkitan kuman sikit dalam darah. Pehhh, terkejut nyah. Tapi doktor cakap takde pape, dia bagi ubat antibiotik banyak gila, suruh habiskan, BAIK! Oh ye, pasal telinga ni, aku rasa pendengaran kurang sikit, sebab rasa macam telinga tersumbat. Kalau sebelah je takpe, ni dua-dua belah telinga aku. Ubat untuk telinga ni lagi dahsyat. Pedih gila nak mati. Bila titis je, pedih sampai menangis.

Dugaan betul lah. Nasib baik sakit masa cuti sem, kalau sakit masa kat Kuantan, ahh tak boleh bayangkan. Kat Johor ada family, Baba yang bawakkan pegi hospital, kalau kat Kuantan, sape yang nak bawakkan, yedok.

Doakan aku cepat sembuh ye.

Sunday, May 18, 2014

Keep Calm & Eat Pringles

Assalamualaikum.

Yeahh I always start my post with, "dah lama tak update blablabla whatever".

Memang dah lama pun, last sentuh bulan 3. Like, duhhh~
okay well, semester 6 dah habis, dan aku sepatutnya dah habis diploma akhir bulan 4. Ahhh stress gilaaaa. tapi dah nama pun repeat paper kan, memang lah kena extend *sadlife* Tapi takde lah *sadlife* sangat. I still have my "Bromates". (Yiee, Adib, Syukur, Jannah & Firdaus) My life saver, my everything, my strength. Kalau takde diorng, aku tak mampu nak survive kat poli tu. Alhamdulillah aku ada  kawan macam diorang untuk support aku.

I'm a lot disappointed with my last semester final exam result. it's kind of SUCK. Like seriously. pppfftttt. Paling teruk sekali dalam sejarah aku belajar dari sem 1. Yeahh I cannot hide how disappointed I'm with myself. Macam aku tak masuk kelas langsung sepanjang sem 6. Paling aku rasa nak pergi bakar poli tu, okay takde lah bakar poli, cuma nak bakar kereta lecturer. pppfffttt. She gave my group members, including me a "C". A BIG FAT "C" FOR OUR FINAL PROJECT. Gilaaaa lahhh makcik tuu, macam kitorang ni tak buat apa-apa langsung. Adib dengan Syukur susah payah buat produk, aku bersengkang mata buat laporan akhir, tak tidur, bazir banyak duit print laporan, last-last dapat "C". Ohhh mmmm geeeeeee!!!!! okay done with the final project. Tapi bukan kecewa pasal tu je, result untuk subjek yang lain pun sama. Sedih gila wey, teruk sangat. Hmmm.


Sekarang tengah cuti sem, aku buat apa? Macam biasalah bro, jaga budak, the best babysitter in the whole world. LOL! Can't wait to start my new semester. *yeah right*




Keep calm and eat Pringles.