Monday, April 20, 2015

The Short Escape


*bip bip bip*

Lantas Syaf mengambil telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan mesej masuk di atas katilnya. Peti inbox dibuka. Mesej daripada Amir, kawan yang baru dikenali Syaf seminggu tetapi sudah ibarat setahun.

Amir : Syaf, jom keluar lepak. Lagipun tak lama lagi cuti sem. Nanti dah tak dapat jumpa.

Dengan pantas Syaf menaip,

Syaf : Okay tapi nak lepak mana? *sent*

*bip bip bip*

Telefon Syaf berbunyi lagi.

Amir : Lepak Alif je lah, macam biasa.

Syaf kembali menaip, membalas mesej Amir.

Syaf : Kau ambil aku kat rumah okay. Aku bersiap kejap. *sent*

Syaf tersenyum gembira sambil bersiap. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. 10 minit kemudian, kedengaran bunyi engin kereta Amir di hadapan rumah sewa Syaf. Terkedek-kedek Syaf mengunci pintu grill rumahnya dan terus ke arah kereta Amir.

"Cepatnya kau sampai? Selalu setengah jam aku tunggu kau."

"Alaaa kau kan dah membebel haritu kata tak suka aku asyik lambat je. Ni aku awal pun nak bebel ke? Haha." Gurau Amir.

"Amboi kau seronok kenakan aku. Dah jom gerak, aku lapar ni." Arah Syaf.

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk ke Alif, Syaf dan Amir berbual kosong sambil mendengar lagu di corong radio. Setibanya di mamak, mata Syaf melilau mencari meja kosong untuk mereka berdua.

"Amir, sana tu. Nasib tempat kita tak ada orang duduk." Kata Syaf sambil tersengih.

"Ha tu lah. Cepat, sebelum orang lain sailang. Haha." Amir berseloroh.

Walaupun perkenalan Amir dan Syaf begitu singkat, namun keserasian dan perangai masuk air mereka yang membuatkan mereka selesa antara satu sama lain.

"Wei, panggil lah Ane tu, nak order ni." Syaf mengarah Amir kerana dia sudah lapar tahap dewa.

"Sabar jap lah, baru duduk ni kan. Kau ni pun Syaf, senonoh sikit. Haha. Aneeeee, sini mari, mau order. Ini makcik sudah mahu jadi singa." Lantas satu cubitan maut diterima Amir dari tangan Syaf yang ibarat penyepit ketam.

Mamak yang dipanggil Amir itu dengan pantasnya ke arah meja mereka. "Ya adik manis, tak mahu lah jadi singa, muka sudah cantik nanti abang lari." Kata mamak tersebut sambil memandang Amir dan ketawa.

"Ane pun sama je macam Amir. Kuat menyakat eh. Dah dah saya nak order roti naan dengan ayam tandoori. Air pulak milo ais macam biasa buat pekat, baru kaww." Laju saja mulut Syaf memesan makanan.

"Tadi macam lapar sangat, order roti naan je? Haha. Ane, saya punya pulak meggi goreng telur mata, air bagi teh ais." Giliran Amir pula memesan makanan. Sesudah menulis pesanan, mamak tersebut terus berlalu.

Sedang khusyuk berbual sementara menunggu makanan tiba, Amir tiba-tiba menunjuk ke satu arah.

"Syaf, tengok tu. tikus!"

Syaf yang terkejut mendengar perkataan tikus terus mengangkat kaki ke atas kerusi. "Mana woi mana? Geli siot."

"Selalu lepak sini tak pernah jumpa tikus, harini nasib kita baik Syaf."

"Nasib baik apa bongok? Lepas ni memang tak lah nak datang sini lagi wei." Bebel Syaf.

Amir ketawa melihat Syaf membebel. Tidak lama kemudian makanan yang dipesan sampai di meja mereka.

"Baca doa Mir, aku tahu kau lapar jugak." Kata Syaf sebaik melihat Amir yang sudah mahu menyuap meggi goreng ke dalam mulut.

"Aku dah baca, dalam hati. kihkih. Yelah, Bismillah."

Selesai menikmati makanan masing-masing, Amir bertanya "Syaf, lepas ni kita nak lepak mana?"

"Emm, aku pun tak tahu, kat Kuantan ni aku pun dah bosan. Asyik tempat yang sama je. Kejap aku fikir." Kata Syaf. "Hah! Lepas ni aku drive, aku isi minyak, kau ikut je mana aku nak pergi. Amacam? Set?" Sambungnya lagi.

"Aku ikut je." Amir bersetuju tanpa alasan.

"Orite, beres selalu." Syaf berkata sambil tersenyum kerana memikirkan idea gilanya itu.

Sesudah membuat bayaran di kaunter, Amir dan Syaf terus masuk ke perut kereta. Enjin dihidupkan. Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi.  Suasana kawasan bandar pada waktu itu lenggang dan tidak banyak kereta yang berada di jalanraya. Syaf terus memandu ke arah stesen minyak berhampiran dan mengisi minyak penuh.

"Okay siap isi minyak. Kau tahu kita nak pergi mana ni?" Tanya Syaf kepada Amir sambil tersengih.

"Mana lah aku tahu, kau yang drive." Amir membalas,

"Kita ke Bukit Tinggi tengok sunrise. Yeahh!" Syaf berkata dalam nada gembira.

"Sekarang? Pukul 12.45 pagi?" Amir terkejut.

"Yelah, gila tak idea aku? Haha. Kau jangan risau, aku drive, kau rilek je. Kalau ngantuk kau tidur, dah sampai aku kejut." Kata Syaf sambil mengangkat kening.

"Yela Syaf. Ni betul-betul idea gila. Aku tak pernah jumpa perempuan gila macam kau. Haha. Apa lagi, jommm!"

Kereta Amir terus bergerak menuju ke arah Lebuhraya Pantai-Timur. Sepanjang perjalanan mereka berbual kosong bagi mengurangkan rasa mengantuk. Pada masa yang sama mereka berkaraoke dengan lagu yang berkumandang di radio. Syaf memandu pada kelajuan 80km/j. Lebuhraya pada ketika itu sangat lenggang, sunyi.

"Amir, kau kalau mengantuk tidur je lah. Aku okay ni, tak apa."

"Eh tak. Aku tak mengantuk lagi ni. Tapi kejap lagi boleh tak singgah R&R. Nak kencing. Hehe." Amir tersengih.

"Tu lah kau, tadi tak cukup satu air, pergi tambah lagi satu pulak. Okay depan tu ada R&R aku rasa, nanti aku berhenti." Syaf membebel lagi.

Perjalanan mengambil masa 4 jam kerana Syaf memandu perlahan. Setibanya di puncak Bukit Tinggi pada jam 5.30 pagi,  Amir dan Syaf terus keluar dari kereta menikmati udara sejuk di kawasan tersebut.

"Woi sejuknya." Amir berpeluk tubuh kerana hanya memakai t-shirt lokal brand lengan pendek.

"Tulah, siapa suruh pakai t-shirt je malam-malam. Tengok aku pakai sweater ni ha." Syaf berkata sambil menunjuk sweater yang dipakainya.

"Mana lah aku tahu kita nak ke sini. Idea kau kan." Amir membalas.

Suasana ketika itu sunyi. "Amir, kau kalau mengantuk pergi lah tidur dalam kereta. Aku nak jalan kat kawasan ni kejap." Kata Syaf.

"Okay juga tu. Aku sebenarnya mengantuk ni. Nanti kalau nak dekat sunrise kejut aku." Amir berkata sambil berjalan ke arah kereta.

Syaf kemudian berjalan seorang diri di kawasan tersebut. Angin bergitu sejuk sehingga menembusi sweater yang dipakai Syaf. Keadaan sunyi di sana menenangkan jiwa Syaf. Dia tidak menyangka akan berada di Bukit Tinggi tersebut. Hari itu adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke sana, bersama Amir. Sambil berjalan menikmati suasana, beberapa gambar diambil melalui telefon pintar Syaf.

"Kena simpan ni, kenangan. Bukan selalu aku buat kerja gila macam ni." Syaf berbisik seorang diri.

Ketika matahari sudah hampir terbit, Syaf mengejutkan Amir di dalam kereta.

"Amir, Amir, bangun cepat, matahari nak terbit dah tu." Kata Syaf sambil menggoncang tubuh Amir.

"Yeke. Okay aku bangun ni." Kata Amir sambil menggosok-gosok matanya.

Syaf dan Amir melihat matahari terbit sambil tersenyum. "Syaf, cantiknya. Kan?" Kata Amir.

"Siapa cantik? Aku ke matahari? Haha." Syaf berseloroh.

"Eh kau jangan perasan. Aku kata matahari cantik." Amir membidas.

Mereka terus menikmati suasana pada waktu itu sehingga matahari terbit sepenuhnya. Siapa sangka, rancangan gila Syaf itu boleh menjadi indah.

"Okay dah jom balik. Giliran aku pulak drive balik Kuantan." Amir berkata sambil menghulur tangan meminta kunci kereta.

Syaf menyeluk kocek sweater untuk mengambil kunci kereta. "Nah, kau drive, aku punya turn pula tidur."

"Baiklah Puan Sri. Tidur lah, nanti sampai Kuantan, aku kejut kau." Balas Amir.

"Thank you, Amir." Kata Syaf.

"No, thank YOU. Sebab bawa aku datang sini dengan idea gila kau. Lagipun tempat ni cantik. Nanti aku nak datang lagi." Kata Amir sambil memberi senyuman kepada Syaf.

Amir terus memandu turun dari kawasan Bukit Tinggi menuju ke arah Kuantan. Sepanjang perjalanan, Amir tersenyum sendirian memandang Syaf yang keletihan memandu selama 4 jam semata untuk ke Bukit Tinggi. Perjalanan pulang tidak mengambil masa yang lama kerana Amir memandu laju.

"SYAF!! BANGUN DAH SAMPAI DEPAN RUMAH SEWA KAU NI!!" Amir megejutkan Syaf.

"Apa ni Amir, tak payah lah jerit, terkejut aku." Bebel Syaf sambil menguap.

"Hehe, sorry saja je. Sorry okay. Dah, pergi masuk rumah mandi, breakfast jangan lupa." Kata Amir.

"Baik boss." Syaf berkata sambil menabik kepada Amir.

"Ni lah hari terakhir kita keluar lepak. Lepas ni dah cuti. Kau jaga diri Syaf. Kalau ada apa-apa, kau text je lah aku ye." Pesan amir kepada Syaf.

Syaf menunjukkan tanda 'OK' pada Amir dan terus menuju ke dalam rumah.

Siapa sangka, perkenalan yang singkat boleh membawa banyak kenangan. Sehingga hari ini Syaf dan Amir masih bersahabat baik. Jika ada masa, mereka berdua akan keluar bersama berkongsi cerita kehidupan masing-masing. Syaf tidak lama lagi akan berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya. Manakala Amir masih sendirian, jodoh lambat lagi katanya.






The end. 

p/s : Tempat ni cantik, pergilah. Tak rugi.



2 comments:

  1. pengalaman sendiri kah? herherher.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii, memula thanks sebab sudi baca cerita yang tak seberapa ni. hihi, newbiee gittew. & sometimes i wrote based on experience. hihi.

      Delete