Saturday, May 31, 2014

Demam & Jangkitan Kuman

Assalamualaikum,

masuk harini dah hari ke 4 aku demam. Demam panas dalam sampai effect telinga aku. Perit pedih semua ada. Demam kali ni lain macam sikit, sebab aku kalau demam paling lama pun 2 hari and takde lah teruk sangat macam sekarang. Bila petang je, suhu badan naik memdadak, kepala rasa macam nak pecah wey, sakit sangat kepala.

Pagi tadi aku bangun, hembus hingus, terkejut gak lah bila tengok ada darah. Terus suruh baba bawak aku pergi hospital. Kat sana doktor suruh pergi test darah. Ahh aku paling benci nak kena cucuk lengan nak amik darah, pasal kes dulu nurse cucuk aku 2 kali. sakit oo sakit. Tadi nasib baik pakcik yang tukang amik darah tu pandai, sekali je dia cucuk.

Lepas result darah keluar, doktor cakap ada jangkitan kuman sikit dalam darah. Pehhh, terkejut nyah. Tapi doktor cakap takde pape, dia bagi ubat antibiotik banyak gila, suruh habiskan, BAIK! Oh ye, pasal telinga ni, aku rasa pendengaran kurang sikit, sebab rasa macam telinga tersumbat. Kalau sebelah je takpe, ni dua-dua belah telinga aku. Ubat untuk telinga ni lagi dahsyat. Pedih gila nak mati. Bila titis je, pedih sampai menangis.

Dugaan betul lah. Nasib baik sakit masa cuti sem, kalau sakit masa kat Kuantan, ahh tak boleh bayangkan. Kat Johor ada family, Baba yang bawakkan pegi hospital, kalau kat Kuantan, sape yang nak bawakkan, yedok.

Doakan aku cepat sembuh ye.

No comments:

Post a Comment