Wednesday, April 22, 2015

Quick Update.


Semalam Siti Wahidah bagitau aku yang Amira Atiya kot nama dia aku lupa, hahahahaha, ada buat contest ke apa untuk kompilasi cerpen. Well, aku ada lah 2 3 cerpen je.  Tapi syarat dia, jumlah patah perkataan mesti minimum 2K. Dua ribu patah perkataan sayang, hahaha. Tu minimum k, aku punya tak sampai 2K pun. Tapi aku sent je email kat dia. Saje nak cuba. Alaaa kita ni newbiee je gittew.

Anyway, aku tengah mengumpul idea untuk cerpen/short stories whatsoever aku buat masa ni. Lambat lagi lah nak publish tu. Laptop ni pun jangan nak buat hal dengan aku. Suka hati dia je nak padam sana sini scroll ke bawah sendiri. Jangan k, please.

Oh ya, siapa ingat Nadiya & Mamat. Kawan aku yang baru kawin bulan 12 tahun lepas. Dua tiga hari lepas aku dapat berita Nanad dah pregnant, baru sebulan. Yeahhh! Alhamdulillah. Aunty-to-be ni sangat excited nak sambut baby baru hujung tahun ni. Muehehehehe. May Allah protect their baby. Amiin. FYI, aku suka pregnant lady. Hahaha. Comel k tengok perut atau bak kata orang, baby bump. Hoihh bila diri sendiri nak pregnant? Kahkahkah. #Oranglainyangmengandungkauyangexcited.

Please k diri sendiri, jangan over excited, jangan banyak perasan, Behave please.

 Okay sejak jadi penganggur yang berkaliber ni, aku banyak luang masa jadi bibik sampai stress tiap hari. Dan aku rasa muka ni dah banyak keluar kedut sebab kuat marah-marah kat rumah, sambil tangan pegang rotan untuk sebat budak degil dua orang dalam rumah.

"ZASSSSS!!" *Sound effect bunyi aku melibas rotan.*

AKU GARANG GILA YANG AMAT, KUAT BEBEL. HARAP MAKLUM. LAYAK JADI CIKGU DISIPLIN.

Okay berkenaan selsema aku ni sebenarnya aku ni kena Alahan Hidung yang juga membawa maksud, aku elergik dengan hama/habuk/bulu kucing. Tula banyak main kucing lagi, kan dah elergik. Tapi aku tak pergi jumpa doktor lagi. Malas. Tak suka doktor. Sekian. 


I'll write again later okay.


No comments:

Post a Comment