Tuesday, December 22, 2015

22/12/2015

omg havent been blogging for ages. *cries*

Blog aku di anak tiri kan. Maafkan bonda nak. Bonda tak ada masa & sibuk dengan kerja. Kahh!

Jadi marilah kita duk scroll blogger lain punya blog k.

bye. Muahh.

Monday, May 18, 2015

Passing Out Parade

Well hai. Sorry for not posting anything for the past few weeks, I guess? HAHA.

Aku tak bukak pun blog. Eh, bukan tak bukak langsung, cuma bila bukak tak tahu nak taip apa. Pasal cerpen tu, just forget about it. Blergh. I'm not a good writer pun. Menulis sekadar mengisi masa lapang (lah sangat). I rarely update about my life. Kat instagram pun jarang upload gambar sebab jarang keluar pergi mana-mana. Cuma 2 hari lepas adalah keluar dengan Mamat, Nadya & Kudut. Nadya ajak teman pergi rumah nenek dia kat Melaka since diorang dah lama tak balik sana. I had fun that day. Thank you alot k guys. Muah :*

Aku kat luar tak banyak cakap. Sebab aku tak tahu nak bercakap pasal apa. Yes, I'm that boring guys. Kalau lepak pun, aku cakap sikit-sikit & makan makan makan.

Oh, cik abang aku tak lama lagi habis training, dalam 12 hari lagi rasanya. Passing out dia 30hb Mei. Aku masih terkira-kira sama ada nak pergi atau tidak. Ikutkan hati memang nak pergi, tapi takut ada benda lain pulak melintang haritu. Kan dah payah kan? Doakan urusan aku dipermudahkan k. Dah lah tak dapat contact dia lama ni. Rindu tahu dak? Pegawai mu jahak parok!! Grrrr!

Last contact dia, dia cakap kulit habis hitam mati sebab hari-hari kawad. Hahaha. Mesti kelakor nanti bila aku dapat jumpa dia. Makan qu puteh lah Jad. Haha. Lepas tu komplen malas nak kawad, panas, penat lah apa semua benda. Rindunya nak dengar suara dia panggil "sayang". OMG cair kott. Haha. Aaa mesti awkward gila bila face to face dengan dia nanti, sebab dah lama tak jumpa.

See you soon. Love you.

your future wife.

Saturday, May 02, 2015





I love him. Looking forward to see you soon, Abang.




Love,
Your Future Wife.

Saturday, April 25, 2015

Idea?


Ehem.

Well, I'm not a coffee person. Tapi bila bulan mengambang ni tekak gatal nak mintak kopi o pagi-pagi. Jadi, dengan gigihnya pagi tadi aku pergilah dapur masak air, bancuh kopi o. Hmm sedap pulak tiba-tiba. Lepas tu berlari pi toilet. Kahkahkah. Itulah kesannya bila aku minum kopi, sebab perut tak boleh terima kopi. Sekian.

Aku ada belek-belek diari nak dapatkan inspirasi untuk cerpen seterusnya, tapi masih tak dapat. Jadi, kena brainstorm lagi lah cerita dia. Urghh come on lah dude, orang dah tunggu cerpen kau seterusnya. ecehhh poyo ada orang nak baca. 2014 adalah tahun yang paling banyak drama dalam hidup aku. Sabar k, i'll come up with a new one later.

Hugs.

UPDATE;



Okay ni baru ada dua, tapi masih dalam draft dan masih tak siap lagi. Baru introduction. Kena menulis waktu malam kot baru idea datang.



Wednesday, April 22, 2015

Quick Update.


Semalam Siti Wahidah bagitau aku yang Amira Atiya kot nama dia aku lupa, hahahahaha, ada buat contest ke apa untuk kompilasi cerpen. Well, aku ada lah 2 3 cerpen je.  Tapi syarat dia, jumlah patah perkataan mesti minimum 2K. Dua ribu patah perkataan sayang, hahaha. Tu minimum k, aku punya tak sampai 2K pun. Tapi aku sent je email kat dia. Saje nak cuba. Alaaa kita ni newbiee je gittew.

Anyway, aku tengah mengumpul idea untuk cerpen/short stories whatsoever aku buat masa ni. Lambat lagi lah nak publish tu. Laptop ni pun jangan nak buat hal dengan aku. Suka hati dia je nak padam sana sini scroll ke bawah sendiri. Jangan k, please.

Oh ya, siapa ingat Nadiya & Mamat. Kawan aku yang baru kawin bulan 12 tahun lepas. Dua tiga hari lepas aku dapat berita Nanad dah pregnant, baru sebulan. Yeahhh! Alhamdulillah. Aunty-to-be ni sangat excited nak sambut baby baru hujung tahun ni. Muehehehehe. May Allah protect their baby. Amiin. FYI, aku suka pregnant lady. Hahaha. Comel k tengok perut atau bak kata orang, baby bump. Hoihh bila diri sendiri nak pregnant? Kahkahkah. #Oranglainyangmengandungkauyangexcited.

Please k diri sendiri, jangan over excited, jangan banyak perasan, Behave please.

 Okay sejak jadi penganggur yang berkaliber ni, aku banyak luang masa jadi bibik sampai stress tiap hari. Dan aku rasa muka ni dah banyak keluar kedut sebab kuat marah-marah kat rumah, sambil tangan pegang rotan untuk sebat budak degil dua orang dalam rumah.

"ZASSSSS!!" *Sound effect bunyi aku melibas rotan.*

AKU GARANG GILA YANG AMAT, KUAT BEBEL. HARAP MAKLUM. LAYAK JADI CIKGU DISIPLIN.

Okay berkenaan selsema aku ni sebenarnya aku ni kena Alahan Hidung yang juga membawa maksud, aku elergik dengan hama/habuk/bulu kucing. Tula banyak main kucing lagi, kan dah elergik. Tapi aku tak pergi jumpa doktor lagi. Malas. Tak suka doktor. Sekian. 


I'll write again later okay.


Monday, April 20, 2015

The Short Escape


*bip bip bip*

Lantas Syaf mengambil telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan mesej masuk di atas katilnya. Peti inbox dibuka. Mesej daripada Amir, kawan yang baru dikenali Syaf seminggu tetapi sudah ibarat setahun.

Amir : Syaf, jom keluar lepak. Lagipun tak lama lagi cuti sem. Nanti dah tak dapat jumpa.

Dengan pantas Syaf menaip,

Syaf : Okay tapi nak lepak mana? *sent*

*bip bip bip*

Telefon Syaf berbunyi lagi.

Amir : Lepak Alif je lah, macam biasa.

Syaf kembali menaip, membalas mesej Amir.

Syaf : Kau ambil aku kat rumah okay. Aku bersiap kejap. *sent*

Syaf tersenyum gembira sambil bersiap. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. 10 minit kemudian, kedengaran bunyi engin kereta Amir di hadapan rumah sewa Syaf. Terkedek-kedek Syaf mengunci pintu grill rumahnya dan terus ke arah kereta Amir.

"Cepatnya kau sampai? Selalu setengah jam aku tunggu kau."

"Alaaa kau kan dah membebel haritu kata tak suka aku asyik lambat je. Ni aku awal pun nak bebel ke? Haha." Gurau Amir.

"Amboi kau seronok kenakan aku. Dah jom gerak, aku lapar ni." Arah Syaf.

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk ke Alif, Syaf dan Amir berbual kosong sambil mendengar lagu di corong radio. Setibanya di mamak, mata Syaf melilau mencari meja kosong untuk mereka berdua.

"Amir, sana tu. Nasib tempat kita tak ada orang duduk." Kata Syaf sambil tersengih.

"Ha tu lah. Cepat, sebelum orang lain sailang. Haha." Amir berseloroh.

Walaupun perkenalan Amir dan Syaf begitu singkat, namun keserasian dan perangai masuk air mereka yang membuatkan mereka selesa antara satu sama lain.

"Wei, panggil lah Ane tu, nak order ni." Syaf mengarah Amir kerana dia sudah lapar tahap dewa.

"Sabar jap lah, baru duduk ni kan. Kau ni pun Syaf, senonoh sikit. Haha. Aneeeee, sini mari, mau order. Ini makcik sudah mahu jadi singa." Lantas satu cubitan maut diterima Amir dari tangan Syaf yang ibarat penyepit ketam.

Mamak yang dipanggil Amir itu dengan pantasnya ke arah meja mereka. "Ya adik manis, tak mahu lah jadi singa, muka sudah cantik nanti abang lari." Kata mamak tersebut sambil memandang Amir dan ketawa.

"Ane pun sama je macam Amir. Kuat menyakat eh. Dah dah saya nak order roti naan dengan ayam tandoori. Air pulak milo ais macam biasa buat pekat, baru kaww." Laju saja mulut Syaf memesan makanan.

"Tadi macam lapar sangat, order roti naan je? Haha. Ane, saya punya pulak meggi goreng telur mata, air bagi teh ais." Giliran Amir pula memesan makanan. Sesudah menulis pesanan, mamak tersebut terus berlalu.

Sedang khusyuk berbual sementara menunggu makanan tiba, Amir tiba-tiba menunjuk ke satu arah.

"Syaf, tengok tu. tikus!"

Syaf yang terkejut mendengar perkataan tikus terus mengangkat kaki ke atas kerusi. "Mana woi mana? Geli siot."

"Selalu lepak sini tak pernah jumpa tikus, harini nasib kita baik Syaf."

"Nasib baik apa bongok? Lepas ni memang tak lah nak datang sini lagi wei." Bebel Syaf.

Amir ketawa melihat Syaf membebel. Tidak lama kemudian makanan yang dipesan sampai di meja mereka.

"Baca doa Mir, aku tahu kau lapar jugak." Kata Syaf sebaik melihat Amir yang sudah mahu menyuap meggi goreng ke dalam mulut.

"Aku dah baca, dalam hati. kihkih. Yelah, Bismillah."

Selesai menikmati makanan masing-masing, Amir bertanya "Syaf, lepas ni kita nak lepak mana?"

"Emm, aku pun tak tahu, kat Kuantan ni aku pun dah bosan. Asyik tempat yang sama je. Kejap aku fikir." Kata Syaf. "Hah! Lepas ni aku drive, aku isi minyak, kau ikut je mana aku nak pergi. Amacam? Set?" Sambungnya lagi.

"Aku ikut je." Amir bersetuju tanpa alasan.

"Orite, beres selalu." Syaf berkata sambil tersenyum kerana memikirkan idea gilanya itu.

Sesudah membuat bayaran di kaunter, Amir dan Syaf terus masuk ke perut kereta. Enjin dihidupkan. Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi.  Suasana kawasan bandar pada waktu itu lenggang dan tidak banyak kereta yang berada di jalanraya. Syaf terus memandu ke arah stesen minyak berhampiran dan mengisi minyak penuh.

"Okay siap isi minyak. Kau tahu kita nak pergi mana ni?" Tanya Syaf kepada Amir sambil tersengih.

"Mana lah aku tahu, kau yang drive." Amir membalas,

"Kita ke Bukit Tinggi tengok sunrise. Yeahh!" Syaf berkata dalam nada gembira.

"Sekarang? Pukul 12.45 pagi?" Amir terkejut.

"Yelah, gila tak idea aku? Haha. Kau jangan risau, aku drive, kau rilek je. Kalau ngantuk kau tidur, dah sampai aku kejut." Kata Syaf sambil mengangkat kening.

"Yela Syaf. Ni betul-betul idea gila. Aku tak pernah jumpa perempuan gila macam kau. Haha. Apa lagi, jommm!"

Kereta Amir terus bergerak menuju ke arah Lebuhraya Pantai-Timur. Sepanjang perjalanan mereka berbual kosong bagi mengurangkan rasa mengantuk. Pada masa yang sama mereka berkaraoke dengan lagu yang berkumandang di radio. Syaf memandu pada kelajuan 80km/j. Lebuhraya pada ketika itu sangat lenggang, sunyi.

"Amir, kau kalau mengantuk tidur je lah. Aku okay ni, tak apa."

"Eh tak. Aku tak mengantuk lagi ni. Tapi kejap lagi boleh tak singgah R&R. Nak kencing. Hehe." Amir tersengih.

"Tu lah kau, tadi tak cukup satu air, pergi tambah lagi satu pulak. Okay depan tu ada R&R aku rasa, nanti aku berhenti." Syaf membebel lagi.

Perjalanan mengambil masa 4 jam kerana Syaf memandu perlahan. Setibanya di puncak Bukit Tinggi pada jam 5.30 pagi,  Amir dan Syaf terus keluar dari kereta menikmati udara sejuk di kawasan tersebut.

"Woi sejuknya." Amir berpeluk tubuh kerana hanya memakai t-shirt lokal brand lengan pendek.

"Tulah, siapa suruh pakai t-shirt je malam-malam. Tengok aku pakai sweater ni ha." Syaf berkata sambil menunjuk sweater yang dipakainya.

"Mana lah aku tahu kita nak ke sini. Idea kau kan." Amir membalas.

Suasana ketika itu sunyi. "Amir, kau kalau mengantuk pergi lah tidur dalam kereta. Aku nak jalan kat kawasan ni kejap." Kata Syaf.

"Okay juga tu. Aku sebenarnya mengantuk ni. Nanti kalau nak dekat sunrise kejut aku." Amir berkata sambil berjalan ke arah kereta.

Syaf kemudian berjalan seorang diri di kawasan tersebut. Angin bergitu sejuk sehingga menembusi sweater yang dipakai Syaf. Keadaan sunyi di sana menenangkan jiwa Syaf. Dia tidak menyangka akan berada di Bukit Tinggi tersebut. Hari itu adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke sana, bersama Amir. Sambil berjalan menikmati suasana, beberapa gambar diambil melalui telefon pintar Syaf.

"Kena simpan ni, kenangan. Bukan selalu aku buat kerja gila macam ni." Syaf berbisik seorang diri.

Ketika matahari sudah hampir terbit, Syaf mengejutkan Amir di dalam kereta.

"Amir, Amir, bangun cepat, matahari nak terbit dah tu." Kata Syaf sambil menggoncang tubuh Amir.

"Yeke. Okay aku bangun ni." Kata Amir sambil menggosok-gosok matanya.

Syaf dan Amir melihat matahari terbit sambil tersenyum. "Syaf, cantiknya. Kan?" Kata Amir.

"Siapa cantik? Aku ke matahari? Haha." Syaf berseloroh.

"Eh kau jangan perasan. Aku kata matahari cantik." Amir membidas.

Mereka terus menikmati suasana pada waktu itu sehingga matahari terbit sepenuhnya. Siapa sangka, rancangan gila Syaf itu boleh menjadi indah.

"Okay dah jom balik. Giliran aku pulak drive balik Kuantan." Amir berkata sambil menghulur tangan meminta kunci kereta.

Syaf menyeluk kocek sweater untuk mengambil kunci kereta. "Nah, kau drive, aku punya turn pula tidur."

"Baiklah Puan Sri. Tidur lah, nanti sampai Kuantan, aku kejut kau." Balas Amir.

"Thank you, Amir." Kata Syaf.

"No, thank YOU. Sebab bawa aku datang sini dengan idea gila kau. Lagipun tempat ni cantik. Nanti aku nak datang lagi." Kata Amir sambil memberi senyuman kepada Syaf.

Amir terus memandu turun dari kawasan Bukit Tinggi menuju ke arah Kuantan. Sepanjang perjalanan, Amir tersenyum sendirian memandang Syaf yang keletihan memandu selama 4 jam semata untuk ke Bukit Tinggi. Perjalanan pulang tidak mengambil masa yang lama kerana Amir memandu laju.

"SYAF!! BANGUN DAH SAMPAI DEPAN RUMAH SEWA KAU NI!!" Amir megejutkan Syaf.

"Apa ni Amir, tak payah lah jerit, terkejut aku." Bebel Syaf sambil menguap.

"Hehe, sorry saja je. Sorry okay. Dah, pergi masuk rumah mandi, breakfast jangan lupa." Kata Amir.

"Baik boss." Syaf berkata sambil menabik kepada Amir.

"Ni lah hari terakhir kita keluar lepak. Lepas ni dah cuti. Kau jaga diri Syaf. Kalau ada apa-apa, kau text je lah aku ye." Pesan amir kepada Syaf.

Syaf menunjukkan tanda 'OK' pada Amir dan terus menuju ke dalam rumah.

Siapa sangka, perkenalan yang singkat boleh membawa banyak kenangan. Sehingga hari ini Syaf dan Amir masih bersahabat baik. Jika ada masa, mereka berdua akan keluar bersama berkongsi cerita kehidupan masing-masing. Syaf tidak lama lagi akan berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya. Manakala Amir masih sendirian, jodoh lambat lagi katanya.






The end. 

p/s : Tempat ni cantik, pergilah. Tak rugi.




OMG!

entah lah, rasa macam takde life je ni. Online update blog sambil dengar lagu. stress betul hidup ni. Get a life dude. 

Hari-hari duduk terperap dalam rumah, lama-lama jadi jeruk. Bukan aku taknak kerja, AKU TAK BOLEH KERJA. Orang lain tak faham lah. Aku ada komitmen sendiri. Bak kata orang family first gittew. 

"That's life, you know, we never end up where you thought you wanted to be." - Marshall (HIMYM)

I need new books. Dah bosan dengan buku kat rumah ni. Nak keluar pi beli buku takde duit woi, tak kerja kan. Urghh. Sebut je perkataan kerja pun dah stress. Apa kau ingat duduk rumah je seronok ke? Kena masak kena basuh baju kena kemas rumah kena jaga budak. Hello, i pun tahu penat tahu bosan tahu semua benda, I need a life jugak. 

Kbai, nak pergi jadi jeruk.




Friday, April 17, 2015

DIPLOMA



"Dah ada diploma nak buat apa lepas ni?"

"Frame sampai mereput."




Thursday, April 16, 2015

Late Night Conversations


"Jad, kau rasa kita boleh hadap ke hari-hari lepas ni?"

Kitorang jarang sangat ada masa untuk satu sama lain. Betul lah apa kata perempuan lain yang pasangan dia Navy ni. Hati dan mental kena KUAT. Sangat kuat. Semalam entah lah mungkin sebab aku dah lemah sangat, aku tanya dia soalan tu. Aku tak tahu reaksi dia macam mana semalam masa aku hantar mesej macam tu. Rupanya dia terus pergi cari topup tengah malam buta sebab nak call aku, sebab dia cuak kenapa aku tanya soalan macam tu.

"Kenapa kau tanya soalan macam tu?"
"Takde apa lah Jad, emosi aku tak stabil."

Banyak sebenarnya soalan dia lagi, cuma aku tak ingat. haha. Lagi bertambah tak stabil emosi aku bila dia kata dia akan sambung kursus Submarine dia kat Kota Kinabalu 4 tahun kalau dia lulus ujian kat Lumut. Okay lepas training ni, dia akan sambung kat Lumut 2 tahun. Pang pung pang, kalau dia lulus ujian IQ terus sambung kat KK. Tahu tak berapa lama tu? LAMA SANGAT. Mental aku terus down sangat semalam. Aku tahu memang impian dia nak join submarine tu, aku tak boleh nak halang. Dia happy sangat bila dapat brand submarine yang dia nak sangat tu. Semalam paling lemah bila dia tanya,

"Kau sanggup tunggu aku tak? Kalau satu hari nanti kau dah tak boleh tunggu aku, bagitau aku, kata 'Aku dah tak boleh tunggu kau.' In Shaa Allah aku boleh terima, aku faham"

Bammm!! Aku terdiam. Berderai air mata aku semalam. Ya Allah sedih sangat tau semalam. Buruk gila rasanya muka aku nangis. Aku sendiri tak pasti aku mampu tunggu dia ke tidak. Hati kena kuat wei, tolonglah. Lepas dia pujuk aku, aku okay lepas tu. Kitorang dah lah jarang dapat contact each other. Sehari kadang-kadang 5-10 minit je tau. Dia takde masa untuk aku. Aku paham kerjaya dia tu.

Ayat last dia sebelum tidur semalam,

"Benda yang belum jadi, jangan di fikir. Jangan fikir bukan-bukan. Aku ada ni. Kau kena kuat."

Aku cuba Jad.

Jaga diri, Tuhan je tahu banyak mana aku sayang hubungan ni.



Wednesday, April 15, 2015

Y U NO READ MY BLOG?!

Hahaha. hai good evening guys. Loser meroyan. Tu lah siapa suruh jarang update blog, orang pun taknak baca dah. Oh heyy, this is my second post of the week! yeah tahniah untuk diri sendiri. Coz i promised myself to update one entry or more everyday.

So, hey how is everyone going?

*pi hembus hingus kejap*

I'm back! hahaha. Ada flu yang dah lebih seminggu tak baik-baik. Makan ubat pun sama je. OMG! Aku baru je google pasal flu aku ni, sebab flu aku ni macam pelik, dia warna coklat. So aku terus pi google 'hingus warna coklat' & guess what? dia kata aku ada radang/resdung/sinuswhatsoever-aku-tak-ingat-nama-dia. RESDUNG? SINUS? Tak pernah terfikir pulak aku akan kena semua tu. Urghhh, tapi aku tak pergi jumpa doktor lagi nak sahkan semua benda ni. Kalau RADANG ye tu betul sebab sebelum ni aku memang ada radang pun. Aku ingatkan dah baik lah radang tu & aku berhenti makan ubat yang doktor bagi. okay sekarang baru reti nak telan balik ubat nak kurangkan radang yang doktor bagi tu. great~

Hoihh malasnya nak pi jumpa doktor, nanti nak tunggu lama. Klinik govern biasalah.

I'll write again later okay.


Tuesday, April 14, 2015

Should have post more entry for this blog. Poor baby.

Oh ya, aku baru sedar rupanya aku dah bertahun follow blog si Hafreez Adam. Serius aku memang tak perasan pun sebelum ni sebab dia share blog dengan Aiman Ariffin dan guna Aiman & Adam as nickname. Mana lah aku nak perasan, luls. Anyway, bukan nak bercakap pasal tu. 

I've been thinking, nak mula tulis cerpen pendek semula macam dulu. Memandangkan aku banyak masa free kat rumah ni tak buat apa kan. Gunakan diari lama & blog aku sebagai inspirasi, sebab hidup aku ni banyak sangat drama & layak buat buku. Haha. Well, tapi takde lah gempak mana pun drama aku ni macam dalam tivi siap kena kahwin paksa dengan orang kaya bagai, luls. That will never happen in my life. Tapi, semua ni rancangan je, jadi tak jadi pasal cerpen/buku tu, kita tengok nanti macam mana. 

Semalam aku bukak facebook sebab nak delete gambar-gambar yang banyak merepek dalam tu & chat-chat lama. Sangat kelakar okay bila baca balik semua chat lama tu. I was like, "omg aku dulu menaip macam tu ke", "rajinnya aku chat dengan orang dulu", "okay semua ni zaman sebelum popularnya whatsapp." HAHAHAHA. Aku screencapture beberapa chat & share dengan orang yang chat dengan aku dulu, sumpah kelakar. Lepas ni nak sambung delete 'friends' yang tak berapa kenal sebab macam semak je. Sebab bukannya kenal sangat pun & kebanyakkannya dah kahwin bini orang laki orang lah. Macam pelik je, baik unfriend kan. 

Also, I've been thinking nak, nak sambung degree dalam bidang pendidikkan & jadi pensyarah. WOW, sounds ambitious. haha. wish me luck guys. I really need luck in my life, rasa macam loser gila sekarang ni. Dah habis diploma, tapi masih tak ada kerja. Kawan yang lain semua dah mula kerja dalam bidang masing-masing. Maksud aku masih dalam bidang kejuruteraan awam, jadi site supervisor lah, assistant engineer lah. Wow, what a great life. Jadi, sebab aku ni tak ada luck sangat, mungkin jadi pensyarah tu jalan terakhir, haha. Mungkin rezeki kat situ. Hoping for the best!!

Okay later guys.
Muah.

Tuesday, March 31, 2015


Hello beautiful creatures. Rindu tak? How you guys been doing? Well, aku baru je lepas konvo baru-baru ni. & I'm not happy. Kenapa aku pergi konvo? Sebab nak gambar atas stage je & maybe sebab nak jumpa kawan. Kawan? Do I have one?

Anyway,  aku takde apa sangat pun nak share, malas nak upload gambar konvo dalam ni. Aku bukan pelajar cemerlang pun nak beria. Aku spam IG haritu pun sebab nak jaga hati orang. lahanat! hati aku siapa nak jaga?! Aku tak banyak update blog sebab banyak menulis dalam diari, Mungkin satu hari nanti aku boleh buku kan diari aku tu. Kah!!

babi ah aku tengah celaru sebenarnya ni. bye.

Monday, February 16, 2015

Maafkan beta wahai blog kesayangan.

Dulu aku buat keputusan nak rehat kejap, (ecehh rehat kejap konon) dari bercinta bagai ni sebab aku dah penat. hoishhhh. Penat sangat woi bercinta dengan orang yang tak hargai kita. Kejap je ghupenya hidup single ni. Ada lah dalam 5 bulan. kahkahkah. Dalam tempoh 5 bulan ni macam-macam lah yang aku rasa. Mula-mula masa wedding Nadiya dengan Mamat, omg diorang sweeet gila k. Tapi masa tu aku cuba nak deny perasaan & orang-orang yang cuba nak rapat dengan aku. Aku jadi heartless sangaaaat. Padan muka siapa yang aku tak layan tu. hahahaha.

Lepas tu bermula lah musim orang kahwin sana sini. Perasaan aku jadi kosong, macam ada habuk je dalam hati ni. Bila tengok suami isteri, "alaaa sweet nyaaa diorang. Mana bakal suami aku ni?" LOL. Aku kawan dengan ramai lelaki, tapi seorang pun tak tunjuk effort nak jadikan aku awek/isteri/whatever dalam hidup dia.

Baru-baru ni ada kawan aku masa kat polisas dulu. Kitorang jarang bercakap sebab dia senior, aku junior. Jarang jumpa pulak. Kalau terserempak ada lah jugak bertegur gitu-gitu je. One day ni, dia whatsapp aku, kitorang borak-borak tanya khabar, entah macam mana dia confess dia kata dia suka aku. I was like, "omg, aku selekeh kott waktu kat poli dulu." Dia kata dia nak kenal rapat dengan aku sebab masa kat poli aku macam misterius sangat, jalan sorang lah apa lah. well, aku dah biasa kottttttt. lagipun aku friendless kat poli sebab aku annoying. lol. Then, aku mintak opinion Nadiya, isteri Mamat. Dia kata orang nak kat kita terima je lah & banyak lagi dia nasihat. it took me awhile berfikir apa yang Nadiya cakap. Last-last aku terima dia, aku nak cuba jaga relationship yang baru ni.

BTW, dia sekarang tengah training Navy kat Pengerang, Johor sana. Jauh bak hangggg. Ye Navy, orang kata kalau pasangan ni Navy, hati & mental mau kuat. Aku akan cuba yang terbaik. Dia pun sama kena kuat woii. Take care love. Aku tahu hubungan ni masih baru, tapi kalau kita usaha insyaAllah takde masalah.

until then,
bye.

Tuesday, February 03, 2015

Zaman sekarang ni memang susah nak cari kerja yang berkaitan dengan apa yang kita belajar. Aku ada kawan yang offer kerja satu office dengan dia. Walaupun kerja tu takde kaitan dengan bidang belajar aku tapi kebarangkalian untuk dapat kerja tu tinggi sebab dia boleh tolong berbanding apply banyak kerja yang belum tentu orang nak ambik kita kerja. Gaji pun okay.

Sebagai perempuan, memang susah nak dapat kerja yang pada asasnya kerja seorang lelaki. Pemikiran segelinitir masyarakat ni kadang-kadang perlu diubah. Tak semestinya seorang perempuan tak boleh jadi site supervisor, engineer, surveyor dan sebagainya, cuma persepsi masyarakat je masalahnya.

Dan aku akan berakhir dalam office.

Saturday, January 03, 2015

I WANNA BE A FLIGHT ATTENDANT SOO BAD. PLEASE PRAY FOR MY DREAM TO BECOME TRUE.

LOVE,
Nrfrhnadh