Wednesday, December 31, 2014

Page 365 of 365.

Happy Birthday Firdaus.

Wednesday, December 17, 2014

Hmmm. Dua tiga hari ni rasa tak stabil lah. Seorang single yang desperado.

Tuesday, December 02, 2014












Permudahkan lah urusanku.
Doakan aku dapat interview untuk jawatan ni. tak kisah lah jawatan apa pun. Jangan memilih, kita mula dari bawah.

In Shaa Allah. Amiin.



Monday, December 01, 2014

Me again.

Kali terakhir menulis 31 Mei 2014,

fuhhhhhh~ (tiup habuk)

ni sebab aku biasa menulis dalam diari. Best friend forever since high school. Muehehehe.
i miss you dear blog, i bet you missed me more kannn. k poyo. So, what should i share with you?

Okay aku mula menulis ni dari sekolah menengah and now aku dah habis belajar untuk Diploma pun, WOW! how time flies. dah berapa tahun ek? I think since 2009. Yep 2009 until 2014. Dah 5 tahun. fuyoo. (tepuk tangan untuk diri sendiri) banyak benda yang jadi selama aku tak menulis kat blog ni. Nak share semua tak mampu lah kot, sebab BANYAK sangat. k takpayah lah nak capslock banyak tu. mihmihmih.

Well, i'm glad that i finished my diploma, tapi belum graduate. So aku tak perlu nak berulang alik muar-Kuantan. Penat woi, walaupun naik bas je. Tapi 5 jam tu bukan kejap. Kebas bontot duduk lama-lama dalam bas k. Kawan-kawan cakap, "Kau dah habis ni datang lah Kuantan bila free." Woahahaha, tak mungkin aku jejak kaki kat sana lagi lepas ni. Banyak sangat memori yang aku nak lupakan. Yee memang lah ada jugak kenangan manisnya tu, k manis lah sangat. There is a few peoples yang aku rindu, Kak Lin bos aku masa keje partime kedai henpon. Kembar aku, si Fara Dayana. Jannah si barbie doll. Haa. i guess only them kot. hahaha. Nampak tak betapa tak pentingnya aku dalam hidup orang lain. Kawan pun takde. FRIENDLESS, sebab aku punya annoying tahap dewa takde orang boleh tahan kot.

So sekarang aku dah balik kat Muar, Johor ni apa yang aku buat tiap hari ialah makan, main henpon (instagram, wechat, whatsapp, LIFELESS). Tapi adalah tolong bapak aku niaga sikit. Jual Pisang Goreng Cheese, walaupun aku paling tak minat sekali ialah NIAGA. Entah lah, dari dulu lagi kalau pasal  niaga ni memang tak sebati dalam kepala otak ni haa. Tapi ada masa jugak aku malas nak tolong tahap Nauzubillah. Kesian pulak bapak aku, terasa macam anak derhaka. haaa, sebab adik beradik aku yang lain takde kat rumah, semua busy belajar jauh, kakak aku baru mula kerja, CIKGU pulak kat KL nuu, memang jarang ah balik Johor ni. So yang ada kat rumah sekarang ni cuma aku, mak bapak dengan dua adik kecik aku 5 6 tahun.

Nak keluar berjalan pun takde masa sebab aku sebagai kakak ada tanggungjawab jaga dua adik kecik aku yang tak berdosa, yang clueless pasal dunia, yang innocent ni haa. hahahaha. Yelaaa dua-dua kecik lagi kot. Aku lah yang tukang jaga. Dah dah aku ni garang gila nak mati, sikit-sikit nak mengamuk, kesian adik aku. Tak layak lagi jadi mak orang. cehhh, bajet ada orang nak kat dia pulak. kihkihkih. Sebut pasal budak ni, aku ada satu perasaan ke apa ntah aku tak reti nak jelaskan, yang aku ni tak suka budak kecik. i hate kids, sebab diorang annoying gilaa. Tapi aku tak benci adik-adik aku, cuma budak kecik lain kat luar sana tu, somehow bila aku tengok diorang, dalam hati ni timbul perasaan "eeiii tak sukanya budak kecik!" Yelaa tahu lah dulu pun aku pernah jadi budak kecik, tapi aaaaaa entah lah. k abaikan.

Haaa rasa macam dah banyak sangat pulak aku membeebel ni bajet macam ada orang nak baca. hehehe. okay laaa, sampai sini je kot. lain kali bila aku rasa nak menulis aku tulis lah lagi. Okay?

Okay.
Bye.