Thursday, April 16, 2015

Late Night Conversations


"Jad, kau rasa kita boleh hadap ke hari-hari lepas ni?"

Kitorang jarang sangat ada masa untuk satu sama lain. Betul lah apa kata perempuan lain yang pasangan dia Navy ni. Hati dan mental kena KUAT. Sangat kuat. Semalam entah lah mungkin sebab aku dah lemah sangat, aku tanya dia soalan tu. Aku tak tahu reaksi dia macam mana semalam masa aku hantar mesej macam tu. Rupanya dia terus pergi cari topup tengah malam buta sebab nak call aku, sebab dia cuak kenapa aku tanya soalan macam tu.

"Kenapa kau tanya soalan macam tu?"
"Takde apa lah Jad, emosi aku tak stabil."

Banyak sebenarnya soalan dia lagi, cuma aku tak ingat. haha. Lagi bertambah tak stabil emosi aku bila dia kata dia akan sambung kursus Submarine dia kat Kota Kinabalu 4 tahun kalau dia lulus ujian kat Lumut. Okay lepas training ni, dia akan sambung kat Lumut 2 tahun. Pang pung pang, kalau dia lulus ujian IQ terus sambung kat KK. Tahu tak berapa lama tu? LAMA SANGAT. Mental aku terus down sangat semalam. Aku tahu memang impian dia nak join submarine tu, aku tak boleh nak halang. Dia happy sangat bila dapat brand submarine yang dia nak sangat tu. Semalam paling lemah bila dia tanya,

"Kau sanggup tunggu aku tak? Kalau satu hari nanti kau dah tak boleh tunggu aku, bagitau aku, kata 'Aku dah tak boleh tunggu kau.' In Shaa Allah aku boleh terima, aku faham"

Bammm!! Aku terdiam. Berderai air mata aku semalam. Ya Allah sedih sangat tau semalam. Buruk gila rasanya muka aku nangis. Aku sendiri tak pasti aku mampu tunggu dia ke tidak. Hati kena kuat wei, tolonglah. Lepas dia pujuk aku, aku okay lepas tu. Kitorang dah lah jarang dapat contact each other. Sehari kadang-kadang 5-10 minit je tau. Dia takde masa untuk aku. Aku paham kerjaya dia tu.

Ayat last dia sebelum tidur semalam,

"Benda yang belum jadi, jangan di fikir. Jangan fikir bukan-bukan. Aku ada ni. Kau kena kuat."

Aku cuba Jad.

Jaga diri, Tuhan je tahu banyak mana aku sayang hubungan ni.



No comments:

Post a Comment