Monday, February 16, 2015

Maafkan beta wahai blog kesayangan.

Dulu aku buat keputusan nak rehat kejap, (ecehh rehat kejap konon) dari bercinta bagai ni sebab aku dah penat. hoishhhh. Penat sangat woi bercinta dengan orang yang tak hargai kita. Kejap je ghupenya hidup single ni. Ada lah dalam 5 bulan. kahkahkah. Dalam tempoh 5 bulan ni macam-macam lah yang aku rasa. Mula-mula masa wedding Nadiya dengan Mamat, omg diorang sweeet gila k. Tapi masa tu aku cuba nak deny perasaan & orang-orang yang cuba nak rapat dengan aku. Aku jadi heartless sangaaaat. Padan muka siapa yang aku tak layan tu. hahahaha.

Lepas tu bermula lah musim orang kahwin sana sini. Perasaan aku jadi kosong, macam ada habuk je dalam hati ni. Bila tengok suami isteri, "alaaa sweet nyaaa diorang. Mana bakal suami aku ni?" LOL. Aku kawan dengan ramai lelaki, tapi seorang pun tak tunjuk effort nak jadikan aku awek/isteri/whatever dalam hidup dia.

Baru-baru ni ada kawan aku masa kat polisas dulu. Kitorang jarang bercakap sebab dia senior, aku junior. Jarang jumpa pulak. Kalau terserempak ada lah jugak bertegur gitu-gitu je. One day ni, dia whatsapp aku, kitorang borak-borak tanya khabar, entah macam mana dia confess dia kata dia suka aku. I was like, "omg, aku selekeh kott waktu kat poli dulu." Dia kata dia nak kenal rapat dengan aku sebab masa kat poli aku macam misterius sangat, jalan sorang lah apa lah. well, aku dah biasa kottttttt. lagipun aku friendless kat poli sebab aku annoying. lol. Then, aku mintak opinion Nadiya, isteri Mamat. Dia kata orang nak kat kita terima je lah & banyak lagi dia nasihat. it took me awhile berfikir apa yang Nadiya cakap. Last-last aku terima dia, aku nak cuba jaga relationship yang baru ni.

BTW, dia sekarang tengah training Navy kat Pengerang, Johor sana. Jauh bak hangggg. Ye Navy, orang kata kalau pasangan ni Navy, hati & mental mau kuat. Aku akan cuba yang terbaik. Dia pun sama kena kuat woii. Take care love. Aku tahu hubungan ni masih baru, tapi kalau kita usaha insyaAllah takde masalah.

until then,
bye.

Tuesday, February 03, 2015

Zaman sekarang ni memang susah nak cari kerja yang berkaitan dengan apa yang kita belajar. Aku ada kawan yang offer kerja satu office dengan dia. Walaupun kerja tu takde kaitan dengan bidang belajar aku tapi kebarangkalian untuk dapat kerja tu tinggi sebab dia boleh tolong berbanding apply banyak kerja yang belum tentu orang nak ambik kita kerja. Gaji pun okay.

Sebagai perempuan, memang susah nak dapat kerja yang pada asasnya kerja seorang lelaki. Pemikiran segelinitir masyarakat ni kadang-kadang perlu diubah. Tak semestinya seorang perempuan tak boleh jadi site supervisor, engineer, surveyor dan sebagainya, cuma persepsi masyarakat je masalahnya.

Dan aku akan berakhir dalam office.